Anda di halaman 1dari 3

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Shalini Somasundran


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : Sektor Menengah
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : Tiada
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
1. Tajuk Buku:
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Husna
2. Pengarang:
Hassan
3. Tahun
2007
diterbitkan:
Telaga Biru Sdn.Bhd
4. Diterbitkan oleh:
104
5. Muka Surat

6. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ‘Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif’ merupakan satu
buku penulisan petua yang mengandungi 104 halaman muka surat yang
ditulis khas untuk ibu bapa. Buku ini dapat membimbing ibu bapa untuk
menjadikan anak-anaknya menjadi insan yang berguna. Buku ini
mengandungi 11 bahagian untuk mendidik ibu bapa untuk menjadikan
anaknya insan yang positif. Antaranya :

1. Anak adalah amanah


2. Sebelum perkahwinan
3. Semasa anak dalam kandungan
4. Setelah anak dilahirkan
5. Muhasabah diri ibu bapa
6. Perbezaan didikan anak-anak
7. Memadam rekod lama
8. Petua membentuk anak menjadi insan positif
9. Doa didikan anak
10. Ikrar ibu bapa
11. Penutup.

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan


bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan
positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu
cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang
kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharapkan.
Ahli motivasi ada berkata ‘Mendidk anak-anak bermula 20 tahun
sebelum ibu dan bapanya berkahwin’. Ini menunjukkan factor
keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.

Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk


menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah
yang merangkumi kognitif, psikomotor dan kerohanian yang dinamakan
‘latih anak kemahiran diri’ dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan ‘latih anak kemahiran bermasyarakat’.

Menerusi ‘latih anak kemahiran diri’ ianya harus dimulai dengan


penghajatan keagamaan. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek
kerohanian jika ingin dilihat positif. Melalui ‘latih anak kemahiran
bermasyarakat’ anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan. Aktiviti-aktiviti ini dapat menanamkan minat
komitment social yang baik.

7. Manfaat/ Buku ini telah menerangkan cara- cara ibu bapa boleh menjadikan
pengajaran yang anak-anaknya insan yang positif serta aktiviti-aktiviti yang boleh
diperoleh dilakukan oleh anak-anak supaya dapat menjadi insan yang berguna.
daripada buku
Dengan membaca buku penulisan motivasi ini guru dapat :
yang dibaca:

- Setiap individu perlu menerapkan nilai dalam diri sendiri supaya


dapat menjadi insan yang positif.
- Orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif
boleh mencapai kecemerlangan luar biasa.
- Manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu
menempa kecemerlangan.
- Tuhan amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian
rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadanya.

- Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam agama


kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat.
- Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapa haruslah cemerlang
dahulu kerana bagaimana acyan begitulah kuihnya.

8. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai