Anda di halaman 1dari 44

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

GURU BESAR SK KEPONG BARU

Assalamualaikum WRBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kita diberi kesempatan untuk mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG SK Kepong Baru kali ke-39.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada mesyuarat
kali ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi
sekolah untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Untuk makluman para ibu bapa, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 oleh Kementerian Pendidikan telah memasuki gelombang kedua. Pelaksanaannya di
peringkat sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara secara menyeluruh. Ini bagi
memastikan murid yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki tahap kemahiran
yang diperlukan di peringkat global sama ada dari segi kepimpinan dan pengetahuan. Saya selaku
guru besar sekolah ini amat berharap agar murid-murid sekolah ini akan lebih berkembang pemikiran
kreatif,kritis dan inovatif mereka serta melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum, sukan dan
kokurikulum.

Begitu juga peranan PIBG,setiap permasalahan yang timbul diatasi dalm suasana
kekeluargaan dan hamoni.Justeru saya berharap persatuan ini akan memainkan peranan yang lebih
besar pada masa akan datang demi memastikan anak-anak pewaris bangsa di sekolah ini dapat
menikmati suasana pembelajaran yang lebih baik dan kondusif.

Besarlah harapan saya agar PIBG SK Kepong Baru ini akan lebih kukuh pengurusannya dan
lebih jitu hala tuju matlamatnya. Saya yakin,suasana harmoni yang terjalin di antara PIBG dan pihak
pengurusan sekolah,mampu menjadikan setiap matlamat itu satu kenyataan.

Akhir kata,saya berdoa agar mesyuarat kali ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Semoga
pihak sekolah dan pihak PIBG SK Kepong Baru dapat berbincang dengan penuh muhibbah dan kasih
sayang atas landasan perkara yang diputuskan adalah untuk kebaikan dan masa depan anak-anak yang
dididik di sekolah ini.

Sekian,terima kasih.

MOHD RAZIF BIN MOHD TAHIR


GURU BESAR
SK Kepong Baru

SETITIK TINTA SEUNTAI BICARA

1
YANG DIPERTUA PIBG SK KEPONG BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
bersama-sama sekali lagi bertemu dan bermuzakarah di dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG ini.
Saya amat berbangga kerana pada tahun ini sekali lagi SK Kepong Baru telah berjaya menganjurkan
Mesyuarat Agung PIBG SK Kepong Baru kali ke-39.

Penglibatan ibu bapa dan penjaga serta waris dalam aktiviti serta kegiatan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak. PIBG
merupakan saluran perantaraan komunikasi antara ibu bapa dan pihak sekolah. Banyak masalah akan
selesai sekiranya ibu bapa turut bekerjasama memantau perkembangan pelajaran anak masing-masing.

Selain itu, PIBG juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa
dan masyarakat sekeliling. Buktinya kerjasama erat ini telah membawa kepada kecemerlangan
pendidikan para pelajar di SK Kepong Baru selama ini. Suka saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Besar bersama barisan pentadbir serta komitmen guru-guru
yang mengajar anak-anak didik mereka tanpa mengenal penat lelah.

Kadang kala berlaku ketegangan antara guru dan ibu bapa yang nyata menjejaskan kualiti
pendidikan di sesebuah sekolah. Sebagai langkah positif, ibu bapa hendaklah memberi penghormatan
dan kepercayaan kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan murid-murid. Oleh itu,
saya berharap ibu bapa jangan mudah melenting, jangan hilang kewarasan tetapi hendaklah bersifat
berlapang dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin ke atas murid-murid. Saya berasa amat
yakin bahawa tindakan tegas guru dalam mendisiplinkan murid bertujuan untuk memberi pengajaran
dan memulihkan akhlak murid agar menjadi insan yang cemerlang.

Akhir kata, izinkan saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan meluangkan masa ke Mesyuarat
Agung PIBG SK Kepong Baru pada tahun ini. Saya berharap agar apa yang diputuskan dalam
mesyuarat nanti akan dapat dilaksanakan dengan jayanya atas kerjasama semua ibu bapa.

Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada seluruh warga pendidik dan murid yang telah bekerja
keras untuk memastikan kejayaan dan kelancaran Mesyuarat Agung PIBG SK Kepong Baru Kali Ke-
39 ini.

Sekian terima kasih.

DATO’ MOHD RIZWAN BIN ABDUL RAHIM


Yang Dipertua PIBG
SK Kepong Baru

ATUCARA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 TAHUN 2016

2
8.30 pagi Pendaftaran / Sarapan

8.50 pagi Ucapan Pengerusi Majlis

9.00 pagi Bacaan Doa

Oleh : Ustaz Abdul Aziz Bin Nawi

9.05 pagi Ucapan Yang Dipertua PIBG

Oleh : Dato’ Mohd Rizwan Bin Abdul Rahim

9.10 pagi Ucapan Guru Besar

Oleh : En Mohd Razif Bin Mohd Tahir

9.20 pagi Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG

Oleh : Tuan Haji Ghulam Ghani Bin Mohd Ayoub

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Kepong

9.30 pagi Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG 2015/2016

9.45 pagi Rehat

10.00 pagi Mesyuarat Agung PIBG Ke-39

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi PIBG


2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-38
3. Membentangkan Dan Menerima Penyata Kewangan PIBG yang
berakhir pada 31 Disember 2015
4. Pembentangan Laporan PIBG 2015/2016
5. Pembubaran AJK Sesi 2015/2016
6. Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2016/2017
7. Membahaskan Usul
8. Hal-hal Lain
9. Ucapan Penangguhan

11.30 pagi Cabutan Bertuah

12.00 tengahari Jamuan

12.30 tengahari Bersurai

JAWATAN KUASA INDUK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK KEPONG BARU

SESI 2015/2016
3
PENASIHAT : EN MOHD RAZIF BIN MOHD TAHIR

YANG DIPERTUA : DATO’ MOHD RIZWAN BIN ABD RAHIM

NAIB YANG DIPERTUA : EN ABDUL KARIM BIN MUHAMMAD

SETIAUSAHA : PN NIK RAIHAN NIK MOHD ZIN

NAIB SETIAUSAHA : CIK ELIAA BT MOHTAR

BENDAHARI : PN CHEAM JOCK FENG

NAIB BENDAHARI : PN SUHADA BT MUHAMMAD

AJK IBU BAPA : EN AZHAR BIN AMAT

: EN HANAFI BIN RAMLI

: EN MOHD ROMIZA BIN MOHD SARIF

: EN AB RAZAK BIN ISA

: EN MUHAMAD AZUAN BIN JAMALUDIN

: PN SITI NURZIEFA BT SHAFUDDIN

: PN ROSLINA BT RUSLI

AJK GURU : EN ABDUL AZIZ BIN NAWI

: EN KHAIRIAL ANUAR BIN ABU BAKAR

: PN HANATERAH BT HUSIN

: PN NURHANANI BT MAHMUD

: PN ANG LI LI

: PN SITI NORAIHAN BT MOHMAD ROSDI

JURU AUDIT : EN KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL HAMID

: CIK NOR AMIRAH BT ABDUL HAMID

EXCO : PN RABIAH BT MUDA (GPK TADBIR & KURIKULUM)

: EN NORMAN BIN ABDUL RAHMAN (GPK HAL EHWAL MURID)

: PN ZALIZA BT BAKHRI (GPK KOKURIKULUM)

AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE – 39

4
Penasihat : En Mohd Razif Bin Mohd Tahir Guru Besar

Pengerusi : Dato’ Mohd Rizwan Bin Abdul Rahim YDP PIBG

Naib Pengerusi : En Abdul Karim Bin Muhammad NYDP PIBG

Exco : Pn Rabiah Bt Muda GPK Tadbir & Kurikulum

: En Norman Bin Abdul Rahman GPK Hal Ehwal Murid

Pn Zaliza Bt Bakhri GPK KoKurikulum

Setiausaha : Pn Nik Raihan Nik Mohd Zin

Naib Setiausaha : Cik Eliaa Bt Mohtar

Bendahari : Pn Cheam Jock Feng

Naib Bendahari : Pn Suhada Bt Muhammad

Penyambut Tetamu Pengira Undi

En Mohd Razif Bin Mohd Tahir En Muhammad Azlan Bin Muhammad

Pn Rabiah Bt Muda Pn Ang Li Li

Pn Zaliza Bt Bakhri Pn Siew Mei Sin

En Norman Bin Abdul Rahman

Dato’ Mohd Rizwan Bin Abdul Rahim

En Abdul Karim Bin Muhammad Sijil

En Azhar Bin Amat Pn Rohaya Bt Mohd Isa

En Ab Razak Bin Isa Pn Amierah Solehah Bt Ahmad Tajuddin

En Hanafi Bin Ramli

En Mohd Azuan Bin Jamaluddin Buku Program/ Dokumentasi

En Mohd Romiza Bin Mohd Sarif Pn Nik Raihan Bt Nik Mohd Zin

Pn Siti Norzieta Bt Shafuddin Cik Eliaa Bt Mohtar

Pn Roslina Bt Rusli

En Khairul Anwar Bin Abdul Hamid

Bacaan Doa Fotografi

En Abdul Aziz Bin Nawi Pn Jeow Pei Yen

5
Pengacara Majlis

Pn Sharifah Mu’minah Bt Syed Zainal A’bedin Persiapan Pentas/ Dewan

Cik Eliaa Bt Mohtar Cik Nurul Akma Shakirah Bt Razak

Pn Riner Bt Maslie

Pendaftaran Cik Hanaterah Bt Husin

Pn Cheam Jock Feng Pn Rosmaini Bt Mohd Nawi

Pn Uthaya Chandrika a/p Ramiah Pn Vimala Devi a/p Mahadewa

Cik Nurul Akma Shakirah Bt Razak En Muhammad Musa Bin Samsuddin

Pekerja Sekolah

Pencatat Minit

Pn Thohirah Bt Suaid

Cik Nur Aisyah Bt Mohd Kharii Siaraya/ PA Sistem

En Khairial Anuar Bin Abu Bakar

Jamuan AJK/Guru/Ibubapa En Abdul Aziz Bin Nawi

Pn Rozila Bt Ahmad

Pn Nurhanani Bt Mahmud Hadiah Cabutan Bertuah

Cik Nur Amirah Bt Abdul Hamid Pn Noradiah Bt Zainuddin

Pn Nik Raihan Bt Nik Mohd Zin Pn Siti Noraihan Bt Mohmad Rosdi

Pn Noradiyana Bt Kamran Pn Suhada Bt Muhammad

Pn Nik Roslizaini Bt Nik Abdullah

Pn Norafidah Bt Jalil

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38 (2015)

SENARAI KEHADIRAN GURU

6
Bil. Nama Guru Bil. Nama Guru
1. Pn. Maznon Bt Hj Mohd Sidin 2. Pn. Rabiah Bt. Muda
3. En. Norman Bin Abd Rahman 4. Pn. Ang Li Li
5. Pn. Vimala Devi 6. Pn.Norwahidah Bt Hassan
7. Pn. Mani a/p Veloo 8. En Muhammad Musa Bin Samsuddin
9. Pn. Suhada Bt. Muhamad 10. Cik Eliaa Bt. Mohtar
11. En. Khairial Anuar B. Abu Bakar 12. Pn. Riner Bt Maslie
13. Pn. Uthaya Chandrika 14. Pn Thohirah Bt. Suaid
15. Pn. Rozila Bt Ahmad 16. En. Mohammad Azlan
17. Pn. Siew Mei Sin 18. Pn. Cheam Jock Feng
19. En. Amir Bin Ayob 20. En. Abd Aziz Bin Nawi
21. Pn. Hanaterah Bt Husin 22. Pn. Jeow Pei Yen
23. Pn. Nik Raihan Bt. Nik Mohd Zin 24. Pn. Siti Noraihan Bt Mohmed Rosli
25. Cik Nor Amirah Bt Abdul Hamid 26. Cik Nurul Akma Shakirah Bt Razak
27. Pn Nurhanani Bt Mahmud 28. En Kalaivanan
29. Pn Rosmaini Bt Mohamed Nawi 30. Pn Rohaya Bt Md Isa
31. Pn Amierah Solehah Bt Ahmad
Tajuddin

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 38 (2015)

SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA

7
Bil. Nama Ibu bapa / Penjaga Bil. Nama Ibu bapa / Penjaga
1. Che Ramli B Ibrahim 2. Haysura Bt Hanapi
3. Ahmad Raihan B Abdul Rahman 4. Matavi a/p Jagannathan
5. Jaitah Bt John 6. Rogayah
7. Idznie Ildha Bt Mustafar 8. Muhamad Azuan Jamaludin
9. Abdul Manap B Andul Rahim 10. Nuni Bt Muhammad
11. Napsah Bt Asnawi 12. Habel
13. Roslina Bt Rusli 14. AB Razak Isa
15. Mohd Romiza B Mohd Sarif 16. Khairul Anwar B Abdul Hamid
17. Rostan B Ahmad 18. Arif B Himam
19. Ahmad Fazari 20. Zariman Zakaria
21. Sapuan Deraman 22. Hanafi B Ramli
23. Amiza Bt Abdul Wahab 24. Azhar B Amat
25. Rusli Norzaid 26. Noor Syahida
27. Aspar Bt Jeli 28. Noraini Hussin
29. Anita Bugiad 30. Azizah Ali Omar
31. Amir A. Gani 32. Hussin Othman
33. Hanafi 34. Thamaray
35. Rajakumarie 36. Mohd Rosdi B Mohamed Nor
37. Jumaatiah Ahmad 38. Che Norlee Bt Che Amat
39. Azman 40. Bahruddin Abdullah
41. Nasrul Hakim B Masrun 42. A. Avivananthan
43. Maheran 44. Wan Mohd Azzamri
45. Samsuddin B Mohd Basri 46. Banu a/p Subramaniam
47. Rusdiana Bt Jabbar 48. Johari
49. Sukarzi AB Lasi 50. Suriati
51. Md Abd Razzaque 52. Ab Hamis B Salim
53. Dato’ Mohd Rizwan B Abdul Rahim

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-38

SK KEPONG BARU

8
DIRASMIKAN OLEH :

PN MAZNON BINTI HAJI MOHD SIDIN

Tarikh : 28 Februari 2015

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Kehadiran Ibu Bapa : 52 orang

Kehadiran Guru : 31 orang

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Ustaz Abd Aziz Bin Nawi.

