Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KELIMA ( 27 Ogos - 31 Ogos 2012)

Masalah: Setelah empat minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi satu masalah di mana saya berasa saya mempunyai masalah untuk merancang pengurusan masa saya agar lebih bersistematik dan teratur. Kadang-kala waktu pengajaran dan pembelajaran saya menjadi terbantut akibat daripada masa yang saya gunakan tidak mencukupi dan pada akhir pembelajaran saya tidak pasti sama ada objektif saya tercapai ataupun tidak. Analisis: Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh: 1. Saya tidak membuat persediaan yang rapi dalam merancang aktiviti pengajaran. 2. Saya kurang menguasai kemahiran serta strategi yang ingin saya sampaikan kepada murid. 3. Saya memperuntukkan masa yang banyak dalam melakukan satu aktiviti. Cadangan: 1. Bagi item pertama, saya akan bersedia terlebih dahulu dengan kemahiran yang ingin diajar kepada murid. 2. Bagi item kedua, saya akan banyak merancang dengan lebih teliti terhadap strategi pengajaran supaya pengurusan masa saya tidak akan terganggu. 3. Bagi item ketiga, saya akan lebih berhati-hati serta mengehadkan dan memperuntukkan masa bagi satu aktiviti yang dilakukan. Tempoh Masa:

Saya akan mula mempraktik cadangan di atas ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada minggu ini dan seterusnya sehingga tamat praktikum. Tindakan Susulan: Saya akan berusaha merancang strategi serta kemahiran dengan menguasai terlebih dahulu apa yang ingin diajarkan supaya segala pengurusan masa dan kekangan yang lain dapat dielakkan. Penilaian kejayaan: Penilaian kejayaan ini akan dicatat dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai