Anda di halaman 1dari 11

PIM 1064 TARIKH ISLAMI

)DAULAH ABASIYYAH)

QAWIEM BIN ABDUL SATAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA
ANTARABANGSA
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

DAULAH ABASIYYAH

Aspek Huraian
Pengasas Abu Abbas Abdullah Assufah
lebih daripada lima kurun yang bermula pada tahun 132 Hijrah hingga
Masa pemerintahan
650 Hijrah
Bilangan khalifah 37 orang Khalifah
Pusat pemerintahan Baghdad
Asal usul nama Abasiyyah Diambil sempena nama bapa saudara rasulullah, al-Abbas
Sistem pemilihan khalifah Sistem Monarki (keturunan)
Untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang menganggap
Tujuan penubuhan
tampuk pemerintahan Islam lebih layak disandang oleh mereka.
Banyak diadaptasi dari sistem pentadbiran kerajaan Parsi, ini
disebabkan kerana ramai orang parsi yang memeluk Islam dan
menjawat jawatan penting dalam Kerajaan Abbasiyah

Sistem pemerintahannya beurutan seperti berikut:


Sistem pentadbiran - Khalifah (ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin
tertinggi dalam wilayah Islam)
- Al-Wazir (perdana menteri yang bertindak sebagai ketua
pentadbir yang dibantu oleh menteri dan jabatan kerajaan)
- Ad-Dawawin (jabatan-jabatan kerajaan yang berada dibawah
pengawasan Al-Kuttab [sekretari])
Pemerintahan oleh Khalifah (749-847 Masihi)
- Abu Abbas al-Saffah (750-754 Masihi)
- Abu Jaafar al-Mansur (754-775 Masihi)
- Harun al-Rasyid (786-809 Masihi)
- Abdullah al-Makmun (813-833 Masihi)
Peringkat pemerintahan
Pemerintahan oleh Kerajaan Kecil (847-1194 Masihi)
- Turki (847-946 Masihi)
- Bani Buwayh (946-1055Masihi)
- Bani Saljuk (1031-1157 Masihi)
Pemerintahan oleh Khalifah (1194-1258 Masihi)

PENUBUHAN DAULAH ABASIYYAH

1. Pada mulanya, bergerak sulit yang ditaja Ali bin Abdullah, namun pada zaman Khalifah Umar
Abdul Aziz, gerakan ini dikendali secara terbuka
2. Kerajaan Bani Umaiyah ditentang hebat
3. Orang Islam bukan berketurunan Arab menganggap mereka didiskriminasikan
4. Akibatnya, golongan ini menyertai gerakan Abbasiyah menentang Bani Umaiyah
5. Khalifah Bani Umaiyah mengabaikan tanggungjawab dan ajaran Islam
6. Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan ditentang golongan Syiah dan Khawarij
7. Gerakan ini diperkukuhkan dengan keanggotaan dua pahlawan besar iaitu Abu Salamah al-
Khallal (Kufah) dan Abu Muslim al-Khurasani (Khurasan)

KHALIFAH DAULAH ABASIYYAH

1. Abu Abbas Abdullah as-Sufah (132-136 Hijrah)

1
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

a. Khalifah Abbasiyah yang pertama


b. Memerintah selama 4 tahun 9 bulan
c. Sumbangan:
i. Mengasaskan kerajaan Abbasiyah
ii. Menghapuskan pemberontakan

2. Abu Ja'far Abdullah Al-Mansur (136-158 Hijrah)

a. Saudara kandung as-Saffah


b. Memerintah selama 22 tahun
c. Sumbangan:
i. Menjadikan Baghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya
ii. Memperbaiki sistem cukai
iii. Membuat saliran
iv. Menyediakan pasar-pasar di tempat-tempat yang strategik

3. Al-Mahdi (158-169 Hijrah)


4. Al-Hadi (169-170 Hijrah)

5. Harun Ar-Rasyid (170-193 Hijrah)

a. Khalifah yang paling warak dan terkenal


b. Memerintah selama 23 tahun satu setengah bulan
c. Sumbangan:
i. Memerintahkan al-Qadhi Abu Yusuf supaya menulis kitab tentang percukaian
hingga terhasilnya kitab al-Kharaj
ii. Mewujudkan jawatan Qahdi al-Qudha (ketua hakim)
iii. Menubuhkan baitul hikmah (pusat perkembangan ilmu pengetahuan)
iv. Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan
kebudayaan
v. Membina banyak prasarana seperti rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian

6. Al-Amin (193-198 Hijrah)

7. Abu Ja’far Abdullah Al-Makmun (198-218 Hijrah)

a. Nama sebenarnya Abdullah Abu Al Abbas al-Makmum


b. Putera Harun Ar-Rasyid
c. Memerintah selama 20 tahun
d. Sumbangan:
i. Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
ii. Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang.

8. Al-Mu’tasim (218-227 Hijrah)


9. Al-Wathiq (227-232 Hijrah)

2
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

10. Al-Mutawakkil (232-247 Hijrah)


11. Al-Muntasir (247-248 Hijrah)
12. Al-Musta'in (248-252 Hijrah)
13. Al-Mu'tazz (252-255 Hijrah)
14. Al-Muhtadi (255-256 Hijrah)
15. Al-Mu'tamid (256-279 Hijrah)
16. Al-Mu'tadid (279-289 Hijrah)
17. Al-Muktafi (289-295 Hijrah)
18. Al-Muqtadir (295-320 Hijrah)
19. Al-Qahir (320-322 Hijrah)
20. Ar-Radi (322-329 Hijrah)
21. Al-Muttaqi (329-333 Hijrah)
22. Al-Mustakfi (333-334 Hijrah)
23. Al-Muti (334-363 Hijrah)
24. At-Ta’i (363-381 Hijrah)
25. Al-Qadir (381-422 Hijrah)
26. Al-Qa’im (422-467 Hijrah)
27. Al-Muqtadi (467-487 Hijrah)
28. Al-Mustazhir (487-512 Hijrah)
29. Al-Mustarshid (512-529 Hijrah)
30. Ar-Rashid (529-530 Hijrah)
31. Al-Muqtafi (530-555 Hijrah)
32. Al-Mustanjid (555-556 Hijrah)
33. Al-Mustadi (566-575 Hijrah)
34. An-Nasir (575-622 Hijrah)
35. Az-Zahir (622-623 Hijrah)
36. Al-Mustansir (623-640 Hijrah)
37. Al-Musta'sim (640-656 Hijrah)

SUMBANGAN

1. Perdagangan
a. Khalifah menjalankan polisi perdagangan bebas
b. Pedagang dari seluruh dunia datang berdagang ke empayar Absiyyah kerana tiada
halangan dan sekatan
c. Barang-barang dagangan seperti gandum, bari, beras, kurma dan buah zaiton.
d. Kerajaan banyak membina perusahaan sendiri. Perusahaan tenunan permaidani
dijalankan di Tabaristan, Armenia dan Parsi.
e. Jalan-jalan laut (laut Merah, Laut Parsi, Laut Hindi & Laut Mediterranean) dan jalan
darat (Iraq) digunakan.
f. Perkembangan dan kemajuan bandar-bandar sekitar jalan perdagangan seperti
pinggir laut Caspian dan laut Aral.
g. Apabila wilayah-wilayah Abbasiyah bertambah maju, pendapatan negara
meninggkat dan menjadi asbab kepada perkembangan lainnya.

2. Ilmu pengetahuan

3
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

a. Kerajaan Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-9 Masihi, iaitu
semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun al- Rashid dan anaknya, al- Makmun.
b. Pada zaman tersebut, kegiatan bercorak ilmiah berkembang dengan pesat dan
meluas melalui penulisan dan penterjemahan buku.
c. Kota Baghdad berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual.

Baitul Hikmah a. Merupakan sebuah institusi keilmuan yang ditubuhkan oleh


Khalifah Harun al- Rashid.
b. Institusi ini berkembang secara meluas dan mencapai
kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al-
Makmun.
c. Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan
mencapai kemuncaknya.
d. Kerja-kerja penterjemahan lebih sistematik.
e. Penterjemahan bekerja secara berkumpulan di bawah
kawalan seorang penyelaras.
f. Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada
bahasa Yunani menjadi kegiatan utama.
g. Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan para
ilmuwan dalam pelbagai bidang
Penulisan a. Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap.
i. Mencatat segala percakapan atau idea.
ii. Mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis
Nabi Muhammad SAW ke dalam sebuah buku.
iii. Mengarang
b. Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan.
c. Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan
dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya. Antara
mereka termasuklah:
i. Imam Malik – menyusun buku al- Muwatta’
ii. Ibn Ishaq – menyusun sejarah hidup Nabi
Muhammad SAW
iii. Abu Hanifah – menyusun fikah dan pendapat ijtihad
Penterjemahan a. Penterjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani, dan
Yunani kepada Bahasa Arab.
b.Dua perkara penting berkaitan dengan penterjemahan:
i. Di samping menterjemah, orang Islam mencipta dan
membuat pembaharuan dalam karya yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Huraian dan
penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan
memuatkan keterangan dan ulasan
ii. Orang Islam berperanan penting dalam berbakti
kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya
memelihara warisan ilmu daripada lenyap semasa
masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap.
c. Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatkan
kegiatan penyelidikan.
d. Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan sejumlah
hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing.
Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah

4
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

Perkembanagan a. Perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad dan Cordova


keilmuan Islam memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan
keilmuan di Eropah.
b. Perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan zaman
pemulihan budaya atau Renaissance.
c. Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan
Islam telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman
dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi
kemudian.
d. Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai
sumber asing banyak memberi faedah kepada orang Islam
sendiri.
e. Para ilmuan Islam telah memperbaiki dan meningkatkan
mutu karya sehingga berlakunya percambahan dan
perkembangan ilmu pengetahuan.

TOKOH-TOKOH ILMU ZAMAN ABASIYYAH

1. Al-Kindi & al Farabi (sejarah/falsafah)

2. Al-Razi (falsafah Sains)

3. Perubatan
a. Antara mereka
i. Zakaria al-Razi (865-925M) yang menghasilkan "Kitab al-Hawi",
ii. Ammar bin Ali yang menulis "Kitab al-Muntakhab",
iii. Ibn Sina (al-Qanun fi al-Tibb),
iv. Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki),
v. Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah),
vi. Ibnu Rusyd (al-Kuliyah),
vii. al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri.

4. Matematik
a. Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di
dalam bidang perkembangan ilmu matematik.
b. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih
mudah dipelajari.
c. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah
memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar.
d. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid.
e. Al-Khawarizmi mempunyai kepintaran mengubahsuai, mereka-bentuk dan
memperkenalkan beberapa simbol yang sistematik terutamanya angka sifar.
f. Jadual al-Khawarizmi dan "Habasy al-Habib" turut membantu mempercepatkan
sistem angka India ini terkenal di dunia.
g. Umar Khayyam telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam
memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi
tentang persamaan.

5
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

5. Al-Farazi & al-Battani (astronomi)


a. Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains.
Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam.
b. Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari
menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke Bahasa
Arab pada tahun 155H/771M.
c. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi" yang diberi nama"Zij".
Diikuti pula penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani.

6. Imam mazhab yang empat

FAKTOR PENYEBARAN

1. Faktor dalaman

a. Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan Islam serta akhlak
umatnya.
b. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari baitul mal untuk para
ulamak dan pendakwah menjalankan aktiviti dakwah.
c. Dasar kerajaan Abbasiyah yang menyamakan kedudukan bangsa Arab dengan bukan
Arab.
d. Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan
perdagangan antarabangsa

2. Faktor luaran

a. Pembukaan wilayah baru.


b. Penggunaan bahasa arab secara meluas yang mendorong kepada pemahaman Al-
Quran dan Hadis.
c. Hubungan diplomatik antara Kerajaan Abbasiyah dengan negara luar.
d. Usaha para pedagang Islam berdakwah menerusi aktiviti perdagangan mereka.

KESAN PENYEBARAN ISLAM

1. Akidah

a. Berubah daripada menyembah berhala/api (Majusi) atau lembu (Saibah) kepada


menyembah Allah Yang Esa.
b. Masjid menjadi tempat ibadah dan pusat dakwah
c. Usaha-usaha ulamak memurnikan akidah Islamiyyah daripada falsafah Yunani Kuno

2. Ilmu pengetahuan

a. Pelbagai bidang ilmu yang baru diterokai kerana Islam mewajibkan umatnya
mempelajari ilmu fardu ain dan kifayah

6
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

b. Prasarana yang disediakan oleh kerajaan juga mendorong kepada penerokaan ilmu
baru

3. Kebudayaan

a. Budaya asal mereka yang tidak bertentangan dengan Islam terus diamalkan
b. Islam yang dianuti oleh pelbagai bangsa dan budaya ini telah membentuk budaya
Islam yang berbentuk sejagat.
c. Contohnya: seni bina masjid

4. Sistem kemasyarakatan

a. Penghapusan perhambaan dan penindasan


b. Islam mengemukakan konsep keadilan sosial tanpa mengira bangsa atau warna kulit.

BUKTI KERAJAAN ABASIYYAH MENGAMALKAN DASAR LIBERAL DALAM PEMERINTAHAN

1. Memberi peluang kepada orang bukan arab yang berkelayakan untuk menjawat jawatan
yang penting dalam negara.
2. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar
3. Penganut agama lain diberikan kebebasan mengamalkan agama masing-masing serta
mendapat layanan yang baik

SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABASIYYAH

1. Memperluaskan skop jihad yang mencukupi jihad di medan perang dan jihad dalam bidang
ilmu pengetahuan untuk meneroka bidang-bidang baru
2. Umat Islam telah berjaya meletakkan tamadun Islam hingga ke tahap yang lebih agung
berbanding tamadun Rom dan Parsi
3. Bukti semangat jihad yang tinggi, umat Islam berjaya melebarkan empayar Islam hingga
melebihi 2/3 keluasan dunia dan mengekalkan kerajaan Islam selama 13 kurun.

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH

1. Kestabilan politik

a. Kerajaan Abbasiyah memberi perhatian kepada pembasmian pemberontakan dan


b. perbalahan puak.
c. Pemberontakan dan perbalahan Berjaya dikawal oleh Harun Ar-Rasyid Bersama
panglimanya Yahya bin Khalid al-Barmaki dan anaknya al-Fadhl al-Barmaki.
d. Kestabilan politik memberi peluang kepada pemerintah membangunkan negara.

2. Dasar politik kerajaan Abasiyyah

a. Kerajaan Abbasiyah memberi layanan yang adil kepada semua rakyatnya tanpa
mengira bangsa dan keturunan.

7
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

b. Kerajaan Abbasiyah juga menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara-
negara luar.

3. Kedudukan baghdad yang strategik

a. Pemilihan Baghdad sebagai pusat pemerintahan telah memajukan Kerajaan


Abbasiyah terutama dalam bidang perdagangan kerana kedudukannya yang berada
ditengah-tengah laluan para pedagang Timur dan Barat.
b. Sungai Dajlah telah menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan.
c. Baghdad juga menjadi tempat pertemuan sarjana dari Timur dan Barat.

4. Perpaduan antara kaum

a. Rakyat Kerajaan Abbasiyah terdiri dari pelbagai bangsa terutama Arab, Parsi dan
Turki.
b. Kerajaan Abbasiyah memberi layanan yang adil kepada mereka. Mereka diberi
peluang untuk menjawat jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.
c. Orang bukan Islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkianati
Kerajaan Abbasiyah. Mereka bebas melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan
masing-masing.

5. Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat

a. Konsep kerja sebagai ibadat mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang
muamalat menurut pandangan Islam.
b. Para sarjana Islam menjelaskan dengan terperinci mengenai hukum-hukam yang
berkaitan jual beli, sewa, gadaian, hutang, perkongsian dan sebagainya.

FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH

Kerajaan Abbasiyah merosot semasa pemerintahan al-Wathiq bin al-Muktasim (227-232H/842-


847M). Kemerosotan tersebut adalah faktor utama kejatuhan Kerajaan Abbasiyah ke tangan Mongul
pada 15 Muharam 656 Hijrah bersamaan 22 Januari 1258 Masihi.

1. Kelemahan pemerintah kerajaan Abasiyyah

a. Semasa pemerintahan al-Wathiq, beliau tidak melakukan sebarang pembaharuan.


Baginda banyak bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk menjalankan
polisi pemerintahan yang diwarisi dari ayahandanya.
b. Setelah al-Wathiq meninggal dunia, puteranya yang terlalu muda tidak dapat
menggantikannya. Al-Mutawakkil iaitu saudara kepada al-Wathiq dilantik sebagai
khalifah menerusi keputusan mesyuarat pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
c. Al-Mutawakkil cuba mengembalikan kuasa khalifah yang bebas daripada sebarang
campur tanganpegawai-pegawai berbangsa Parsi dan Turki.
d. Tetapi usaha selepasnya kerana pengaruh Parsi dan Turki pada ketika itu sudah
terlalu kuat.

8
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

2. Perpecahan wilayah-wilayah dibawah kekuasaan kerajaan Abasiyyah

a. Pada akhir kurun ke-9 Masihi, kuasa khalifah semakin terbatas.


b. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan seperti menteri,gabenor,dan panglima
tentera banyak dipegang oleh pegawai-pegawai Parsi dan Turki.
c. Ini memberi peluang kepada mereka untuk membentuk kerajaan sendiri seperti
Kerajaan al-Tahiriah, al-Buwihiah, al-Tuluniah dan al-Saljuqiah.
d. Perpecahan ini telah melemahkan kekuasaan serta kedaulatan Kerajaan Abbasiyah.

