Anda di halaman 1dari 1

Cara duduk dalam sesi kaunseling Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan melihat

bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk menyandar ke belakang menjauhi kliennya. Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan menghadapi kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia untuk membantu. Beberapa ciri penting perlu diamalkan oleh kaunselor iaitu jangan duduk menyandar di kerusi sambil menggoyang-goyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan diletak di belakang tengkuk dan menyadar.Kaunselor juga jangan menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung. Pergerakan tangan dan kaki Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akan menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien. Contohnya klien yang nervous kadangkala melahirkan rasa cemasnya dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak berhenti-henti. Pergerakan tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan budaya masing-masing. Berikut ialah beberapa contoh pergerakan tangan; Berpeluk tubuh -Pergerakan tubuh ini membawa erti seorang yang tertutup, kurang selamat atau kurang bersedia untuk berbincang, merasa negatif terhadap diri dan bersifat defensif. Tangan di dalam kocek Tangan di dalam kocek seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Keduadua belah tangan memegang kuat pada tangan kerusi- merasa takut atau risau Tergaru-garu Pergerakan tangan yang tergaru-garu seolah-olah menunjukkan rasa raguragu dan tidak pasti Menggigit jari Klien yang menggigit jari boleh menunjukkan rasa tertekan, cemas dan risau

Anda mungkin juga menyukai