1.0 UCAPAN OLEH YANG DI PERTUA PIBG SES1 2014 / 2015


(DATO’ MOHD RIZWAN BIN ABDUL RAHIM)

1.1 Yang Di Pertua mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat hadir pada hari
ini.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya
mengadakan mesyuarat agung pada tahun ini.
1.2 Yang Di Pertua memaklumkan bahawa PIBG merupakan satu saluran perantaraan
antara ibu bapa dan guru. Hubungan yang erat antara guru dan ibu bapa adalah
amat penting dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak. Beliau meminta
semua ibu bapa memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak
semasa mereka berada di sekolah.
1.3 Yang Di Pertua juga memaklumkan tentang perancangan bagi tahun 2015 iaitu lebih
menumpukan kepada keceriaan sekolah. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran ibu
bapa untuk bersama-sama dalam projek keceriaan ini. Beliau juga memaklumkan
tentang kelas tambahan tahun 6 yang akan diadakan selepas waktu persekolahan
pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Beliau meminta pandangan ibu bapa
untuk turut mengadakan kelas atambahan bagi tahun 4 dan 5. Perkara ini akan
dibincangkan dengan lebih lanjut semasa mesyuarat nanti.
1.4 Yang Di Pertua juga berharap, ibu bapa yang hadir pada hari ini dapat memberi
komitmen kepada barisan Jawatankuasa Induk PIBG bagi Sesi 2015 / 2016 bagi
menjamin dan memantapkan pengurusan dan pembangunan sekolah serta dapat

9
memberikan manfaat dan kepentingan kepada anak-anak dalam pelajaran dan
pembelajaran.
2.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH PENASIHAT PIBG
(PN MAZNON BINTI HAJI MOHD SIDIN)

2.1 Pn Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa serta guru yang
dapat menghadirkan diri pada mesyuarat hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan
komitmen yang tinggi terhadap sekolah.
2.2 Pn Penasihat memohon kerjasama yang lebih erat di antara PIBG dengan sekolah
sama ada dari segi material atau pun idea yang bernas. Pihak sekolah akan
menerima teguran, bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada pihak PIBG dan
masyarakat setempat.

2.3 Pn Penasihat menerangkan tentang aktiviti bagi tahun 2015.

 Program Membaca Awal Pagi – Program ini bertujuan untuk menanam sikap
sukakan ilmu di kalangan murid-murid. Ibu bapa boleh membuat
sumbangan buku kepada pihak sekolah bagi menampung jumlah buku sedia
ada yang agak kurang.
 Program Perkhemahan Unit Beruniform – Program ini bertujuan memberi
pendedahan kepada murid untuk menyertai aktiviti badan beruniform
secara lebih terperinci.
 Program kelas tambahan dan kelas bimbingan NADI – Program ini bertujuan
untuk murid membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan. Walau
bagaiamanapun kelas ini tidak diadakan pada bulan puasa.
 Program kelas tambahan tahun 6 – Program ini dijalankan bagi memastikan
kercemerlanagan UPSR 2015.
 Program Bacaan LINUS – Program ini dijalankan pada awal pagi setiap hari di
kantin sekolah. Seorang murid akan dibimbing oleh seorang guru untuk
membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
2.4 Pn Penasihat juga memaklumkan tentang beberapa program yang telah dan akan
dijalankan di bawah bidang akademik iaitu :

 Bengkel Teknik Menjawab UPSR.


 Program Motivasi
 Program I-Think
 Program Sinar Harapan
10
 Program Penutur Jati
 Program English Day
2.5 Pn Penasihat memaklumkan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah dan kualiti sisem pendidikan. Di
dalam pelan pembangunan ini, semua guru perlu memantapkan penggunaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-THINK.

2.6 Pn Penasihat menekankan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang


masih diteruskan di sekolah.

2.7 Pn Penasihat memaklumkan tentang beberapa kejayaan sekolah di dalam bidang ko


kurikulum iaitu :

 Naib Johan Pertandingan Ping Pong Zon Sentul dan mewakili zon ke
peringkat negeri.
 Naib Johan Pertandingan Sepaktakraw Zon Sentul dan mewakili zon ke
peringkat negeri.
2.8 Pn Penasihat juga memaklumkan tentang penglibatan murid dalam beberapa aktiviti
yang akan dipertandingkan di peringkat zon.

 Acara Balapan / Padang – Acara yang terlibat ialah lontar peluru,lompat


jauh dan lompat tinggi.
 Program Pencegahan Dadah – Pihak sekolah akan terlibat dalam
pertandingan laluan Ppda, Boria, Sajak dan Buku Skrap.
 Majlis Tadarus Al-Quran – Pihak sekolah akan terlibat dalam pertandingan
Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan, Bercerita dan Nasyid.
 Program Doktor Muda
 Program English Day
2.9 Pn Penasihat meminta kerjasama PIBG untuk bersama-sama mencari dana untuk
menyediakan tempat latihan yang lebih kondusif supaya murid dapat berlatih
dengan selesa.

2.10 Pn Penasihat memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima peruntukan


untuk pembangunan fizikal iaitu membaiki paip air untuk blok B dan pra sekolah.
Selain itu,pihak sekolah juga telah berjaya mendapat kelulusan utuk pemasangan
CCTV sebanyak 6 points di dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah juga sedang
berusaha untuk menaik taraf tandas sekolah.

11
2.11 Pn Penasihat mengingatkan ibu bapa agar memastikan kehadiran anak-anak ke
sekolah kerana kehadiran murid ke sekolah dipantau oleh pihak Kementerian
Pendidikan. Sekiranya anak-anak tidak hadir, ibu bapa mestilah menghantar surat
kepada ibu bapa dengan menyatakan sebab ketidakhadiran anak masing-masing.

2.12 Pn Penasihat meminta semua ibu bapa yang hadir untuk memutuskan tentang
beberapa perkara berkaitan sekolah. Perkara tersebut ialah :

 Jawatankuasa Induk PIBG sesi 2014/ 2015 dikekalkan sebagaimana yang


telah dipersetujui dalam mesyuarat agong yang lepas. Pemilihan untuk AJK
hanya akan dibuat sekiranya terdapat AJK yang menarik diri semasa
mesyuarat nanti. Walau bagaimana pun para ibu bapa masih boleh terlibat
seacara langsung dengan PIBG melalui penyertaan di dalam Kumpulan
Sokongan Ibubapa.
 Semasa perjumpaan pihak sekolah dengan ibu bapa murid tahun 6 pada Hari
Penetapan Target, semua ibu bapa yang hadir telah bersetuju untuk
meluluskan kutipan sebanyak RM 160.00 untuk program kecemerlangan
tahun 6.
2.13 Semua ibu bapa yang hadir telah bersetuju sebulat suara dengan cadangan yang
telah dikemukakan oleh Pn Penasihat.

2.14 Pn Penasihat juga telah memaklumkan tentang bayaran tambahan yang perlu
dibayar oleh semua murid bukan warganegara iaitu sebanyak RM 24.50.

2.15 Pn Penasihat meminta ibu bapa yang berminat untuk terlibat sebagai ahli Kumpulan
Sokongan Ibu bapa (KSIB) secara sukarela boleh mencalonkan diri untuk membantu
pihak sekolah terutama dari segi keceriaan, kejurulatihan dan akademik.

2.16 Pn Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan semua ahli
persatuan atas sumbangan yang telah diberikan sama ada dalam bentuk kewangan
dan tenaga sepanjang tahun 2014 sehingga 2015. Pn Penasihat seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 SK Kepong Baru.

3.0 PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA SEMUA AJK PIBG SESI 2014/2015


3.1 Majlis penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh Pn Penasihat PIBG, Pn
Maznon Bt Haji Mohd Sidin diiringi oleh Pn Rabiah Bt Muda.

12
4.0 TAKLIMAT SARANA IBU BAPA
4.1 Taklimat Sarana Ibu Bapa telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pn
Alice Fatimah Selvaraj yang merupakan YDP SK St. Joseph. Beliau juga adalah
Jurulatih Sarana Ibu Bapa peringkat negeri. Penceramah kedua untuk taklimat
Sarana Ibu Bapa ialah En Effendi Bin Dollah. Beliau ialah YDP SK Bangsar yang juga
merupakan Jurulatih Utama Sarana.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 DIMULAKAN

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT DAN LAPORAN BIRO


4.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Rizwan Bin Abdul Rahim,YDP PIBG sesi
2014/2015.

4.2 Pn Nik Raihan Nik Mohd Zin selaku Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2014/2015
membentangkan laporan minit mesyuarat. Pengesahan minit mesyuarat telah
dicadangkan oleh En Khairul Anwar Bin Abdul Hamid dan disokong sebulat suara
oleh semua ahli mesyuarat.

4.3 Pn Nik Raihan juga telah membentangkan Laporan Biro Jawatankuasa PIBG sesi
2014/2015

6.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN


6.1 Pn.Cheam Jock Feng selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan
PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2014.
6.2 Pengesahan penyata kewangan telah dicadangkan oleh En Khairul Anwar Bin Abdul
Hamid dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.
7.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG 2015/2016
7.1 Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh semua ibu bapa, semua AJK bagi sesi
2014/2015 dikekalkan. Pemilihan hanya dibuat untuk AJK yang telah menarik diri.
Pemilihan calon dari kalangan ibu bapa telah dibuat dan mesyuarat telah bersetuju
untuk melantik En Khairul Anwar Bin Abdul Hamid sebagai Juru Audit menggantikan
Juru Audit yang telah menarik diri. Manakala pelantikan AJK dari kalangan guru telah
dibuat secara pentadbiran di peringkat dalaman sekolah. Pelantikan AJK PIBG bagi
sesi 2015/2016 adalah seperti berikut :

AJK INDUK PIBG SESI 2015/2016

Penasihat : Pn.Maznon Bt Haji Mohd Sidin

13
Yang Di Pertua : Dato’ Mohd Rizwan Bin Abd Rahim

Naib Yang Di Pertua : En Abdul Karim Bin Muhammad

Setiausaha : Pn Nik Raihan Binti Nik Mohd Zin

Naib Setiausaha : Cik Eliaa Binti Mohtar

Bendahari : Pn.Cheam Jock Feng

Naib Bendahari : Pn Suhada Bt Muhammad

AJK Ibubapa : En. Mohd Romiza Bin Mohd Sarif

: En Ab Razak Bin Isa

: En Hanafi Bin Ramli

: En Muhamad Azuan Bin Jamaludin

: En Azhar Bin Amat

: Pn Siti Nurzieta Bt Shafuddin

: Pn Roslina Bt Rusli

AJK Guru :En Muhammad Azlan Bin Muhammad

:En Abdul Aziz Bin Nawi

:Pn Khairial Anuar Bin Abu Bakar

: Pn Nurhanani Bt Mahmud

:Pn Ang Li Li

:Pn Siti Noraihan Bt Mohmad Rosli

:Cik Hanaterah Bt Hussin

Juru Audit Ibu Bapa : En Khairul Anwar Bin Abdul Hamid

Juru Audit Guru : Cik Nor Amirah Bt Abdul Hamid

8.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN


8.1 Pn Penasihat telah membentangkan usul dan cadangan jumlah kutipan bayaran
tambahan persekolahan untuk semua murid bagi tahun 2015. Perkara ini telah
dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat AJK Induk PIBG. Bayaran yang
dicadangkan adalah mengikut keperluan dan tahun murid berada. Semua bayaran
akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG dan akan dikeluarkan mengikut keperluan
setelah mendapat persetujuan di dalam mesyuarat AJK Induk. Jumlah kutipan bagi

14
setiap tahun dan agihan kutipan boleh dirujuk di dalam buku mesyuarat
sebagaimana berikut :
Bil Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
RM RM RM RM RM RM

1 Aktiviti/ Latih tubi 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00

2 Sumbangan Hari 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00


Kanak-Kanak

3 Sumbangan Hari 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00


Anugerah Cemerlang

4 Sumbangan Keceriaan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00


Sekolah

5 PKSR 1 & 2 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00

6 Program 160.00
Kecemerlangan UPSR

7 Sumbangan PIBG 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00

(1 Keluarga)

JUMLAH 65.00 65.00 65.00 65.00 65.00 225.00

8.2 Memandangkan jumlah kos yang semakin meningkat sekarang, En Nasrul Hakim Bin Masrun
telah mencadangkan supaya bayaran sumbangan PIBG dinaikkan dari RM30.00 kepada RM
50.00. Setelah perbincangan diadakan ,semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk
menaikkan bayaran sumbangan PIBG dari RM 30.00 kepada RM 50.00 demi keselesaan anak-
anak SK Kepong Baru. Jumlah bayaran yang telah dipersetujui oleh semua ibu bapa bagi
tahun 2015 ialah sebagaimana berikut :

Bil Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


RM RM RM RM RM RM

1 Aktiviti/ Latih tubi 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00

2 Sumbangan Hari Kanak- 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00


Kanak

3 Sumbangan Hari Anugerah 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00


Cemerlang

15
4 Sumbangan Keceriaan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Sekolah

5 PKSR 1 & 2 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00

6 Program Kecemerlangan 160.00


UPSR

7 Sumbangan PIBG 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00

(1 Keluarga)

JUMLAH 85.00 85.00 85.00 85.00 85.00 245.00

7.3 Pn Penasihat telah membentangkan kutipan bayaran tambahan untuk murid bukan
warganegara tahun 2015 seperti berikut:

Bil Perkara Jumlah

1. Kokurikulum RM 3.00

2. Sukan RM 6.00

3. Ujian RM 6.00

4. Aktiviti Agama Islam/ Moral RM 6.00

5. Insuran RM 1.50

6. MSSKL RM 2.00

JUMLAH RM 24.50

7.4 Semua ibu bapa yang hadir telah bersetuju sebulat suara tanpa bantahan terhadap usul yang
telah dikemukakan oleh Pn Penasihat.

7.5 Berikut ialah usul dan cadangan yang telah dikemukakan oleh ibu bapa dan telah
dibincangkan di dalam mesyuarat :

Usul 1 Maklumbalas Guru Besar

(Matavi a/p Jeganathan) Guru sentiasa memberikan perhatian kepada


semua murid di dalam kelas. Kelas pemulihan
 Menumpukan perhatian
kepada murid-murid lemah di juga telah diadakan untuk murid yang lemah.
dalam kelas. Program Linus turut dijalankan bagi
 Guru Disiplin memberi

16
pengawasan yang lebih meningkatkan tahap penguasaan murid. Ibu bapa
terhadap tingkah laku murid.
juga digalakkan untuk berhubung terus dengan
pihak sekolah sekiranya mempunyai sebarang
masalah berkaitan pembelajaran anak-anak.
Pihak sekolah juga sentiasa mengambil berat
tentang masalah disiplin murid. Guru Disiplin
akan berada di kantin setiap kali waktu rehat.

Usul 2 Maklumbalas Guru Besar

(Mohd Noor Tarmizi) Pengawas dan guru bertugas sentiasa berada di


kantin setiap kali waktu rehat. Guru disiplin juga
 Meningkatkan keselamatan
turut sama mengawal murid. Pada waktu balik
murid terutama waktu rehat
pula, pengawal keselamatan sentiasa mengawasi
dan waktu murid pulang dari
murid dan mengarahkan murid supaya
sekolah.
menunggu ibu bapa di dalam kawasan sekolah.
Guru bertugas juga sentiasa mengawasi murid
pada waktu balik.

Usul 3 Maklumbalas Guru Besar

(Baharuddin Bin Abdul Hamid) Guru telah memberi kerja rumah kepada murid
sebagai pengukuhan untuk pelajaran yang telah
 Banyakkan kerja rumah untuk
murid. dipelajari semasa di sekolah. Kelas bimbingan
 Mengadakan kelas tambahan. tahun 6 akan dijalankan pada bulan Mac.
 Mengadakan lawatan sambil
belajar. Manakala untuk kelas tahun 4 dan 5, pihak
sekolah akan mengedarkan soalselidik di
kalangan ibu bapa bagi mengetahui bilangan ibu
bapa yang berminat untuk menhantar anak
masing-masing. Setiap tahun, pihak sekolah akan
mengadakan lawatan sambil belajar dan ia
terbuka kepada semua murid.

Usul 4 Maklumbalas Guru Besar

(Mohd Faisal Bin Abdul Razak) Pihak sekolah telah berbincang dengan
pengusaha kantin tentang senarai harga dan
 Membuat senarai harga yang
patut di kantin sekolah. selepas cuti tahun baru cina, senarai harga telah

17
 Mengutamakan keselamatan dipamerkan di kantin sekolah. Pihak sekolah dan
murid-murid semua guru sentiasa mengutanakan keselamatan
murid.

Usul 5 Maklumbalas Guru Besar

(Che Norlee Bt Che Amat) Pihak sekolah telah mendapat kelulusan


pemasangan CCTTV di dalam kawasan sekolah
 Meningkatkan tahap
keselamatan dipersekitaran sebanyak 6 points. Aktiviti Unit Beruniform
kawasan sekolah. dijalankan di sekolah ini untuk murid tahun 3
 Menyediakan aktiviti-aktiviti
beruniform. hingga tahun 6 selaras dengan kehendak
 Mengadakan lawatan sambil Kementerian Pendidikan Malaysia. Lawatan
belajar bagi menambahkan ilmu
pengetahuan para pelajar. sambil belajar akan diadakan pada akhir tahun
nanti.

Usul 6 Maklumbalas Guru Besar

(Wan Noor Hashikin Bt Wan Arif Noor) Pihak sekolah telah mengadakan kelas pemulihan
untuk murid yang lemah. Pada setiap pagi pula,
 Memberi perhatian kepada
murid yang nakal supaya tidak pihak sekolah telah mengadakn program
mengganggu murid lain. membcauntuk semua murid dan program
 Memberi perhatian kepada
murid yang kurang pandai bimbingan bacaan untuk murid LINUS.
membaca dan murid lemah.
 Memperbanyakkan program
membaca untuk murid.

Usul 7 Maklumbalas Guru Besar

(Zulkifli Bin Mohd Yusoff) Semua AJK PIBG telah berbincang dan bersetuju
untuk mengadakan mesyuarat pada hari Sabtu
 Mesyuarat PIBG sepatutnya
dibuat pada hari minggu kerana memandangkan kebanyakan ibu bapa tidak
ramai ibu bapa yang bekerja bekerja pada hari Sabtu dan hari Ahad
pada hari sabtu.
 Stok buku di kedai koperasi merupakan hari bersama keluarga masing-
kurang pada setiap tahun. masing. Pihak sekolah telah berbincang dengan
 Harga makanan di kantin agak
mahal. pengusaha kantin tentang harga makanan. Harga
makanan perlulah mengikut perjanjian yang telah
dibuat. Pihak sekolah akan memantau hal ini dari
semasa ke semasa. Pihak sekolah juga akan

18
berbincang dengan pihak kedai buku supaya
menyediakan stok yang memcukupi.

Usul 8 Maklumbalas Guru Besar

(NorHasyam Jaladil) Minggu Bahasa Inggeris dijalankan oleh panitia


Bahasa Inggeris pada setiap tahun. Hari Khamis
 Mengadakan minggu Bahasa
Inggeris bagi memberi peluang pula merupakan hari Bahasa Inggeris di mana
kepada murid meningkatkan pada awal pagi murid akan didedahkan dengan
kemahiran berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris. perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Murid juga
digalakkan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Usul 9 Maklumbalas Guru Besar

(Hanafi Bin Ramli) Penyediaan jadual waktu adalah mengikut


peruntukan masa yang telah ditetapkan oleh
 Menambahbaik jadual waktu
Kementerian Pendidikan. Setiap murid juga telah
menggunakan system anjal
menerima jadual waktu dan pastikan anak-anak
kerana buku teks terlalu banyak
mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan
(beg berat)
Usul 10 Maklumbalas Guru Besar

(Jumaatiah Bt Ahmad) Setiap guru kelas telah menyediakan meja di


belakang kelas untuk murid meletakkan buku
 Menyediakan rak buku di
belakang setiap kelas untuk aktiviti dan buku latihan. Walaubagaimana
menempatkan buku teks bagi murid0murid tidak dibenarkan meninggalkan
mengelakkan murid terlupa
membawa buku teks ketika sesi buku teks di sekolaha kerana dikhuatiri hilang.
pembelajaran.

