Anda di halaman 1dari 2

EVEZELINE KONG SIE YI PISMP BC JUN 2018

2018042340007

Bina Insan Guru Aktiviti 7:


A. Maksud Gotong Royong
B. Definisi Kelas Bimbingan
C. Maksud Kebersihan

A) Maksud Gotong Royong

Mengikut Kamus Dewan 2009, gotong-royong bermaksud


mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama.
Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara
bersama-sama bolehlah dianggap sebagai gotong-royong. Amalan
bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan
cepat, mudah dan menjimatkan kos serta mampu mengeratkan hubungan
antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu: “berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Gotong royong
dapat diartikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh
anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam
menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong
royong ini telah melekat pada diri masyarakat dan merupakan kebiasaan
turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat penting
sekali untuk memperlancarkan pembangunan yang berguna bagi
kesejahteraan masyarakat.

B) Definisi Kelas Bimbingan


Mengikut Mathewson (2011), bimbingan ialah proses professional yang
sistematik bagi menolong individu melalui prosuder pendidikan, dan membuat
interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik
lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan
keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral. Jadi,
kelas bimbingan membawa maksud sesuatu kelas diadakan dengan tujuan
memberikan pertolongan peribadi untuk menolong seseorang itu membuat
keputusan ke arah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana
ia dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik. Kelas
bimbingan juga memberikan peluang untuk menolong seseorang
menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya.

C) Maksud Kebersihan
Kebersihan individu melibatkan dua aspek yang penting iaitu
kebersihan fizikal dan kebersihan mental. Kebersihan fizikal melibatkan
kebersihan diri dan kebersihan persekitaran manakala kebersihan mental
pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.
Kebersihan badan adalah penting dan utama kepada kita. Untuk
mengekalkan kebersihan badan, banyak perkara yang perlu kita buat,
contohnya mandi, mengosok gigi, mencuci muka, mengemaskan rambut,
mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya. Selain itu, kita juga perlu
menjaga kebersihan pakaian kita kerana pakaian yang kotor akan
menimbulkan penyakit seperti penyakit kulit dan menyebabkan kegatalan
pada badan. Seterusnya kebersihan mental melibatkan tingkah laku, ucapan
dan pemikiran yang mulia. Misalnya, seseorang yang menjaga kebersihan
mental akan sentiasa mematuhi ajaran agama dengan tidak mengeluarkan
kata-kata kasar, melakukan sesuatu yang dapat memcemarkan nama diri
sendiri dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai