Anda di halaman 1dari 1

Saipudin Bin Jusoh,

Kampung Lalang Tok Che Dol,

17500 Tanah Merah,

Kelantan.

Kepada,

Puan Kasmah Binti Yunus,

Guru Tingkatan 4 Sains,

Maahad Ahmadi Tanah Merah,

Padang Siam, Kelantan. 7 Ogos 2022

Puan,

Surat Ketidakhadiran Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Saipudin Bin Jusoh ayah kepada Amirul Bin Saipudin dari Tingkatan 4 Sains, ingin memohon
maaf atas ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada 7 dan 8 Ogos 2022.

3. Untuk pengetahuan pihak puan, ketidakhadiran anak saya pada hari ini adalah kerana kami
sekeluarga pergi menghantar abangnnya ke universiti. Hal ini menyebabkan anak saya tidak dapat
memberi komitmen untuk datang ke sekolah. Sehubungan dengan itu, saya memohon kemaafan atas
ketidakhadiran anak saya.

4. Akhir kata, segala kerjasama pihak puan, saya mendahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

..........................................

(SAIPUDIN BIN JUSOH)

Anda mungkin juga menyukai