Anda di halaman 1dari 22

SUMBER PENGAJARAN

DAN
PEMBELAJARAN

oleh:
LAU HIE MING
LANTONG AK BONGKONG
Matematik 1
PPG Kohort 1
Bahan
Simulasi
Model
Carta
Transparensi
Nota Edaran
Bahan
Audio-Visual
Slaid
Video
Bahan
Multimedia
Perisian
Kursus
Bahan
Internet
SUMBER
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
Proses Penggunaan Sumber
Pengajaran Dan Pembelajaran
untuk membantu murid mengalami pengalaman
pembelajaran yang lebih mengayakan dan konkrit.
Perkara abstrak yang susah untuk difahami
dirapatkan jurang kefahaman dengan
menggunakan pelbagai bahan pengajaran dan
pembelajaran.

Aliran Proses Penggunaan Bahan
Sumber PdP
1. Previu Bahan
2. Penyediaan Bahan
3. Penyediaan Suasana
4. Penyediaan Murid
5. Pelaksanaan Pengalaman
Pembelajaran dengan bahan
Previu Bahan
Menilai kesesuaian bahan yang ingin digunakan
dari segi isi kandungan , tahap kefahaman murid
dan objektif pelajaran.
Penyediaan bahan
Bahan disediakan atau diubahsuaikan dengan
tujuan penggunaannya. Guru menentukan urutan
penggunaan bahan serta cara penggunaan oleh
guru atau murid.
Penyediaan suasana
Guru menentukan tempat yang sesuai untuk
penggunaan bahan tersebut sama ada di kelas, di
makmal sains, di bilik pandang-dengar atau di luar
bilik darjah. Pemilihan tempat adalah bergantung
kepada ketersediaan peralatan di lokasi atau
kemudahalihan bahan / peralatan ke lokasi
tersebut.

Penyediaan murid
Murid disusun dalam kedudukan yang sesuai supaya mereka dapat
melihat bahan yang ditunjukkan, menggunakan bahan secara
kumpulan atau individu secara selesa. Guru boleh memberi
pengenalan umum kepada topik yang akan disentuh, rasional
kesesuaian bahan dengan topik, pernyataan motivasi bagaimana
bahan yang digunakan boleh membantu kefahaman dan tumpuan
aspek tertentu yang perlu diberikan untuk mendapat manfaat yang
maksima daripada pengalaman pembelajaran melalui bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan.

Pelaksanaan pengalaman
pembelajaran dengan bahan
Bahan disampaikan dengan guru sebagai
penyampai atau fasilitator. Interaksi dengan murid
dalam bentuk soal-jawab dikendalikan untuk
memantapkan kefahaman berdasarkan bahan yang
digunakan. Aktiviti susulan untuk menilai
kefahaman murid dilaksanakan untuk memastikan
pembelajaran yang berjaya telah dicapai.

BAHAN
SIMULASI
Model
Carta
Transparensi
Nota edaran
Model
perwakilan tiga-dimensi bahan realia. Sebuah
model boleh lebih besar, lebih kecil atau sama
saiz dengan bahan realia. Ia boleh diperbuat
daripada pelbagai jenis bahan seperti kertas, kayu,
tanah liat, plastik, logam, kaca, plastisin atau
polistirena.
Tiga jenis model
Model pepejal
Model keratan
Model pergerakan
Model
pepejal
biasanya dibina untuk membesarkan realia yang terlalu kecil (serangga kecil
seperti semut) atau yang terlalu besar (contoh glob untuk mewakli bumi).
Dengan menggunakan model pepejal maka murid dapat memerhatikan ciri-
ciri fizikal relia dengan lebih baik dan terperinci.
Model
keratan
menunjukkan bahagian di dalam sesuatu realia yang dipotong. Dengan cara
ini, struktur dalaman realia itu dapat ditunjukkan dari sudut pandangan
keratannya.
Model
pergerakan
menunjukkan bagaimana sesuatu sistem berfungsi atau beroperasi. Model
pergerakan yang baik akan menunjukkan bagaimana bahagian-bahagian dalam
suatu realia terkait untuk berfungsi.
Carta
Carta adalah satu jenis bahan visual yang tidak diprojeksikan.
perwakilan visual untuk perhubungan abstrak dari segi kronologi,
kuantiti atau hierarki (Heinich, Molenda, Russell, & Smaldino,
1999).
biasanya digunakan untuk menghuraikan aliran sesuatu proses
atau perhubungan bahagian keseluruhan bagi sesuatu perkara
secara grafik (Poh, 1998).
boleh juga digunakan untuk memaparkan organisasi atau
pengelasan.

Bentuk-bentuk carta
Gambar lukisan
Poster
Graf

Carta Habitat Hutan
Carta Cara Penyebaran
Biji Benih
Unsur-unsur carta yang baik
Lukisan perlu jelas, cukup besar dan berwarna
untuk memaparkan objek atau susun atur elemen
yang kemas serta menarik.
Jenis dan saiz huruf dalam carta harus cukup
besar, mudah dibaca dan berbeza dengan latar
belakangnya.
Carta jangan terlalu padat atau berkecelaru. Mesej
mesti jelas disampaikan
Transparensi
merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang ditayangkan bersama dengan projektor
overhed (Overhead Projector, OHP).

Kelebihan penggunaan transparensi
dan OHP ialah
senang digunakan dan dioperasikan
bersih
tidak memerlukan bilik yang sangat gelap
Boleh disimpan dan diguna semula
Pengajaran boleh dibuat di depan kelas dengan menghadap murid
Senang dimanipulasikan. Boleh ditunjukkan item yang penting,
boleh dihighlight perkara yang penting dengan pen transparensi,
menutup bahagian yang tidak perlu dan dedahkan sebahagian
sahaja yang diberi tumpuan dan didedahkan secara beransur-ansur.
Selain itu, pen transparensi dakwat tidak kekal boleh digunakan
untuk melukis, membulat dan menulis di atas transparensi.

Transparensi boleh difotostat terus dengan menggunakan gambar
yang jelas.
Transparensi yang berwarna juga boleh disediakan secara manual
atau dengan menggunakan mesi fotostat.
Rajah yang kompleks boleh didedahkan secara berlapis-lapis dan
berkembang. Untuk tujuan ini, satu bingkai digunakan supaya
filem transparensi boleh dilekat secara berlapis-lapis dan bertindih
mengikut urutan pendedahan.
Transparensi yang dihasilkan secara komersial boleh dibeli.
Transparensi buatan sendiri boleh diguubah mengikut keperluan
sendiri.


Faktor yang perlu dipertimbangkan
semasa menyediakan transparensi
Tulisan mesti jelas dan cukup besar.
Jangan dimuatkan terlalu banyak perkataan dalam
satu tranparensi.
Pakai satu transparensi untuk satu rajah.

Nota Edaran
Nota yang diperbanyakkan oleh guru dan diedarkan kepada murid-
murid.
Untuk menggalakkan dan mengekalkan tumpuan murid-murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, nota yang mengandungi
tempat kosong untuk diisi boleh disediakan.
Murid juga boleh digalakkan untuk membaca dan highlight atau
gariskan fakta-faktq yang penting dalam nota edaran supaya
manfaat yang maksima oleh diperolehi oleh mereka.
Rumusan dalam bentuk peta konsep, peta minda, jadual atau rajah
boleh diminta oleh guru untuk murid-murid memproses maklumat
yang terkandung dalam nota edaran.

Anda mungkin juga menyukai