Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI Didefinisikan oleh Akta Hubungan Industri sebagai Apa-apa pertikaian antara majikan dengan pekerja yang berhubung

dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja bagi mana-mana pekerja tersebut. Oleh itu, dalam Akta Hubungan Industri 1967, mendefinisikan pihak merujuk kepada pertikaian industri, ertinya kesatuan sekerja pekerja yang bertindak bagi semua atau mana-mana anggotanya dalam pertikaian industri. BAGAIMANA PERTIKAIAN INDUSTRI BERMULA Berlaku apabila perundingan kolektif dengan majikan tidak berjaya untuk mencapai perjanjian kolektif. Berlaku disebabkan oleh sikap majikan yang enggan untuk memenuhi permintaan dan penawaran pekerja. Ketidakpuasan hati pekerja terhadap majikan disebabkan oleh karenah birokrasi dalam organisasi. Tindakan majikan yang menindas pekerja : cth, memberi kerja melebihi kemampuan pekerja.

PENYELESAIAN KEPADA TINDAKAN INDUSTRI PERDAMAIAN Membuat laporan kepada pengarah jabatan hubungan industri berkenaan pertikaian industri tersebut. Setelah pengarah jabatan hubungan industri menerima laporan maka beliiau boleh mengambil langkah yang perlu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapai tersebut. Perdamaian diwujudkan melaluai perjajian kolektif diantaran pihak pekerja dan pihak majikan. Sekiranya penyelesaian belum dicapai maka ketua pengarah boleh membuat rujukan kepada menteri untuk tindakan seterusnnya. Jika pertikaian melibatkan mana-mana pihak perkhidmatan kerajaan atau badan berkanun rujukan hanya boleh diibuat kepada makhamah industri setelah mendapat persetujuan YDPA.

PENIMBANGTARAAN

Merujuk kepada kuasa yang diberikan kepada makhamah industri unutuk mendengar kes yang berkait dengan pertikaiaan industri. Pengimbangtaraan berlaku apabila pertikaian industri telah dirujuk ke makhamah industri. Pihak makhamah akan membuat award untuk sesuatu kes pertikaiaan industri seperti mengambil kira kepentingan awam, implikasi dan kesannya kepada ekonomi Negara.

JENIS PERTIKAIAN / PERTELINGKAHAN TRED PIKET Dalam seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan seorang pekerja atau lebih pekerja, hadir di tempat atau berhampiran dengan tempat mereka secara aman bagi tujuan pekerja pekerja mendapatkan atau menyampaikan sumber-sumber maklumat. Salah satu cara atau usaha kesatuan untuk mendesak majikan supaya menurut kehendak pekerja seperti gaji, tempoh bekerja, cuti dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam melakukan tindakan perusahaan ini terdapat beberapa syarat.

MELAMBATKAN KERJA (GO SLOW) Perbuatan melambatkan kerja ini berlaku merupakan salah satu cara atau inisiatif yang diambil oleh para pekerja untuk mewujudkan mogok. Berlaku aapabila pekerja tidak puas hati dengan majikan terhadap pelbagai aspek.

MOGOK Merupakan suatu tindakan dimana pekerja bersatu, berpakat dengan menyekat, mengurang,melambatkan kerja (go slow) dan enggan membuat kerja atau tugasatugasan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka. Mogok akibat wujudnya rasa tidak ketidapuasan hati pekerja terhadap segelintir pekerja. Berlaku dalam sesebuah organisasi disebabkan pihak majikan melanggar terma dan kondisi pekerjaan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat dengan majikan tidak membayar gaji yang lebih terhadap pekerja yang bekerja melebihi masa (overtime).

SEKAT MASUK (LOOCK OUT) Merujuk kepada situasi di mana pekerja ditahan oleh majikannya daripada masuk ke tempat kerja disebabkan mogok atau piket yang telah dilakukan oleh seseorang pekerja yang melibatkan diri dalam tindakan industri tersebut.

CONTOH KAJIAN KES

Dalam kes ini , fakta menunjukkan bahawa 40 orang pekerja telah berpiket dan membentuk bulatan di pintu masuk ke kilang dimana mereka bekerja. Tindakan tersebut telah menyebabkan jalan keluar masuk ke kilang terhalang.Seorang anggota polis telah pun meminta ketua kumpulan mereka yang berpiket itu berhenti daripada berbuat demikian tetapi tidak diendahkan. Pihak polis telah membuat tangkapan dan pendakwaan ke atas dirinya. Semasa perbicaraan telah dihujahkan bahawa piket yang dilakukan itu bertujuan untuk menghalang bekalan daripada dihantar ke kilang tersebut. Oleh itu, pihak mahkamah memutuskan di bawah akta, kesatuan sekerja tidak berhak mengambil apa sahaja cara yang dipilihnya untuk mencapai tujuan mereka. Apabila melakukan piket, kesatuan sekerja hendaklah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, kegagalan berbuat demikianmenjadikan piket tersebut tidak sah dan tidak dilindungi oleh undang-undang.

KESIMPULAN Pertikaian industri adalah satu bentuk proses pekerja untuk memastikan suara mereka didengari oleh majikan. Selain daripada itu tindakan industri juga merupakan salah satu cara untuk memaksa majikan agar memenuhi tuntutan pekerja. Walau bagaimanapun pertikaian industri ini jarang berlaku di Malaysia kerana terikat dengan perundagan.

Anda mungkin juga menyukai