Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

(1)

Yang Berusaha, Tn Hj Ab Aziz bin Mamat, Pengetua SMK To’Uban

En. Mohd Zulkifli bin Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Tan Guan Pian, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, Kaunselor Cemerlang, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung, Maha Tinggi
kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita
sama-sama berkumpul di Medan Informasi ini bagi Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2011. Syukur juga
kerana dengan izinNya kita berteduh berbumbungkan redup langit, dengan awan gemawan damai rasa ceria
suasana.

(3)
Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri , Lagu Sekolah

Seterusnya marilah kita sama-sama memurnikan bibir dengan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadil
Ustaz Ibrahim bin Dollah

(4)
Hadirin yang dimuliakan,

Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober, sebagaimana yang telah diuar-uarkan di kaca
Televisyen dan dada-dada akhbar, Bulan Bahasa Kebangsaan adalah merupakan usaha kerajaan untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

(5)

Selasih mekar di tengah desa


Mencelah sama kembang melati
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa
Perpaduan disemai bersatu hati
Hadirin yang dihormati,

Agenda seterusnya akan dilangsungkan bacaan perutusan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 YAB Tan Sri Haji
Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran yang akan disempurnakan oleh
……………………………………………………………………………………………………………………………….

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kalungan terima kasih atas ucapan yang disampaikan

Melilit rotan di dahan ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Tuan Pengetua bermadah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Ab Aziz bin Mamat Pengetua
SMK To’Uban untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekaligus melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########
Demikian..satu pengucapan yang telus, percikan kata yang halus, membawa mesej dan makna yang kudus.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas
ucapan yang telah disampaikan.

(6)

Tingkap papan kayu bersegi


Sampan sarat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa

(7)

Hadirin Yang Dirahmati Allah,

Melangkah kini ke acara lafaz ikrar SETIA BAHASA. Alhamdulillah Cikgu Ikmayahya Mahmud amat bertuah kerana
diberi kepercayaan untuk memimpin lafaz ikrar sempena Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2011.
Dipersilakan.

Jutaan terima kasih buat Cikgu Ikmayahya

Burung serindit terbang melayang


Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit pandangan orang
Pandangan atas bahasa budi

(8)
(9)
Berikut adalah pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu bersempena Bulan Bahasa
Kebangsaan 2011:

1. Buku Skrap
2. Deklamasi Sajak
3.Kuiz
4. Pertandingan Esei

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia
Bahasa Melayu bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang minggu ini berjalan lancar.
(10)

Majlis kita sampai dipenghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk
menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan
jayanya.

Yang kurik itu kendi


Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai