Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU,


JOHOR DARUL TA’ZIM.
KERJA KURSUS
KURSUS : PSIKOLOGI PENDIDIKAN
KOD : EDUP2023

NAMA : NUHA BINTI NOOR HAKIM

NO I/C : 9212-03-05-5412

KELAS : BC1

NAMA PENSYARAH : EN. MUHAMAD ASRI BIN MADI

TUGASAN : LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


(PBS)

TARIKH HANTAR : 22 SEPTEMBER 2016


Pengenalan

Saya, Nuha Binti Noor Hakim bersama dua lagi guru pelatih Siti Faezah Hani dan Syaiful
Redzuan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim telah menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester 1 Program Diploma Perguruan Lepas
Ijazah Opsyen Bahasa Cina Sekolah Rendah (PDPLI BCSR) di Sekolah Kebangsaan Taman
Puteri Wangsa (SKTPW), Ulu Tiram, Johor Bahru selama empat hari iaitu dari 19 hingga 22
September 2016. Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan
oleh semua guru pelatih dari IPG bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai
pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk
praktikum.

1. Pemerhatian

Sepanjang empat hari di sekolah, kami telah menggunakan beberapa kaedah yang salah
satunya adalah pemerhatian. Pengalaman di bilik darjah memberi kami banyak ilmu pengetahuan
yang baru , contohnya seperti berikut:

 Pelan bilik darjah


 Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan guru dan yang digunakan murid
 Tahap penglibatan murid dalam setiap aktiviti pembelajaran
 Kaedah dan strategi dalam mengawal kelas yang berkesan semasa sesi PdP

Melalui pemerhatian, saya mendapati tahap penglibatan murid adalah berbeza dari pelbagai
aspek. Sebagai contoh, di kelas tahap dua, murid lelaki lebih bersemangat dan tidak segan
bersuara untuk menjawab soalan guru. Malah kadar kecerdasan dalam memahami apa yang
dipelajari juga berbeza. Contohnya, dalam kelas bahasa asing (Mandarin), murid yang pernah
belajar, atau mempunyai latar belakang keluarga atau persekitaran, atau pernah bersekolah di
sekolah tadika lebih cepat dalam memahami apa yang dipelajari. Namun begitu, terdapat
beberapa murid yang walaupun berasal dari keluarga berbangsa cina, namun mereka tidak begitu
mahir berbahasa mandarin kerana mandarin bukan bahasa pengantar utama di rumah. Selain itu,
guru juga menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan pelbagai. Oleh kerana latar
belakang murid yang berbeza, kadar pembelajaran mereka juga berbeza. Oleh itu adalah perlu
bagi guru untuk bijak memilih bahan mengajar, bagi menarik minat murid semasa sesi PdP.
Persekitaran kelas juga harus ceria untuk mengelakkan mereka kebosanan, kerana murid masih
di fasa kanak-kanak. Dapat dilihat, guru bijak mengawal situasi di dalam kelas. Guru menjadikan
sesi kelas menyeronokkan, tetapi pada masa yang sama tegas, demi memastikan murid sentiasa
terkawal, berfokus dan masih menghormati guru.

2. Analisis

Menggunakan kaedah temu bual, kami dapat membuat analisis mengenai sesi PdP di
dalam kelas. Antara soalan yang ditanyakan kepada guru subjek adalah:

1) Apakah kesukaran yang mungkin dihadapi semasa menjalankan sesi PdP?

2) Adakah teknik dan kaedah pengajaran yang digunakan berkesan dan sesuai?

3) Apakah antara teknik yang berkesan untuk mengawal kelas?

4) Bagaimana untuk memastikan murid “dapat” apa yang diajar?

Melalui pemerhatian saya, guru banyak menggunakan teknik perbualan seperti bertanya
dan mengaitkan topik yang ingin diajar dengan pengalaman sedia ada murid. Dengan ini, murid
dapat mengalihkan tumpuan secara cepat dan sepenuhnya di dalam kelas. Melalui teknik ini
juga, guru dapat mengenali murid secara lebih mendalam, dan menarik minat murid terhadap
topik yang akan diajar. Murid juga digalakkan untuk bertanya jika ada perkara yang tidak
difahami ketika di dalam kelas. Cara ini melatih murid untuk menjadi lebih berani dan bersifat
terbuka, dan mengikis rasa malu yang masih kuat dalam diri sesetengah mereka. Penggunaan kad
imbasan yang berwarna warni dan mengandungi gambar atau perkataan yang terang dan jelas
nyata dapat menarik minat dan fokus murid, dan merangsang perkembangan kognitif mereka.

Susunan bilik darjah secara barisan adalah sesuai kerana ia memudahkan murid untuk
melihat papan hitam dan guru di hadapan. Namun begitu, guru harus peka kepada murid yang
rabun, bertubuh kecil, atau memerlukan perhatian lebih agar mereka ini duduk di tempat yang
sesuai. Bahan dan gambar yang dipamerkan oleh guru juga sesuai dan menarik, yang bersifat
maujud, malah yang penting, mudah digunakan oleh dan berkesan kepada pembelajaran murid.
Penglibatan murid dalam setiap aktiviti tidak sama. Secara umumnya, ketika guru bertanya
soalan, murid lelaki lebih aktif untuk menjawab berbanding murid perempuan. Oleh itu, guru
haruslah bijak menggunakan pendekatan yang berbeza kepada kumpulan murid yang berbeza
agar tiada murid yang tercicir, pada masa yang sama memastikan objektif pembelajaran tercapai.

3. Refleksi

Refleksi dibuat berdasarkan sesuatu aktiviti yang dijalankan. Dalam pemerhatian kami
semasa proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas subjek bahasa cina, dapat disimpulkan
beberapa kekuatan dan kelemahan.

Aktiviti Kekuatan Kelemahan Cadangan


Guru mengulangkaji Membantu murid Memakan masa, Guru boleh memberi
pelajaran yang lepas mengingati dan lebih mengurangkan lebih latihan
secara kerap faham apa yang peluang untuk murid mengulangkaji
dipelajari belajar benda baharu kepada murid untuk
dilakukan di rumah,
supaya masa PdP
dalam kelas dapat
digunakan secara
maksimum
Guru menggunakan Memberi Murid yang “lambat Guru selalu bertanya
bahasa cina sebagai “persekitaran bahasa” menangkap” terus jika murid tidak
bahasa pengantar yang dapat membantu menerus tidak faham faham terutamanya
utama murid menguasai jika guru tidak arahan arahan. Guru
bahasa asing dengan memberi perhatian boleh menggunakan
lebih cepat dan kepada mereka. Ada perkataan dan ayat
berkesan sesetangah yang malu yang lebih ringkas
bertanya jika tidak dan mudah, malah
faham, ini pada masa yang sama
menyebabkan mereka menjelaskan kepada
menjadi kumpulan murid maksudnya.
murid tercicir.

Kesimpulan

Berdasarkan laporan ini, dapat saya simpulkan bahawa sepanjang menjalani PBS, banyak
ilmu pengetahuan dan perkara baru yang telah saya pelajari, sekaligus memahami budaya,
organisasi dan prasarana sekolah yang perlu ada dalam mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai