Anda di halaman 1dari 10

Cara memodifikasikan kaedah

atau teknik PdPc agar pelajar


slow learner dapat belajar
dengan berkasan.
1. Mengajar menggunakan
Pendekatan Induktif
• Pendekan induktif bermaksud guru nembantu murid menguasai sesuatu konsep
dengan memberikan contoh-contoh yang spesifik.
• Murid-murid slow learner sukar untuk memahami konsep yang rumit, jadi guru
memberikan contoh-contoh spesifik yang boleh merangsang pemikiran mereka.
• Murid-murid dapat mudah menghubungkaitkan setiap contoh yang diberi dengan
konsep tersebut.
• Guru-guru perlu mengulangi kata kunci dalam sesuatu konsep beberapa kali supaya
murid aras lambat boleh menguasainya.
• Misalnya, seorang guru Sains yang mengajar
tentang haiwan mamalia, guru tersebut boleh
mengemukakan beberapa contoh haiwan mamalia
seperti kucing, anjing, gajah dan lain-lain untuk
membantu pelajar slow learner
menghubungkaitkannya dengan haiwan mamalia.
2. Kaedah dan teknik PdPc yang
berunsur permainan
• Kaedah ini amat sesuai dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang suka
bermain.
• Menurut kajian, guru yang mengaplikasikan kaedah mengajar berbentuk
permainan dapat menarik perhatian murid-murid aras lambat serta dapat
meningkatkan penguasaan mereka terhadap topik pembelajaran.
• Murid-murid yang aras lambat mempunyai daya tumpuan yang singkat. Guru
harus menyediakan permainan mengikut unit-unit pembelajaran yang sesuai.
• Guru boleh mengaplikasikan kaedah mengajar iaitu “Grammar Monopoly”
dalam subjek Bahasa Inggeris untuk membantu murid aras lambat yang
mudah hilang tumpuan untuk bertumpu atas pembelajaran.
3. Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit

• Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan


sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran.
• Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat
dan didengar.
• Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak aras lambat hendaklah
secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit.
• Contohnya, penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan
memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak aras lambat dapat melihat
perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan
imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta
bermakna (Brian Cooke, 1976).
4. Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar
(BBM)
• Bahan Bantu Mengajar (BBM) boleh membantu mempertingkatkan tahap
pendidikan dan pemahaman murid.
• Contohnya, guru menyediakan carta-carta, kad huruf yang berwarna-warni
untuk menarik minat murid-murid aras lambat untuk terus fokus kepada
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, guru juga
boleh menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang
mempunyai gambar-gambar yang menarik.
5. Pengajaran yang lebih berpusatkan kepada
individu
• Kanak-kanak bermasalah pembelajaran aras lambat akan diintervensikan
melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan
secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap
pencapaian yang berbeza.
• Oleh itu sebagai seorang murid yang aras lambat pengajaran secara individu
akan berlangsung dalam Rancangan Pengajaran Individu kerana mereka
memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya.
6. Mengurangkan rumah kerja
• Rumah kerja yang banyak akan menjadi beban kepada murid slow learner
yang tidak mampu berfokus atas sesuatu perkara untuk masa yang panjang.
• Untuk mengurangkan kegelisahan murid sebagini, guru seharusnya
mengurangkan latihan atau rumah kerja supaya mereka tidak berasa bosan
untuk pergi ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai