Anda di halaman 1dari 1

Refleksi MTES 3063 (11/06)

Kursus MTES 3063 merupakan satu subjek minor yang saya wajib ambil
pada sem ini. Kursus ini adalah berkaitan dengan pengajian kurikulum matematik
sekolah rendah. Pada hari yang pertama, ilmu pengetahuan yang saya dapati
adalah berkaitan dengan pengenalan terhadap kurikulum matematik sekolah
rendah pada dasawarsa ini. Aspek-aspek yang saya pelajari meliputi maksud
kurikulum, matlamat dan objektif kurikulum. Melalui penerangan daripada
pensyarah saya iaitu Dr. Wee, saya telah dapat membezakan matlamat dan
objektif dan menangani definisi kurikulum secara mendalam. Melalui pengenalan
terhadap matlamat dan objektif kurikulum matematik, saya mempunyai hala tuju
yang jelas dalam mengajar subjek matematik pada hari yang akan datang.
Dalam kelas tersebut, Dr. Wee telah menggunakan banyak hiperbola untuk
membantu kami manangani maklumat yang terpapar dalam slaid secara
menyeluruh.

Selain daripada itu, saya juga mengenali tentang transformasi kurikulum


matematik sekolah rendah iaitu dari KBSR ke KSSR. Terdapat banyak aspek
yang telah diubahsuai dalam transformasi kurikulum matematik ini. Sebagai
contoh, perubahan berlaku dari segi bentuk, organisasi, peruntukkan masa,
kandungan dan lain-lain. Hal ini telah mengingatkan saya bahawa sebagai
seorang guru pada abad-21, saya mesti menangani transformasi kurikulum
matematik ini supaya tidak tenggelam dalam tsunami transformasi tersebut. Jadi,
saya mesti belajar untuk mengenali kurikulum matematik secara mendalam dan
menyeluruh melalui kursus MTES3063 ini. Saya juga perlu sentiasa
mengingatkan diri untuk menjadi seorang guru yang kompeten dan cekap
supaya boleh mengajar kanak-kanak kini yang agak aktif.

Anda mungkin juga menyukai