Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT JaKA INDUK

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUBANG PASU 2011

Tarikh : 24 Januari 2011


Hari : Isnin
Tempat : Anjung Bestari, PPD Kubang Pasu
Masa : 9.00 pagi
Pengerusi : Encik Marzukhi bin Jamaludin

Kehadiran

1 Encik Marzukhi bin Jamaludin - Timbalan Pengawai Pelajaran Daerah


2 Puan Noor Azahariah bt Zainon - Penolong PPD Tekno & Vokasional
3 Encik Rosly bini Ismail - Penolong PPD HEM
4 Tuan Haji Faudzi bin Abd Hamid - Penolong PPD Kemanusiaan
5 Puan Hajah Fadzillah bin Selamat - Penolong PPD Bahasa/Bahasa Inggeris
6 Puan Hajah Osma bin Shafie - Penolong PPD Prasekolah
7 Encik Abdul Razak bin Mat - Penolong PPD Pendidikan Khas / Swasta
8 Encik Che Zainudin bin Che Mohamad - Penolong PPD Bhs Melayu ( Ren )
9 Encik Fathily bin Abd. Rahman - Penolong PPD j-QAF
10 Encik Husshin bin Othman - Penyelia Kanan Rendah
11 Puan Hajah Fatimah binti Ahmad - Penyelia Kanan Pendidikan Islam
12 Tuan Haji Mohd Nasir bin Bakar - Pengetua SMK Sanglang
13 Tuan Haji Ismail bin Ibrahim - Pengetua SM Sains Kubang Pasu
14 Puan Hajah Ramlah binti Mohd Hussin - Pengetua SMK Bandar Darulaman
15 Tuan Haji Ahmad Hulmi bin Haji Ismail - Guru Besar, SK Bandar Baru Sintok
16 Encik Thacanamurthy a/l Kathamuthu - Guru Besar SK Sultan Ahmad Tajuddin
17 Encik Ramlee bin Abu Bakar - Guru Besar SK Dato Wan Kemara
18 Puan Hajah Jamaliah binti Din - Guru Besar SK Jitra

Tidak Hadir Bersebab

1 Tuan Haji Abu Yazit bin Zain, B.C.K - Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu
2 Encik Wan Khalim bin Ahmad - Penolong PPD Pengurusan Sekolah
3 Encik Shamsuri bin Othman - Penolong PPD Sains / Matematik
4 Encik Mohamad Basri bin Md Jusoh - Penolong PPD PBS ( Men )
5 Encik Ishak bin Md Amin - Penolong PPD Sains / Matematik ( Ren )
6 Puan Maheran bin Marzuky - Penolong PPD Bahasa Inggeris ( Ren )
7 Encik Oslan bin Yum - Penolong PPD Bahasa Inggeris ( Men )

I. PERUTUSAN YANG BERBAHAGIA PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana memberi
keutamaan pada mesyuarat ini.
2. Pengerusi menjelaskan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah tidak dapat hadir kerana perlu
menghadiri mesyuarat di Jabatan pelajaran Kedah. Oleh yang demikian, beliau akan
mempengerusikan mesyuarat ini.
3. Pengerusi juga memaklumkan tentang kemasukan pegawai-pegawai baru ke PPD Kubang
Pasu.
4. Pengerusi juga menjelaskan ada peningkatan dalam pencapaian peperiksaan Awam
terutamanya Penilaian Menengah Rendah yang melonjak begitu ketara sekali. Walau
bagaimana pun, dalam peperiksaan UPSR berlaku sedikit penurunan tetapi Daerah Kubang
Pasu masih lagi mengekalkan kedudukan pertama di negeri Kedah.

Minit Mesyuarat JaKA Induk 1


5. Pengerusi juga meminta AJK melihat dan menilai kembali program-program yang dilakukan
pada tahun 2010 dari segi pelaksanaan dan keberkesanan program. Sekiranya ada kelemahan
perlu membuat penambahbaikan pada program tersebut.
6. Pengerusi juga berharap, agar AJK berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik
melebihi daerah-daerah lain.
7. Selain itu, pengerusi meminta AJK memahami dan peka dengan agenda kementerian, JPN
dan PPD. Program-program tersebut adalah LINUS, KSSR, MBM MBI, Permata Pintar, SBT,
SIP, SGM, Satu Pelajar Satu Sukan dan NKRA.

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

8. Tuan Haji Mohd Faudzi bin Abd. Hamid membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
9. Tuan Haji Ahmad Hulmi bin Haji Ismail mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima
dan Puan Hajah Jamaliah binti Din menyokong cadangan tersebut.

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

10. Tuan Haji Ahmad Hulmi bin Haji Ismail menyarankan mesyuarat jawatankuasa Induk
diadakan lebih kerap sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun. Perkara ini perlu bagi
membolehkan perbincangan berkaitan keberkesanan aktiviti atau program yang telah
dirancang atau akan dilaksana.
Tindakan : Setiausaha

11. Merujuk perkara 11 - Bahasa Arab Komunikasi Puan Hajah Fatimah binti Ahmad
menjelaskan mata pelajaran bahasa Arab di sekolah rendah terkandung dalam program j-QAF.
Oleh yang demikian, mata pelajaran bahasa Arab ditawarkan kepada semua murid yang
mengikuti program j-QAF. Waktu bahasa Arab yang diajar di sekolah rendah hanyalah dua
waktu seminggu. Selain itu, dalam pelaksanaan KSSR waktu bahasa Arab adalah tiga waktu
seminggu.
Tuan Haji Mohd Nasir bin Bakar menjelaskan ada sekolah menengah tidak menawarkan
Bahasa Arab Komunikasi kerana kekurangan guru.

Makluman

12. Merujuk perkara 15 - Bahasa Inggeris SMK Permatang Bonglai Memperolehi pencapaian
yang menakjubkan iaitu meningkat dari 32.43 % kepada 52.53%. Peningkatan ini berlaku
disebabkan bantuan yang diberi oleh Panita Bahasa Inggeris Daerah dan juga guru-guru
cemerlang.

Makluman

13. Merujuk perkara 17 - Pelajar tidak hadir dalam peperiksaan sebenar tetapi membuat kerja
kursus. Tuan Haji Nasir menjelaskan untuk tahun 2010, pelajar yang tidak hadir dalam
peperiksaan sebenar tetapi membuat kerja kursus peratus kelulusan tidak di ambil kira dalam
peratus kelulusan sekolah.

Makluman

14. Merujuk perkara 18 - Penglibatan menyeluruh Guru Cemerlang Puan Hajah Fadzillah
menjelaskan sumbangan yang banyak telah diberikan oleh guru-guru cemerlang di Daerah
Kubang Pasu. Contohnya membantu menjayakan Lesson Study, Program Pecutan Terakahir,
Bengkel Teknik Menjawab Soalan, Kursus Pemantapan Tatabahasa Bahasa Melayu.

Minit Mesyuarat JaKA Induk 1


Makluman

15. Merujuk Perkara34 - Peranan PKG Encik Ramlee bin Abu Bakar membangkitkan berkaitan
dengan peranan yang boleh dimainkan oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG). Ini kerana sejak
akhir-akhir ini PKG gagal memberi sumbangan seperti yang diharapkan.

Tindakan : Pengerusi-pengerusi PKG

IV. MENGESAHKAN PELANTIKAN AHLI-AHLI JaKA MENENGAH DAN RENDAH

16. Pengerusi telah membuat pindaan kepada cadangan Pengerusi Panitia Mata Pelajaran Daerah
Sekolah Menengah. Pindaan dilakukan disebabkan berlaku perpindahan pengetua dan juga
persaraan. Pengerusi Panitia yang dipinda adalah Pengerusi Panitia Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan / Reka Cipta, Pengerusi Panitia Kejuruteraan / Sains Pertanian, Pengerusi
Panitia Ekonomi Rumah Tangga / Pendidikan Jasmani dan Pendidikan kesihatan, Pengerusi
Panitia Pra Universiti, Pengerusi Panitia Ekonomi Asas, Pengerusi Panitia Bahasa Melayu dan
Pengerusi Panitia Pendidikan Seni Visual. Pindaan ini dibuat kerana berlaku pertukaran dan
perpindahan pegawai di sekolah tersebut.
17. Bagi Pengerusi Panitia Mata Pelajaran Daerah Sekolah Rendah, pindaan hanya dilakukan
pada Panitia Muzik

Makluman

V. ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2010 DAN PENETAPAN SASARAN LULUS/ CEMERLANG

18. Pengerusi menjelaskan Daerah Kubang Pasu berada di tempat pertama di negeri Kedah dalam
peperiksaan UPSR dan PMR. Peratus kelulusan UPSR 2010 adalah 67.45 %, Gred Purata
sekolah - 2.209 dan peratus cemerlang adalah 13.06%. Walau bagaimanapun perhatian yang
khusus perlu diberikan kepada SK Penghulu Haji Darus, SK Pulau Chapa, SJK(C) Yuh Min
dan SJK(T) Ladang Paya Kemunting. Perhatian ini kerana sekolah-sekolah ini berada di
bawah 50 %
19. Pengerusi memaklumkan sasaran bagi tahun 2011 adalah 73 % bagi lulus keseluruhan daerah
dan 2.150 bagi Gred Purata Sekolah dan Peratus A sebanyak 15 %

Makluman

VI. ANALISIS KEPUTUSAN PMR 2010 DAN PENETAPAN SASARAN LULUS / CEMERLANG

20. Pengerusi telah membentangkan mengenai pencapaian PMR daerah bagi tahun 2010.
Pencapaian daerah telah meningkat dengan mendadak iaitu dari 58.91 % kepada 66.88 %,
Gred Purata Sekolah dari 2.785 kepada 2.721 dan Peratus A dari 6.62 % kepada7.28 %.
21. Untuk tahun 2011 angggarankelulusan adalah 73.00 %, GPS pula 2.700 dan Peratus A adalah
9 %.
Makluman

22. Puan Noor Azahariah mencadangkan diadakan peperiksaan bersama di peringkat sekolah
menengah. Keadaan ini membolehkan panitia daerah dan Unit Kurikulum PPD memperoleh
maklumat yang tepat berkaitan dengan pencapaian pelajar. Ini kerana soalan yang disediakan
adalah selaras atau sama di semua sekolah.

Tindakan : Pengerusi Panitia dan Unit Akademik PPD

VII. PROGRAM AKADEMIK PPD / JPN / KPM

Minit Mesyuarat JaKA Induk 1


23. Puan Noor Azahariah membentangkan Porgram CeMARA. Program ini adalah rentetan dari
program terdahulu tetapi ada sedikit perubahan dan penambahbaikan program. Penetapan
sekolah berdasarkan pencapaian GPS kelulusan mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu ( Kefahaman ) dan Penulisan, GPS bawah 2.0, mata pelajaran Bahasa Inggeris, GPS
bawah 3.0, mata pelajaran Matematik, peratus lulus bawah 80 % atau GPS 2.6 dan mata
pelajaran Sains, peratus lulus bawah 85% atau GPS 2.55. Antara program yang dicadangkan
adalah;
i. Bengkel Headcount untuk Penolong Kanan dan penetapan sasaran sekolah
ii. Audit Kurikulum [ Penyediaan Headcount TOV / ETR / OTI serta Pelan Tindakan
dan Pelan Operasi sekolah ]
iii. Bengkel Galus untuk mata pelajaran
iv. Seminar Amalan Terbaik
v. Lesson Study
vi. Bengkel Team Teaching bersama Guru Cemerlang
vii. Pemantauan dan Pematuhan dan Pencapaian
viii.Bengkel Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Post Mortem
ix. Bengkel Pecutan Terakhir

Makluman

24. Pemantauan Berfokus kepada sekolah-sekolah yang pencapaian peratus kelulusan kurang
memberangsangkan.

Tindakan : Pegawai- Pegawai PPD Kubang Pasu

25. Laporan LINUS Puan Fadzillah membentangkan berkaitan program LINUS di daerah
Kubang Pasu. Peratus pelajar yang berjaya dalam LINUS Letarasi ( Selepas Saringan 3)
sebanyak 86.17 % ( 3046 orang pelajar ). Bilangan murid yang tidak menguasai 2M adalah
sebanyak 489 orang ( 13.83 %). Selain itu, sekiranya ada pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran, guru besar harus merujuk pelajar tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan juga pihak hospital. Untuk makluman Fasilitor LINUS telah mengedarkan borang JKM
semasa mereka memantau sekolah.

PROTIM TAHUN 4 ( Selepas Pasca Ujian )


Bilangan murid PROTIM : 637 orang
Bilangan yang menguasai 2M : 207 orang ( 32.50 %)
Bilangan yang tidak menguasai 2M : 430 orang ( 67.50 %)

PROTIM TAHUN 5 ( Selepas Pasca Ujian )


Bilangan murid PROTIM : 357 orang
Bilangan yang menguasai 2M : 182 orang ( 51.26 %)
Bilangan yang tidak menguasai 2M : 174 orang ( 48.74 %)

PROTIM TAHUN 6 ( Selepas Pasca Ujian )


Bilangan murid PROTIM : 389 orang
Bilangan yang menguasai 2M : 134 orang ( 32.50 %)
Bilangan yang tidak menguasai 2M : 255 orang ( 67.50 %)

Tindakan : Semua Sekolah

26. Tuan Haji Ahmad Hulmi memaklumkan tentang tarikh peperiksaan bersama bagi sekolah
rendah.
Peperiksaan Pertengahan Tahun - 23 Mei hingga 25 Mei 2011
Percubaan UPSR Peringkat Negeri - 26 Julai hingga 28 Julai 2011
UPSR Sebenar - 13 Sept 15 Sept 2011
UPTL dan Peperiksaan Akhir Tahun - 18 Okt 20 Okt 2011

Minit Mesyuarat JaKA Induk 1


Tindakan : Pen Pegawai PPD dan Guru Besar Sekolah

27. SPPK Puan Hajah Osma menjelas SPPK akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016.
Bagi pelajar-pelajar tahun 1tahun persekolahan 2011, pihak sekolah perlu menyediakan fail-
fail profil bagi setiap pelajar. Fail-fail ini harus di bawa sehingga mereka belajar di tahun 6.

28. Penutur Jati Puan Hajah Fadzillah menjelaskan Daerah Kubang Pasu telah menerima dua
orang penutur jati dari USA. Penutur jati ini ditempat di SK Kodiang dan SK Tunjang.
Mereka ini berfungsi untuk membantu beberapa sekolah dalam mata pelajaran bahasa
Inggeris. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah :
i. SK Tunjang
ii. SK Siputeh
iii. SK Dato Sri Syed Ahmad
iv. SJK(C) Chung Hwa
v. SK Bukit Tembaga
vi. SK Kodiang
vii. SK Bukit Kayu Hitam
viii.SK Seri Muda
ix. SK Tunku Bendahara
x. SK Dato Wan Kemara

Makluman

VIII. HAL-HAL LAIN

29. Pengerusi membentangkan - Program bersama Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu.
Program tersebut diberi nama HELANG CAMAR. Program HELANG CAMAR diadakan
bagi membantu pelajar-pelajar yang tinggal di asrama untuk memperoleh keputusan
cemerlang di dalam peperiksaan. Program ini tertumpu kepada pelajar yang akan menduduki
peperiksaan PMR, SPM, dan STPM. Guru Cemerlang akan bertindak sebagai Mentor di
sekolah menengah yang mempunyai asrama.

Tindakan : Pegawai Meja Guru Cemerlang dan Semua Guru Cemerlang

30. Pelaksanaan MBMMBI - Encik Husshin menjelaskan berlaku sedikit perubahan pada guru-
guru yang mengajar bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Perubahan ini berlaku secara
tidak ketara. Selain itu, Daerah Kubang Pasu mempunyai dua orang guru kontrak yang telah
bersara. Mereka ini ditempat di SK Siputeh dan SK Hosba. Mereka ini mengajar bahasa
Inggeris di sekolah tersebut.

Makluman

31. Guru Cemerlang DG48 Encik Husshin menjelaskan terdapat 5 orang guru cemerlang yang
menyandang gred DG 48. Mereka ini ditempatkan di SK Jitra ( Guru Cemerlang Sains), SK
Bandar Baru Sintok ( Guru Cemerlang PJ ), SK Bandar Baru Darulaman (Guru Cemerlang
Kemahiran Hidup) dan SK Sultan Ahmad Tajuddin ( Guru Cemerlang Bahasa Inggeris dan
PJ)

Makluman

32. Pelajar Pendidikan Khas Encik Abd Razak meminta Pengetua yang mempunyai kelas
Pendidikan Khas memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas menduduki peperiksaan
sekiranya mereka layak untuk menduduki peperiksaan. Walau bagaimanapun pihak sekolah
berbincang dengan waris untuk menggelak sebarang kekeliruan berlaku.

Minit Mesyuarat JaKA Induk 1


Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kubang Pasu

33. Kelas KAFA Tuan Haji Ahmad Hulmi memaklumkan bahawa bilangan hari kelas KAFA
telah dipanjangkan iaitu sehingga Khamis tetapi proses pembelejaran hanya pada hari Ahad
hingga Selasa. Hari Rabu dan Khamis digunakan oleh guru-guru untuk melakukan urusan
pentadbiran. Beliau memohon jasa baik PPD ( Pegawai Berkaitan ) berbincang dengan
Jabatan Agama Islam Kedah mengenai bidang tugas guru KAFA.

Tindakan : Pegawai PPD

34. New Deal Puan Hajah Osma menjelaskan bagi tahun 2010 untuk sekolah rendah telah
selesai. Empat buah sekolah di daerah Kubang Pasu termasuk dalam senarai akhir
penghakiman. Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Tunjang, SK Sultan Ahmad Tajuddin,
SJK(C) Lam Min dan SJK(T) Ladang Changlun. Kreteria pemilihan berdasarkan Skor
Komposit SKPM, Perubahan atau lonjokan sebanyak 2050 mata, dan lonjakan 6.3 % dalam
Skor Komposit. Untuk penganugerahan 2012, TOV 2011 akan digunapakai.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh,

(Che Zainuddin bin Che Mohammad)


Pencatat,
Mesyuarat JaKA Induk.

Minit Mesyuarat JaKA Induk 1

Anda mungkin juga menyukai