Anda di halaman 1dari 14

KEMAHIRAN ASERTIF

PJPK TAHUN 6
5: CERGAS DAN TEGAS
ASERTIF
• Asertif ialah keupayaan seseorang individu menyatakan apa
yang ada dalam fikirannya sama ada positif atau negatif.
Individu yang bersikap asertif akan menyatakan sesuatu
perkara melalui dua cara iaitu lisan dan bukan lisan.

• Manakala mesej yang dinyatakan adalah secara berterus


terang dan ianya mudah difahami oleh penerima mesej.
Penerima mesej tersebut akan merasa selesa dan dihormati.
ASERTIF
• Mereka yang tergolong dalam golongan asertif amat menghormati
hak orang lain. Contohnya menghormati idea, perasaan dan
keperluan orang lain.
• Walaupun begitu mereka juga merasakan bahawa mereka berhak
untuk meluahkan hak dan perasaan mereka kepada individu lain.
• Asertif adalah merupakan sikap yang seimbang di antara sikap pasif
dan sikap agresif. Mereka yang tergolong dalam golongan asertif ini
selalunya berkeyakinan tinggi dengan diri sendiri
ASERTIF

• Mereka ini selalunya berkeyakinan dan bila menyelesaikan


masalah, selalu mengambil sikap memberi dan menerima
seperti: “Saya percaya ... bagaimana fikiran anda?” “Saya
lebih suka ...” “Apa yang boleh kita buat untuk
menyelesaikan masalah ini?”
• Tingkah laku bukan lisan pula dapat dilihat dengan jelas. Pada
keseluruhannya, mereka bercakap dengan nada suara yang
tetap dan sederhana. Pandangan mereka tepat, tidak
menunjukkan ingin berkuasa. Keadaan badan tenang dan dapat
dikawal.
AGRESIF
• Kebolehan menyatakan apa yang ada dalam fikiran tetapi
dengan cara yang kurang sesuai secara lisan dan bukan lisan.
• Ini menyebabkan penerima merasa terancam, hina, malu dan
mungkin membalas dengan lebih agresif lagi.
• Mereka yang dalam golongan ini, kurang sensitif/peka terhadap
idea, perasaan dan keperluan orang lain.
• Mereka selalu mengetepikan pendapat dan kejayaan orang lain.
AGRESIF
• Ada kalanya individu ini mengakui kejayaan/pekerjaan orang lain
sebagai kejayaan atau usahanya.
• Orang yang begini selalu menggunakan bahasa sindiran serta
merendah-rendah sikap orang lain. Mereka juga mudah meletakkan
masalah dan menuduh sesuatu kesilapan itu disebabkan oleh orang
lain.
• Mereka juga sanggup mencaci dan melakukan penderaan.
Tingkahlaku begini dikesan dengan pernyataan dan tingkahlaku
bukan lisan mereka.
• Contohnya: “Buat! kalau tidak ...” “Ah, itu bodoh!” “Tentu anda tidak
mempercayainya!” “Itu tidak berkaitan dengan saya ... ini semua
salah anda!”
AGRESIF
• Tingkahlaku bukan lisan pula seperti mimik muka yang masam,
nada suara keras dan tegas, sering diikuti dengan kata yang
menyindir dan tajam. Suka merenung dengan pandangan yang
tajam.
• Mereka suka menunjuk jari dan ada masanya menumbuk meja.
Mereka percaya mereka adalah orang jujur dan selalu betul.
PASIF
• Ketidakupayaan individu menyatakan apa yang ada dalam
fikirannya. Penerima merasa serba salah dan mesej yang
diterima tidak jelas
• Tingkah laku yang begini disebabkan terlalu sensitif terhadap
idea, perasaan dan keperluan orang lain. Mereka ini tidak tegas
dan selalu mengeluarkan pendapat dengan cara yang berhati-hati
serta takut. Orang yang sedemikian selalu diambil kesempatan
oleh orang lain.
PASIF
• Di bidang pekerjaan pula, orang lain akan mengambil kesempatan
mengakui bahawa sesuatu tugas itu dia sendiri yang membuatnya
tanpa mengiktiraf orang yang asal.
• Ada kalanya orang yang tidak tegas ini cuba berkeras, tetapi gagal
kerana sikap mereka yang terlalu mengalah. Tingkahlaku begini
senang dikesan melalui pernyataan yang mereka buat.
• Petunjuk tingkahlaku tidak tegas bukan lisan meliputi suara yang
terputus. Kalau berbicara, mereka tidak akan menatap muka orang
yang mereka berbicara itu. Mereka ini kelihatan takut, mungkin
memulas-mulas tangan sendiri, membongkokkan bahu ketika berdiri.
Bila duduk akan memeluk tubuh sebagai benteng pertahanan.
Perbezaan tingkah laku asertif, asertif,
pasif
KEMAHIRAN ASERTIF
• Kemahiran ini dibahagikan kepada tiga komponen:
1. Kebolehan untuk meluahkan perasaan (contohnya, menerima dan
meluahkan perasaan marah dan mesra).
2. Kebolehan untuk meluahkan pegangan dan pendapat secara
terbuka (boleh menyuarakan pendapat, perselisihan pendapat dan
mempunyai prinsip yang tegas, walaupun sukar)
3. Kebolehan untuk mempertahankan hak individu (tidak
membenarkan orang lain mengganggu atau mengambil kesempatan
ke atas diri kita)
• Orang yang ‘assertive’ tidak mudah dimanipulasi atau malu. Mereka
boleh menyuarakan perasaan tanpa bertindak agresif atau ekstrim.
CIRI-CIRI ASERTIF
• Ketegasan diri adalah satu pendekatan untuk berinteraksi dengan
orang lain dan mempunyai ciri,
i. Tingkahlaku penyayang, menitikberatkan hal positif tentang diri
sendiri.

ii. Berupaya meluahkan perasaan kepada orang lain.

iii. Penilaian terhadap sesuatu tanpa prasangka.

iv. Selalu menyatakan kemahuan dan sesuatu yang tidak disukai


dengan cara berterus-terang tanpa menyerang dan mengugut.
MATLAMAT ASERTIF
i. Meningkat perasaan yakin pada diri sendiri
ii. Dapat meluahkan perasaan dengan bebas dan berkeyakinan
tanpa mengetepikan hak orang lain
iii. Disanjung kerana jujur, dan berterus terang
iv. Percaya tentang apa yang diperkatakan
v. Dapat menghadapi masalah dan kritikan dengan lebih
berkesan lagi
KELEBIHAN ASERTIF
• Pencapaian dan kebolehan kita akan dihargai dan diakui.
• Meningkatkan nilai diri.
• Mengenalpasti tanggungjawab di atas tingkahlaku, perasaan
dan fikiran kita
• Kurang menyalahkan orang lain serta tidak selalu memberi
alasan (excuses).
• Setelah menyinggung perasaan seseorang, ia tidak akan
menggunakan masa dan tenaga yang lama untuk memikirkan
hal tersebut tetapi mengambil langkah mengatasi masalah itu.

Anda mungkin juga menyukai