Anda di halaman 1dari 14

KESIHATAN DAN

KECERGASAN
PENYAKIT KELAMIN
PENGENALAN

• Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara


pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis,
dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui
faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin
bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan
remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab
bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan
melakukan seks bebas pada umur yang muda.
TANDA-TANDA

• : gatal, bengkak, keluaran lendir, sakit dan


kemerahan di bahagian faraj atau zakar.
CONTOH-CONTOH PENYAKIT KELAMIN
• Chlamydia :
Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda
bagi pesakit wanita, tetapi pesakit mungkin mengalami
gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing,
keluar lendir dari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki
pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluar lendir dari
salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari
buah zakar ke batang zakar). Penyakit ini masih boleh
berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari.
• Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) :

Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih


di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi
majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini
menyukarkan doktor untuk membuat diagnosa yang tepat
bagi penyakit tersebut.
• Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes) :

Seperti ketuat, herpes selalunya tidak


menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan
tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal,
‘panas’ dan bengkak di bahagian kemaluan. Kadang
kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser
menyebabkan sakit semasa membuang air kecil.
• Gonorrhoea :

Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan


lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti
kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak.
Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu
keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan
sakit semasa membuang air kecil.
• Sifilis :
Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat
kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini mungkin
tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa
rawatan. Kemudian, pesakit mungkin mengalami
demam, menggigil dan sakit otot.
• HIV :
Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot
beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIV ini,
tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom.
Hanya ujian darah dapat memastikan samada anda
dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut
mungkin terpaksa diulang jika didapati negatif.
Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan
berkurangan dan beliau akan sukar melawan
penyakit
• Radang salur air kencing tidak spesifik
(Non-specific urethritis)
Penyakit ini menjangkiti lelaki. Antara
gejala penyakit ini adalah terasa sakit
semasa membuang air kecil dan
pengeluaran lendir dari pangkal saluran air
kencing.
• TrichomoniasisOrganisma yang menyebabkan
penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis
(TV).
Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa
simptom tetapi segelintir akan mengalami keluar
lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di
bahagian kemaluan. Pesakit lelaki tidak
menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi
pembawa penyakit ini.
CARA PENJANGKITAN

• Hubungan seks melalui faraj tanpa


kondom,Hubungan seks melalui duburHubungan
seks melalui oral (mulut ) atau,Bersentuh dengan
kemaluan mereka yang berpenyakit.
CARA PERAWATAN

• Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara


ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian
kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh
sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta
doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab
kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah
cecair nitrogen yang akan membekukan ketuat 
CARA PENCEGAHAN
• Hindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda
adalah rawatan yang paling efektif dan praktikal.
Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari
penyakit kelamin. Anda digalakkan kerap menjalani
pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda
sebelum berkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-
simptom di atas, anda dan pasangan anda digalakkan
berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan
untuk mendapat rawatan jika didapati mengidap
penyakit kelamin

Anda mungkin juga menyukai