Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA RAMADHAN BELIA BAHAGIAN TAWAU


TAHUN 2022 M / 1443 HIJRAH

1. TUJUAN

1.1 Kertas ini disediakan bagi memaklumkan mengenai pelaksanaan Program Ihya
Ramadhan Belia Bahagian Tawau dan

1.2 Sebagai panduan kepada Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau dalam
melaksanakan Program Ihya Ramadhan Belia Bahagian Tawau.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Bersempena dengan kedatangan bulan ramadhan yang mulia, umat Islam diwajibkan
untuk berpuasa dan membanyakkan amalan Sunnah seperti solat sunat terawih
berjemaah, solat sunat witir, tadarus Al Quran, berzikir dan bersedekah. Ini
merupakan antara amalan Sunnah yang dilaksanakan oleh umat Islam seluruh dunia
dalam usaha menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia

2.2 Tambahan pula terdapat satu malam yang sangat bernilai dan penuh berakah yang
disebut sebagai malam Al- Qadr dan dijanjikan kepada sesiapa yang beribadah dan
menghidupkan malam tersebut akan memperolehi ganjaran pahala yang tidak
ternilai.

2.3 Justeru sebagai kelaziman apabila tibanya Ramadhan, Gabungan Persatuan Belia
Bahagian Tawau akan mengambil inisiatif menganjurkan program dan membuat
aktiviti khusus untuk melibatkan golongan belia .

2.4 Program ini adalah selaras dengan hasrat pihak Kementerian Belia Dan Sukan dalam
memastikan setiap lapisan golongan muda di seluruh Negara dapat
mempertingkatkan nilai sahsiah diri melalui aktiviti dan program kerohaniaan.

2.5 Program dan aktiviti akan dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang telah
ditetapkan pihak kerajaan.

3. OBJEKTIF

3.1 Sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan
Ramadhan Al- Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian
3.2 Melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al – Quran
dalam kehidupan seharian

3.3 Membudayakan amalan Sunnah seperti solat terawih, bersedekah dan mengaji
dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadhan.

3.4 Mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai
latar belakang

4. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Program Ihya Ramadhan Belia Bahagian Tawau akan dilaksanakan oleh Gabungan
Persatuan Belia Bahagian Tawau dengan Kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan (P)
Bahagian Tawau , Kementerian Belia Dan Sukan Sabah Bahagian Tawau, Persatuan
Belia Kampung Pasir Putih dan Masjid Al – Falah Kampung Pasir Putih Baharu Tawau.

4.2 Program ini akan bermula pada 1 Ramadhan sehingga berakhirnya bulan ramadhan
dengan pengisian dan kaedah berikut

4.2.1 Program Tadarus Dan Khatam Al – Quran

4.2.1.1 Pelaksanaan Program akan diadakan di Masjid Al – Falah Kampung


Pasir Putih Baharu Tawau

4.2.1.2 Pelaksanaan Tadarus Al- Quran bermula dari 1 Ramadhan sehingga 20


Ramadhan atau beberapa hari dalam tarikh tersebut.

4.2.1.3 Peserta terdiri sekurang-kurangnya 20 orang golongan belia dan 2


orang pembimbing. Pembimbing hendaklah terdiri orang yang mahir dalam
bacaan Al- Quran

4.2.1.4 Khatam Al – Quran pula pelaksanaan nya bermula antara 21 – 30


Ramadhan 1443 Hijrah.

4.2.2 Kembara Ramadhan

4.2.2.1 Mengagihkan air mineral ke Masjid-masjid untuk kegunaan berbuka


puasa

4.2.2.2 Wang Sumbangan diperolehi daripada kalangan belia

4.2.3 Majlis Iftar

4.2.3.1 Majlis berbuka puasa turut diadakan pada majlis khatam Al – Quran di
Masjid Al – Falah

4.2.3.2 Dianggarkan seramai 300 Orang terlibat dalam majlis berbuka puasa
4.2.4 Majlis Penyerahan Wang Sumbangan

4.2.4.1 Seramai 100 anak yatim dan golongan fakir miskin akan mendapat
manfaat dalam program ni. Seorang penerima akan mendapat
sumbangan wang tunai RM100 dan 10 Kg beras.

4.2.4.2 Majlis serahan wang sumbangan akan dilakukan bersama Pembantu


Menteri Belia dan Sukan Sabah , YB Andi Muhammad Suryady Bin Hj
Bandy merangkap ADUN N.71 Tanjung Batu.

4.2.4.3 Wang sumbangan adalah daripada sumbangan YB dan Syarikat


Koprat yang lain.

4.3 Jadual Program Tadarus Al- Quran adalah seperti Lampiran B, Kembara Ramadhan
pada Lampiran C dan Majlis Khatam Al- Quran, Iftar dan Penyerahan wang
sumbangan pada Lampiran D.

5. KEWANGAN

5.1 Sumber Kewangan

a) YB. Andi Muhammad Suryady Bin Hj Bandy RM5000.00

b) Jabatan Belia Dan Sukan RM 2500.00

c) Syarikat Koprat = 10,000.00

d) Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau = RM2000.00

e) Sumbangan Orang Awam = RM1000.00

Jumlah Sumbangan RM 20,500.00

6. PENUTUP

6.1 Semoga program dapat direalisasikan dengan jayanya dan menjadi antara p[rogram
yang memberikan impak positif kea rah pembangunan belia yang cemerlang.
Pelaksanaannya memberikan ruang dan peluang kepada golongan belia untuk
mendekatkan diri dengan Al- quran, amal sedekah dan menghayati Sunnah dalam
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai