Anda di halaman 1dari 20

Topikȱ10 X Pergerakanȱ

Kreatifȱ
HASIL PEMBELAJARAN

Setelah anda mengikuti topik ini, anda akan dapat:


1. menyatakan dan mencirikan pergerakan kreatif;
2. mengkategori jenis tema dalam pergerakan kreatif; dan
3. menyatakan nilai, tujuan dalam pergerakan kreatif;

X PENGENALAN
Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik.
Pergerakan Kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria
untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai
contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik
dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke
kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif
akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang
konsep pergerakan.

10.1 PERGERAKAN KREATIF


Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan,
irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai
daya ekspresi. Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran
idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik
melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara
bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati
dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih
bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan berunsurkan
pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi
dan penilaian kendiri.
232 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif Kesemua unsur yang
dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat
unsur tersebut itu ialah:
x Tubuh badan
x Ruang
x Masa dan
x Daya

10.2 TUJUAN
Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada
pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif
memberi fokus kepada penggunaan pancaindera. untuk mencipta sesuatu
pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif pelajar akan berasa
seronok dan riang ketika belajar. Dengan kata lain tujuan utama pergerakan
kreatif adalah untuk berkomunikasi melalui pergerakan. Pergerakan kreatif
ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau
perasaan.

Gambarajah 10.1: Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia
ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan
TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF W 233

10.3 NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN


DALAM PERGERAKAN KREATIF
Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar
boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu
diperhati dan ditegaskan, ialah:
x Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan.
x Keseronokan dan kepuasan.
x Kesyukuran
x Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi.
x Menghormati orang lain.
x Menyedari keperluan orang lain
x Semangat cintakan keindahan alam sekitar
x Bekerjasama.
x baik hati
x berhemah tinggi
x kasih saying
x kebebasan
x kejujuran
x rasional
x berkerjasama
x berdikari
x keadilan
x keberanian
x kebersihan fizikal dan mental
x kerajinan
x kesedehanaan
x semangat bermasyarakat.
234 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

10.4 FAEDAH PERGERAKAN KREATIF


Antara faedah yang kita peroleh daripada pergerakan kreatif ialah:
x Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.
x Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia.
x Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.
x Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat Jay a diri dan inisiatif.
x Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh.
x Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan
idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi.
x Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan
kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan
prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan.
x Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek
pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya.
x Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk
yang indah dan seni dalam geraktari.
x Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja
dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan
bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.
x untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam
mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik
dengan nilai-nilai estetika.
x perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.
x peningkatan kemahiran pergerakan.
x penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri.
x perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif.
x perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif.
x pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain.
x peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan
kekuatan.
TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF W 235

Gambarajah 10.2 : Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.

10.5 TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF


1. Kesedaran Tubuh Badan

Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada


pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan
untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.

(a) Keseluruhan Tubuh Badan


Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan
tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara
bebas atau terkawal. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan
lokomotor atau bukan lokomotor tubuh badan. Misalnya, pergerakan
berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau terkawal.
Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti
mengikut rangsangan yang diberi, misalnya muzik.
236 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

Rajah 10.1: Pergerakan berjalan dan buka tutup melibatkan lokomotor dan bukan loko
motor

(b) Bahagian Tubuh Badan


Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan
seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan
ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah
dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan
perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan
mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan
merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang
dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut. Tapak tangan dan
lutut menjadi sokongan kepada berat badan.

Rajah 10.2: Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti
bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

2. Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa

Tema ini akab member! tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan
bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk
melahirkan perasaan melalui pergerakan.

(a) Beban
Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat
rintangan, misalnya beban. Kesan daripada beban ini akan
menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan
TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF W 237

yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang mencangkung


akan sukar untuk berdiri jika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu
seolah-olah dia memikul bende berat. Namun adalah mudah untuk
berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan contohnya
menyelam.

Rajah 10.3: Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-
kuat kepada pergerakan yang dilakukan

(b) Masa
Kesedaran rintanganterhadap masa memberi tumpuan kepada cara
tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta
merta atau kawal lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta
ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan tangan dengan
pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan kawal lambat ialah
membayangkan cara burung terbang tinggi.
238 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

Rajah 10.4: Kesedaran rintanganterhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh
badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat.

3. Kesedaran Ruang

Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan.


Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah
udalam mentontonkan sesuatu pergerakan.

(a) Kawasan
Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan
kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira
dilahirkan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang
dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Selain
daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga
melibatkan penggunaan arah.

(b) Arah
Arah pergerakan iailah gerakan yang dilakukan sama ada ke
hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah. Contohnya
dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat dari satu
tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan
tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah
dengan teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta
TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF W 239

Rajah 10.5: Arah pergerakan iailah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke
belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah.

4. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan


dengan menggunakan ruang dan masa

(a) Aliran
Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang
dan masa dalam melakukan gerakan.

Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu

x Aliran bebas
Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan
tubuh badan berada di udara dan sukar diberhentikan.

x Aliran terikat
Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana
pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam
keadaan seimbang
240 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

Gambar 10.4: Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana
pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang

(b) Ruang
Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi
tumpuan kepada kesedaran tentang cara menggunakan ruang untuk
melakukan pelbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dihasilkan
dan di oertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara
menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus. Ruang terus ialah
ruang yang di gunakan secara langsung dengan berada dalam
lingkungan kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada
aras yang rendah. contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus,
melengkung dan zig-zag. Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang
yang di gunakan secara tidak langsung di gunakan dalam gerakan
pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas
berbanding ruang terus.

5. Penyesuaian terhadap Rakan

Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan


hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui
pergerakan. Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah:
TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF W 241

Gambar 10.6: Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan
hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan.

Aktiviti 1

Kerja Berpasangan

Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan


bersama-sama berdasarkan peralihan tempat meniru sama ada selari atau
pergerakan meniru bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan di
pertontonkan secara unik

Arahan tugasan

Anda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan kelas Lakukan tiga
tugasan aksi pergerakan meniru selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan.
Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan tugasan sebagai
ritma.

Meniru selari Meniru bertentangan


Rajah 10.6: Contoh pergerakan meniru
242 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

Contoh Aktiviti

Kerja Berkumpulan

Dalam kerja berkumpulan penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan


perlu dilakukan oleh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh
dilaksanakan seperti yang berikut:
x Ketua dengan pengikut.
x Kumpulan bekerjasama
x Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan.

Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah


cara-cara penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan
menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan
bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.

6. Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat

Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan
menggunakan tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan
bebas.

(a) Lompatan Asas


Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki
untuk membuat lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini
berguna untuk membolehkan murid menyedari bahawa cara
lompatan berbeza akan memberi kesan yang berbeza.

(b) Bentuk Tubuh Badan


Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk
dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang.
Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang sebagai satu
pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan yang
melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar
(seperti tembok), lurus (seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas
(seperti skru)
TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF W 243

Gambar 10.7: Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan
kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang

(c) Gaya Isyarat


Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan
yang tidak menyokong beban badan. Contohnya kedua tangan
melambaikan sedangkan berat badan di sokong oleh kedua belah
kaki.
244 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan


yang tidak menyokong beban badan.

7. Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan

Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif ialah rithma
yang berkaitan dengan perkerjaan. Setiap pelbagai bidang pekerjaan sama
ada dalam industri pertanian, perkhidmatan atau perindustrian
mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai rangsangan
pergerakan. Antara ciri untuk mengenal pasti lakuan pergerakan yang
berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut:
Ć Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat.
Ć Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan.
Ć Peralihan antara dua pergerakan.
Ć Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.

Kesedaran Bentuk-bentuk Pergerakan

Dalam kemahiran ini bentuk-bentuk pergerakan dibina daripada pergerakan


tubuh badan dalam sesuatu ruang. Terdapat pelbagai bentuk-bentuk pergerakan
seperti garisan lurus, lengkung dan bulatan. Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan
atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan. Bentuk pergerakan di lantai
boleh dilakukan dengan pergerakan kaki secara melompat atau merangkak.
Pergerakan tangan seperti melambai-lambai atau ayunan tangan ketika
berkawad menghasilkan bentuk di awangan. Bentuk pergerakan ini boleh
dilakukan secara individu atau berkumpulan.Alat gendang dan alat muzik lain
seperti tamborin boleh di gunakan untuk menimbulkan suasana pergerakan.
TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF W 245

Gambar 10.7: Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di
awangan

Orientasi Ruang

Ruang boleh dibahagikan kepada ruang diri, ruangan umum dan persekitaran.
Dalam membincangkan tema orientasi ruang. Perbincang lebih mengutamakan
arah bahagian tubuh badan yang boleh digerakkan dan perkaitannya dengan
beberapa arah yang lain. Orientasi ruang ini dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu dimensi ruang, orientasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan
urutan.

PENAIKAN DARI LANTAI

Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan
dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara. Kemahiran ini
melambangkan perasaan kebebasan. l Kemahiran penaikan dari lantai
dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu:
x Penaikan dari lantai
x Lepas dari lantai ke ruang udara
x Membina pelbagai bentuk di ruang
x Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang

Kesedaran Kumpulan

Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai


satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama.
Ahli kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua
atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan.
246 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai


pemimpin atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik
sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli
kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh
disesuaikan mengikut peranan masing-masing.

Gambar 10.9: Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan


sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama
TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF W 247

SEMAK KENDIRI 10.1

x Berikan tafsiran pergerakan kraetif


x Nyakan kepentingan pergerakan kreatif untuk golongan pelajar
x Huraikan nilai-nilai yang boleh di terapka dalam pendidikan
x Huraikan secara terperinci tema-tema dalam pergerakan
kreatif

x Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota


badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan
mempunyai daya ekspresi
x pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan
deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan .
x Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian,
berpasangan atau berkumpulan.
x Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang
berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna.
x Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada
pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan.
x Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk
menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.
x Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan
agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian.
x Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti;
x Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia;
x Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi;
x Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat Jay a diri dan inisiatif;
x Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh;
x Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan
idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi;
248 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

x Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan


kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan
prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan;
x Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek
pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya;
x Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk
yang indah dan seni dalam geraktari;
x Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja
dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan
bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan;
dan
x untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam
mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik
dengan nilai-nilai estetika
x perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.
x peningkatan kemahiran pergerakan.
x penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri.
x perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif.
x perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif.
x pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain.
x peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan
kekuatan.
x Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada
pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan
untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.
x Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan
seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.
x Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong,
memindah dan menerima berat badan.
x Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat
rintangan, misalnya beban.
x Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan
berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan.
TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF W 249

x Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan


sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan
yang sama.
x Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai
pemimpin atau pengikut.
x Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh
badan dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara
x Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif ialah rithma
yang berkaitan dengan perkerjaan.

Tubuh badan,
Ruang,
Masa dan
Daya.
Halus ringan
Berat kuat

Buschner, C.A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills.


Champaign, IL: Human Kinetics.
Gallahue, D.L. (1996). Developmental Physical Education For TodayÊs Children
(3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.
Graham, G. (1992). Teaching Physical Education : Becoming A Master Teacher.
Champaign, IL : Human Kinetic.
Hopple, C.J. (1995). Teaching For Outcomes In Elementary Physical Education: A
Guide For Curriculum And Assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.
Jasma, P. & French, R. (1994). Special Physical Education: Physical Activity,
Sports and Recreation. N. Jersey: Prentice Hall.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.
K. Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
250 X TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF

_____________________________ (1997). Buku Panduan Pendidikan Pergerakan :


Gimnastik Artistik. K.Lumpur: DBP.
_____________________________ (2001). Kurikulum Kebangsaan Prasekolah
K.Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mosston,M.(1981). Teaching Physical Education.London Sydney: Charles E.
Merill Pub, Co, A. Bell, Howell.
Pangrazi, R.P. & Dauer, V.P. (1992). Dynamic Physical Education For Elementary
School Children (10th ed.). N.Y. Macmillan.
Randall L.E. (1992). The Student TeacherÊs Handbook For Physical
Education.Champaign IL: Human Kinetics.
Salmah Ayub. (1992). Pergerakan Kreatif dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Flo
Enterprise.
Yusof Ismail. (1994). Gimnastik. Shah Alam: Fajar Bakti.

Anda mungkin juga menyukai