Anda di halaman 1dari 1

GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENGUNA MALAYSIA

FEDERATION OF MALAYSIAN CONSUMER ASSOCIATION (FOMCA)


No. 24, Jalan SS1/22A, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7876 2009 / 7876 4648 Fax: 03-7877 1076
email: fomca@fomca.org.my web page: www.fomca.org.my

23 Mei 2023

Pengetua/Guru Besar,

JEMPUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN HARI PENGGUNA 2023 (HPM 2023)

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian


Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program kepenggunaan bagi
tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung dari bulan Mei 2023 sehingga Disember 2023.

3. Justeru itu, pihak penganjur dengan berbesar hati ingin menjemput pihak sekolah untuk menyertai
Pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2023 (HPM2023). Hadiah menarik menanti buat semua warga
sekolah yang menyertai pertandingan ini dan sijil pengiktirafan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
turut disediakan. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan HPM 2023, sila klik pautan yang diberikan
di bawah atau layari laman sesawang www.mypengguna.com.

Pautan untuk brochure HPM 2023:

https://www.dropbox.com/s/v4o2nhyavbfodr8/BROCHURE%20HPM%202023.pdf?dl=0

4. Pihak kami juga ingin memohon agar pihak sekolah menguar-uarkan pertandingan ini kepada para
guru, para pelajar serta kakitangan sekolah agar semua warga sekolah mendapat maklumat mengenai
pertandingan ini.

5. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urusetia di talian 03-7876 4648 / 03-7876 2009 atau
emel pertanyaan anda kepada urusetia@mypengguna.com dan urusetiahpm12@gmail.com

6. Kerjasama daripada pihak Pengetua/Guru Besar amatlah kami hargai.

Sekian,

URUSETIA HARI PENGGUNA MALAYSIA


Tel : 03-7876 4648/7877 4741
No. 24, Jalan SS1/22A, 47300 Petaling Jaya, Selangor
www.fomca.org.my |urusetia@mypengguna.com | www.mypengguna.com
Instagram : fomcaofficial Facebook : fomcaofficial

Anda mungkin juga menyukai