Anda di halaman 1dari 2

Shamsi Bin Ahmad @ Muhammad 

,
No. 76, Jalan Wangsa Jaya,,
Taman Wangsa Jaya, 
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Puan Salmi Binti Ali,


Guru Besar,
SK Proton City,
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan. 18 Oktober 2019

Puan,

KETIDAKHADIRAN KEM KECEMERLANGAN SOLAT DAN JAWI TAHUN 5


DAN 6 SK PROTON CITY.

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya Shamsi Bin


Ahmad @ Muhammad tidak dapat hadir ke Kem Kecemerlangan Solat dan Jawi
Tahun 5 dan 6 pada 19 Oktober 2019 ( Sabtu ).

2. Sebab ketidakhadiran adalah kerana  saya dan keluarga pulang ke


kampung halaman isteri di Kampung Simpang Pelangai, Bentong, Pahang
bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupunya.  Saya kepilkan sekali kad
jemputan perkahwinan tersebut.

3. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan


dan mengganggu kelancaran program.

4. Saya berjanji akan cuba untuk mengikuti aktiviti sekolah yang berikutnya
jika tiada halangan.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
(SHAMSI BIN AHMAD @MUHAMMAD) 
 

Anda mungkin juga menyukai