3. Berlaku perebutan kuasa

a. Khalifah al-Mutawakkil melantik tiga orang puteranya iaitu al-Muntasir, a-Mu’taz


dan al-Muayyad sebagai Putera Mahkota (Wali al-Ahdi).
b. Baginda memilih al-Mu’taz iaitu puteranya yang kedua sebagai bakal penggantinya
dengan mengenepikan putera sulungnya iaitu al-Muntasir.
c. Ini menyebabkan berlaku perbalahan antara al-Muntasir dengan al-Mu’taz.
d. Pada tahun 247H/861M, al-Muntasir merampas kuasa daripada ayahandanya. Sejak
itu, jawatan khalifah sering menjadi rebutan dan bertukar tangan.
e. Ini melemahkan institusi khalifah dan memberi banyak peluang kepada menteri-
menteri, panglima-panglima, dan pegawai-pegawai Parsi serta Turki untuk bertindak
sebagai penguasa sebenar kerajaan.

4. Kegawatan ekonomi

a. Kerajaan Abbasiyah mula mengalami masalah kegawatan ekonomi pada Penggal


Ketiga.
b. Rusuhan dan pemberontakan seringkali mengganggu aktiviti perekonomian.
c. Ini menyebabkan pedagang luar takut untuk datang ke Baghdad.
d. Akhirnya dana yang terdapat di dalam Baitulmal berkurangan dan tidak dapat
menampung keperluannya.

5. Perselisihan aliran fahaman keagamaan

a. Pemberontakan daripada kalangan Syiah dan Khawarij sering mengganggu Kerajaan


Abbasiyah.
b. Mereka beriktikad bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin-
pemimpin daripada kalangan mereka.
c. Pemberontakan daripada golongan-golongan tersebut menjejaskan suasana dan
ketenteraman awam.

6. Serangan luar

a. Kerajaan Abbasiyah sering diserang oleh musuh dari Utara, Timur, dan Barat.
b. Pihak Utara terdiri dari orang Georgia dan Armenia menyerang Azerbaijan dan
kawasan-kawasan sekitarnya sehingga mengakibatkan beribu-ribu umat Islam
dibunuh dan harta benda mereka dirampas.

9
QAWIEM ABDUL SATAR
6/9/20
PIM 1064 TARIKH ISLAMI

c. Dari sebelah Barat, Kerajaan Abbasiyah berhadapan dengan ancaman tentera Salib.
Pada awalnya serangan serangan tentera Salib dapat ditangkis oleh Kerajaan
Abbasiyah.
d. Peperangan tersebut menyebabkan Kerajaan Abbasiyah menjadi semakin lemah.
Terdapat banyak wilayah kecil yang berada di bawah kekuasaan Kerajaan Abbasiyah
menuntut kemerdekaan. Umat Islam di Andalus telah diusir keluar.
e. Ini memberi peluang kepada Mongul dari Timur yang dipimpin oleh Hulagu Khan
untuk menawan kota Baghdad pada tahun 656H/1258M.
f. Tentera Mongul yang ganas dan kejam tersebut telah membakar segala khazanah
ilmu yang dihasilkan oleh cendikiawan Islam.

IKTIBAR DARI SEJARAH KEGEMILANGAN

1. Kita harus sedar bahawa kemajuan yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada
sumbangan umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.
2. Orang-orang Barat telah memindahkan penemuan pelbagai bidang ilmu sains dan teknologi
ke negara mereka dan menterjemahkannyake bahasa mereka.
3. Umat Islam perlu berusaha mengembalikan zaman kegemilangan Islam dengan belajar
bersungguh-sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang yang diperlukan oleh manusia.

IKTIBAR DARI SEJARAH KEMEROSOTAN

1. Umat Islam perlu bersatu padu untuk menyelamatkan negara dari ancaman musuh.
2. Aliran kefahaman yang pelbagai boleh membawa kepada perpecahan dan melemahkan
umat Islam.
3. Keselamatan dan kestabilan negara adalah tanggungjawab kita bersama.

PERANAN GENERASI HARI INI MEMARTABATKAN SEMULA KEUNGGULAN TAMADUN ISLAM

1. Mengembalikan umat Islam kini ke zaman kegemilangan Islam yang pernah dicapai.
2. Rajin menuntut ilmu pengetahuan untuk meningkatkan pembangunan diri dan agama.
3. Mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian.
4. Mengamalkan cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan.

10

Anda mungkin juga menyukai