Anda di halaman 1dari 20

11010, BALIK PULAU, PULAU PINANG

SABTU 13 MEI 2023


D E WA N T E R B U K A
SK SU N GA I P IN A N G
8 . 3 0 PA GI

Perasmian Oleh:
SARJAN ABDUL AZIZ BIN ISHAK
Ketua Polis Balai Sungai Pinang
0|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
Sekapur Sireh

PENASIHAT
Pn Noor Hafiza binti Mohd Johari
Guru Besar SKSP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita
dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-51. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar
ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi
sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan
adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan
sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang.
SK Sungai Pinang sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada
setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan
kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan
muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak
pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua
pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang
sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi
material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan
dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi
dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang.
Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada
Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat
bermakna kepada sekolah.
Sekian, terima kasih.

1|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
Seulas Pinang

YDP PIBG SKSP

En.Mohamad Zahari bin Yusop

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah ,kita panjatkan kesyukuran ke hadrat.-NYA. Selawat dan salam buat


junjungan besar Nabi Muhammad SAW, segala ruang dan peluang untuk mendekatkan
diri kita ke arah takwa kepada NYA.

Pada kesempatan ini, saya mewakili ahli jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak diatas kerjasama yang diberikan kepada PIBG dalam
menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kami.

Sebagai YDP PIBG, saya mengakui bahawa guru-guru sudah pun melakukan yang
terbaik ke atas pendidikan anak-anak. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan
anak-anak tidak keciciran. Sungguhpun begitu, Ibu bapa turut tidak ketinggalan dalam
memainkan peranan besar dalam meningkatkan prestasi anak-anak dalam pendidikan.
Semangat dan kerjasama ini sangat digalakkan bagi memastikan kecemerlangan anak-
anak.

Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas dan saya amat kagum
dengan semangat para guru-guru terutamanya pihak pentadbir yang tidak putus-putus
cuba meningkatkan prestasi sekolah dan anak-anak. Selain itu, niat murni barisan Pihak
Pentadbir, guru-guru dan semua ajk PIBG prihatin dan bekerjasama dengan baik. Saya
berharap kerjasama ini akan kekal erat dan menjadi satu solusi terbaik dalam
memangkin pendidikan anak-anak di SKSP.

Akhir kata,sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan sebagai tanda
ukuwah kepada seluruh warga SKSP yang bertungkus-lumus membantu dan
menjayakan program PIBG dan pihak sekolah.

2|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
Notis Jemputan

3|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
Ahli Jawatankuasa
PIBG 2022/2023

JAWATAN
NAMA
PN. NOOR HAFIZA BINTI MOHD JOHARI
PENASIHAT
EN. MOHAMAD ZAHARI BIN YUSOP
YDP
PN. NORLIA BINTI ABD LATIFF
NYDP
PN.SITI SUHAILA BINTI MD YUSOF
SETIAUSAHA PIBG
PN.NORZARINA BINTI ZAINOL ABIDIN
BENDAHARI
PN. ROSLILAWATI BINTI YAALI

EN. AHMAD HASBI BIN ISHAK

AJK PN. ROZIANA BINTI SULAIMAN


(WARIS)
EN.AHMAD FUAD BIN ABD RAZAK

EN. ROSLAN BIN AHMAD

CIK MARHAINI BINTI SOID

PN. HASLINDA BINTI OMAR

EN. MOHNIZAM BIN MD. DINAR


AJK
(GURU) EN. MOHD SHARISAL BIN MOHD ISA

EN. MUHAMMAD HAZMIN BIN ABDUL RASHID

PN. NURULJAMILAH BINTI YUSOP


JURU AUDIT ( GURU )
PN. ASMAH BINTI DIN
JURU AUDIT (WARIS)

4|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
Kandungan

PERKARA

1. Jawatankuasa Kerja

2. Aturcara Majlis

3. Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-50 /2022

4. Laporan Aktiviti

5. Penyata Kewangan

6. Usul

7. AJK PIBG 2023/2024

8. Catatan

5|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
JAWATANKUASA
KERJA

SAMBUTAN DAN JEMPUTAN SIARAYA / PA SYSTEM


Pn. Noor Hafiza bt Mohd Johari (GB) En. Muhaidin bin Mohd Ariffin
Pn. Eda Rohani bt Che Deris (PKP) En. Erizal bin Arifin
En. Mohd Nasril bin Ismail (PK HEM)
En. Hizam bin Ismail (PK KOKO) DOKUMENTASI/ FOTOGRAFI:
En. Mohamad Zahari bin Yusop (YDP) Pn. Sinawatimawar bt Kia
Pn. Norlia bt Abd Latiff (NYDP) En. Syahrail bin Mahamud
En. Ahmad Fikri bin Mohd Abas
JURUACARA
Pn. Norli bt Zakaria PERSEDIAAN TEMPAT (MEJA
MESYUARAT)/PENTAS & KEBERSIHAN
BACAAN DOA En. Nor Azam bin Md Isa
En. Muhamad Soupain bin Abd Rahaman En. Mohd Sharisal bin Mohd Isa
En. Muhammad Hazmin bin Abdul Rashid
BUKU PROGRAM En. Mohamad Husaini bin Abdul Hisham
Pn Fathilah binti Osman Pn. Fariyalhana bt Mohd Bahar
Pn. Norzarina binti Zainol Abidin Pn. Fathilah bt Osman
Semua pekerja pembersihan sekolah
CENDERAHATI VIP
Pn. Azura bt Adzali JAMUAN VIP/GURU/ IBU BAPA:
Pn. Nur Syazana bt Shapiee Pn. Azizah bt Abd Ghaffar
Pn. Wahidatun Nuur bt Rusli
PENDAFTARAN Cik Rizwanah bt Gulam Mohayathin
Cik Marhaini bt Soid
Pn. Anuratha a/p Thoraisingam PENYELARAS TEKNIKAL/ MULTIMEDIA:
En. Mokhnizam bin Md.Dinar
CENDERAHATI WARIS: Pn. Zakiah binti Md Radzi
Pn. Fazilah bt Hamid
Pn. Rozima bt Sman@Osman PENCATAT MINIT MESYUARAT
Pn. Siti Suhaila bt Md Yusof Pn. Nuruljamilah bt Yusop
Pn. Nur Falihin Izzati bt Che Yusoff Pn. Haslinda bt Omar
Pn. Hakmawati bt Ismail
PENGIRA UNDI Pn. Nur Hana Law Yee Shing
En. Muhammad Hazmin bin Abdul Rashid
En. Mohamad Husaini bin Abdul Hisham
6|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
ATURCARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 51 2023

8.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa dan guru-guru


Ketibaan tetamu Jemputan
9.00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang
9.10 pagi : Bacaan Doa
9.15 pagi : Ucapan Penasihat PIBG
(Puan Guru Besar Pn Noor Hafiza binti Mohd Johari)
9.30 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG
(En Mohamad Zahari bin Yusop)
9.45 pagi : Ucapan Perasmian
(Sarjan Abdul Aziz bin Ishak)
Ketua Polis Balai Sungai Pinang, Balik Pulau
10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG SKSP kali ke-51

 Ucapan alu-aluan Pengerusi


 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-50
 Perkara-perkara berbangkit
 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG sesi
2022/ 2023
 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
 Membahas usul-usul yang diterima
 Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023
 Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/ 2024
 Hal-hal lain
 Ucapan Penangguhan Mesyuarat
11.00 pagi : Bersurai

7|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50

Tarikh : 28 Mei 2022


Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKSP

Peringatan Mesyuarat

Pengerusi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 mengalu-alukan kehadiran semua


jemputan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua kerana
hadir ke sekolah pada mesyuarat pada kali ini.

Bacaan Doa oleh Ustaz Muhamad Soupain Bin Abd Rahman bagi memberkati lagi
majlis pada hari ini.

1.0 Ucapan Penasihat Puan Noor Hafiza binti Mohd Johari.

1.1 Puan Guru Besar memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 dapat dijalankan.
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian para guru dan waris
yang hadir pada hari ini.
1.3 Beliau berharap dengan kesempatan yang ada pada hari ini, semua dapat
berbincang dan bersepakat tentang pencapaian dan aktiviti murid.
1.4 Beliau memaklumkan, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah dalam
menjayakan program sekolah.
1.5 Pihak PIBG juga memberi sumbangan dan hadiah kepada murid hasil
sumbangan semua waris.
1.6 Beliau meminta semua yang hadir menyampaikan maklumat kepada ibubapa
yang tidak dapat hadir agar terus menyumbang dalam tabung PIBG.
1.7 Beliau mengingatkan kecemerlangan sesebuah sekolah perlu seiring dengan
komitmen ibubapa dan bukan terletak pada pihak sekolah semata-mata.
1.8 Beliau meminta waris berpesan kepada anak-anak supaya hadir ke sekolah
dan menjaga harta benda sekolah.
1.9 Waris boleh datang ke sekolah berjumpa guru untuk berbincang perihal anak.
1.10 Beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari
ini. Kehadiran waris melambangkan kecemerlangan anak-anak.

8|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
2.0 Ucapan YDP PIBG En Md Baharon bin Shari Pinansa.

2.1 En Md Baharon selaku YDP PIBG mengalu-alukan kedatangan semua


hadirin.
2.2 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan ibubapa kerana dapat
menjayakan mesyuarat pada hari ini.
2.3 Ucapan selamat hari guru kepada semua guru dan bekas guru dengan
slogan “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera“ yang disambut pada 16 Mei
setiap tahun.
2.4 Kehadiran waris kurang memberangsangkan. Pihak PIBG dan sekolah
telah berusaha menyediakan hadiah cabutan bertuah.
2.5 Beliau berharap ibubapa yang hadir dapat mengajak lebih ramai waris
hadir ke mesyuarat untuk berbincang tentang masalah di sekolah.
2.6 Beliau juga menyeru agar mantan AJK PIBG memainkan peranan
walaupun tidak lagi memegang jawatan supaya dapat membantu dan
menyokong pihak sekolah.
2.7 Kehadiran bagi program ilmiah kurang memuaskan.Beliau juga berharap
pihak waris dapat mengubah sikap menghantar anak ke sekolah tanpa
memberi kerjasama kepada guru.
2.8 Ibubapa yang prihatin sentiasa bertanya guru tentang perkembangan
pelajaran dan perilaku anak mereka.
2.9 Beliau juga berkata tentang sejarah beliau sepanjang menjadi YDP di SK
Sungai Pinang bersama lima orang Guru Besar dan agak lama.
2.10 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin. Uar-
Uarkan tentang mesyuarat agung kepada ibubapa yang lain kerana
pada hari ini waris boleh menyuarakan pendapat di sini.
2.11 Sumbangan PIBG digunakan untuk aktiviti anak-anak seperti Hari Sukan,
Hari Anugerah Kecemerlangan dan lain-lain.
2.12 Ucapan terima kasih dan tahniah kepada Guru Besar, barisan tertinggi,
barisan guru dan sahabat AJK. Harapan beliau agar Allah dapat
membalas segala kebaikan.
2.13 Akhir sekali beliau selaku YDP PIBG SKSP merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-50 dengan lafaz bismillah.

3.0 Tayangan Multimedia berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang


tahun yang disediakan oleh Puan Zakiah binti Md Radzi.

