Anda di halaman 1dari 12

PENGAJARAN PENGAJARAN BERASASKAN MURID

1.0 Pengenalan
Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini
jelas kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya
meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan
individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya
sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan
aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu
kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid
kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.[wp-like-locker]
Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek
atau matapelajaran. Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan
satu kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P; berjalan dengan lancar
tanpa mengambil kira dari aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P;
tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar
yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan
dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan
siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga
perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat
serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui
bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang
keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada
gaya dan corak pembelajaran mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali
setiap jenis pelajar didalam kelas,impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada
hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Oleh

yang

demikian

pemahaman

yang

mendalam

akan kepelbagaian

pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka
bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa,
agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya
pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat,
pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil
pembelajaran.
Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar
belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih
berkesan. Justeru itu adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya
pembelajaran pelajar yang wujud didalam sesebuah kelas.
1.1 Gaya pembelajaran pelajar yang perlu diketahui oleh guru:

Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keseluruhan aktiviti


dan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus berusaha menghubungkan
pelajar dengan ilmu pengetahuan dan bukan mengisi serta menyuap pelajar dengan
ilmu.

Justeru itu adalah penting guru-guru memahami serta mengetahui gaya

pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar.Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya
pembelajaran yang harus diketahui serta difahami iaitu:
a.

Pelajar visual: (belajar dengan melihat)


i.

Huruf atau perkataan

ii.

Benda, gambar atau gambar rajah

iii.

Demostrasi, tindakan atau lakonan

b. Pelajar audio: (belajar dengan mendengar atau bercakap)


i.

Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru


atau pelajar lain
ii.

Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau


menghuraikan

3.

Pelajar

kinestetik:

(belajar

dengan

membuat

atau

melakukan

sesuatu):
i.

Menulis atau melukis sesuatu


ii.

Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi,


atau projek

Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan
dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Menurut
Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar berasaskan
kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar. Antaranya adalah, pelajar yang
ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Dunn & Dunn
(1978) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur
asas tetapi diklasifikasikan dan diringkaskan kepada empat perkara sahaja berdasarkan
rangsangan (stimuli) iaitu:
1) Alam sekitar
(cerah -kelab; bunyi seperti muzik sunyi; formal tidak formal; panas sejuk)
2) Emosi
( berstruktur tidak berstruktur; bermotivasi tinggi tidak bermotivasi)
3) Sosiologi
( Ingin belajar bersendirian dalam pasangan/kumpulan)
4) Fizikal
(auditori;

visual;

tekstual mobiliti tinggi kurang bermobiliti) dan Psikologi (impulsif reflektif; global
-analitik).
2.0 Analisis artikel Mapping a Route Toward Differentiated Instruction by Carol
Ann Tomlinson

Artikel yang dipilih ini bertajuk Mapping a Route toward Differentiated


Instruction. Artikel ini ditulis oleh Carol Ann Tomlinson dan dihasilkan pada tahun 1999.
Beliau merupakan seorang Professor dari Universiti Virginia, Charlottsville dan beliau
juga merupakan seorang pensyarah dalam bidang pendidikan di universiti tersebut.
Artikel dalam kajian ini menekankan tentang kepentingan mengaplikasikan
kepelbagaian kurikulum (differentiated curriculum) dan kepelbagaian cara atau arahan
(differentiated instruction) dalam sesi pengajaran dan pengajaran supaya hasil
pembelajaran dapat diperolehi dan prestasi pembelajaran dapat dipertingkatkan.
Dalam artikel ini, beliau mempersoalkan cara yang terbaik dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P;) yang perlu diambil oleh setiap guru supaya
proses P&P; mencapai objektif pembelajaran dengan memberikan tiga situasi
pembelajaran yang berlainan dengan menggunakan matapelajaran yang sama. Beliau
menerangkan satu persatu cara P&P; yang diambil oleh tiga guru tersebut dan
kemudiannya, membuat perbandingan antara satu sama lain.
Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat kepelbagaian cara
pendekatan pembelajaran yang dilakukan oleh tiga guru yang berbeza tetapi mengajar
matapelajaran yang sama. Hasilnya, kita dapat melihat dengan jelas perbezaan cara
P&P; yang dilakukan oleh guru-guru tersebut dan kita dapat membuat perbezaan dan
dapat melihat cara pendekatan mana yang dapat menarik perhatian pelajar dan
seterusnya perlu ditekankan dalam supaya proses P&P; mencapai objektifnya.
Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa guru yang pertama menjalankan
proses P&P; beliau dengan mengarahkan perlajar untuk mengambil nota penting tentang
isi pelajaran dan di akhir setiap bab, pelajar akan diarahkan untuk menjawab soalansoalan yang disediakan. Beliau juga menekankan perkara apa yang akan disoal semasa
peperiksaan. Daripada senario pembelajaran ini, kita dapat lihat bahawa, guru pertama
ini lebih menekankan tentang keputusan peperiksaan pelajar semata-mata. Guru
tersebut langsung tidak mengaplikasikan konsep kepelbagaian dalam teknik pengajaran
beliau. Walaupun guru tersebut peka tentang kepentingan pelajar untuk mendapatkan
keputusan

yang

cemerlang

dalam

peperiksaan

tetapi

tanpa

adanya

konsep

kepelbagaian samada kepelbagaian cara pengajaran atau kurikulum pembelajaran


ataupun arahan, objektif pembelajaran tersebut tidak akan tercapai.
Dalam senario kelas kedua, iaitu dalam kelas Mrs Baker, beliau mengajak pelajar
untuk terlibat dalam perbincangan, kerja kumpulan serta memberikan kebebasan kepada
pelajar untuk mengemukakan topik kegemaran tersendiri dalam sesi P&P.; Beliau juga
membawa pelajar untuk merasai sendiri bagaimana cara dan gaya hidup orang-orang
Rom terdahulu dengan membawa contoh gambar-gambar sastera, arkitek dan bidang
perundangan dalam bilik darjah untuk mendapatkan perhatian pelajar supaya dapat
menumpukan perhatian dalam sesi P&P.; Di sini kita dapat lihat bahawa, walaupun Mrs
Baker menggunakan cara pendekatan pembelajaran yang agak berlainan daripada Mr
Appelton, tetapi konsep kepelbagaian pelajar masih tidak dititik beratkan dalam bilik

darjah beliau. Kemungkinan besar beliau cuba untuk mengaplikasikan kepelbagain


arahan dalam sesi pembelajaran tetapi apa yang kita boleh lihat disini ialah, beliau lebih
menekankan kepada kepelbagaian tugasan yang diberikan kepada pelajar dan bukan
kepada penekanan konsep curriculum differentiated dan differentiated instruction.
Oleh itu, guru ini juga gagal dalam mencapai objektif pembelajaran dan gagal
mengaplikasikan konsep kepelbagaian.
Manakala, guru yang terakhir iaitu Ms Cassel, menekankan konsep kepelbagaian
pelajar dalam sesi P&P; beliau. Beliau bijak mencari dan mempelbagaikan cara
pendekatan pengajaran supaya semua pelajar yang mempunyai tahap intelek yang
berbeza dapat memahami dan seterusnya menguasai isi pelajaran yang diajar. Beliau
menggunakan pelbagai kaedah seperti perbincangan kumpulan, mengajak pelajar untuk
memberikan respon dan pendapat mereka dengan mengutarakan soalan-soalan,
daripada tahap rendah sehingga soalan yang menguji minda pelajar supaya proses
P&P; lebih menarik. Beliau juga bijak untuk mengolah isi pelajaran dengan membuat
perkaitan sejarah zaman dahulu dengan kehidupan zaman nenek moyang pelajarpelajar tersebut termasuklah dengan kehidupan seharian pelajar. Kepelbagian cara yang
diambil oleh Ms Cassel ini menunjukkan beliau memberikan penekanan terhadap
konsep kepelbagaian pelajar dalam bilik darjah beliau. Dengan adanya aplikasi
pembelajaran seperti ini, proses P&P; akan mencapai objektif pembelajarnnya.
Menurut penulis (Carol Ann) konsep kepelbagaian kurikulum dan kepelbagaian
arahan hanya akan tercapai sekiranya penglibatan pelajar dan tahap kefahaman pelajar
diberikan penekanan dalam proses pembelajaran. Kedua-dua elemen ini sangat penting
untuk dan saling bergantung antara satu sama lain untuk menjadikan proses P&P;
berjaya. Kita perlu tahu bahawa, setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran dan
kefahaman yang berbeza. Oleh itu kita sebagai pendidik haruslah sedar akan hakikat
tersebut

dan

berusaha

untuk

mempel

bagaikan cara pengajaran supaya semua individu mendapat manfaat daripadanya.


Kesimpulannya,

kami

setuju

dengan pendapat penulis

bahawa

konsep

kepelbagaian adalah mengenai kebijaksanaan seorang guru untuk mengetahui


kelemahan

pelajar

dan mencari

jalan penyelesaiannya

dengan menggunakan

kepelbagaian cara pengajaran dan kepelbagaian kurikulum pembelajaran. Hal ini


supaya, pelajar terlibat secara aktif dalam proses P&P; dan tahap kefahaman pelajar
dapat ditingkatkan.
3.0 Corak dan Gaya Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam artikel yang ditulis oleh Carol Ann Tomlinson, terdapat beberapa corak dan
gaya Pengajaran & Pembelajaran (P&P;) yang berlainan digunakan dalam tiga konteks
dalam bilik darjah yang berbeza. Dalam bab ini, analisis melihat secara terperinci
tentang corak-corak dan juga gaya-gaya P&P; yang dijalankan oleh tiga orang guru yang
berbeza ditonjolkan dalam artikel yang dipilih serta melihat pro dan kontra setiap corak
dan gaya yang digunakan dalam kurikulum atau rangka pengajaran yang disediakan

mengikut setiap guru-guru di dalam artikal ini. Situasi atau senario yang diberi dalam
artikel ini adalah berkaitan dengan corak dan gaya pengajaran tiga orang guru iaitu; Mr
Appleton, Mrs Baker dan Ms Cassell
3.1 Dari Konteks Mr Appleton
Pertama sekali, analisis akan dijalankan kepada kelas Mr Appleton. Mr Appleton
yang merupakan guru yang mengajar mata pelajaran sejarah dan dalam kes ini, Mr
Appleton sedang mengajar tentang sejarah Roma. Dalam pemerhatian yang dijalankan,
didapati bahawa Mr Appleton menggunakan kaedah P&P; yang berpusatkan kepada
guru atau pun lebih dikenali sebagai teacher-oriented. Ini bermakna Mr Appleton
merupakan guru yang akan menyediakan semua data-data yang akan disampaikan
kepada

para

pelajar

menggunakan

alat

bantu

mengajar

seperti powerpoint

presentation. Dalam senario yang diberi, didapati bahawa Mr Appleton mencadangkan


kepada para pelajar untuk mencatat nota sementara dia memberi penerangan dan
mengarahkan mereka menjawab soalan di akhir bab yang diajar. Mr Appleton juga turut
memberikan kuiz berdasarkan teks dan nota mereka serta menyediakan senarai tentang
apa yang perlu para pelajar baca untuk kuiz tersebut.
Daripada corak dan gaya P&P; Mr Appleton yang diterangkan di atas, ianya jelas
bahawa pembelajaran yang diterima oleh para pelajar, kurang berkesan. Analisis
menunjukkan bahawa, sepanjang proses P&P; berjalan dalam bilik darjah Mr Appleton,
para pelajar tidak dilibatkan sama sekali. Dalam erti kata lain, Mr Appleton tidak memberi
peluang para pelajar untuk menyuarakan pendapat, mengutarakan soalan dan
sebagainya. Semua fakta-fakta dalam topik tersebut memang disampaikan dalam kelas
tapi pembelajaran yang bermakna tidak wujud. Para pelajar cuma duduk diam dan
melihat ke hadapan serta menyalin nota namun sebarang perbincangan atau soalan
yang menjana pemikiran tidak berlaku dalam proses P&P; yang dijalankan oleh Mr
Appleton. Corak dan gaya P&P; Mr Appleton juga tidak menitik beratkan tentang
kepelbagaian pelajar yang mungkin wujud di dalam bilik darjah seakan-akan semua
individu di dalam kelas tersebut adalah sama. Ada kebaikan tentang cara Mr Appleton
dalam memberikan tip atau garis panduan untuk membuat persiapan menjawab soalan
kuiz pada masa akan datang. Namun begitu, secara keseluruhan, para pelajar tidak
mendapat ilmu itu sepenuhnya dan mereka hanya akan membaca untuk menjawab
soalan dan bukan untuk pemahaman mereka.
3.2 Dari Konteks Mrs Baker
Situasi atau senario kedua akan melihat kepada bilik darjah Mrs Baker. Mrs
Baker ialah seorang lagi guru yang mempunyai corak dan gaya P&P; yang berbeza. Mrs
Baker juga ialah seorang guru sejarah yang turut mengajar topik sejarah Roma seperti
Mr Appleton. Namun begitu, kedua-dua mereka mempunyai pendekatan yang berbeza
dalam menyampaikan ilmu dalam kelas mereka. Mrs Baker menyediakan para
pelajarnya dengan pelan perancangan grafik yang akan membantu dalam proses
pembelajaran mereka. Pelan perancangan grafik ini adalah untuk para pelajar

mengisikan pelan tersebut semasa membaca teks mereka untuk memastikan mereka
dapat merekodkan semua isi-isi penting dalam topik yang sedang mereka pelajari. Mrs
Baker mennyampaikan gambar-gambar tentang sejarah Roma dan menerangkan para
pelajar tentang kepentingan Roma dalam membentuk peradaban bahasa, seni dan
undang-undang mereka. Sebagai susulan daripada P&P; yang disampaikan, Mrs Baker
mencadangkan agar mereka berpakaian Togas dan membawa makanan Roma,
menonton filem yang berunsurkan empayar Roma, bercerita tentang hiburan orangorang Roma dan sebagainya. Untuk projek pula, Mrs Bakers menyediakan 10 topik
seperti baju atau fesyen orang Roma, simbol, menulis puisi tentang Roma serta topik
yang dicadangkan oleh para pelajar dan sebagainya.
Mrs Baker ialah seorang pendidik yang mahukan pembelajaran menjadi sesuatu
yang seronok dan menghiburkan. Dalam konteks ini, tidak salah jika seorang guru itu
ingin menjadikan proses P&P; itu sesuatu yang bersifat mesra dan berpusatkan pada
pelajar, masalah utama yang wujud ialah proses P&P; kurang berkesan dari segi fakta
atau input utama yang ingin disampaikan. Mrs Baker menyampaikan maklumat yang ada
namun

bukan

ke

tahap

yang

diharapkan.

Proses

pengajara

n haruslah menekan kepada fakta dan bukannya kepada kreativiti para pelajar dalam
membuat poster, memakai pakaian toga dan merasa makanan orang Roma zaman
dahulu. Sebagai pengetahuan sampingan mungkin ini adalah relevan, namun isi utama
topik itu tidak disampaikan secara baik kepada pelajar. Kemahiran kreativiti dan cakupan
topik sepatutnya diseimbangkan dalam bilik darjah untuk menghasilkan pembelajaran
bermakna.
3.3 Dari Konteks Ms Cassell
Ms Cassell merupakan seorang lagi guru yang dianalisis dalam artikel yang
dipilih. Corak dan gaya penyampaiannya begitu berbeza sekali daripada Mr Appleton
dan Mrs Baker. Ms Cassel adalah seorang guru yang mementingkan fakta-fakta dalam
pengajarannya dalam bilik darjah. Oleh itu, Ms Cassell menyediakan set konsep-konsep
utama dalam topik-topik yang ingin diajar olehnya kepada para pelajarnya. Set konsepkonsep ini mudah dan membantu para pelajar dalam merancang, mengatur dan
menyimpan fakta dalam apa yang telah mereka pelajari. Dalam setiap topik-topik yang
diajar, Ms Cassell telah menyenaraikan perkara-perkara yang perlu disampaikan kepada
para pelajarnya dan juga kemahiran-kemahiran yang perlu dijana oleh dirinya dan juga
para pelajar sepanjang proses P&P; untuk membantu dirinya dan juga para pelajarnya
membuat persiapan. Mr Cassell juga telah menyediakan set-set soalan yang akan
membantu para pelajarnya dalam berfikiran kritikal untuk proses memahami apa yang
disampaikan dalam kelas. Ms Cassell akan mengubahsuai set-set konsep dan fakta
serta apa yang ingin disampaikan dalam kelas mengikut kepelbagaian para pelajarnya
selaras dengan masa. Perancangan rangka pengajaran yang telah dibuat oleh Ms
Cassell mempersiapkan para pelajar untuk memahami konsep-konsep penting dalam
sejarah Roma. Mereka digalakkan mencari sendiri konsep-konsep tersebut untuk

membantu mereka menghafal dan memahami dengan lebih berkesan. Tarikh dan
konsep fakta mengikut kronologi amat penting dalam mata pelajaran sejarah dan ini
merupakan aspek-aspek yang diberi penekanan dalam corak dan gaya P&P; Ms
Cassell.
Analisis mendapati bahawa corak dan gaya P&P; Ms Cassell adalah yang paling
berkesan sekali berbanding Mr Appleton dan Mrs Baker. Penegasan terhadap
pembelajaran bermakna ditonjolkan dalam rangka pengajaran Ms Cassell. Sejarah
merupakan subjek yang amat mementingkan fakta dan pelajar ditekankan untuk
memahami konsep serta penghafalan isi-isi penting. Ms Cassell telah menyenaraikan
kesemua konsep-konsep penting dalam topik-topik yang perlu disampaikan kepada para
pelajar. Namun begitu, Ms Cassell tidak memberikan konsep-konsep itu kepada pelajar
secara bulat-bulat. Ms Cassell mengarahkan mereka untuk mencari konsep-konsep
tersebut sendiri untuk membantu mereka menghafal dan pada masa yang sama
memahami isi penting dalam konsep-konsep tersebut. Rangka pengajaran P&P; Ms
Cassell juga tidak tetap dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa Ms Cassell
sentiasa berinovasi dan merancang selaras dengan kepelbagaian pelajar di dalam
kelasnya. Selain daripada itu, Ms Cassell juga akan bertanya soalan yang menjana
pemikiran kreatif, contohnya seperti Bagaimana perbezaan hidup dan budaya anda
sekiranya anda tinggal di tempat dan zaman lain? dan soalan seperti ini, akan membuka
ruang untuk para pelajar mengaplikasi dan berpeluang untuk menjana kreativiti sendiri.
4.0 Perbezaan Strategi Pengajaran &Pembelajaran;
Terdahulu telah dinyatakan bahawa setiap guru mempunyai kaedah dan strategi
pengajaran

dan

pembelajaran

tersendiri.

Masing-masing

berusaha

untuk

menghubungkan pengetahuan kepada pelajar, berusaha untuk menjadikan suasana


pembelajaran lebih bermakna seterusnya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Berdasarkan artikel Mapping a Route Toward Differentiated Instruction, Carol telah
memberikan beberapa cara berbeza yang telah diguna pakai oleh tiga orang guru bagi
subjek yang sama iaitu subjek Sejarah- Empayar Rom.
4.1 Bilik Darjah Pertama Mr. Appleton
Mr. Appleton lebih berorientasikan kepada kaedah deduktif. Hal ini kerana beliau lebih
gemar memberi penerangan dan memberikan idea-idea dankonsep yang perlu diketahui
oleh pelajar bagi menguasai subjek ini. Kaedah deduktif yang digunakan oleh Mr.
Appleton akan memberitahu objektif pembelajaran kepada para pelajar pada awal
pengajaran. Para pelajar akan dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu
yang berkaitan. Selain daripada itu juga, jelas dapat diperhatikan Mr.Appleton lebih
berorientasikan kepada mengingat fakta dan menghadapi peperiksaan bukan untuk
menjadikan P&P; lebih bermakna dan diingati. Dalam aspek ini faktor kefahaman pelajar
adalah tidak penting melainkan fokus kepada peperiksaan semata-mata dan mengingat
fakta.

Pengajaran Mr. Appleton juga jelas berorientasikan kelas dan secara menyeluruh. Hal
ini jelas dinyatakan oleh Carol bahawa sepanjang masa Mr. Appleton lebih banyak
berhujah, menerang dan bercakap dari membiarkan pelajar-pelajar bercakap dan
mengutarakan pendapat sendiri. Dalam kaedah ini, Mr. Appleton lebih banyak
menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada kelas,isi pelajaran,masa dan latihan
yang sama.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi adalah ketara sewaktu Mr. Appleton mengendalikan kelas.
Antaranya

ialah:

i)

Pelajar-pelajar akan membaca buku teks dan mencatat nota

ii)

Menjawab soalan yang telah disediakan pada akhir bab dalam buku teks

iii)

Menjawab soalan bersama-sama pada keesokan harinya

iv)

Mencatit nota yang telah diberikan dan menjawab kuiz

v)

Memberikan senarai semak peperiksaan sebelum peperiksaan berlansung


Hal ini membataskan interaksi serta potensi pelajar-pelajar didalam kelas dan dilihat
bersifat komunikasi sehala iaitu berpusatkan guru. Setiap aktiviti dan soal jawab
diadakan secara kelas atau menyeluruh menyebabkan aktiviti pengayaan dan pemulihan
sukar dijalankan. Malahan penggunaan ABM juga adalah minimum dan interaksi antara
pelajar dan bahan juga minimum.
4.2 Bilik Darjah Kedua Mrs Baker
Bagi kelas Mrs Baker, suasana pembelajaran adalah lebih selesa dan wujud
komunikasi dua hala antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Hal ini
dapat diperhatikan apabila beliau banyak menyusun aktiviti yang membantu para pelajar
memahami serta memperkembangkan potensi masing-masing. Mrs. Baker menerapkan
4 teknik atau kaedah pengajaran didalam kelasnya iaitu:
Kaedah/ Teknik

Aktiviti

- membuat catatan dalam organizer, ber


a) Koperatif dan Kolaboratif

zaman Rom, bawa makanan,

- Menyediakan 10 jenis projek iaitu m


menyenaraikan

kepentingan

dewa

kepentingannya, mencipta brochure, menu

pakaian,binaan model bangunan,memakaik

dengan pakaian Rom, dan melakar peta e


b) Tugasan/Projek

Rom.

- Membawa minda pelajar ke zaman berken


c) Simulasi

- Membawa tradisi dan kebudayaan Rom da


- Pelajar mengemukakan pendapat

d) Perbincangan

- Pelajar memberi topik tambahan berkenaa

Berdasarkan kaedah dan teknik pendekatan dari Mrs. Baker lebih berorientasikan
kepada pemusatan pelajar. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pembelajaran. Pelajar diperuntukkan masa yang banyak untuk meneroka dan
menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru selaku fasilitator. Corak
komunikasi juga lebih aktif kerana guru mengamalkan kepimpinan demokratik dan
pelajar bebas bertanya serta melontarkan pendapat. Namun begitu aktiviti penerapan
P&P; tidak mempunyai matlamat yang jelas malahan kesuluruhan aktiviti telah
ditetapkan dan tidak menjana pemikiran kritis dan kreatif para pelajar. Selain itu juga,
didapati beliau turut mengandaikan bahawa pelajar-pelajarnya adalah sama dari aspek
kefahaman dan minat. Pembelajaran yang diutarakan juga hanyalah sekadar aktiviti dan
tidak menggalakkan pelajar berfikir secara logik berdasarkan realiti kehidupan sebenar.
4.3 Bilik Darjah Ketiga Ms. Cassell
Bilik darjah Ms. Cassell dilihat lebih berkesan dan meninggalkan impak yang
mendalam kepada pelajar. Beliau lebih menekankan kepada pembelajaran yang
bermakna disamping aktiviti yang boleh memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh. Beliau bertindak sebagai perancang yang menggerak dan menghidupkan
suasana dalam bilik darjah bagi tujuan P&P.; Selain itu beliau turut bertindak sebagai
pengurus yang bijak mengendali sumber yang ada dalam bilik darjah dan menepati
kurikulum yang sedia ada. Disamping itu juga beliau bertindak sebagai pengelola yang
mengelola aktiviti, sumber dan penilaian secara analitikal serta memahami kepelbagaian
yang wujud dalam kelasnya. Beliau bijak mengawal situasi serta menjadikan P&P;
sesuatu yang bermakna.
Selain itu juga,Ms. Cassell telah menerapkan tiga teknik dalam aktiviti P&P; bagi
subjek Sejarah iaitu:
a) Eklektik
-

Menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif yang lebih


seimbang, sesuai dan berkesan.
b) Penyebatian/Infusion
-

mengintegrasikan beberapa kemahiran iaitu menganalisis,

mentafsir,
menaakul dan memahami seterusnya mencapai objektif
c) Pembelajaran Masteri
-

memastikan pelajar-pelajar menguasai topik dan percaya

dengan
kebolehan setiap pelajar.
Secara keseluruhannya Ms. Cassell memusatkan proses P&P; lebih kepada
pelajar dan tidak hanya kepada guru. Beliau membolehkan setiap pelajar mengambil
bahagian yang aktif dalam setiap aktiviti yang telah disediakan. Selain itu juga, beliau
turut berusaha memenuhi keperluan yang mempunyai pelbagai kebolehan yang mampu
mempertingkatkan tahap pencapaian mereka. Ms. Cassell telah meluangkan masa

beliau dengan memahami dan berusaha menghubungkan pelajar-pelajar dengan ilmu


pengetahuan dan bukannya mengisi tempayan yang kosong.
5.0 Aplikasi dan kesesuaian dalam kontek Malaysia
Mapping a Route Toward Differentiated Intruction oleh Carol Ann Tomlinson
menekankan tentang kepentingan mengetahui apa yang ingin dicapai pada akhir
pembelajaran sebelum memulakan sesi pembelajaran tersebut. Beliau memberikan 3
situasi di mana situasi yang pertama iaitu kelas Mr. Appleton merupakan situasi yang
biasa dilihat di sekolah di Malaysia.
Mr. Appleton menekankan tentang mengingati fakta iaitu fact-based curriculum di
mana beliau hanya menekankan tentang fakta, bukan kata kunci, konsep atau perkara
lain yang membolehkan pelajar berfikir di luar kotak. Murid sekadar mengingati fakta
untuk menghadapi peperiksaan kelak tetapi dalam masa yang sama, murid sebenarnya
tidak memahami dan mengetahui apa sebenarnya yang perlu mereka belajar. Lulus
dalam peperiksaan menjadi peransang untuk mereka belajar.
Situasi

pembelajaran

di

Malaysia

secara

realiti

sebenarnya

sangat

menitikberatkan jumlah A yang didapati di dalam peperiksaan. Guru-guru di sekolah


berlumba-lumba untuk menghabiskan sukatan matapelajaran dan menekankan aspek
latihan (latihtubi) yang banyak supaya murid dapat menjawab dengan baik di dalam
peperiksaan. Ibu bapa di rumah juga sanggup menghabiskan wang supaya anak mereka
dihantar ke pusat-pusat tusyen swasta supaya anak mereka akan dapat mencapai
keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan peringkat pusat.
Namun begitu, salah satu teras di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) adalah membangunkan modal insan. Ini bermakna, murid tidak lagi wajar
diberikan semua maklumat oleh guru tanpa mereka sendiri cari ataupun spoonfeed di
dalam kelas. Murid perlu berusaha keras untuk mendapat pengetahuan yang diperlukan
tanpa mengharapkan kepada guru 100%. Guru pula bertindak sebagai pembimbing,
pemberi motivasi dan pengawas di dalam kelas iaitu kelas yang tidak lagi
berorientasikan guru tetapi berorientasikan murid. Ini akan dapat mewujudkan generasi
yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020
kerana telah dilatih di dalam sekolah lagi untuk berfikir di luar kotak (think out of the box)
dan tidak takut untuk menghadapi cabaran atau kegagalan. Mereka akan bangkit semula
dan mencuba lagi sehingga berjaya.
Di sinilah pembelajaran secara aktif berlaku. Murid akan terlibat secara aktif di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P;) iaitu mencapai syarat yang
dikemukakan oleh penulis untuk pengajaran yang berkesan. Dua syarat yang diperlukan
ialah

kefahaman

murid

dan

penglibatan

murid

di

dalam aktiviti di dalam kelas. Penggunaan chalk and talk semata-mata tidak lagi sesuai
diadakan di dalam kelas kerana pencurahan fakta dan konsep semata-mata kepada
murid akan hanya mengganggu proses pembelajaran. Kaedah pengajaran berasaskan

guru akan menyebabkan murid berasa bosan dan tidak begitu mengambil berat akan
apa yang diterangkan oleh guru, berbanding dengan pengajaran yang berasaskan oleh
murid di mana murid akan bergerak dan berfikir secara aktif di dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan.
Kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah kelas juga memberi peranan terhadap
jenis aktiviti yang akan dilakukan di dalam kelas. Walaupun murid telahpun dibahagikan
mengikut tahap intelektual mereka berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun
tingkatan sebelumnya tetapi masih juga ada perbezaan di antara murid-murid di dalam
kelas. Golongan pelajar yang terdiri daripada pelajar yang bijak, pelajar yang sederhana
dan pelajar yang lemah perlu diambil kira oleh guru sebelum merancang sesuatu aktiviti.
Kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence) sepertimana yang dikemukakan oleh
Howard Gardner juga perlu diberi perhatian. Disinilah bermulanya episod di mana guru
perlu bijak mengaplikasi pengetahuan dan mengapdatasi apa jua yang boleh
dimanipulasikan supaya apa yang dirancang sepadan dengan kemahiran dan tahap
murid. Guru tidak hanya menitikberatkan jenis aktiviti yang diadakan tetapi juga perlu
memikirkan persoalan adakah aktiviti tersebut memberikan manfaat kepada murid.
Justeru, apa yang diperkatakan oleh penulis di akhir penulisan beliau iaitu
Differentiation is not much the stuff as the how. If the stuff is ill conceived, the how
is doomed perlu diambil kira. Seperti yang ditekankan tadi, di dalam kelas terdapat
pelbagai jenis murid yang memerlukan pendekatan yang berbeza. Guru perlu
menganggap murid sebagai perseorangan (individual) yang memerlukan perhatian yang
sewajarnya. Kepelbagaian kaedah pengajaran dapat juga menarik minat murid untuk
belajar dan mengelakkan mereka berasa bosan di dalam kelas dan seterusnya
menimbulkan masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka, guru perlu
bijak mengkategorikan murid berdasarkan kebolehan mereka dan menjalankan aktiviti
yang bersesuaian dengan tahap mereka. Perjalanan bagi aktiviti terbabit juga perlulah
dirancang dengan teliti kerana kegagalan murid untuk memahami objektif pembelajaran
akan memberi kesan kepada kelancaran di dalam kelas. Guru perlulah sentiasa
memastikan murid mengetahui dan memahami apa yang perlu dilakukan dan dipelajari.
Secara kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai diaplikasikan
di dalam kelas di Malaysia, bukan sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat
membuatkan murid lebih memahami isi kandungan yang dipelajari. Demi mencapai citacita menjadi negara maju menjelang 2020, guru-guru di sekolah hendaklah berani
menyahut cabaran dengan mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan murid,
yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka.
6.0 Penutup
Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya
pembelajaran banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta
usaha

untuk

mencipta

pengalaman-pengalaman

pembelajaran

yang

pelbagai.

Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar
mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira
kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat
meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan
menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan
hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata.
Tuntasnya,

tanggungjawab

seorang

guru

bukan

sahaja

mendidik

dan

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas
yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya
di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam
sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya
adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga,
kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek
ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan
dalam kehidupan sebenar.
Bibliografi
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP). Malaysia
Mel Silberman (1996) Active Learning: 101 Strategies to Teach Any Subject. United
States of America : Pearson Education Inc.
Bryan Coombs (1995) Successful Teaching. Oxford: Heinmann Publisher (Oxford) Ltd.
Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan
teknik mengajar dengan berkesan.Cetakan ke 3, 2008.Batu Caves. PTS Pub. &
Distributors Sdn. Bhd.
Hasan Mohd Ali. 1996. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kula Lumpur: Utusan Publication
& Distrubutors Sdn Bhd
Diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Malaysia, pada Disember 17, 2009
Diambil dari http://www.scribd.com/doc/8004852/Perbezaan-Individu, pada Disember
17,2009
Diambil dari http://www.smkbp.com/attachments/Pengurusan%20Bilik%20Darjah.pdf,
pada Disember 17,2009

Anda mungkin juga menyukai