Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Wakil Murid Prasekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua hadirin


sekalian. Selamat datang ke Majlis Konvokesyen Ke-21 Prasekolah Mesra Idaman
2011 dan Salam Satu Malaysia. Alhamdulillah,syukur kita ke hadrat Ilahi,kerana
dengan limpah izinnya ,dapat kita bersama-sama berkumpul di Pra Sekolah Mesra
Idaman ini untuk menjayakan majlis konvokesyen pada kali ini.

Yang dihormati, Tuan haji Kamarulizham Bin Hazizi, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, yang berusaha, Ketua Jabatan, Encik Mohd
Mashor bin Mustapa, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Puan Low Siew Wah, Ketua
Bidang Prasekolah, serta pensyarah-pensyarah, guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan
sekalian.

Hadirin Sekalian,

Kami bermula dengan mengenali ABC sampai Z, menghitung satu sampai


sepuluh, belajar mengeja dan mengira. Saya, _________________________ mewakili
semua murid Prasekolah Mesra Idaman merakamkan jutaan terima kasih kepada
guru-guru yang telah mencurahkan ilmu. Tanpa guru siapalah kami. Hanya Tuhan
yang dapat membalas jasa dan budi cikgu PraSekolah Mesra Idaman. Guru ibarat lilin
yang menerangi kegelapan. Kerana gurulah, kami telah memulakan perjalanan untuk
menimba ilmu dengan lancar daripada merangkak sehingglah kami dapat berlari
seperti sekarang. Tidak lupa juga kepada ibu dan bapa yang memberi peluang kepada
kami untuk menuntut ilmu. Kami akan belajar bersungguh-sungguh agar tidak
menghampakan guru dan ibu bapa kami.

Akhir kata daripada saya, doakan kejayaan kami pada masa hadapan supaya
kami menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Segala ilmu dan kenangan di sini akan kami gunakan dalam kehidupan akan datang
kelak. Buat guru-guru, ibu dan bapa serta hadirin sekalian, kami doakan supaya
hidup kalian dalam kebahagian dan kegembiraan. Sekali lagi jutaan terima kasih buat
warga Pra Sekolah Mesra Idaman.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai