Anda di halaman 1dari 10

----- VIP menunggu di Bilik Tetamu -----

# ZUHRI
- Mengumumkan perarakan masuk barisan pentadbir SK Seksyen 9 Kota Damansara dan Penolong
Pengarah Kanan, Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Selangor, Yang Dihormati Encik Mohradi Bin
Mohd Mohlas.

Majlis mohon berdiri...

Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Selangor..

----- LAGU KEBANGSAAN   &   LAGU NEGERI ------

# MAI
Para tetamu kehormat dipersilakan duduk
Sidang hadirin diminta duduk

Ingin beradu singgahsana mewah


Lena diulit mimpi nan indah
Tirai dibuka majlis bermadah
Mula bicara ungkapan bismillah

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Dihormati,
En Mohradi Bin Mohd Mohlas.
Penolong Pengarah Kanan, Unit Sekolah Rendah
Jabatan Pendidikan Selangor.

Yang Berusaha,
Pn Naimah Binti Mohd Nasir
Guru Besar SK Seksyen 9 Kota Damansara,

Yang Berusaha,
Pn Fazliyaton bt Mohamed Sharif
Penolong Kanan Pentadbiran, ,

Yang Berusaha,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Azmi Bin Ali,

Yang Berusaha,
Penolong Kanan KoKurikulum
Puan Noraimah Bt Hussain

Yang Dihormati
Yang Dipertua PIBG
Dr Shahabudin Bin Ibrahim

1
Yang Dihormati,
Ahli Jawatan Kuasa PIBG,barisan guru, para ibu bapa, graduan Tahun 6 serta murid-murid yang diraikan
dan dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

Mari sarapan di Tanjung Tuan


Roti sekeping kopi secawan
Kehadiran tuan puan kami alu-alukan
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Selamat datang ke MAJLIS GRADUASI SEKOLAH DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK
SEKSYEN 9 KOTA DAMANSARA 2016, DENGAN TEMA “ MENGILHAM HARAPAN,MENCIPTA
KECEMERLANGAN, MENGGAPAI IMPIAN”.

Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi2 kesyukuran dan puji-pujian ke hadhrat Allah SWT, selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita semua
berhimpun di dewan serba indah ini untuk menyempurnakan MAJLIS GRADUASI SEKOLAH DAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN SK SEKSYEN 9 KOTA DAMANSARA 2016.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, ini merupakan kali kelima pihak sekolah mengadakan majlis graduasi
ini. Di pagi yang indah ini, kita merasa berbesar hati kerana dapat menjayakan majlis yang gemilang ini.

#ZUHRI
Ikal mayang rambut disuluh
Mawar merah manis disemat
Tangan dirafak jemari sepuluh
Doa dipohon mendapat berkat

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan al-Fadhil Ustaz Khairul
Nasir Bin Nor Halim untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…..

------ BACAAN DOA ------

Amin amin ya rabbal a'lamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Khairul Nasir Bin Nor Halim atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

2
#MAI
Pohon cemara berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Dewa
Ucapan aluan pembuka bicara
Di Dewan Terbuka kita bersua

Hadirin Hadirat yang dimuliakan,


Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar SK Seksyen 9
Kota Damansara, Pn Naimah Binti Mohd Nasir
untuk menyampaikan ucapan aluan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.....

------ UCAPAN ALUAN GURU BESAR ------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Naimah Binti Mohd Nasir atas ucapan
beliau sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati Encik Mohradi Bin Mohd
Mohlas, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Selangor untuk
menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Dan Anugerah
Kecemerlangan 2016 Sk Seksyen 9 Kota Damansara. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

------ UCAPAN VIP ----- Guru Besar mengiringi VIP untu memalu Gong.

Majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati
Encik Mohradi Bin Mohd Mohlas atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

#ZUHRI
Hadirin, Hadirat Sekalian,
Sebagai acara pembuka tirai persembahan, marilah kita saksikan dahulu Tarian Zapin daripada murid-
murid sk seksyen 9 Kota Damansara. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN MURID 1
--- PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN ---

Demikianlah tadi persembahan Tarian Zapin yang ditarikan oleh Kumpulan penari cilik sk seksyen 9 Kota
Damansara. Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan tarian zapin ini adalah dibawah pimpinan En.
Yusrizam Bin Ibrahim dan Puan Ling Zing Onn

3
Hadirin Hadirat yang dimuliakan,
Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan
Penyampaian Sijil Graduasi dan Anugerah Khas Prasekolah.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Naimah Binti Mohd Nasir, Guru Besar Sk Seksyen 9 Kota
Damansara   menjemput dan mengiringi Encik Mohradi Bin Mohd Mohlas bagi menyampaikan hadiah dan
anugerah kepada murid-murid. Dipersilakan.

----------------Penyampaian Graduasi sidang l (Pra sekolah)-------------------- rujuk buku program.


----------------Penyampaian Anugerah Khas Pra sekolah------------------------------rujuk buku program.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohradi Bin Mohd Mohlas atas penyampaian sijil
graduasi dan hadiah sebentar tadi.

# MAI

Majlis diteruskan dengan persembahan CHORAL SPEAKING daripada murid-murid tahun 6


Persembahan ini dipimpin oleh Puan Norazlinda Bt Amir Hamzah. Majlis mempersilakan.

PERSEMBAHAN MURID 2
--- PERSEMBAHAN CHORAL SPEAKING ---

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid tahun 6 atas persembahan itu tadi.

Awan berarak Sedili Kecil


Ukiran sukma si dara sunti
Menyusul kini penyampaian sijil
Kuntumlah senyuman girangnya hati

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, tibalah kita ke upacara penyampaian sijil graduasi murid Tahun 6 ,2016. Untuk itu, majlis dengan
penuh sukacitanya mempersilakan Yg Berusaha Pn Naimah Binti Mohd Nasir, menjemput dan mengiringi
Yang Dihormati Encik Mohradi Bin Mohd Mohlas untuk menganugerahkan sijil kepada para graduan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

------ VIP NAIK KE PENTAS ------

Upacara penyampaian sijil graduasi Sidang 2

----- UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG 2 ------ (Senarai nama murid - Rujuk Buku Program)

Dengan ini, selesailah sudah upacara penyampaian sijil graduasi Sidang 2. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Mohradi Bin Mohd Mohlas atas penyampaian sijil kepada
graduan sebentar tadi.

4
#ZUHRI
Bingkisan tenunan dari utara
Titisan gerimis buat basahan
Selesailah sudah sidang ke dua
Jemput berehat hadirin sekalian

Sidang hadirin sekalian, majlis akan berehat sebentar dengan menyaksikan. Persembahan pra sekolah .
Terimalah persembahan GADIS DAN BUNGA. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN MURID 3
--- PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH—GADIS DAN BUNGA.

Demikianlah tadi persembahan tarian daripada murid-murid Pra sekolah. Untuk makluman hadirin
sekalian, persembahan tarian ini adalah di bawah bimbingan Puan Huzaifah Bt Esa dan Puan Saamah Bt
Jamaludin

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian sijil graduasi Sidang 3. Dengan sukacitanya, dijemput
Yang Berusaha Yg Berusaha Pn Naimah Binti Mohd Nasir menjemput dan mengiringi Yang Dihormati
Encik Mohradi Bin Mohd Mohlas bagi menyempurnakan upacara tersebut.

------ VIP BERDIRI DI PENTAS ------

Upacara penyampaian  sijil graduasi Sidang 3

----- UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG 3 ------(Senarai nama murid - Rujuk Buku Program)

Dengan ini, selesailah sudah upacara penyampaian sijil graduasi Sidang 3. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Dihormati Encik Mohradi Bin Mohd Mohlas atas penyampaian sijil kepada graduan
sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian, majlis akan berehat sebentar dengan menyaksikan persembahan Kalam Jamaie
Persembahan ini disampaikan oleh kumpulan Sautul Najjah Sk Seksyen 9 Kota Damansara dengan
tajuk “ ‫ ”حيا نأكل الخدروات‬marilah makan sayur sayuran..terimahlah persembahan dari mereka.

PERSEMBAHAN MURID 4
------------- PERSEMBAHAN KALAM JAMAIE----------------------------

Demikianlah tadi persembahan Kalam Jamaie oleh kumpulan Sautul Najjah. Untuk makluman hadirin
sekalian, persembahan tarian ini adalah di bawah bimbingan Puan Che Masliwati Masri dan Puan Farhah
Binti Kamaruzaman@ Maruan.

5
# MAI

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian sijil graduasi Sidang 4. Dengan sukacitanya, dijemput
Yang Berusaha Pn Naimah Bt Mohd Nasir , menjemput dan mengiringi Yang Dihormati Encik Mohradi
Bin Mohd Mohlas untuk menyempurnakan upacara tersebut.

------ VIP BERDIRI DI PENTAS ------

----- UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG 4 ------(Senarai nama murid - Rujuk Buku Program)

Dengan ini, selesailah sudah upacara penyampaian sijil graduasi SIDANG 4. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Mohradi Bin Mohd Mohlas atas penyampaian sijil kepada
graduan sebentar tadi.

#ZUHRI
Dari Arau ke Kuala Perlis,
Singgah bersantai di Pulau Meranti,
Persembahan menyusul meriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati.

Sidang hadirin sekalian, majlis akan berehat sebentar. Kita akan menyaksikan persembahan TARIAN
para para sakura daripada murid tahap 1 , persembahan tarian ini di bawah pimpinan Puan Azura Bt Abdul
Samad.marilah sama sama kita saksikan..

PERSEMBAHAN MURID 5
------------- PERSEMBAHAN TARIAN TAHAP 1 ----------------------------

Demikianlah tadi persembahan Tarian para para sakura daripada murid tahap 1 .Terima kasih diucapkan.

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian Anugerah Khas 2016 dan juga Anugerah Bilik-Bilik
Khas 2016. Dengan sukacitanya, dijemput Yang Berusaha Pn Fazliyaton Bt Mohamed Sharif, menjemput
dan mengiringi Yang Dihormati Dr Shahabudin Bin Ibrahim, Yang Dipertua PIBG Sk Seksyen 9 Kota
Damansara untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.

------ VIP BERDIRI DI PENTAS ------


ANUGERAH KHAS 2016.
1. Ketua Murid – Abdul Azim Bin Abdul Aziz
2. Penolong Ketua Murid 1 – Ayesha Hannah Bt Sakir Husein
3. Penolong Ketua Murid 11- Sofea Adriana Bt Mohd Azhari
4. Tokoh Nilam Guru- Puan Marzita Bt Mohd Nor
5. Tokoh Nilam Murid – Amirah Balqis Bt Azlan

Seterusnya Tokoh KoKurikulum --------------Zuhri bacakan Biodata murid------------


Tokoh Murid Bersahsiah-----------Mai bacakan Biodata Murid----------------
Tokoh Kepimpinan -----------------Zuhri bacakan Bioadata murid------------
Tokoh Murid harapan ---------------Mai bacakan biodata murid--------------
Tokoh Murid------- Zuhri bacakan biodata murid-----------------------------
6
Seterusnya Anugerah Murid Cemerlang 6A UPSR 2016-------------Rujuk Buku Program.

Anugerah Bilik-bilik Khas


Anugerah Kecemerlangan Berjaya ke Peringkat Negeri Selangor

1. Musolla sekolah
- Tempat pertama peringkat PPD
- No 8 peringkat seluruh Selangor
- Johan pengurusan Musolla terbaik
Dipersilakan Ustazah Farhah Bt Kamaruzaman
2. Makmal Komputer sekolah – Puan Fadzilina Bt Abdul Rashid

Anugerah Kualiti Bilik Khas


1. Pusat sumber sekolah – Puan suzana Bt Mohd Isa
2. Bilik J-Qaf – Puan Yusmariati Bt Wan Yusof
3. Bilik SPSK – Puan Sharifah Suraya Bt Sarehman
4. Bilik SPBT – Cik Sharifah Aisah Bt Syed Hussin
5. Bilik Pra sekolah – Puan Huzaifah Bt Esa
6. Lorong PPDA- Puan Che Masliwati Bt Masri

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Dr Shahabudin Bin Ibrahim atas
penyampaian hadiah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHAP 1 & 2

# Mai
Seri muka juadah ternama
Turun-temurun nyonya Melaka
Keluh kesah debar di dada
Acara dinanti telah pun tiba

Hadirin yang dihormati,


majlis kita pagi ini akan diteruskan lagi dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016. Di hari yang
berbahagia ini, kita akan menyaksikan anak-anak murid yang bakal dinobatkan dengan anugerah hasil
usaha dan kejayaan mereka dalam akademik sepanjang tahun 2016.

Hadirin yang dimuliakan, majlis kita akan diteruskan lagi dgn acara Penyampaian Anugerah Murid
Terbaik Akademik (kelas) Anugerah Murid terbaik Matapelajaran dan Anugerah Murid Terbaik
Akademik Dalam Aliran Tahap 1. Untuk itu majlis ingin mempersilakan Yang Berusaha Puan Noraimah
Bt Hussain menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Puan Fazliyaton Bt Mohamed Sharif naik ke
pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

7
PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHAP 1
***** Mai PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID TAHUN 1
*murid ini juga merangkul hadiah bagi mata pelajaran

***** Zuhri PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID TAHUN 2


 Murid ini juga memperolehi hadiah bagi mata pelajaran

***** Mai PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID TAHUN 3

Pihak Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kpd yg berusaha Puan Fazliyaton Bt Mohamed
Sharif atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

#ZUHRI
Hadirin yang dimuliakan, majlis kita akan diteruskan lagi dgn acara Penyampaian Anugerah Murid
Terbaik Akademik (kelas) Anugerah Murid terbaik Matapelajaran dan Anugerah Murid Terbaik
Akademik Dalam Aliran Tahap 2. Untuk itu majlis ingin mempersilakan Yang Berusaha Pn Fazliyaton Bt
Mohamed Sharif untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Pn Naimah Binti Mohd Nasir tampil ke
pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHAP 2

*******Zuhri PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID TERBAIK TAHUN 4


***** Mai PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID TERBAIK TAHUN 5
***** Zuhri PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID TERBAIKTAHUN 6

Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Naimah Binti Mohd Nasir
atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

#MAI
Majlis diteruskan dengan persembahan Riptide yang disampaikan oleh murid tahun 6. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN MURID 6
------------- PERSEMBAHAN TAHUN 6 Riptide ----------------------------

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang membuat persembahan sebentar tadi.

8
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA VIP

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Dengan ini, majlis mempersilakan Yg Berusaha, Pn Fazliyaton Bt Mohamed Sharif menjemput dan
mengiringi Yang Berusaha Pn Naimah Binti Mohd Nasir untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Dihormati Encik Mohradi Bin Mohd Mohlas

Majlis mempersilakan En Mohradi Bin Mohd Mohlas menerima cenderamata daripada pihak sekolah.
Dipersilakan.

Pihak majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dihormati Encik Mohradi
Bin Mohd Mohlas yang telah sudi menyerikan dan menjayakan majlis graduasi pada hari ini.

*** pantun suara selang seli ***


Mai
Tuntutlah ilmu ke negeri China
Berpegang teguh pepatah junjungan
Berputus asa kecewa tiada
Usaha mendaki puncak impian

Zuhri
Pulut sekaya enak dihidang
Buat santapan di waktu pagi
Doa dipinta umur yang panjang
2017 ketemu lagi

Dengan ini, berakhirlah Majlis Graduasi Tahun 6 dan Anugerah Kecemerlangan SK Seksyen 9 Kota
Damansara bagi tahun 2016. Kami Warga Sk Seksyen 9 Kota Damansara menyusun jari sepuluh,
memohon maaf atas segala kekurangan dalam program ini.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

** Kesilapan
"Majlis memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang berlaku".
"Majlis menyusun jemari sepuluh di atas kesilapan itu tadi."

9
10

Anda mungkin juga menyukai