Anda di halaman 1dari 2

6.

1 Pemerhatian

Ilmu Baru Melalui Permehatian

1. Pemerhatian dalam kelas subjek Matematik

Saya telah membuat pemerhatian dalam kelas semasa saya menjalankan PBS.

Keadaan dalam bilik darjah adalah kemas dan tersusun. Prasarana dalam bilik darjah

dilengkapi dengan LCD, skrin LCD, “digital visualizer” yang dapat memudahkan

pengajaran matematik kerana guru-guru boleh menayangkan maklumat-maklumat. Di

samping itu, terdapat juga papan notis di belakang bilik darjah yang dilengkapi dengan

pelbagai latihan matematik murid-murid. Terdapat juga bahagian telah dilengkapi

dengan bahan informasi matematik. Sudut bacaan telahpun disediakan di depan kelas

untuk dibaca oleh murid-murid. Kelihatan terdapat pelbagai bahan bacaan Bahasa

Cina seperti buku cerita, surat khabar dan majalah. Terdapat juga kad kata-kata

galakkan ditampal pada dinding untuk memotivasikan murid-murid memupuk tabiat

membaca. Pelbagai poster yang mengandungi pelbagai maklumat juga telah dilekat

di atas dinding. Dengan membaca poster dan maklumat di papan notis, secara tidak

langsung guru dapat memupuk sikap membaca dalam diri pelajar.

2. Pemerhatian Sikap Murid di Dalam Kelas Subjek Matematik

Semasa saya membuat pemerhatian dalam kelas, saya mendapati bahawa

murid-murid amat aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Mereka akan berebut-rebut menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Mereka juga

amat menghormati guru dengan mengankat tangan dahulu sebelum menjawab soalan,

Mereka akan membantu guru mengambil barang dan memberi segala bantuan dalam

aktiviti yang dijalankan. Walaubagaimanapun, mereka tidak menunjukkan minat yang

tinggi apabila mereka disuruh untuk membuat latihan matematik.

3. Pemerhatian sikap murid luar bilik darjah

Saya telah meneliti sikap murid dalam sekolah sepanjang waktu saya menjalankan

PBS di sekolah. Melalui pemerhatian saya, murid-murid di sekolah ini suka membaca

buku yang disediakan di sudut bacaan di luar bilik darjah. Selain itu, mereka juga suka
6.1 Pemerhatian

untuk membaca di perpustakaan apabila perpustakaan dibuka. Namun begitu, mereka

biasanya suka akan buku yang mengandungi gambar-gambar menarik seperti komik,

novel dan lain-lain. Keadaan ini menunjukkan murid-murid tersebut tertarik akan buku

bergambar dan kurang berminat untuk membaca buku yang bersifat ilmiah.

Anda mungkin juga menyukai