Anda di halaman 1dari 10

TARIKH

11HB MAC HINGGA 16HB APRIL 2023

DISOKONG OLEH
NO ISI KANDUNGAN M/S

1. TAJUK 2

2. TUJUAN 2

3. LATAR BELAKANG 2

4. OBJEKTIF 3

5. KOMPONEN PROGRAM 3
5.1 CADANGAN TARIKH 4

5.2 CADANGAN TEMPAT 4

5.3 KUMPULAN SASAR 4

5.4 BILANGAN PESERTA 4

5.5 KAEDAH PELAKSANAAN 5

6 ANGGARAN PERBELANJAAN 6

7 FAEDAH 8

8 KESIMPULAN 8

1
1.0 TAJUK

Program Pemerkasaan Usahawan Asnaf #BangkitNiaga

2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pemerkasaan

Usahawan #BangkitNiaga untuk memperkasakan usahawan asnaf yang melibatkan dalam

bidang makanan untuk men

3.0 LATAR BELAKANG

Menjelang 2030, pasaran halal global dijangka mencecah USD5.0 trilion manakala pasaran

domestik pula dianggarkan mencecah USD113.2 bilion. Ini menunjukkan bahawa industri

halal kekal mempunyai potensi yang besar untuk diperkasakan dengan strategi terancang

dan inklusif. Oleh yang demikian, setiap usahawan asnaf perlu merebut peluang

mendapatkan pensijilan halal memandangkan potensi industri halal semakin berkembang

dan dapat meningkatkan nilai pasaran produk. Pemilikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia

(SPHM) penting bagi membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)

menjadi pemacu utama kepada perkembangan industri halal di negara ini. Selain Makanan

Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan Good Manufacturing Practice (GMP),

SPHM kini turut menjadi antara piawaian penting dalam perusahaan makanan hari ini.

Oleh yang demikian, bantuan dana ini akan memberikan manfaat kepada usahawan

makanan dikalangan golongan Asnaf dan ianya merupakan satu pendekatan keterangkuman

program keusahawan dengan menyediakan pelbagai platform bagi mereka yang mahu

meningkatkan pasaran ke peringkat global. Lantaran itu, Yayasan UniKL akan

berkerjasama dengan salah satu agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu

Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR). Dengan kerjasama ini diharapkan dapat

2
membantu usahawan asnaf mendapatkan pensijilan halal dan menggalakkan usahawan

menembusi pasaran global.

4.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan tahap pembungkusan serta pelabelan usahawan asnaf selaras trend

terkini bagi membolehkan perniagaan mereka menembusi pasaran baharu selain

terus berkembang maju

 membantu usahawan asnaf untuk mendapatkan pensijilan halal memandangkan

potensi industri halal semakin berkembang dan dapat meningkatkan nilai pasaran

produk.

 memperkasakan golongan asnaf dalam mentransformasikan perniagaan mereka

dengan menggiatkan usaha digitalisasi

 Memastikan pretasi usahawan asnaf dengan proses pemantauan secara inklusif

selama enam bulan dengan penyediaan modul yang lebih komprehensif

3
5.0 KOMPONEN PROGRAM

5.1 CADANGAN TARIKH

NO AKTIVITI/PERKARA TARIKH

1 KURSUS KESELAMATAN & JAMINAN KUALITI 11-12 MAC 2023


MAKANAN
2 KURSUS KEUPAYAAN TEKNOLOGI MAKANAN 18-19 MAC 2023
DALAM MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN
PENJANAAN PENDAPATAN
3 KURSUS BIMBINGAN TEORI & PRAKTIKAL 8-9 APRIL 2023
TEKNOLOGI MAKANAN SEJUK BEKU
4 KURSUS BIMBINGAN TEORI & PRAKTIKAL 15-16 APRIL 2023
TEKNOLOGI RETORT

5.2 CADANGAN TEMPAT

Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM)


Lot 2868, Jalan KIP 2,
Taman Perindustrian KIP
52200 Kuala Lumpur, Selangor

5.3 KUMPULAN SASAR

10 orang usahawan asnaf telah dikenalpasti di Selangor di bawah LZS dan mempunyai
produk makanan yang berpotensi untuk dipasarkan dan diketengahkan. Pihak usahawan
asnaf yang terlibat menghadapi kekangan dari aspek kewangan, premis, latihan serta
sokongan untuk mendapatkan pensijilan Halal bagi produk makanan yang dihasilkan.

4
5.4 SENARAI PESERTA

Rujuk lampiran

5.5 KAEDAH PELAKSANAAN

Objektif KURSUS KESELAMATAN & JAMINAN KUALITI


MAKANAN
Peserta akan diberi pengetahuan tentang peraturan-peraturan
keselamatan dan kualiti makanan mengikut garis panduan
keselamatan makanan di Malaysia seperti Akta Makanan 1983,
Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan Makanan
2009.

KURSUS KEUPAYAAN TEKNOLOGI MAKANAN DALAM


MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN PENJANAAN
PENDAPATAN
Dengan kemajuan teknologi makanan di masa kini, pelbagai
teknologi diperkenalkan dalam penghasilan produk makanan.
Namun pengetahuan mengenai produk-produk makanan yang
bersesuaian kepada indusrti kecil & sederhana amatlah penting.

KURSUS BIMBINGAN TEORI & PRAKTIKAL


TEKNOLOGI MAKANAN SEJUK BEKU
Dengan perkembangan penyelidikan dan pembangunan kemajuan
teknologi makanan di masa kini, pelbagai teknologi diperkenalkan
dalam penghasilan produk, termasuklah teknologi sejuk beku.
Teknologi sejuk beku akan memberikan ketahanan kepada produk
makanan seperti karipap, murtabak, daging burger, kepingan
tenggiri dan lain-lain, sehingga tiga bulan maksimum.

5
KURSUS BIMBINGAN TEORI & PRAKTIKAL
TEKNOLOGI RETORT
Dengan kemajuan teknologi makanan di masa kini, pelbagai
teknologi diperkenalkan dalam penghasilan produk termasuk
teknologi retort. Teknologi retort akan memberikan ketahanan
kepada produk makanan sehingga dua tahun. Melalui
pembungkusan mengikut spesifikasi retort, Bungkusan retort
adalah pembungkusan makanan dicipta dengan pemprosesan
aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan fleksibel laminat.
Teknologi itu membenarkan pensterilan pelbagai makanan dan
minuman

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah

1 Kursus Keselamatan & Jaminan Kualiti Makanan- 2 hari 2,000.00


 Fi Penceramah
 Bayaran Fasilitator
 Nota & Bahan Latihan
 Sijil Penyertaan
 Bilik Latihan
 Elaun Kursus

2 Kursus Keupayaan Teknologi Makanan dalam 2,000.00


Meningkatkan Produktiviti dan Penjanaan Pendapatan
 Fi Penceramah
 Bayaran Fasilitator
 Nota & Bahan Latihan
 Sijil Penyertaan
 Bahan Latihan Praktikal
 Elaun Kursus

6
3 Kursus Bimbingan Teori & Praktikal Teknologi Makanan 2,000.00
Sejuk Beku
 Fi Penceramah
 Bayaran Fasilitator
 Nota & Bahan Latihan
 Sijil Penyertaan
 Bahan Latihan Praktikal
 Bahan Mentah/Pembungkusan/Diesel
 Elaun Kursu

4 Kursus Bimbingan Teori & Praktikal Teknologi Retort 2,000.00


 Fi Penceramah
 Bayaran Fasilitator
 Nota & Bahan Latihan
 Sijil Penyertaan
 Bahan Latihan Praktikal
 - Bahan Mentah/Pembungkusan/Diesel
 Elaun Kursus

5 Kursus Bimbingan Produk Untuk Pensijilan Halal 2,000.00


 Fi Konsultansi
 Fi Penceramah
 Bayaran Fasilitator
 Nota & Modul Latihan
 Sijil penyertaan
 Bilik Latihan (RM 500 x 1 hari)
 Elaun Kursus

6 Kos Pengurusan Program (Elaun Urusetia dll) 5,000.00


7 Pembelian Mesin Retort 5,000.00
Jumlah Keseluruhan RM20,000.00

7
7. FAEDAH
Program ini bertujuan membangun dan mempertingkatkan tahap pembungkusan serta
pelabelan usahawan asnaf mengikut trend dan pasaran terkini bagi membolehkan
perniagaan mereka berkembang maju dan berjaya menembusi pasaran baru. Inisiatif khas
oleh PeKUSEL dan Inspirasi Selangor dengan sokongan Yayasan UniKL dan INTEM
dalam membangunkan dan memperkasakan usahawan asnaf melalui transformasi
pembungkusan inovatif, seterusnya membolehkan produk usahawan asnaf mempunyai
keterampilan baru yang lebih menarik untuk dipasarkan. Ini kerana produk yang berdaya
saing akan memudahkan penembusan ke pasaran baru dan kemudian ia dapat
membantu mempertingkatkan ekonomi serta taraf hidup usahawan asnaf sehingga
berjaya keluar daripada golongan penerima zakat kepada golongan pemberi zakat

8. KESIMPULAN
Program Pemerkasaan Ekonomi Usahawan Asnaf #Bangkit Niaga merupakan satu program
inisiatif oleh PeKUSEL dan Yayasan UnIKL untuk membantu usahawan asnaf untuk
memulih dan memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan
bencana banjir. Selain dari peruntukan dana khas, program ini juga membimbing usahawan
asnaf menjadi usahawa yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan
bersepadu dengan pendekatan bimbingan. Ini adalah kerana pembangunan keusahawanan
adalah antara intipati pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi
teras kepada penciptaan daya inovasi dan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.
Negara akan lebih maju ke hadapan sekiranya memiliki ekosistem keusahawanan yang
komprehensif dan meliputi pelbagai peringkat. Kejayaan pemulihan sektor PMKS akan
membantu mempercepat pemulihan ekonomi negara.

8
LAMPIRAN: PERBENTANGAN KERTAS KERJA PROGRAM PEMERKASAAN

USAHAWAN

Anda mungkin juga menyukai