Anda di halaman 1dari 4

Latarbelakang Kerajaan Abbasiyah

Latar belakang Kerajaan Abbasiah


 Nama kerajaan Abbasiah di ambil sempena nama bapa saudara Rasulullah saw " al-Abbas"
 Penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hashim yang menganggap
kepimpinan Negara layak disandang oleh mereka sahaja.
 Kerajaan Abbasiah memerintah lebih daripada lima kurun yg bermula pada tahun 132H/750M
hingga tahun 650H/1258M ditubuhkan dengan resminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah
 Keluasan kerajaan Abbasiah merangkumi 2/3 dunia yang meliputi benua Afrika, Asia dan
Eropah.

Struktur Kerajaan Abbasiah


 Mereka mewarisi sistem Khalifah secara warisan
 Dipimpin oleh 37 orang khalifah
 Sistem pentadbiran mereka banyak diadaptasi daripada sistem Kjaan Parsi, kerana ramai
orang Parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam kjaan Abbasiah contohnya
penggunaan al-Wazir ( ) yang digunakan untuk jawatan Perdana Menteri berasal dari Parsi

Sistem Pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah

AL-KHALIFAH
Ketua Negara iaitu pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam

AL-WAZIR (Perdana Menteri)


Ketua Pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan

AD-DAWAWIN (Jabatan-Jabatan Kerajaan)


Dalam pengawasan Al-Kuttab (Sekretari). Spt: jabatan Eksais, Jabtan Audit, Jabtaan Polis dan
Pertahanan, Jabatan Perhubungan, Jabatan Parit dan atli Air dan Jabatan Kebajikan.

Khalifah Kerajaan Abbasiah yang terkenal

Abu Abbas Abdullah al-Saffah


Khalifah Abbasiah yang pertama. Menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan, bermula tahun 132H
hingga tahun 136H bersamaan 750M – 754M

Sumbangan
Pengasas kerajaan Abbasiah
Menghapuskan pemberontakan

Abu Jaafar al-Mansur


Saudara kandung as-Saffah, Menjadi khalifah selama 22 tahun bermual dari tahun 136H hingga 158H
bersamaan 754M – 775M

Sumbangan
- Menjadikan Baghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya
-Memperbaiki system cukai
-Membuat saliran-saliran
-Menyediakan pasar-pasar ditempat yang strategik

Harun al-Rasyid
Khalifah yang paling warak dan terkenal. Memerintah selama 23 tahun satu setengah bulan, bermula dari
tahun 170H hingga 192H bersamaan 786M – 809M

Sumbangan
-Memerintahkan al-Qadi Abu Yusof supaya menulis kitab tentang percukaian hingga terhasilnya kitab al-
Kharaj
-Mewujudkan jawatan kadhi al-Qudha(ketua hakim)
-Menubuhkan "Baitul Hikmah" yang menjadi pusat
ilmu pengetahuan ketika itu
-Menjadi Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu
pengetahuan dan kebudayaan terkemuka
-Membina banyak prasarana seperti rumah sakit, farmesi dan pusat pengajian

Al-Makmun
Nama sebenarnya Abdullah Abu al-Abbas al-Makmun. Putera Harun al-Rasyid. Menjadi khalifah selama
20 tahun, bermula dari tahun 198H hingga tahun 218H bersamaan 813M hingga 833M

Sumbangan
 Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu
pengetahuan
- Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang

Faktor Penyebaran Islam pada zaman Kerajaan Abbasiah


Faktor Dalaman
- Keinginan Penduduk setempat yang tertarik dengan Islam serta akhlak umatnya
- Galakan Khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitul Mal untuk para ulama' dan
pendakwah
menjalankan aktiviti dakwah
- Dasar kerajaan yang menyamakan status orang Arab dengan orang bukan Arab
- Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdangangan
antarabangsa

Faktor Luaran
- Pembukan wilayah-wilayah baru
- Penggunaan Bahaa Arab secara meluas
- Hubungan diplomatik dengan Negara luar
- Usaha pedagang Islam berdakwah menerusi aktiviti
perdagangan mereka
Kesan positif penyebaran Islam

Akidah
- Mengubah kepercayaan menyembah berhala seperti majusi yang menyembah api dan kepada
mengesakan Allah S.W.T.
- Orang bukan Islam tertarik kepada ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia.
- Masjid di bina sebagai pusat dakwah Islam seperti Masjid Jami’ al Mansur dan Masjid al Basrah
- Fahaman akidah yang menyeleweng seperti Muktazilah dan falsafah Yunani kuno telah diperbetulkan

Ilmu
- Membuka minda dan perkembangan ilmu kerana Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu
- Pembinaan infrastruktur pendidikan seperti masjid dan sekolah.
- Perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang seperti Al-Quran,ilmu hadis,nahu,geografi, sains ,
matematik,
astronomi, perubatan, dan falsafah.
- Masyarakat Islam menjadi pakar dalam pelbagai bidang sehingga dipandang tinggi oleh
masyarakat lain.

Budaya
- Masyarakat mengamalkan budaya dan nilai-nilai Islam yang bersifat sejagat.
- Masyarakat bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi tidak bercanggah dengan Islam.
- Pengaruh budaya tempatan terdapat dalam seni bina bangunan terutama masjid seperti Qasru al
Zahab dan Qasru al Khuldi yang dibina oleh Khalifah Abu Jaafar Al Mansur.

Sistem Masyarakat
 Dapat menghapuskan perhambaan
 Konsep keadilan tanpa mengira bangsa dan warna kulit telah diperkatikkan, contohnya Khalifah Al-
Mahdi menubuhkan Mahkamah Tinggi Rayuan untuk mengadili kes-kes rayuan
 Memberi peluang kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan utama Negara, contohnya
Khalifah Abu Jaafar Al Mansur melantik Khalid bin Barmak berbangsa Parsi menjadi Al Wazir
 Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Peranan Jihad Umat Islam Dalam Memajukan Diri, Masyarakat Dan Negara

 Meneroka pelbagai bidang ilmu seperti ilmu Syariah, bahasa, sains, perubatan, dan kejuruteraan
 Mendisiplinkan diri dengan akhlak Islam
 Bersatu mempertahankan maruah dan martabat Islam

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH.

Faktor-faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Abbasiyah


- Usaha dan galakan Khalifah
- Galakan ajaran Islam supaya membuat kajian dan penyelidikan terhadap alam
- Aktiviti penterjemahan dalam berbagai bahasa
- Kestabilan politik dan ekonomi
- Dasar kerajaan yang mengutamakan ilmu pengetahuan
- Prasarana pendidikan yang baik seperti sekolah
- Kedudukan Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu serantau
- Hubungan diplomatik dengan negara luar
- Kreativiti ulamak dan cendikiawan dalam mengahsilkan bahan ilmiah
Intittusi Pendidikan Pada Zaman Abbasiyah

1. Masjid
2. Istana
3. Perpustakaan
4. Pusat Pengajian

Masjid
- Merupakan tempat ibadat dan penyebaran ilmu pengetahuan.
- Dipenuhi dengan halaqah-halaqah (Perkumpulan- perkumpulan) ilmu
Contoh; Masjid Jamik Al-Mansur yang dibina oleh khalifah Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 145 Hijrah

Istana
- Dijadikan pusat perbincangan para ulama bermuzakarah dan menyampaikan ilmu
Contoh: Khalifah al-Mu’tadhid Billah (289H/902M) menyediakan sudut dan tempat tertentu di istana
untuk
para sarjana menyampaikan ilmu.

Perpustakaan
- Dijadikan tempat perkembangan ilmu pengetahuan dan penyelidikan ilmiah
- Perpustakaan utama ialah BAITUL HIKMAH dibina oleh khalifah Harun Al-Rasyid di Baghdad
- Di Baitul Hikmah, terdapat khazanah karya-karya sarjana tempatan serta terjemahan daripada
negara
Parsi,Yunani ,China ,dan India.
- Khalifah Al-Makmun bertanggungjawab membawa masuk karya-karya Yunani
- Di Kaherah, Mesir tedapat sebuah perpustakaan awam yang dikenali sebagai Darul Hikmah

Pusat Pengajian
- Pusat-pusat pengajian dibina oleh para khalifah,menteri, dan orang kaya di atas tanah milik kerajaan,
tanah wakaf atau tanah persendirian.
- Sumber kewangan pusat-pusat pengajian diambil daripada hasil tanah-tanah waqaf atau
perbendaharaan
negara.
- Pusat Pengajian yang terkenal ialah Madrasah Al-Nizamiyyah yg dibina pada tahun 457H/1065M
yang dibina oleh seorang menteri keturunan Saljuk iaitu Nizam al-Mulk (485H/1092H).

Peranan Baitul Hikmah Dalam Bidang Pendidikan


 Pusat Penterjemahan
 Pusat Pertemuan Para Sarjana dan Ilmuan
 Pusat Sumber
 Pusat Penyelidikan
 Pusat Latihan

Anda mungkin juga menyukai