Anda di halaman 1dari 15

UniKL BUSINESS SCHOOL – UBIS

MPU 3182 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MK02 - PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH


ANAK-ANAK
NO. NAME STUDENT ID
1. QHARIM IKHWAN BIN MOHD KHALED 62214223265
2. SYAZWAN AIMAN BIN SHAMSUL QAMAR 62214223275
3. AMAL HANNANI BINTI MD ZANUDIN 62214223277
4. NUR FATIN SUHADAH BINTI MOHD AKHIR 62214223276

DISEDIAKAN UNTUK: DR. MOHD FARADI MOHAMED GHAZALI

1
Isi Kandungan
Pendahuluan .............................................................................................................................. 3

Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Sahsiah Anak-Anak ......................................................... 4

i. Meluangkan masa dengan anak-anak.................................................................................... 4


ii. Memberi didikan agama yang secukupnya ........................................................................... 6
iii. Mengawasi pergerakan anak-anak ...................................................................................... 8
iv. Mendisiplinkan diri anak sejak kecil lagi ............................................................................10
v. Menjadi teladan atau contoh kepada anak ...........................................................................11
vi. Bekerjasama dengan pihak sekolah ....................................................................................12
Penutup .....................................................................................................................................13

Rujukan ....................................................................................................................................14

2
Pendahuluan
Peranan ibu bapa dalam membentuk keperibadian anak-anak mereka adalah topik yang
sangat diminati oleh pengkaji dalam bidang psikologi, sosiologi, dan perkembangan kanak-kanak.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai impak yang besar terhadap
perkembangan sahsiah anak-anak mereka, terutamanya pada pembentukan anak mereka sejak
kecil lagi. Penyelidikan mengenai topik ini telah meneroka pelbagai aspek keibubapaan, seperti
gaya keibubapaan, hubungan ibu bapa terhadap anak-anak, penglibatan ibu bapa, dan jangkaan ibu
bapa. Penyelidik juga telah mengkaji kesan amalan keibubapaan yang berbeza terhadap ciri
personaliti kanak-kanak seperti harga diri, kemahiran sosial, peraturan emosi dan sebagainya.

Kajian tentang peranan ibu bapa dalam membentuk keperibadian anak-anak mereka
mempunyai implikasi penting kepada ibu bapa, pendidik, dan pembuat dasar. Dengan memahami
faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan sahsiah anak-anak, ibu bapa boleh
membuat keputusan yang lebih termaklum tentang cara membesarkan anak-anak dan menyokong
pembesaran dan perkembangan anak-anak mereka menjadi insan yang mempunyai jati diri serta
akhlak yang terpuji. Pendidik juga boleh menggunakan pengetahuan ini untuk mereka bentuk
intervensi dan program yang berkesan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan ciri
personaliti yang positif. Pembuat dasar boleh menggunakan maklumat ini untuk membangunkan
dasar dan program yang menyokong keluarga dan menggalakkan amalan keibubapaan yang
positif.

Secara khususnya, peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak , maka didapati
amat perlu dijalankan kajian lebih mendalam lagi. Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

I. Untuk mengenalpasti peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak.


II. Untuk menilai ibu bapa boleh memberi impak yang besar dalam membentuk
sahsiah anak-anak mereka.
III. Untuk menilai tingkah laku dan cara ibu bapa mempengaruhi personaliti anak
mereka.

3
Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Sahsiah Anak-Anak

i. Meluangkan masa dengan anak-anak

Terdapat beberapa peranan utama ibu bapa untuk membentuk sahsiah anak-anak.
Antaranya ialah, ibu bapa mestilah sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak. Dengan cara ini,
ibu bapa dapat memantau tingkah laku anak-anak dan menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada
anak-anak agar mereka tidak melakukan perkara yang negatif. Bak kata pepatah Melayu, 'melentur
buluh biarlah dari rebungnya' kerana anak-anak diibaratkan kain putih yang digerakkan oleh ibu
bapa mereka. Jadi terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak mereka
menuju kepada kebaikan ataupun sebaliknya. Meluangkan masa dengan anak-anak bukan sahaja
dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak malah ibu bapa juga dapat berbual
tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan memberi nasihat ataupun semangat
untuk mengatasi masalah tersebut. Anak-anak akan merasa dihargai, diberi perhatian dan
disayangi oleh ibu bapa mereka apabila ibu bapa boleh menjadualkan masa untuk mereka.

