Anda di halaman 1dari 7

NAMA :__________________________________ KELAS :_______________

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA KUMAI

MEI 2021
TAHUN 4

___________________________________________________________________________

RBT/TMK

Satu jam (1 jam)


________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
Kertas ini mengandungi 7 halaman bercetak termasuk muka depan

1
BAHAGIAN A: 20 MARKAH

Jawab soalan berikut dengan pilihan jawapan yang telah diberikan

1. Yang manakah berikut adalah berkaitan dengan Keselamatan am di tempat kerja.

A. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel.

B. Boleh bawa beg masuk ke dalam bengkel.

C. Jangan buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.

D. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan boros.

2. Berikut adalah pernyataan berkaitan Keselamatan diri dan rakan KECUALI

A. Boleh memakai barang perhiasan semasa berada di dalam bengkel.

B. Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta memakai kasut.

C. Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau tudung dimasukkan ke dalam apron

D. Jangan bermain atau bergurau di dalam bengkel.

3. Bengkel yang disenggara dengan baik dapat mengelakkan berlakunya...............................ketika


berada di bengkel di samping mewujudkan suasana yang kondusif dan selamat.

A. kekekotoran

B. kemalangan

C. kekemasan

D. kebersihan

4. Bahan-bahan yang ………………..dan mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang sesuai
dan selamat.

A. selamat

B. elektrik

C. berbahaya

D. bersepah

2
5. Apakah peraturan dan keselamatan am berdasarkan gambar tersebut?
A. Dilarang membawa masuk beg ke dalam bengkel.
B. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul.
C. Melaporkan kepada guru jika berlaku kemalangan atau kecederaan.
D. Membersihkan dengan segera jika terdapat tumpahan minyak
di lantai.

6. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peraturan dan keselamatan alatan dan bahan
yang betul ?

A. Mematikan semua suis elektrik sebelum meninggalkan bengkel.


B. Memakai pakaian dan kasut yang sesuai.
C. Mencuci tangan dengan sabun dan air selepas melakukan aktiviti amali.
D. Dilarang menggunakan bekas bahan bracun, bahan kimia dan
bahan mudah terbakar sebagai bahan projek.

3
Soalan 7 dan 8 berdasarkan gambar di bawah.

7. Apakah peraturan dan keselamatan diri yang tidak dipatuhi oleh murid tersebut.
A. Tidak melipat lengan baju.
B. Tidak memakai kasut yang sesuai.
C. Tidak memakai pakaian yang sesuai.
D. Tidak mengikat rambut semasa di dalam bengkel.

8. Bersihkan kotoran pada gunting dengan atau berus yang sesuai.

A. reja kain
B. penyapu
C. Pemadam
D. air

9. Sapukan atau yang sesuai untuk merawat kelecuran .


A. gula - garam
B. krim - losen
C. gam - kanji
D. Minyak - tepung

10. Peraturan keselamatan di dalam bengkel RBT (Reka Bentuk dan Teknologi) perlu dipatuhi supaya

A. Murid-murid dapat pujian daripada guru besar.


B. Murid-murid dapat melakukan aktiviti dengan selamat.
C. Murid-murid dapat menguji bahan sesuka hati.
D. Murid-murid dapat berlatih menjadi ahli kimia

4
11. Murid yang disenaraikan berkemungkinan sukar untuk mengalami kecederaan dalam bengkel
KECUALI

A. Murid yang berkasut getah.


B. Murid yang patuh kepada peraturan dan keselamatan.
C. Murid yang merancang kerja yang akan dilakukan
D. Murid yang ingin menyiapkan projek dengan cepat.

12. Antara barang yang berikut, yang manakah anda boleh pakai di dalam bengkel RBT?
A. rantai
B. gelang
C. jam tangan
D. cincin

13.Antara pakaian berikut, yang manakah anda perlu pakai untuk melindungi pakaian daripada kotor
ketika membuat kerja di dalam bengkel?

A. Apron
B. Baju hujan
C. Baju getah
D. Jaket

14. Keadaan lantai berikut boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di dalam bengkel KECUALI

A. Licin
B. Berair
C. Bersih
D. Tidak rata

15. Antara berikut yang manakah tidak sepatutnya dilakukan semasa bekerja di dalam bengkel?

A. Tanggalkan tali leher


B. Pakai apron yang menutupi rambut
C. Gulungkan baju yang berlengan panjang.
D. Pakai selipar di dalam bengkel

5
16. Bahan-bahan di bawah terdapat di dalam ……….

- kain anduh
- plaster
- kapas

A. Kotak keselamatan
B. Peti besi
C. Rak alatan dan bahan
D. Peti pertolongan cemas

17. Alat pemadam api sepatutnya disimpan


A. di belakang almari.
B. di tempat yang mudah dilihat dan diambil.
C. di dalam stor yang terkunci.
D. di tempat yang tinggi

18. Apakah yang tidak terdapat dalam peti pertolongan cemas ?


A. kain anduh
B. ubat iodine
C. makanan
D. gunting

19. Alatan yang digunakan perlu dibersihkan dan disimpan supaya


A. sentiasa bersih dan mudah digunakan.
B. tidak berbau busuk.
C. berkilat dan menarik
D. selamat dan tidak mudah hilang.

20. Apakah maksud produk?


A. Cantuman reka bentuk
B. Lakaran yang terbaik digambarkan oleh pereka
C. Barang, perkhidmatan dan sebagainya yang dihasilkan oleh seseorang atau mesin
D. Menambah kepelbagaian pilihan pengguna dalam pasaran

6
BAHAGIAN B (5 Markah)

1. Susun semula proses menghasilkan reka bentuk projek eksperimental di bawah


mengikut urutan yang betul.

Menilai lakaran yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan.

Melakarkan reka bentuk produk.

Menjanakan idea bagi menghasilkan lakaran. 1

Menganalisis lakaran reka bentuk produk.

Menghasilkan reka bentuk produk mengikut lakaran yang dibuat.

Membuat persembahan reka bentuk produk.

Bahagian C (5 Markah)

Esei Ringkas

1. Bolehkah kita menghasilkan reka bentuk produk yang baik tanpa membuat lakaran
terlebih dahulu? Nyatakan alasan anda.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

KERTAS SOALAN TAMAT


SELAMAT MAJU JAYA

Anda mungkin juga menyukai