Anda di halaman 1dari 1

Anda Ingin Menulis Karangan Berita

~ Karangan berita memerlukan fakta atau maklumat tentang sesuatu kejadian seperti
kemalangan, kebakaran dan sebagainya.
~ Maklumat dalam kandungan berita seharusnya menjawab persoalan
Apa? Siapa? Bila? Di mana?, dan Mengapa?
~ Penulisan berita perlu mengikut suatu format khusus ;
a) Dimulakan dengan menulis nama tempat di sebelah kiri dengan huruf besar, diletakkan
tanda koma, diikuti dengan hari atau tarikh serta tanda sempang sebelum perenggan
yang pertama.

Contoh : SIMPANG AMPAT , Sabtu -

~ Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yang kurang
penting dikemudiankan .
~Bahasa yang digunakan dalam penulisan berita haruslah mudah dan padat. Elakkan daripada
menggunakan ayat yang panjang atau meleret-leret.
~ Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan,
pemerhatian dan wawancara
~Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa,
bila, di mana, mengapa, dan bagaimana .

* Apa ?
~ Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.Memberi maklumat
utama kepada keseluruhan berita.

* Bila ?
~ Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu
ditulis dengan jelas.Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan, waktu peristiwa berlaku
perlu ditulis juga.

* Di mana ?
~ Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa. Jika terdapat nama-nama
tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.

* Siapa ?
~ Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan
lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada. Nama penuh ,
gelaran juga perlu ditulis. Adakalanya umur juga perluditulis .

* Mengapa ?
~ mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku. Sekiranya sebab-sebab yang tidak
diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

* Bagaimana?
~ menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.

Anda mungkin juga menyukai