Di samping itu, menurut Fazilah Kamsah (1997) ibu bapa bertindak sebagai pelindung,
pendidik, penjaga, mentor, perawat, penasihat, dan kaunselor mengenai anak-anak dari segi fizikal,
mental dan rohani mereka. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa peka dengan perubahan sikap
dan tingkah laku anak-anak. Kita kena bijak menangani masalah anak-anak. Jadilah ibu bapa yang
tegas tetapi bertolak ansur. Komunikasi seperti mendengar, memahami masalah, ketakutan mereka
terhadap sesuatu perkara, membantu keperluan mereka, dan menerangkan dengan jelas apa yang
betul dan apa yang salah. Komunikasi adalah bahagian penting dalam mengukuhkan ikatan ibu
bapa dan anak. Jika tidak, apabila remaja menghadapi masalah, mereka sama ada akan
menceritakan kepada rakan atau memilih aktiviti melepak sebagai salah satu cara untuk melarikan
diri daripada realiti seperti yang dinyatakan dalam (Azizi Yahaya & Gan Lui Nam, 2023).

4
Faktor-faktor seperti galakan dan dorongan, meluangkan masa dengan anak-anak,
hubungan mesra antara ibu bapa dan anak, dan hubungan kekeluargaan yang utuh boleh
mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak dari segi motivasi dan prestasi akademik anak-
anak di sekolah ataupun kolej. Pendidikan awal yang sempurna daripada ibu bapa dapat menjamin
kejayaan masa hadapan agar anak-anak tidak terjebak atau terjerumus dalam perkara dan tingkah
laku negatif. Oleh itu, ibu bapa yang tidak melaksanakan peranan mereka dengan betul dalam
pembentukan dan perkembangan sahsiah dan personaliti anak-anak menjadi punca konflik sahsiah
mereka. Ini boleh menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar dengan bersikap agresif dan
memberontak. Anak-anak yang mempunyai ciri-ciri ini lebih suka menghabiskan masa di luar
kerana mereka berasa terperangkap atau terkongkong di dalam rumah (Mazni Mustapha., et al
1970).

Jelaslah bahawa, amat penting bagi ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak bagi
membentuk sahsiah dan budi pekerti mereka. Dengan melakukan aktiviti bersama seperti aktiviti
riadah keluarga, aktiviti seperti ini amat sesuai untuk mengeratkan hubungan dan seisi keluarga
serta mengisi masa lapang dengan berfaedah. Lain daripada itu, ibu bapa yang sentiasa
meluangkan masa dengan anak-anak akan menyebabkan mereka kurang terlibat dengan masalah
negatif seperti penyalahgunaan dadah, sikap tidak bermoral, tingkah laku yang tidak baik dan lain
lain, apabila mereka meluangkan masa berkualiti dengan keluarga. Ini menunjukkan bahawa ibu
bapa meluangkan masa dengan anak-anak memainkan peranan penting dalam pembentukan
sahsiah anak-anak.

5
ii. Memberi didikan agama yang secukupnya

Peranan seterusnya ialah ibu bapa haruslah memberi didikan agama (amalan tasawuf) yang
cukup kepada anak-anak untuk membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak. Seperti yang
kita tahu, terdapat juga segelintir ibu bapa sekarang yang kurang menitikberatkan tentang didikan
agama kepada anak yang boleh menyebabkan anak-anak mereka terjebak dengan kepelbagaian
masalah sosial. Agama merupakan perkara yang paling penting yang sepatutnya diisi dalam diri
anak-anak. Didikan agama yang utuh dalam diri anak mampu mencegah mereka daripada terjebak
dengan perkara yang negatif kerana mereka mampu membezakan antara perkara yang hak dengan
batil. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan
hendaklah kau baguskan akhlaknya.” Ibu bapa harus mendidik anak dari kecil lagi dengan akhlak
yang baik supaya apabila dewasa, mereka menjadi individu yang cemerlang di mayapada, lebih-
lebih lagi di akhirat. Apabila anak mempunyai akhlak yang baik, mereka akan disayangi dan
dihormati oleh masyarakat. Misalnya, ibu-bapa boleh menghantar anak mereka mengikuti kelas
mengaji dan boleh mengajar mereka cara untuk mendirikan solat yang betul dan tertib. Jika perkara
ini berterusan maka anak mereka akan menjadi seorang yang soleh sekaligus sahsiah mereka akan
terjaga.

Sekiranya anak anak sejak kecil mempunyai hubungan dan disiplin yang baik dalam
keluarga, mereka sebenarnya telah membina asas sebagai benteng dalam membentuk diri menjadi
manusia yang tahu batasan dan mengekalkan maruah diri. Amalan tasawuf yang secukupnya
kerana anak ibarat ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani
atau Majusi. Tanggungjawab ibu bapa tidak hanya terbatas menyediakan keperluan material
sahaja, bahkan juga memberikan didikan agama yang secukupnya. Ini bermakna, anak-anak
merupakan golongan yang sangat memerlukan kepada tasawuf dalam pembangunan sahsiah
diri mereka. Tasawuf dapat memberikan panduan kepada anak-anak kini bagaimana cara
untuk bersahsiah mengikut cara yang dianjurkan Islam. Bak kata pepatah Melayu, 'melentur buluh
biarlah dari rebungnya' kerana anak-anak diibaratkan kain putih yang di corakkan oleh ibu bapa
mereka. Masa depan anak-anak dan cucu cicit mereka bergantung di tangan ibu bapa. Jadi
terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak mereka menuju kepada
kebaikan ataupun sebaliknya.

6
Menurut Halimah dan Kamariah (1993), ibu bapa merupakan orang yang memainkan
peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. Didikan awal yang sempurna boleh
menjamin kejayaan anak-anak di masa hadapan agar tidak terjebak atau terjerumus kepada
perbuatan-perbuatan yang negatif.

7
iii. Mengawasi pergerakan anak-anak

Perkara lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa mengenai isu ini ialah sentiasa mengawasi
atau memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengenali rakan dan di mana anak mereka berada agar tidak terpedaya dengan pengaruh negatif
yang dibawa oleh rakan mereka yang mampu memusnahkan jiwa anak di masa hadapan (Ameerul,
2018). Sikap berhati-hati ini membolehkan ibu bapa menasihati anaknya apabila mendapati
mereka berkawan dengan orang yang berpengaruh negatif. Sebagai contoh, ibu bapa melihat
mereka membuang sampah merata-rata, jadi mereka haruslah menegur anaknya agar tidak
mengulang kesalahan tersebut. Dengan ini, anak-anak mereka juga mampu membezakan sesuatu
perbuatan itu baik atau buruk. Jika ini berterusan, mereka tidak akan melakukan kesalahan. Selaras
dengan ini, ibu bapa juga wajib untuk memantau tingkah laku anak-anak mereka terutamanya di
peringkat remaja bagi membentuk mereka menjadi modal insan yang baik. Ibu bapa harus
memahami jiwa anak-anak remaja mereka dan mendidik mereka dengan teliti. Jika anak mereka
bijak dalam memilih kawan yang betul, mereka pasti akan menjadi pengaruh yang positif begitu
juga sebaliknya.

Oleh itu, ibu bapa harus memastikan anak remaja mereka bijak dalam memilih kawan yang
betul. Jika ibu bapa dapat mengesan bahawa anak mereka berkawan dengan kawan yang
berpengaruh negatif, ibu bapa harus menasihati anak anda supaya tidak berkawan dengan rakan
sebegitu. Tambahan pula, Ibu bapa juga sepatutnya mendidik dan mengawasi anak-anak supaya
tidak terlibat dalam gejala sosial. Dengan ini, anak-anak mereka akan terbiasa untuk menjaga diri
dan tingkah laku mereka di mana-mana sahaja mereka berada. Namun, ibu bapa tidak boleh terlalu
mengawal anak-anak mereka. Hal ini kerana membesarkan anak pada peringkat ini boleh
diibaratkan seperti menerbangkan wau. Semasa bermain wau, pemain mesti melepaskan wau
untuk terbang tinggi, tetapi tidak secara langsung. Wau masih dibawah kawalan pemain melalui
tali yang dipegang. Wau itu akan diturunkan apabila tiba masanya dan dibawa pulang. Inilah yang
harus dilakukan oleh ibu bapa semasa membesarkan remaja. Beri mereka kebebasan, tetapi
pastikan mereka di bawah kawalan ibu bapa.

8
Di samping itu, ibu bapa haruslah bersedia dalam menerima sebarang kritikan terhadap
tingkah laku anak mereka dengan pikiran terbuka. Sebagai ibu bapa bertanggungjawab, ibu bapa
tidak seharusnya memihak kepada anak-anak mereka apabila orang lain menasehati perbuatan
salah anak mereka. Ini kerana teguran yang diberikan dapat membetulkan kesilapan anak-anak.
Punca kesilapan anak perlu dicari segera agar kesilapan itu diperbetulkan agar anak tidak
mengulangi kesalahan yang sama. Oleh itu, ibu bapa harus menerima teguran dan teguran orang
lain dengan pikiran terbuka demi membantu anak remaja membentuk modal insan yang baik.

9
iv. Mendisiplinkan diri anak sejak kecil lagi

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah mendisiplinkan diri anak sejak kecil lagi agar dapat
membentuk sahsiah anak-anak yang baik. Ini kerana bagi membuatkan anak-anak mereka sentiasa
berkelakuan dengan baik. Anak-anak ibarat kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnai
oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus
sedar bahawa setiap tindakan sama ada positif mahupun negatif akan mencerminkan imej keluarga.
Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi, ibu bapa mestilah sentiasa menasihati anak-
anak jika mereka membuat sesuatu kesilapan. Ibu bapa hendaklah menerangkan sebab dan
akibatnya jika mereka membuat kesilapan. Ini kerana nasihat bernas daripada ibu bapa lebih
berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Sebagai contohnya, terangkan
kepada anak-anak tentang kesan apabila merokok atau akibat daripada sikap ketidakjujuran.
Dengan cara ini, anak-anak akan menjadi lebih menjadi matang dari segi psikologi dan juga dapat
membentuk corak disiplin diri secara semula jadi (Angela-Merici, 2022). Tambahan pula,
pendidikan formal seharusnya membimbing ibu bapa mematangkan minda anak-anak. Pendidikan
boleh membantu mengatasi sifat memberontak anak-anak. Ini kerana anak-anak dikawal ketat
mengikut peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang berkesan dan jadual yang ketat,
kanak-kanak tidak mempunyai masa lapang untuk melanggar undang-undang. Pendidikan formal
yang berkesan boleh menjadi tunjang kepada keteguhan anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar
tidak melakukan perbuatan yang merosakkan imej keluarga. Selain itu, ajaran agama dan moral
adalah elemen yang membantu membina keyakinan diri anak-anak demi membendung minda dan
emosi yang boleh mengakibatkan kerosakan tatasusila. Tetapi isunya, ibu bapa ibarat rusa dalam
belukar, terlalu sibuk mengejar kebendaan dan status sosial sehingga melepaskan amanah masing-
masing. Mereka tidak menyedari tanggungjawab asas ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka
dalam ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah menjelaskan kepentingan
menjaga kesucian tingkah laku dan moral bagi mengukuhkan sahsiah anak-anak. Dengan laluan
yang betul dan tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan membentuk diri mereka menjadi modal
insan yang berkemahiran dan berwibawa (Angela-Merici, 2022).

