Anda di halaman 1dari 1

Buat banding beza antara dua orang individu tentang pertumbuhan dan perkembangan dari aspek

JERIS.

Dari aspek jasmani, pertumbuhan seseorang dapat dilihat dimana apabila berlakunya perubahan
terhadap anggota fizikalnya. Contohnya, saiz badan semakin membesar, berat badan semakin
meningkat, bilangan gigi semakin banyak, organ deria semakin peka dan berfungsi serta tulang
semakin kuat. Berbeza dengan perkembangan dimana ianya merupakan kemahiran seseorang itu
menggunakan anggota fizikalnya. Contohnya, individu dapat berjalan dan berlari tanpa mudah jatuh
serta melihat dan mendengar dengan fokus.

Dari segi mental pula, pertumbuhan individu dapat dikesan apabila individu tersebut semakin
bertambah dan berkembang keupayaan berfikirnya termasuk perkara yang subjektif. Contohnya,
individu berjaya membezakan mengenalpasti air putih dan air coklat merupakan air yang berlainan.
Perkembangan pula berlaku dimana individu berjaya menggunakan kemahiran seperti menggunakan
bahasa apabila bercakap, berfikir dengan baik serta dapat mengingat, menaakul dan menganalisis
perkara yang dilihat atau didengarnya.

Dari segi emosi, pertumbuhan dapat dilihat apabila seseorang mengungkapkan perasaan seperti
seronok, takut, marah, sedih dan gembira. Contoh pada kanak-kanak ialah, mereka akan merasa
sedih jika ditinggalkan atau diabaikan oleh ibu bapanya. Namun, perkembangan merupakan
kemahiran individu mengawal dan menggunakan perasaan dengan baik sesuai situasi tertentu.
Contohnya, apabila meningkat remaja dan dewasa, kebanyakan individu dapat mengawal perasaan
sedihnya apabila orang yang disayangi pergi meninggalkannya atau terpaksa berjauhan dengan
keluarga atas urusan pengajian atau pekerjaan.

Dari segi sosial pula, pertumbuhan individu dapat dilihat dimana dia daat meluaskan perhubungan
dengan orang lain. Contohnya, individu dapat bercakap atau bermain dengan orang lain selain
keluarga terdekatnya. Perkembangan pula dikenalpasti apabila individu berjaya mendisiplinkan diri
dan menyesuaikan diri dalam pergaulan dengan orang lain. Contohnya, individu timbul perasaan
malu untuk bercakap perkara yang tidak baik atau tidak sepatutnya dengan rakan.

Secara umumnya, pertumbuhan dapat dilihat kerana perubahan tingkah laku individu dapat dikesan
dan dapat diukur mengikut peringkat atau masa manakala perkembangan sukar dikenalpasti kerana
ianya berlaku perubahan pemikiran dan tidak boleh diukur perubahannya.

Anda mungkin juga menyukai