Anda di halaman 1dari 3

KATA ALU-ALUAN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


PONTIAN
ENCIK ZAINAL BIN BUANG
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya
ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana memberi
kepercayaan dan keyakinan kepada Pejabat Pendidikan Daerah
Pontian untuk menjayakan Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri
Johor Tahun 2015.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengerusi dan ahliahli jawatankuasa penganjur Karnival Bahasa Cina Tahun 2015 yang
telah berjaya menghimpunkan peserta-peserta dari SJK (C), SK dan
SMK Negeri Johor dalam Karnival kali ini. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi
daripada semua pihak yang terlibat. Adalah diharapkan aktiviti
sebegini dapat memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada
para pelajar.
Seperti tahun sebelumnya, pelbagai aktiviti dijalankan
merangkumi deklamasi puisi, kaligrafi Cina, bercerita secara kreatif
dan juga kuiz tatabahasa, kesusasteraan dan pengetahuan Bahasa
Cina SMK. Usaha murni ini bertujuan menggalakkan para pelajar
mencintai bahasa ini dan secara tidak langsung dapat menyediakan
suatu landasan yang terbaik bagi murid-murid mempertingkatkan
kemahiran berbahasa Cina di samping dapat memupuk dan
menyemai semangat perpaduan kaum. Bak kata pepatah, kalau
hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Akhir kata, saya mendoakan agar karnival ini berjalan dengan
lancar dan mencapai matlamatnya. Terima kasih sekali lagi kepada
semua pihak yang telah berusaha untuk memastikan Karnival
Bahasa Cina Tahun 2015 ini berjaya membuahkan hasil yang
cemerlang di Daerah Pontian. Sekalung tahniah saya ucapkan.
Sekian, terima kasih.

KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PONTIAN
ENCIK ZAINAL BIN BUANG
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola
Karnival kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam Karnival Bahasa Cina bagi
SJK (C), SK dan SMK Peringkat Negeri Johor Tahun 2015.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Jawatankuasa Pengelola karnival ini kerana berjaya menganjurkan
aktiviti tahunan ini dengan jayanya. Kerjasama erat antara guruguru di daerah ini amat saya kagumi dan perlu dikekalkan pada
tahun-tahun yang akan datang.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada para peserta yang telah menunjukkan bakat serta
kemampuan masing-masing sehingga berjaya mewakili daerah ke
peringkat negeri.
Melalui aktiviti seperti ini yang terlaksana dengan baik,
tentunya akan dapat menyediakan peluang kepada murid-murid
untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan kemahiran masingmasing seiring dengan usaha untuk memperkukuhkan penguasaan
bahasa ibunda dalam kalangan murid. Aktiviti ini merupakan satu
wadah untuk membugar dan memperkemas kemahiran berbahasa
selain dapat menjalinkan persefahaman dan menyerlahkan
kewibawaan.
Usaha mencambahkan minat dan kebolehan murid melalui
pelbagai aktiviti dan pertandingan ini sangat digalakkan dan perlu
diberikan sokongan yang berterusan. Murid bukan sahaja
memperoleh pengetahuan dan keseimbangan aspirasi sebagaimana
yang dihasratkan dalam objektif Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia, malah usaha ini selaras dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani.
Akhir kata, tahniah dan syabas kepada Daerah Pontian atas
kejayaan mengelolakan karnival ini pada tahun ini dan semoga kita
akan sama-sama dapat mengecapi dan menikmati impak
keberhasilan pengelolaan karnival seumpama ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai