Anda di halaman 1dari 10

KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

-Komunikasi adalah proses penghantaran mesej dari sumber ( penghantar ) kepada


detinasi ( penerima ).
- Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej dapat disampaikan dalam bentuk
yang dimaksudkan oleh penghantar.

JENIS KOMUNIKASI
i) komunikasi lisan
melibatkan pemindahan maklumat atau mesej secara lisan menggunakan pertuturan dan
pendengaran

ii) komunikasi bukan lisan


melibatkan pemindahan maklumat atau mesej melalui bahasa isyarat iaitu pergerakkan
dan penglihatan

AMALAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

• Mewujudkan rasa kepercayaan terhadap murid


• Ramah mesra terhadap murid
• Hargai dan hormati pandangan murid
• Kenali murid dengan lebih mendalam
• Jadilah pendengar yg aktif
• Tunjukkan memek muka yang ceria
• Kaitkan pelajaran baru dengan yang lama
• Gunakan bahasa yang mudah difahami
• Pertuturan mesti jelas
• Mengajar dengan penuh semangat
• Menyebut nama murid ketika berinteraksi
• Galakkan murid memberi idea
CARA-CARA MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

• Pastikan suasana bilik darjah senyap


• Elakkan mengkritik idea atau jawapan murid yang kurang te]pat
• Jangan melebel murid dengan label-label negative
• Galakkan amalan musyawarah
• Tunjukkan air muka ceria bila menerima jawapan murid atau menyoal
• Bertutur dengan kadar kelajuan yang sesuai dengan kemampuan murid

GANGGUAN DAN HALANGAN KOMUNIKASI DALAM BILK DARJAH

• Kebisingan
• Bahasa yang digunakan tidak sesuai / tidak jelas
• Emosi guru atau murid tidak stabil
• Kurang tumpuan / perhatian murid
• Pemikiran tertutup
• Masa tidak sesuai

MASALAH-MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

• Ancaman guru terhadap murid


• Guru sentiasa mengkritik murid menyebabkan murid berdiam diri
• Guru melabelkan murid dengan label negative
• Gerak geri guru kurang menyenangkan
• Cara mengajar guru sehala kurang memberi perhatian terhadap murid
• Bahasa yang digunakan kurang difahami
• Guru kurang bersedia dan pertuturan laju
• Aktiviti P & P kurang menarik / membosankan
MODUL

Merupakan bahan pengajaran dan pengajaran (bercetak) yang dipertingkatkan kepada


langkah-langkah mudah mengikut kebolehan murid untuk mepertingkat pengetahuan
mereka

OBJEKTIF M O D U L
• Murid akan dapat mengikuti pelajaran dengan lebeh mudah
• Mengukuhkan pengetahuan murid
• Digunakan sebaoai bahan pengayaan dan bahan bacaan tambahan
• Dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses P & P melalui modul yang
diberikan

KEPENTINGAN M O D U L

• Sebagai bahan pengajaran biasa


• Digunakan sebagai aktiviti pengayaan / pemulihan bagi pelajar yang lemah
• Menetapkan kebolehan yang sama sebelum memulakan pelajaran baru
• Membantu murid-murid yang ketinggalan dalam matapelajaran seperti sakit dan
sebagainya
• Boleh merancang kursus melalui pos dan jarak jauh

PENYUSUNAN M O D U L

1. Tajuk :
Tajuk-tajuk seperti isi kandumgan dalam mata pelajaran biasa

2. Sinopsis :
Merupakan ringkasan sepintas lalu ngenai ringkasan sepintas lalu mengenai isi
penting di dalam modul.Ia bertujuan memberi gambaran jelas tentang perkara
yang akan dipelajari oleh murid

3. Objektif :
Biasanya empat hingga lima objektif dibuat dalam satu-satu modul

4. Ujian Sebelum

Ujian untuk menentukan sama ada seseorang murid itu perlu mengikuti modul
atau sebaliknya.sekiranya murid memperolehi markah kurang 80 peratus , murid
tersebut dikehendaki mengulang semula unit pelajaran tersebut.

5. Bahan Pembelajaran

i) merupakan isi-isi penting tajuk modul. Tajuk-tajuk yang dipaparkan


mestilah
disertai dengan contoh-contoh , gambar-gambar , foto-foto slaid berwarna bagi
menyokong dan meneguhkan pembelajaran satu-satu tajuk.

ii. Ada kalanya memerlukan aktiviti atau gerak kerja perbincangan dalam satu
kumpulan , membuat ujikaji dan sebagainya.,

iii ) Ujian kriteria disisipkan begi menguji sejauh mana perkara- perkara penting yang
telah dipelajari dalam bahan pembelajaran itu difahami oleh murid.
Ujian selepas untuk menguji sejauh manakah murid-murid telah memahami isi-isi
penting dalam keseluruhan modul dan sejauh manakah objektif modul tercapai
i. Jawapan-jawapan ujian yang lengkap perlu disediakan dibahagian akhir
sesebuah modul supaya ia boleh dirujuk tsnps banyak pertolongan dari
guru.
.0000000000000000000000000000000000000000000000
-

Anda mungkin juga menyukai