Anda di halaman 1dari 1

PASTI DUN PERMAISURI

No 777 Kompleks Tarbiyah Luqmanul Hakim Kampung Guntong Luar


22040 Setiu Terengganu.
No Telefon : 0139555616 (Pengerusi) 014-8107282 (Setiausaha)

Ketua Balai Bomba

Balai Bomba Dan Penyelamat Jerteh,

Jalan Kubang Siam,

22200 Besut,

Terengganu. 26 Mac 2019

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA JERTEH

Saya bagi pihak PASTI Dun Permaisuri ingin memaklumkan bahawa kami bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh pada 4.4.2019,
jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang.

2. Rombongan kami terdiri daripada 60 orang pelajar 6 tahun dan 19 orang guru pengiring.
Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk menerapkan ilmu mencegah kebakaran
dikalangan anak didik kami.

3. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4. Segala kerjasama tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,

......................................

(WAN MOHAMMAD IZZUDDIN BIN WAN HAMZAH)

Setiausaha PASTI DUN Permaisuri.

Anda mungkin juga menyukai