Anda di halaman 1dari 3

SHAH ALAM, 5 MEI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggariskan sembilan

teras pencapaiannya di bawah pentadbiran kerajaan baharu Pakatan Harapan (PAKATAN).


Menerusi muat naik di halaman rasmi facebook Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik,
pencapaian itu digariskan selepas setahun PAKATAN berjaya menumbangkan Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei tahun lalu.

Teras pertama adalah terangkum empat manfaat untuk pelajar di dalam kelompok 40
peratus berpendapatan rendah (B40).

Manfaat terbabit adalalah 60 peratus kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh di mana


pada tahun ini seramai 4,888 pelajar ditawarkan dan seramai 2,630 menerima tawaran itu.

Manfaat kedua, memberi keutamaan untuk mengikuti program matrikulasi mulai 2019-2020
di mana KPM menetapkan sebanyak 60 peratus daripada jumlah enrolmen dikhaskan
kepada B40.

KPM turut menyediakan laluan khas ke universiti awam dengan menyediakan 23,895
tempat disediakan bagi sesi pengajian 2018/2019.

Manakala manfaat keempat dalam teras pertama pula, kerajaan menawarkan biasiswa dan
bantuan kewangan dengan peruntukan sebanyak RM68.1 juta di mana telah memberi
manfaat keapda seramai 17,100 pelajar.

Bagi teras kedua, KPM menggariskan aspek beban tugas dan kebajikan serta imej guru
menjadi keutamaannya.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata ianya merupakan salah satu tekad kerajaan untuk
mereformasikan pendidikan termasuk menjadikan kebajikan guru sebagai fokus utama.

“Bagi menangani keresahan guru dalam hal berkaitan beban tugas ini, bermula pada tahun
2019, KPM telah merangka lima inisiatif dan sembilan intervensi khusus.

“Semua inisiatif dan intervensi ini dilaksanakan untuk mengatasi pertindihan tugas supaya
guru-guru dapat memberikan fokus secara lebih besar kepada aspek pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

“Guru ialah obor hemah, tunjang terpenting dalam mendukung sistem pendidikan negara.
Kegembiraan guru dalam melaksanakan tugas akan memastikan manfaat besar kepada
murid,” katanya.

Teras ketiga adalah menjadikan murid sebagai tonggak utama dalam sistem pendidikan
dengan memberi tumpuan kepada enam perkara.

Antara perkara dalam teras kedua ini termasuk langkah memansuhkan peperiksaan Tahap
1 yang melibatkan lebih 450,000 murid dan menyelesaikan isu pendidikan anak tanpa
dokumen.

Sehingga kini seramai 2,6355 kanak-kanak tanpa dokumen ini berjaya masuk ke sekolah
sejak teras ini dilaksanakan.

Teras lain yang digariskan adalah, komitmen tangani isu sekolah daif, perhatian penuh
kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), kewibawaan Institusi Pendidikan Tinggi,
peningkatan kerjasama dalam pendidikan tinggi, pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET) dan pemerkasaan bahasa, budaya dan sastera.

Anda mungkin juga menyukai