9|Me syuarat A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
MESYUARAT AGUNG DIJALANKAN

1.0 Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi dan setinggi-tinggi


tahniah dan penghargaan kepada Puan Guru Besar,barisan para
pentadbir sekolah,guru-guru juga para ibu bapa kerana dapat sama-
sama hadir untuk berbincang dan mencapai kata sepakat dalam
melaksanakan program kecemerlangan anak-anak.
1.2 Terima kasih kepada semua jawatakuasa PIBG yang membantu dalam
menjayakan majlis pada hari ini.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG Kali ke -50


2.1 Puan Hakmawati binti Ismail, Setiausaha PIBG sesi 2020/2022
membentangkan minit mesyuarat agung kali ke-50. Minit disahkan
oleh Pn Nor Fatimah binti Mohamad dan sebulat suara disokong.

3.0 Pembentangan Laporan Program/ Aktiviti Tahunan sesi 2020/2022


3.1 Puan Hakmawati binti Ismail selaku Setiausaha PIBG sesi 2020/2022
membentang laporan program/aktiviti tahunan pada muka surat 10.
3.2 Disahkan oleh Puan Fazlinda binti Shaari dan disokong oleh Encik Nor
Azam bin Md Isa.

4.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG sesi 2020/2022


4.1 Puan Wahidatun Nuur binti Rusli, Bendahari PIBG sesi 2020/2022
membentangkan laporan kewangan tahunan PIBG 2020 pada muka
surat 11.
4.2 Laporan disahkan oleh Puan Suhaila binti Sulaiman dan disokong oleh
Encik Mohamad Zahari bin Mohd Yusof.

5.0 Membahas dan Menerima Usul

5.1 Berdasarkan usul pertama yang dibawa oleh Pn. Asmida binti Zainudin
berkaitan dengan baju sukan, mohon pihak koperasi bagi secepatnya.
Waris yang memberi usul pertama tidak hadir.

5.2 YDP memaklumkan bahawa pihak sekolah akan cuba untuk


mempercepatkan urusan pemberian baju sukan sekolah.

5.3 Usul kedua oleh Puan Fauziah binti Ahmad berkaitan dengan
penambahan aneka jenis makanan di kantin. Waris yang memberi
usul kedua tidak hadir.

10 | M e s y u a r a t A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
5.4 Puan Guru Besar menyatakan makanan yang dijual di kantin
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pejabat
Kesihatan Daerah. Penjualan makanan terhad kecuali pada hari-
hari tertentu, Guru Besar akan meminta pengusaha kantin
menambah menu makanan yang disukai murid.
5.5 Usul yang ketiga oleh Puan Nur Anisah binti Mohd Hussein tentang
pemantauan murid-murid seperti kes kecurian dan buli. Waris yang
memberi usul ketiga tidak hadir.
5.6 PK HEM En.Mohd Nasril bin Ismail menyatakan SK Sungai Pinang
adalah sekolah yang selamat dari kes buli dan kecurian.
5.7 Peratus kecurian di sekolah agak kurang dan tiada kes buli.
5.8 Jika berlaku kes mungkin tidak berat. Kebiasaannya murid tahap
satu tidak melaporkan kejadian kepada guru.
5.9 Pemeriksaan beg sekolah pada minggu ini mendapati dua orang
murid membawa dan bertukar mainan di sekolah.
5.10 Guru akan membantu murid yang mengalami masalah keciciran
wang.
5.11 Pihak sekolah telah menghantar surat amaran kepada seorang
murid yang tidak hadir ke sekolah berturut-turut tanpa sebab.
5.12 Rekod murid akan dimasukkan dalam SSDM.
5.13 Beliau meminta waris ambil peduli tentang kehadiran anak
Ke sekolah.

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 YDP PIBG En Baharon mengumumkan pembubaran jawatankuasa


PIBG 2019/2021 dan pelantikan jawatankuasa PIBG bagi sesi
2022/2024.
6.2 Pn. Norfatimah binti Mohamad bertanya tentang pemilihan calon
tokoh akademik memandangkan murid PdPR ketika PKP. PK
Pentadbiran Pn Eda Rohani menyatakan kriteria tokoh murid
adalah berdasarkan Peperiksaaan Akhir Tahun

11 | M e s y u a r a t A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
Bil Jawatan Nama Dicadang oleh Disokong oleh

1. Yang Dipertua PIBG En Mohamad Zahari Pn Nor Fatimah Sebulat suara


bin Yusop binti Mohamad

2. Naib Yang Dipertua Pn Norlia binti Abd Latif Pn Noor Hafiza Sebulat suara
PIBG binti Mohd Johari

3. Setiausaha PIBG Pn Siti Suhaila binti Md Dilantik pihak Dilantik pihak


Yusof sekolah sekolah

4. Setiausaha PIBKS Pn Fathilah binti Dilantik pihak Dilantik pihak


Osman sekolah sekolah

5. Bendahari Pn NorZarina binti Dilantik pihak Dilantik pihak


Zainol Abidin sekolah sekolah

6. Ahli Jawatankuasa Pn Roslilawati binti Yak Pn Nurul Jamilah Sebulat suara


PIBG (Wakil ibu bapa) Ali binti Yusop

7. Ahli Jawatankuasa En Ahmad Hasbi bin En Md Baharon Sebulat suara


PIBG (Wakil ibu bapa) Ishak bin Shari Pinansa

8. Ahli Jawatankuasa Pn Roziana binti Pn Nor Fatimah Sebulat suara


PIBG (Wakil ibu bapa) Sulaiman binti Mohamad

9. Ahli Jawatankuasa En Ahmad Fuad bin En Nor Azam bin Sebulat suara
PIBG (Wakil ibu bapa) Abd Razak Md Isa

10. Ahli Jawatankuasa En Roslan bin Ahmad En Md Baharon Sebulat suara


PIBG (Wakil ibu bapa) bin Shari Pinansa

11. Ahli Jawatankuasa Cik Marhaini binti Soid Dilantik pihak Dilantik pihak
PIBG (Wakil Guru) sekolah sekolah

12. Ahli Jawatankuasa Pn Zurany binti Che Dilantik pihak Dilantik pihak
PIBG (Wakil Guru) Koob sekolah sekolah

13. Ahli Jawatankuasa En Mokhnizam bin Md. Dilantik pihak Dilantik pihak
PIBG (Wakil Guru) Dinar sekolah sekolah

14. Ahli Jawatankuasa En. Mohd Sharisal bin Dilantik pihak Dilantik pihak
PIBG (Wakil Guru) Mohd Isa sekolah sekolah

15. Ahli Jawatankuasa Cik Siti Rohani binti Dilantik pihak Dilantik pihak
PIBG (Wakil Guru) Rasid sekolah sekolah

16. Juru audit Dalaman Pn Nurul Jamilah binti Dilantik pihak Dilantik pihak
PIBG (Wakil Guru) Yusop sekolah sekolah

17. Juruaudit Dalaman Pn Asmah binti Din Pn Noor Hafiza Sebulat suara
PIBG (Wakil ibu bapa) binti Mohd Johari

12 | M e s y u a r a t A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
6.3 Pn. Norfatimah binti Mohamad mencadangkan agar sumbangan PIBG
2022 sebanyak RM70 setiap keluarga dan boleh dibayar secara ansuran
sehingga hujung tahun kerana pihak sekolah kekurangan dana untuk
melaksanakan program kepada murid. Pn.Rosidah binti Yaakob
menyokong cadangan tersebut. Mesyuarat dengan sebulat suara
bersetuju bahawa sumbangan PIBG 2022 sebanyak RM70 setiap
keluarga.
6.4 Guru Besar menyatakan kutipan duit murid untuk rombongan lawatan
sekolah pada tahun ini maksimum sebanyak RM250 bergantung kepada
keperluan rombongan. Pn.Suhaila binti Sulaiman bersetuju dengan
kutipan tersebut.
6.5 Pn. Roslinda bertanya tentang pertandingan luar yang diuruskan oleh
waris adakah layak menerima wang PIBG kerana membawa nama
sekolah. PK HEM En Nasril menyatakan pihak waris hendaklah
mendapatkan borang daripada pihak penganjur untuk dinilai oleh guru
dan dirujuk kepada JPN adakah diiktiraf dan memohon kepada PIBG.
Jika layak, pihak PIBG sedia membantu.
6.6 Link PAJSK mesti ada logo KPM di sijil murid.
6.7 Pihak sekolah melantik tiga orang penama iaitu Yang Dipertua PIBG,
Setiausaha dan Bendahari untuk urusan akaun PIBG. 2/3 daripada
penama dilantik untuk urusan pengeluaran wang di bank.

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 En Mohamad Zahari bin Mohd Yusof selaku YDP PIBG baharu merakamkan
jutaan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau turut merakamkan
ucapan tahniah kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 yang baru dilantik dan
berharap pihak waris dan pihak sekolah dapat memberi kerjasama yang
terbaik untuk kecemerlangan anak-anak dan sekolah pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.40 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………................... ………………………………………
(SITI SUHAILA BINTI MD YUSOF) (EN MOHAMAD ZAHARI BIN YUSOP)
Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG
SK Sungai Pinang SK Sungai Pinang.

13 | M e s y u a r a t A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
LAPORAN AKTIVITI

BIL PROGRAM TARIKH

1 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali pertama 20 Jun 2022


2022/2023

2 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali kedua 14 Februari 2023


2022/2023
3 Mesyuarat Khas Jawatankuasa PIBG 2022/2023 31 Mac 2023

4 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali ketiga 09 Mei 2023


2022/2023
5 Program Gotong Royong Perdana 24 Jun 2022

6 Penyerahan Sumbangan Sekolah kepada masjid 04 Julai 2022

7 Program Hari Terbuka PPD PIBG Sekolah Barat 27 Ogos 2022


Daya
8 Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan 26 Nov 2022

9 Pemberian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2-6 19 Januari 2023

10 Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) 11 Feb 2023

11 Orientasi Tahun 1 17 Mac 2023

12 Majlis Gotong Royong Warga Sekolah bersama 23 Mac 2023


IbuBapa dan Waris
13 Pemberian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 1 07 April 2023

14 Majlis Iftar dan Solat Tarawih di Masjid Al-Ehsan 17 April 2023

15 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 05 Mei 2023

16 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-51 13 Mei 2023

14 | M e s y u a r a t A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
Penyata Kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2022/2023
Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang
12 MEI 2023 - Berakhir
Tarikh Pendapatan RM RM Tarikh Perbelanjaan RM RM
01.06.2022 Baki b/b (Bank) 3,793.79 24.06.2022 1. Jamuan Gotong -Royong Perdana 420.00
Baki b/b (Tunai) 104.00 30.06.2022 2. Penyata bank 16.00
30.06.2022 3. Sumbangan MSSPP 905.00
3,897.79 17.07.2022 4. Duit cop getah PIBG 23.00
07.08.2022 5. Buku resit 36.00
24.06.2022 Sumbangan hasil tebang pokok 100.00 25.08.2022 6. Sumbangan PIBKS 2022 100.00
30.06.2022 Dividen bank 7.10 29.08.2022 7. Sumbangan wakil MSSPP (wakil negeri ke Terengganu) 100.00
21.08.2022 Sumbangan PIBG 3,390.00 28.09.2022 8. Sumbangan Penyelenggaraan Penghawa dingin, 2,000.00
26.08.2022 Sumbangan PIBG 1,430.00 Singki dan tandas.
08.09.2022 Sumbangan PIBG 560.00 17.11.2022 9. Sukan Sekolah 2,500.00
21.09.2022 Sumbangan PIBG 980.00 17.11.2022 10. Hari kanak-kanak 1,000.00
28.09.2022 Sumbangan PIBG 1,820.00 12.12.2022 11. Sumbangan Kejohanan Bola Baling 150.00
09.10.2022 Sumbangan PIBG 280.00 01.02.2023 12. Majlis Anugerah Kecemerlangan 2,500.00
20.10.2022 Sumbangan PIBG 490.00 14.02.2023 13. Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 2,000.00
04.11.2022 Sumbangan PIBG 700.00 14.02.2023 14. Makanan dan Minuman Mesyuarat AJK PIBG 100.00
22.12.2022 Sumbangan PIBG 140.00 29.03.2023 15. Sumbangan Moreh Masjid Al Ehsan 300.00
31.12.2022 Dividen Bank 6.74 15.04.2023 16. Pembelian tabung PIBG SK Sungai Pinang 96.00
01.02.2023 Sumbangan PIBG 1,400.00 05.05.2023 17. Jamuan hari raya murid 375.00
16.02.2023 Sumbangan PIBG 140.00 12.05.2023 18. Perbelanjaan MAT PIBG SK Sungai Pinang 1,500.00
03.04.2023 Sumbangan YB Parlimen Balik Pulau 500.00
17. 04.2023 Sumbangan malam 27 Ramadhan 375.00

Sub Baki 11,303.84 Sub Baki 14,121.00


11,303.84 14,121.00

AKAUN TUMPANG

15 | M e s y u a r a t
10.06.2022 1. Sumbangan daripada TNB 3,000.00 30.06.2022 Diserahkan kepada Pn Guru Besar 3,000.00
03.08.2022 2. Sumbangan daripada YB Parlimen Balik Pulau 2,000.00 21.09.2022 Diserahkan kepada Pn Guru Besar 2,000.00
09.09.2022 3. Sumbangan daripada YB Parlimen Balik Pulau 3,000.00 21.09.2022 Diserahkan kepada Pn Guru Besar 3,000.00

Sub Baki 8,000.00 Sub Baki -

A g u n g
Baki h/b (Bank) 2,021.63
PENYATA KEWANGAN

Baki h/b (Tunai) 74.00

2,095.63
JUMLAH BESAR 24,216.63 JUMLAH BESAR 24,216.63

P I B G
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(PN. NORZARINA BINTI ZAINOL ABIDIN) (EN. MOHAMAD ZAHARI BIN YUSOP)
Bendahari PIBG 2022/2023 YDP PIBG SKSP 2022/2023

k e -
Disemak oleh: Disahkan oleh:

(PN. NURULJAMILAH BINTI YUSOP) ( PN ASMAH BINTI DIN )


Juru audit wakil guru 2022/2023 Juru audit wakil ibubapa 2022/2023

5 1 / 2 0 2 3
USUL

16 | M e s y u a r a t A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
AJK PIBG 2023/2024

1. Yang Dipertua :.................................................................

2. Naib Yang Dipertua :.................................................................

3. Setiausaha :.................................................................

4. Bendahari :……………………………………………...

5. AJK PIBG (Ibu bapa ) : 1 )…........................................................

2 )............................................................

3 )…………………………………………..

4 )…………………………………………..

5 )…………………………………………..

6. AJK Guru : 1 )…........................................................

2 )............................................................

3 )…………………………………………..

4 )…………………………………………..

5 )…………………………………………..

7. Juru Audit : Ibu Bapa


1 )…………………………………………….
Guru
2 )……………………………………………

17 | M e s y u a r a t A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
CATATAN

----------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------

18 | M e s y u a r a t A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3
SEKALUNG PENGHARGAAN

Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan


Guru (PIBG)Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada pentadbir sekolah, guru-guru serta
kakitangan sokongan Ibu Bapa atas segala
sumbangan tenaga, wang ringgit, masa dan idea-idea
yang telah disumbangkan bagi
menjayakan semua aktiviti PIBG
sepanjang sesi 2022/2023.

SK SUNGAI PINANG
11010 BALIK PULAU, PULAU PINANG
TEL : 04-8662307
EMAIL SEKOLAH :pba3009@jpnpp.edu.my
FACEBOOK : PIBG SK Sungai Pinang

19 | M e s y u a r a t A g u n g P I B G k e - 5 1 / 2 0 2 3

Anda mungkin juga menyukai