Anda di halaman 1dari 12

Penulisan Berita

Bahasa Melayu Kontekstual (GBM1103)


Apakah Berita?
Pelaporan kejadian atau peristiwa yang
berlaku berdasarkan fakta-fakta
Berita biasanya ringkas, padat dan tepat,
mudah dibaca dan mudah difahami
Berita memaklumkan khalayak terhadap
sesuatu yang berlaku
Falsafah Pemberitaan
• Tepat
• Cepat
• Lengkap
• Gaya penulisan dan penceritaan

Elemen penting dalam berita : 5 W 1 H


(Jeniri, 2011)
oPenulisan berita memerlukan fakta atau
maklumat tentang sesuatu kejadian
seperti kemalangan, pertandingan sukan,
ekonomi dan sebagainya
oMaklumat dalam kandungan berita
seharusnya menjawab persoalan 5W 1H
• Penulisan berita perlu mengikut suatu
format khusus
Dimulakan dengan menulis nama tempat
di sebelah kiri dengan huruf besar,
diletakkan tanda koma, diikuti nama hari
atau tarikh serta tanda sempang sebelum
perenggan yang pertama
Contoh : KUALA LUMPR, Sabtu -
Tips penulisan Berita
• Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan manakala
isi berita yang kurang penting dikemudiankan
• Bahasa yang digunakan dalam penulisan berita haruslah
mudah dan padat
• Elakkan menggunakan ayat yang panjang atau meleret-leret
• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh
dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara
• Semasa menulis berita, anda harus mengingat 6 persoalan
(5W1H)
5W 1H
• Apa? – menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi
tema atau inti berita. Memberi maklumat utama kepada
keseluruhan berita
• Bila? – menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan
jelas. Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan,
waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga
• Di mana? – menerangkan nama tempat di mana
berlakunya sesuatu peristiwa. Jika terdapat nama-nama
tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu
hendaklah ditulis dengan penuh
• Siapa? – nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu
mestilah jelas. Nama perlu ditulis lengkap dan penjelasan
atau gelaran yang menerangkan siapa, perlu ada. Nama
penuh, gelaran juga perlu ditulis. Adakalanya umur juga
perlu ditulis
• Mengapa? – mengandungi sebab-sebab peristiwa itu
berlaku. Sekiranya sebab-sebab yang tidak diketahui
hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’, ‘masih
dalam siasatan’, ‘belum ada bukti’ dan sebagainya
• Bagaimana? – menerangkan cara peristiwa itu berlaku
dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa
Panduan menulis Berita
• Tajuk berita
Terletak di bahagian paling atas teks.
Tajuk rencana ditulis dalam huruf kecil semuanya
kecuali pangkal frasa
Terdiri daripad tiga atau empat perkataan sahaja
Kadangkala tajuk ditulis dengan cara yang
sensasi, catchy untuk menarik perhatian
pembaca
• Pembukaan berita
 Biasanya terdiri daripada perkara-perkara iaitu nama, tempat
dan tarikh
 Nama tempat ditulis dalam huruf besar kesemuanya
 Nama tempat pada bahagian pembukaan berita bukanlah
menunjukkan tempat spesifik berlakunya kejadian tetapi itu
adalah nama bandar, daerah atau mukim tempat peristiwa
dilaporkan
 Selepas nama tempat diikuti tarikh peristiwa yang tidak
disertakan tahun
 Tarikh merupakan fakta penting untuk menentukan berita
terkini atau berita yang lewat dilaporkan
 Selepas tarikh, diletakkan tanda sempang ( - )
• Kandungan berita
 Bermula selepas tanda sempang
 Isi kandungan berita ada bermacam bergantung pada jenis
berita
 Kandungan berita dimulakan dengan satu perenggan
pengenalan
 Perenggan pengenalan disusun dalam satu ayat sahaja dengan
cara yang jelas, mudah dan menarik
 Seterusnya diikuti dengan perenggan-perenggan isi yang
melaporkan peristiwa secara terperinci
 Jumlah perenggan tidak tetap
 Bahagian ini memperincikan peristiwa yang berlaku hingga ke
akhirnya
• Penutup berita
Penutup berita termasuk dalam
kandungan berita

Anda mungkin juga menyukai