10
v. Menjadi teladan atau contoh kepada anak

Ibu bapa hendaklah menjadi teladan atau contoh baik kepada anak-anak. Ibu bapa
seharuslah berkelakuan baik kerana setiap perbuatan ibu bapa akan dicontoh oleh anak-anak
mereka. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya menjadi entiti mithali kepada anak sejak
mereka kecil lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila ibu bapa melakukan perkara yang
baik, sudah semestinya anak turut melakukan perkara yang baik, seperti yang dilakukan oleh ibu
bapa mereka bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, amat penting untuk
ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak mereka sejak kecil lagi. Contohnya, anak-
anak melihat ibu bapa sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Dengan ini kanak-kanak
akan mencontohi perbuatan tersebut sehingga meningkat dewasa. Maka ibu bapa sememangnya
perlu menjadi suri teladan dan contoh kepada anak-anak supaya dapat melahirkan masyarakat
yang baik. Ini dapat membuatkan anak mereka akan dapat membezakan perkara yang mana baik
dan buruk. Maka mereka tidak akan melakukan apa-apa perkara yang boleh merosakkan sahsiah
mereka.
Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, “Rumah merupakan universiti pertama bagi anak-
anak dan ibu bapa merupakan profesor pertama bagi mereka”. Jelaslah bahawa anak akan
mengikuti tingkah laku ibu bapa ketika mereka masih kecil lagi. Ibu bapa juga hendaklah
mengubah tingkah laku jika mereka hendak mempunyai anak yang berakhlak mulia dan
berdisiplin. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa “semua anak yang dilahirkan ke dunia ini
dalam keadaan suci bersih. Maka, kesalahan ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi,
Nasrani dan Majusi”. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW, jelas bahawa peranan ibu bapalah
yang mampu membentuk anak sama ada menjadi orang yang berakhlak mulia ataupun
sebaliknya. Anak ibarat kain putih manakala ibu bapa pula ibarat warna yang mencorakkan kain
tersebut. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang paling signifikan dalam membentuk
sahsiah anak sejak mereka kecil lagi.

11
vi. Bekerjasama dengan pihak sekolah

Seterusnya, Ibu bapa harus bekerjasama dengan guru di sekolah untuk membantu dalam
membentuk sahsiah anak-anak. Apabila anak-anak datang ke sekolah, ibu bapa harus berkongsi
anak-anak mereka dengan guru yang mengajar. Ibu bapa harus sentiasa prihatin dan memantau
prestasi akademik anak mereka. Sebagai contoh, jika anak gagal dalam peperiksaan, ibu bapa
harus menggalakkan dan menasihati anak itu dan bukan menghukumnya. Sebagai contoh, ibu
bapa hendaklah membeli banyak buku berkaitan seperti buku rujukan dan novel kanak-kanak.
Membaca bukan sahaja memberi pengetahuan anak-anak, malah membolehkan mereka mengisi
masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat. Ibu bapa juga sebaiknya meluangkan masa untuk
membaca buku bersama anak-anak mereka.

Dengan menggunakan kaedah ini, pasti dapat meningkatkan prestasi sekolah anak-anak
mereka. Tambahan pula, ibu bapa pada hari ini mengharapkan anak-anak mereka mencapai
kecemerlangan, tetapi pada masa yang sama, mereka kurang menyedari kemajuan akademik dan
kokurikulum anak-anak mereka. Ibu bapa lebih mengutamakan kerja mereka daripada bercakap
dengan anak-anak mereka tentang pelajaran sekolah. Ini menyebabkan kanak-kanak berpikir
bahwa ibu bapa mereka tidak menyokong mereka secara moral untuk berusaha lebih untuk
meningkatkan prestasi akademik mereka. Untuk menyelesaikan masalah ini, ibu bapa perlu
mengetahui kurikulum dan mata pelajaran yang dipelajari oleh anak mereka dan memudahkan
perbincangan ibu bapa dan anak. Perbincangan bilik darjah antara ibu bapa dan anak-anak bukan
sahaja membantu kanak-kanak mencapai cita-cita mereka sendiri, tetapi juga membawa kepada
pandangan bersama tahap prestasi akademik yang perlu dicapai oleh anak mereka di dalam bilik
darjah (Aris et al., n.d.)

12
Penutup

Kesimpulannya, peranan ibu dalam membentuk kepribadian anak-anak mereka ialah


topik yang kompleks dan pelbagai aspek yang telah dikaji secara meluas. Jelas dalam
kesusasteraan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak
mereka lebih-lebih lagi peranan dipupuk sejak azali lagi. Gaya keibubapaan, hubungan ibu bapa
terhadap anak-anak, penglibatan ibu bapa, dan jangkaan ibu bapa semuanya mempunyai impak
ke atas sifat keperibadian kanak-kanak. Amalan keibubapaan yang positif seperti keibubapaan
yang mesra dan responsif, disiplin yang konsisten, dan tahap penglibatan ibu bapa yang tinggi
terhadap anak mereka, telah dikaitkan dengan hasil yang positif untuk perkembangan personaliti
kanak-kanak. Sebaliknya amalan keibubapaan yang negatif, seperti menunjukkan disiplin yang
keras, pengabaian tanggungjawab dan terlalu tegas dalam aspek melindungi boleh membawa
kepada hasil negatif untuk perkembangan personaliti kanak-kanak.

Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya lebih menyedari bahawa amalan keibubapaan
merupakan elemen yang sangat penting iaitu untuk memahami bagaimana tindakan ibu bapa
mempengaruhi perkembangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu membantu anak-anak
mereka belajar bagaimana menjadi orang yang lebih baik dan mendukung keluarga dengan
mengajari mereka cara-cara positif untuk membesarkan anak-anak mereka bermula di rumah.
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya memainkan
peranan yang penting dalam membentuk sahsiah dan kepribadian anak-anak mereka. Dengan
menerapkan persekitaran yang memupuk dan menyokong, ibu bapa dapatlah membantu anak-
anak mereka mengembangkan ciri-ciri personaliti yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek sejurus dapat memberi manfaat terhadap diri sendiri, keluarga, bangsa dan juga
negara.

13
Rujukan

Azizi Yahaya & Gan Lui Nam. Peranan Ibu Bapa 28.9 - universiti teknologi Malaysia.
(n.d.). Retrieved May 2, 2023, from
http://eprints.utm.my/id/eprint/10373/1/28.9_PERANAN_IBU_BAPA.pdf

Ibrahim, H., Mustapha, M., Sawai, J. P., Md Nawi, N. H., & Megat Ahmad, P. H.
(1970, January 1). Peranan Dan Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Pengasuhan
Anak Dan Remaja. Asian Social Work Journal. Retrieved May 2, 2023, from
https://www.neliti.com/publications/322847/peranan-dan-tanggungjawab-ibu-
bapa-dalam-pengasuhan-anak-dan-remaja

Angela-Merici. (2022b). Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak.


dokumen.tips. Retrieved from https://dokumen.tips/documents/peranan-ibu-bapa-
dalam-pembentukan-disiplin-anak-55939678b1411.html?page=2

Ameerul. (2018, Mac 13). Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak.
http://myrlz99.blogspot.com/2018/03/peranan-ibu-bapa-dalam-membentuk.html?m=1

Aris, N. B. M., Abdullah, Z. B., Abdullah, N. B., Osman, M. B., Hamid, H. B. A., & Hamat,
Z. B. W. Model Hubungan Ibu Bapa Dan Sekolah Dalam Implementasi Program Sarana
Ibu Bapa Di Sekolah Satu Cadangan. Https://Www.Researchgate.Net/Profile/Haneza-
Ab-
Hamid/Publication/358604556_Model_Hubungan_Ibu_Bapa_Dan_Sekolah_Dalam_I
mplementasi_Program_Sarana_Ibu_Bapa_Di_Sekolah_Satu_Cadangan/Links/620b314
3634ff774f4ce652b/Model-Hubungan-Ibu-Bapa-Dan-Sekolah-Dalam-Implementasi-
Program-Sarana-Ibu-Bapa-Di-Sekolah-Satu-Cadangan.Pdf

Mansor, S. N. (2021). Teknik Komunikasi Ibu dalam Pembentukan Sahsiah Anak-anak


Menurut Islam [Maternal Communication Techniques in the Formation of
Children's Personality According to Islam]. BITARA International Journal of
Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 4(3), 131-144.

14
Salleh, N., Badaruddin, F. H., Ismail, I., Rasit, R. M., & Nor, A. Y. M. (2022).
PENDEKATAN TASAWUF DALAM PEMBANGUNAN SAHSIAH
GENERASI Z DI MALAYSIA. International Journal of Social Science Research,
4(2),150-160.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/18530/9789

Ismail, A. M., Salleh, S. M., & Jemali, M. (2016). Analisis Bentuk Didikan Ibu Bapa Bagi
Membentuk Sahsiah Cemerlang: Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau
Sebang, Alor Gajah, Melaka: The Analysis of Parents Coaching Forms for
Developing an Excellent Personality: Study on Sekolah Menengah Kebangsaan
Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan,
8(2), 1-10. http://eprints.utm.my/id/eprint/10373/1/28.9_PERANAN_IBU_BAPA.pdf

15

Anda mungkin juga menyukai