Usul 11 Maklumbalas Guru Besar

(Muhammad Azuan Bin Jamaluddin) Guru Besar mempunyai hak untuk merotan murid
yang bermasalah disiplin di bilik guru besar dan
 Menyediakan satu bilik
hukuman rotan yang lengkap disaksikan oleh guru. Pihak sekolah telah
dengan cctv serta dirotan merancang untuk mengadakan kelas tambahan
mengikut kadar yang
dibenarkan dan diawasi oleh bermula bulan Mac.
saksi.
 Memperbanyakkan kelas
tambahan UPSR untuk mata

19
pelajaran Matematik dan
Bahasa Inggeris.

Usul 12 Maklumbalas Guru Besar

(Muhammad Zainuddin Haji Mahmud) Keselamatan jalan raya sentiasa diterapkan


kepada murid-murid terutama dalam mata
 Mengadakan kursus
keselamatan jalan raya kepada pelajaran Bahasa Malaysia. Terdapat buku khas
murid agar lebih cekap yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
menggunakan jalan raya dan
mengetahui fungsi papan tanda untuk keselamatan jalan raya
demi keselamatan diri terutama
kepada murid yang berbasikal
ke sekolah.
Usul 13 Maklumbalas Guru Besar

(Sarifah) Pihak sekolah sedang merancang untuk


menagdakan kelas tambahan untuk tahun 4 dan
 Mengadakan kelas tambahan
untuk murid yang lemah tahun 5 tetapi ibu bapa perlulah menyediakan
 Mengadakan gotong royong pengangkutan untuk anak masing-masing. Aktiviti
setiap tiga bulan sekali.
gotong royong akan diadakan dari semasa ke
semasa mengikut keperluan. Surat makluman
akan diedarkan melalui anak masing-masing.

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN


9.1 Yang DiPertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana telah
memberi kerjasama sepanjang mesyuarat pada hari ini.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………...................... ………………….................

( NIK RAIHAN BT NIK MOHD ZIN) ( DATO’ MOHD RIZWAN BIN ABD RAHIM )

Setiausaha PIBG 2014/2016 YDP PIBG 2014/2016

SK Kepong Baru,Kuala Lumpur. SK Kepong Baru,Kuala Lumpur

BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN 2016

20
SK KEPONG BARU

Bil Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


RM RM RM RM RM RM

1 Aktiviti/ Latih tubi 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00

2 Sumbangan Hari Kanak-Kanak 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00

3 Sumbangan Hari Anugerah 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00


Cemerlang

4 Sumbangan Keceriaan Sekolah 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

5 PKSR 1 & 2 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00

6 Program Kecemerlangan UPSR 160.00

7 Sumbangan PIBG 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00

(1 Keluarga)

JUMLAH 85.00 85.00 85.00 85.00 85.00 245.00

BIRO PENDIDIKAN DAN SAHSIAH


21
Pengerusi : En Abdul Karim Bin Mohamad
Setiausaha : Pn Ang Li Li

Pihak PIBG telah membantu dan memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam
membiayai pelbagai program anjuran sekolah demi meningkatkan kejayaan murid SK Kepong Baru.

Antara sumbangan pihak PIBG ialah :


1. Membiayai Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik anjuran pihak sekolah.
2. Membiayai Majlis Graduasi Pra sekolah dan Tahun 6 anjuran pihak sekolah.
3. Memberi sumbangan wang kepada murid yang mendapat 5A dan 4A di dalam UPSR.
4. Membiayai program kecemerlangan UPSR

Pihak sekolah telah merancang pelbagai program yang telah dan akan dijalankan demi
meningkatkan kecemerlangan anak-anak Antaranya ialah :

1. Kelas tambahan anjuran DBKL untuk murid tahun 6


2. Kelas bimbingan anjuran DBKL untuk murid tahun 5
3. Kelas tambahan pada hari Sabtu
4. Kelas tambahan semasa cuti persekolahan
5. Penggunaan akhbar Didik di dalam kelas
6. Perjumpaan Ibu Bapa tahun 6
7. Teknik menjawab soalan
8. Program mentor mentee
9. Solat Hajat
10. Bacaan Yasin

BIRO SUKAN ,KOKURIKULUM DAN LAWATAN

Pengerusi : En Abdul Razak Bin Isa


Setiausaha : En Khairial Anuar Bin Abu Bakar

Pihak PIBG telah membantu pihak sekolah dalam program sukan,kokurikulum dan lawatan .
Antaranya ialah :
1. Kejohanan Sukan dan Olahraga telah berlangsung pada 10 Oktober 2015. Kejohanan
ini telah dirasmikan oleh Dato’ Mohd Rizwan Bin Abdul Rahim iaitu YDP PIBG SK
Kepong Baru. Semua AJK PIBG telah dijemput untuk hadir dan dilantik sebagai AJK
pembantu untuk membantu pihak sekolah pada hari tersebut.
2. Pihak PIBG tidak pernah berputus asa dalam memberikan dorongan dan sokongan
moral kepada pihak sekolah dan murid-murid dalam menyertai sebarang pertandingan
yang berpotensi untuk mencapai kejayaan.
3. Biro ini terlibat membawa murid-murid seramai 40 orang ke Pameran Inovasi
sempena Hari Guru 2015 di Cheras.

BIRO KESELAMATAN,KESIHATAN DAN KEBAJIKAN

22
Pengerusi : En Mohd Romiza Bin Mohd Sarif
Setiausaha : Pn Siti Noraihan Bt Mohmad Rosli

Biro ini telah berusaha untuk mengadakan program pemuafakatan antara sekolah,PIBG dan
komuniti.. Pihak sekolah dan PIBG juga sentiasa berhubung dengan Pegawai Perhubungan Polis
Sekolah iaitu Sarjan Subaidi daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul.

BIRO EKONOMI

Pengerusi : Dato’ Mohd Rizwan Bin Abdul Rahim


Setiausaha : En Abdul Aziz Bin Nawi

Biro ini telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG sendiri kerana
beliau telah banyak menyumbang untuk aktiviti sekolah. Pihak PIBG juga banyak berhubung dengan
DBKL untuk mendapat bantuan terutama dari segi keperluan sekolah.

BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pengerusi : En Hanafi Bin Ramli


Setiausaha : En Muhd Azlan Bin Muhammad

Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi PIBG telah berusaha untuk mewujudkan jaringan
sosial antara AJK PIBG dan semua guru melalui aplikasi Whatsapp. Ini bagi membolehkan pihak
sekolah berhubung terus dengan AJK PIBG dan segala maklumat berkaitan sekolah dan pembelajaran
anak-anak dapat disampaikan dengan segera. Terdapat juga beberapa kelas yang telah menggunakan
aplikasi Whatsapp ini untuk berhubung antara guru kelas dan ibu bapa.

BIRO KECERIAAN DAN REKREASI

Pengerusi : En Mohamad Azuan Bin Jamaluddin


Setiausaha : Cik Hanaterah Bt Husin

Biro ini terlibat dalam mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bersama semua murid SK
Kepong Baru, guru-guru dan AJK PIBG.

PROJEK BERSAMA PIBG DAN SK KEPONG BARU

23
1. PEMBELIAN PAKAIAN DAN AKSESORI PASUKAN NASYID SEKOLAH

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 630.00

2. KECERIAAN LALUAN PPDA

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 700.00

3. KECERIAAN TANDAS

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 800.00

4. PEMBELIAN KERUSI MEJA BATU

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 1 000.00

5. PEMBELIAN RAK KASUT SURAU

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 250.00

6. PEMBIAYAAN PROGRAM NILAM

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 238.00

7. PEMBIAYAAN BAYARAN SEWA BAS KE PAMERAN INOVASI HARI GURU 2015

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 350.00

8. PEMBIAYAAN JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 1 224.00

9. PROGRAM KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 200.00

10. PEMBELIAN DAKWAT UNTUK PENGURUSAN SEKOLAH

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 466.40

11. PEMBELIAN PROGRAM JADUAL WAKTU ASC

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 1 500.00

12. PEMBELIAN TIANG BOLA BALING

- dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sebanyak RM 1 700.00

SENARAI SUMBANGAN KEWANGAN DAN AKTIVITI PIBG 2015 /2016

24
1. MESYUARAT AJK PIBG SESI 2015/2016

Tarikh : 28.03.2015, 22.08.2015, 16.01.2016, 20.02.2016

Sasaran : AJK PIBG

Sumbangan PIBG :

- Jamuan AJK Induk PIBG RM 147.10

2. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

Tarikh : 28 Februari 2015

Sasaran : Ibu bapa dan Guru

Sumbangan PIBG :

- Jamuan Makan RM 913.00


- Hadiah Cabutan Bertuah RM 600.00
- Buku Program RM 315.40
- Banner RM 180.00
- Hiasan pentas RM 128.25
- Penceramah Sarana RM 100.00

3. SUKAN TAHUNAN 2015

Tarikh : 10 Oktober 2015

Sasaran : Ibu bapa, guru dan murid

Sumbangan PIBG

- Jamuan, photostat buku program RM1750.00

4. SAMBUTAN HARI RAYA

Tarikh : 29 Julai 2015

Sasaran : murid

Sumbangan PIBG

- Makanan RM 1224.00

5. HARI KANAK-KANAK

Tarikh : 13 November 2015

Sasaran : murid

Sumbangan PIBG

- Makanan,minuman,hadiah RM 1 902.00
6. MAJLIS GRADUASI DAN JAMUAN TAHUN 6

Tarikh : 27 Oktober 2015


25
Sasaran : murid

Sumbangan PIBG

- Makanan,minuman,fail RM 3 920.00

7. HARI ANUGERAH CEMERLANG 2015

Tarikh : 20 November 2015

Sasaran : Ibu bapa, guru dan murid

Sumbangan PIBG :

- Trofi, hadiah, banner,hiasan pentas RM 2 120.00


- Makan / Minum RM 1 003.20

KEHADIRAN MESYUARAT INDUK AJK PIBG 2015/2016

26
BIL NAMA JAWATAN 28/3/15 22/8/15 16/1/16 20/2/16

1 PN MAZNON BT HJ MOHD SIDIN PENASIHAT /


2 EN MOHD RAZIF BIN MOHD TAHIR PENASIHAT / /
3 DATO’ MOHD RIZWAN BIN ABD RAHIM YDP X X X X
4 EN ABDUL KARIM BIN MUHAMMAD NYDP / / / /
5 PN NIK RAIHAN BT NIK MOHD ZIN SU / / / /
6 CIK ELIAA BT MOHTAR NAIB SU / / / /
7 PN CHEAM JOCK FENG BENDAHARI / / / /
8 PN SUHADA BT MUHAMMAD N.BENDAHARI / / / /
9 PN RABIAH BT MUDA EXCO / / X X
10 EN NORMAN BIN ABD RAHMAN EXCO / / / /
11 PN ZALIZA BT BAKHRI EXCO / / / X
12 EN AZHAR BIN AMAT AJK IBUBAPA / / / /
13 EN ABDUL RAZAK BIN ISA AJK IBUBAPA X / X X
14 EN HANAFI BIN RAMLI AJK IBUBAPA / / / X
15 EN MOHAMAD AZUAN BIN JAMALUDDIN AJK IBUBAPA / / / /
16 EN MOHD ROMIZA BIN MOHD SARIF AJK IBUBAPA / / / /
17 PN SITI NORZIEFA BT SHAFUDDIN AJK IBUBAPA X / / X
18 PN ROSLINA BT ROSLI AJK IBUBAPA / / / X
19 EN ABDUL AZIZ BIN NAWI AJK GURU / / / /
20 EN KHAIRIAL ANUAR BIN ABU BAKAR AJK GURU / X / /
21 CIK HANATERAH BT HUSIN AJK GURU / / / /
22 EN MUHD AZLAN BIN MUHAMMAD AJK GURU / / / /
23 PN ANG LI LI AJK GURU / / / /
24 PN NURHANANI BT MAHMUD AJK GURU / / / /
25 PN SITI NORAIHAN BT MOHMAD ROSLI AJK GURU / / / /
26 EN KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL HAMID JURU AUDIT / X / /
27 CIK NOR AMIRAH BT ABDUL HAMID JURU AUDIT / / / /

27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 TAHUN 2016

Bil Pembawa Usul Usul Tindakan /


Komen

1 Muhammad Azuan Bin Jamaludin  Skim Galakan Pelajar Cemerlang untuk UPSR
dipamerkan di papan kenyataan
Nama Anak : Contoh : 5A – RM 300.00

Muhammad Aiman Syafiq(2C)  Mewujudkan kembali sistem rotan untuk


mendisiplinkan murid dengan mendapat
persetujuan dari pihak ibu bapa.
 Membaiki padang sekolah dan tempat
menunggu bas di dalam kawasan sekolah

2 Khairul Anwar Bin Abdul Hamid  Wujudkan zon menurunkan murid yang bebas
kenderaan kerana berlaku kesesakan
Nama Anak : disebabkan ibu bapa yang menunggu dan
meletakkan kenderaan terutama kereta di
Khairina Aulia Bt Khairul Anwar depan pintu masuk sekolah.
(2P)  Membuat rombakan kedudukan kelas dengan
meletakkan murid tahap 2 di tingkat atas dan
Khairil Isyraf Bin Khairul Anwar murid tahap 1 di tingkat bawah.
(3P)

Kamarul Ikmal Bin Khairul Anwar


(5P)

3 Saraswathy A/P Muniandy  Mulakan kelas tambahan pada pukul 2.00


petang bagi memberi peluang kepada murid
Nama Anak : untuk makan sebelum kelas tambahan.
 Adakan masa rehat untuk murid semasa ko
Yashaar Chang Yue Yii kurikulum selama 20 minit untuk rehat dan
makan.
(6P)

4 Jumaatiah Bt Ahmad  Mewajibkan semua murid menghafal sifir dan


memanggil murid secara rawak untuk
Nama Anak : membaca sifir setiap kali perhimpunan.
 Mewajibkan setiap murid membawa kamus
Mohammad Syaiful Bin pada setiap sesi pembelajaran Bahasa Inggeris
Kamarulariffin (6P) bagi memudahkann mereka memahami
maksud perkataan dan meningkatkan

39
Mohammad Syarul Bin penguasaan Bahasa Inggeris.
Kamarulariffin (4P)

5 Mohd Shukri Bin Abd Lasi  Menyediakan kelas untuk murid-murid yang
lemah dan lambat menerima pengajaran
Nama Anak : daripada guru.

Mohammad Rizaimin Bin Moh


Shukri(1C)

6 Mohmd Yasoff Bin Talib  Memberi lebih tumpuan dan kerja rumah
kepada murid yang lemah dalam pelajaran.
Nama Anak :

Wan Danial Mahzus Bin Mohmd


Yasoff (5C)

7 Wan Nor Hashikin Bt Wan Arif  Mengadakan program untuk meningkatkan


prestasi pembelajaran murid yang lemah.
Nama Anak :  Memberi perhatian kepada murid yang
bermasalah (gangsterisme) dan mengganggu
Nur Shaqielia Shahura Bt Saiful murid lain.
Sharif(3C)  Mengambil tindakan tegas terhadap murid
yang mengganggu murid lain terutama murid
perempuan.

8 Wan Mohd Azzamri Bin Wan  Memberi kerja rumah kepada murid.
Ismail  Sekiranya murid lemah atau tidak membuat
kerja rumah, guru boleh berinteraksi dengan
Nama Anak : ibu bapa dan penjaga melalui group Whatsapp.
 Menangani isu buli.
Wan Mohd Ikhmal Haiqal B Wan
Mohd Azzamri(2C)

9 Mazni Bt Mahat  Aktifkan penggunaan Bahasa Inggeris supaya


murid lebih fasih.
Nama Anak :  Galakkan murid membaca dan meminjam buku
sekurang-kurangnya sebuah buku seminggu.
Muhammad Haris Fahmy B Nazeril
Hakim(2C)

40
10 Razmi Bin Pa  Disiplin dipertingkatkan supaya murid-murid
mematuhi peraturan.
Nama Anak :

Nar Erney Suriati Bt Razmi (5C)

Nar Erieyna Natasha Bt Razmi (6P)

11 Anuar Sen Bin Ismail  Makanan di kantin mahal dan kebersihan


makanan tidak dijamin.
Nama Anak :

Nur Shahfina Bebe Bt Anuar Sen


(6P)

12 Rengarajoo A/L Krishnan Subbiah  Makanan di kantin tidak dipelbagaikan dan


Naidu tidak ditutup.

Nama Anak :

Taajoosne A/P Rengarajoo (4C)

41
SENARAI NAMA GURU SK KEPONG BARU TAHUN 2016
BIL NAMA JAWATAN

1 MOHD RAZIF BIN MOHD TAHIR GURU BESAR

2 RABIAH BT MUDA GPK TADBIR & KURIKULUM

3 NORMAN BIN ABD RAHMAN GPK HEM

4 ZALIZA BT BAKHRI GPK KOKURIKULUM

5 MOHD AZLAN BIN MUHAMMAD GURU DATA / EMIS / DISIPLIN

6 SITI NORAIHAN BT MOHMAD ROSLI GURU PUSAT SUMBER / MEDIA

7 RINER BT MASLIE GURU PEMULIHAN

8 SUHADA BT MUHAMMAD SETIAUSAHA KOKURIKULUM

9 KHAIRIAL ANUAR BIN ABU BAKAR SETIAUSAHA SUKAN

10 SHARIFAH MU’MINAH BT SYED ZAINAL A’BIDEN GURU KAUNSELING

11 CHEAM JOCK FENG GURU SPBT

12 NORADIAH BT ZAINUDDIN GURU PRA SEKOLAH

13 JEOW PEI YEN GURU KELAS 1 PINTAR

14 NUR AISYAH BT MOHD KHARII GURU KELAS 1 CERDAS

15 HANATERAH BT HUSSIN GURU KELAS 2 PINTAR

16 MUHAMMAD MUSA BIN SAMSUDDIN GURU KELAS 2 CERDAS

17 AMIERAH SOLEHAH BT AHMAD TAJUDDIN GURU KELAS 3 PINTAR

18 NUR AMIRAH BT ABDUL HAMID GURU KELAS 3 CERDAS

19 THOHIRAH BT SUAID GURU KELAS 4 PINTAR

20 NURUL AKMA SHAHIRAH BT RAZAK GURU KELAS 4 CERDAS

21 ROSMAINI BT MOHAMED NAWI GURU KELAS 5 PINTAR

22 ROHAYA BT MD ISA GURU KELAS 5 CERDAS

23 ELIAA BT MOHTAR GURU KELAS 6 PINTAR

24 NURHANANI BT MAHMUD GURU KELAS 6 CERDAS

25 SIEW MEI SIN GURU BAHASA INGGERIS

26 VIMALA DEWI A/P K.MAHADEWA GURU BAHASA INGGERIS

27 UTHAYA CHANDRIKA A/P RAMIAH GURU MATEMATIK

28 ANG LI LI GURU MATEMATIK

29 ROZILA BT AHMAD GURU SAINS

30 NIK RAIHAN BT NIK MOHD ZIN GURU PENDIDIKAN ISLAM

31 ABD AZIZ BIN NAWI GURU BAHASA ARAB

42
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kepong Baru

Sesi 2016 / 2017

PENASIHAT : En Mohd Razif Bin Mohd Tahir

YANG DIPERTUA : __________________________________

NAIB YANG DIPERTUA : _________________________________

SETIAUSAHA : Cik Nor Amirah Bt Abdul Hamid

NAIB SETIUSAHA : Cik Nur Aisyah Bt Mohd Kharii


BENDAHARI : Pn. Siew Mei Sin

NAIB BENDAHARI : Pn. Rosmaini Bt Mohamed Nawi

JAWATANKUASA IBU BAPA

1) ___________________________________
2) ___________________________________

3) ___________________________________

4) ___________________________________

5) ___________________________________

6) ___________________________________
7) ___________________________________

JAWATANKUASA GURU
1) En Abdul Aziz Bin Nawi

2) En Muhammad Musa Bin Samsuddin


3) Cik Nurul Akma Shakirah Bt Razak
4) Pn Jeow Pei Yen

5) Pn Vimala Dewi A/P K. Mahadewa

6) Pn Sharifah Mu’minah Bt Syed Zainal A’biden

7) Pn Hanaterah Bt Husin

JURUAUDIT
1) Pn Amierah Solehah Bt Ahmad Tajuddin
2)_____________________________________________

43
SEKALUNG PENGHARGAAN

Sekalung budi serta penghargaan kepada

semua pihak yang terlibat dalam

Mesyuarat Agung PIBG SKKB kali ke-39

terutamanya kepada :

 Pengerusi Majlis Perwakilan

Penduduk Kepong

 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKKB

 Guru-Guru dan Kakitangan SKKB

 Ibu bapa/Penjaga Murid-murid SKKB

Tidak lupa kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Terima Kasih

44

Anda mungkin juga menyukai