Anda di halaman 1dari 2

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha
Encik Khamaruddin bin Mad Nor
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pedu

En. Hanafi bin Osman,


Guru Penolong Kanan Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Pedu.

En. Mat Sahidan Bin Ahmad


Guru Penolong Kanan HEM,
Sekolah Kebangsaan Pedu
Merangkap Pengerusi Panitia Prasekolah

Encik Shatmi bin Ismail


Guru Kanan Ko-kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Pedu.

Seterusnya
Barisan guru, para waris prasekolah
yang dihormati sekalian

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa


ke :Majlis “ Taklimat Prasekolah bagi Tahun 2015 “ dan tahniah kerana
anak anda telah terpilih untuk mengikuti program prasekolah di sekolah
Kebangsaan Pedu.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita membaca surah Al fatihah bagi yang
beragama Islam.
AL-FATIHAH.....amin..amin ya rabbal alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

.
Kita teruskan acara kita pada hari ini
dengan mendengar ucapan daripada Encik Khamaruddin Bin Mad Nor,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pedu.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan


Encik Mat Sahidan Bin Ahmad,
Selaku Pengerusi Panitia Prasekolah
Untuk memberikan taklimat dan maklumat yang berkaitan dengan
prasekolah kepada para waris.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mat Sahidan Bin Ahmad atas
ucapan itu tadi dan maklumat-maklumat
yang diberikan kepada para waris.

Kita teruskan majlis kita pada hari ini


dengan melantik...
Ahli Jawatankuasa Komuniti Prasekolah bagi tahun 2014. Saya serahkan
acara perlantikan ini kepada Encik Mat Sahidan (Penolong Kanan HEM)
Dipersilakan....

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua para waris
yang sudi meluangkan masa bersama-sama
dalam sesi Taklimat Prasekolah pada hari ini

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap tutur kata sepanjang sesi taklimat berlangsung..Kita akhiri
majlis kita dengan bacaan Surah Al Asr.....

Sekian , terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai