Anda di halaman 1dari 5

EVEZELINE KONG SIE YI PISMP BC JUN 2018

2018042340007

Bina Insan Guru Aktiviti 3:


A. Makanan bersih dan selamat
B. Punca keracunan
C. Piramid makanan

A) Makanan bersih dan selamat


Perkataan bersih bermaksud bebas daripada kekotoran manakala
selamat membawa maksud bebas dari bahaya. Jadi makanan bersih dan
selamat ditafsir sebagai makanan yang bebas dari kekotoran dan bahaya.
Berikut adalah panduan untuk memastikan makanan benar-benar bersih dan
selamat untuk dimakan:

I. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan dan daging sebelum


masak
Perkara paling asas sekali dalam penyediaan makanan bersih
lagi selamat ialah mencuci bahan makanan tersebut. Langkah
ini adalah untuk mengurungkan risiko mengalami keracunan
makanan. Hal ini kerana bahan mentah mungkin mengandungi
kuman, racun dan kekotoran yang dapat memudaratkan
kesihatan seseorang.

II. Asingkan makanan mentah daripada makanan yang sudah


dimasak
Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut
mengandungi kuman berbahaya yang boleh mencemarkan
makanan lain semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.
Oleh itu, makanan-makanan mentah seperti ayam, daging, ikan
perlu disimpan dalam bekas tertutup untuk mengelakkan
makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah
dimasak.
III. Masak dengan cara yang betul
Masak makanan dengan sempurna sepenuhnya terutama
daging, makanan laut dan telur. Masak makanan berkuah dan
sup sehingga mendidih. Masak makanan yang hendak
dipanaskan semula dengan sempurna.

B) Punca Keracunan

Banyak bakteria, virus atau agen parasit bertanggungjawab


menyebabkan keracunan makanan. Virus adalah punca utama, diikuti dengan
bakteria.

I. Bakteria
Secara semulajadinya, bakteria memang ada di mana mana
tetapi pada kadar yang selamat. Walau bagaimanapun,
pengendalian dan penyediaan makanan yang tidak baik diikuti
cara memasak dan penyimpanan makanan yang tidak patuh
piawai boleh mengakibatkan bakteria membiak dan
menyebabkan keracunan. Tambahan pula, makanan yang siap
dimasak terdedah di suhu bilik buat beberapa jam juga boleh
mengakibatkan bakteria membiak. Kebanyakan pembiakan
bakteria pada makanan tidak dapat dikesan kerana tiada
perubahan warna, tekstur atau bau yang boleh menjadi
pengukur makanan tersebut sudah tidak selamat untuk
dimakan. Penyimpanan makanan disuhu sejuk atau beku tidak
boleh mematikan bakteria. Ia hanya memperlahankan
pembiakan bakteria sahaja. Bakteria tersebut akan kembali aktif
apabila terdedah disuhu bilik semula.

II. Virus
Virus adalah salah satu patogen yang mampu menyebabkan
keracunan makanan, tetapi, ianya kurang pra-dominan jika
dibandingkan dengan bakteria. Virus tidak berupaya untuk hidup
dan membiak dalam makanan, melainkan ia telah masuk
kedalam badan hos (manusia atau haiwan). Virus membiak
dengan cara menyerang sel sel dan mendapatkan nutrien
daripada sel berkenaan.

C) Piramid makanan

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk


merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang
sesuai untuk kita setiap hari. Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan
utama yang diletakkan pada 4 aras yang berbeza-beza di dalam Piramid
Makanan Malaysia:

I. Aras pertama: Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian


Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan
yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan
sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan
vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap
hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling
banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur,
mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan
ubi keledek, keladi dan kentang.

II. Aras kedua: Sayur-sayuran dan Buah-buahan


Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid
Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat.
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan
pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

III. Aras ketiga: Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang


Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid
Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi,
zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang
semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali
sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana
ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang
adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe),
kacang dhal dan kacang merah. Hasil tenusu juga terletak di
Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih.
Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya
diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

IV. Aras keempat: Lemak, Minyak dan Gula


Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan
bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya
sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu
dimakan.

Gambar 1: Piramid Makanan di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai