Anda di halaman 1dari 11

GURINDAM DUA BELAS FASA YANG KETIGA : Maksud, Nilai, Pengajaran

Maksud :

Penglihatan yang dijaga akan mengurangkan keinginan terhadap perkara-perkara yang


negatif.

Pendengaran yang dijaga akan terhindar daripada berita yang tidak baik.

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya.

Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

Nafsu harus dijaga agar tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

TEMA

Nasihat memelihara anggota diri.

Gurindam ini memberikan nasihat supaya kita sentiasa memelihara anggota diri dan
berbudi pekerti.

PERSOALAN

Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.


Cth : Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara
yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)

Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.


Cth : Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3)

Persoalan kepentingan memelihara pendengaran.


Cth : Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian.
(Rangkap 2)

Persoalan semangat penting dalam kehidupan.


Cth : Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

GAYA BAHASA

Kata ganda
Cth : cita-cita (rangkap 1; baris 2)

Asonansi
Cth : Pengulangan vokal a -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1; baris 1)

Aliterasi
Cth : Pengulangan bunyi konsonan g � Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
(rangkap 4 baris 1)

Bahasa kiasan
Cth : Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh (rangkap 5)
BENTUK

7 rangkap
Setiap rangkap mengandungi 2 baris
3. Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

Cth : Sedikitlah cita-cita. (rangkap 1; baris 2)

Di situlah banyak orang yang hilang semangat. (rangkap 6 ; baris 2 )

Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata


Cth : Se/di/kit/lah/ ci/ta/-ci/ta. � 8 suku kata (rangkap 1; baris 2)

Di/ si/tu/lah/ ba/nyak/ o/rang/ yang/ hi/lang/ se/mang/at

15 suku kata (rangkap 6; baris 2)

Rima akhir aa
Cth: Apabila terpelihara kuping, � a

Khabar yang jahat tiadalah damping. � a (rangkap 2; baris 1 & 2)

NILAI

Kebijaksanaan
Cth : Kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata

Kesederhanan
Cth: Kesederhanaan ketika menghadap rezeki.

Kesabaran
Cth: Kesabaran memelihara mata daripada melihat perkara negatif.

Berbudi bahasa
Cth : Seseorang perlu menjaga tutur kata agar mendapat banyak faedahnya.

PENGAJARAN

Kita hendaklah menjaga penglihatan kita agar tidak menimbulkan keinginan yang tidak
baik.
Kita mestilah memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar berita yang tidak
sahih.
Kita haruslah menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang tidak
berfaedah.
.

PRAKTIS TOPIKAL

Praktis 1

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


( Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan, Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2 markah]

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat.

Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita
agar menjaga tutur kata.
Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu
gemar

menuturkan kata-kata negatif?


[3 markah]

tidak akan disukai/dihormati

tidak akan dipercayai


kehilangan rakan/sahabat/teman

14

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.


[4 markah]

Kita hendaklah memelihara penglihatan agar tidak menimbulkan keinginan yang tidak
baik.

Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan
kemudaratan.

Praktis 2

Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri? [2 markah]

Tidak muncul keinginan yang tidak baik

Menghindari diri daripada berita yang tidak sahih


Tidak berperangai yang tidak senonoh
Tidak pergi ke tempat yang tidak berfaedah

Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi
wadah kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang
boleh mempengaruhi minda pembacanya.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda
menerima

sesuatu berita yang diragui kebenarannya?


[3 markah]

bertanya kepada badan yang bertanggungjawab/menyiasat

melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya


mengabaikan berita

iii. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.


[4 markah]

Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.


Cth: Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara
yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)

Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.


Cth: Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3)

Persoalan pentingnya memelihara pendengaran.


Cth: Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2)

Persoalan semangat penting dalam kehidupan.


Cth: Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)
15

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3
i. Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi
Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas. [2 markah]

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang mendorong


kepada maksiat.

Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial.


Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri
daripada

melakukan perbuatan negatif?


[3 markah]

Mendalami ilmu agama

Bergaul dengan rakan yang berakhlak mulia

Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah


iii. Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut.
[4 markah]

Kebijaksanaan
Cth: Bijak dalam menuturkan kata-kata.

Kesederhanaan
Cth: Sentiasa bersederhana ketika memperoleh rezeki.

Kesabaran
Cth: Sentiasa bersikap sabar untuk memelihara anggota badan terutamanya mata
daripada melihat sesuatu yang ditegah oleh Tuhan.
16

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

Nyatakan maksud keluarlah fiil yang tiada senonoh. [2 markah]

muncul kelakuan yang tidak baik/sopan.

Dalam rangkap kedua gurindam, penulis mengingatkan kita agar menjaga pendengaran.
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memelihara pendengaran?

[3 markah]

Supaya diri terhindar daripada mempercayai sesuatu yang belum pasti/khabar angin/
negatif.

Supaya pergaduhan atau perselisihan faham dapat dielakkan.

Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga gurindam tersebut.

[4 markah]

Kita haruslah menjaga pertuturan semasa berkomunikasi supaya terhindar daripada


terlibat dalam perselisihan faham/ pertelingkahan.
Kita mestilah berfikir dan berhati-hati sebelum menuturkan kata-kata agar tidak
melukakan hati orang lain.
Kita mestilah bersopan-santun ketika berbicara supaya diri disenangi oleh orang
lain/masyarakat.
17

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

Nyatakan maksud khabar yang jahat tiadalah damping. [2 markah]

-terhindar daripada berita yang tidak benar/palsu

Pada pendapat anda, wajarkah kita mengambil berat tentang penjagaan pemakanan?
Jelaskan dua alasan anda.
[3 markah]

Wajar Alasan:

mengelakkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya. menjadikan tumbesaran badan


lebih sempurna

minda lebih cerdas

menjimatkan kos perubatan

iii. Huraikan tema yang terungkap dalam gurindam tersebut.


[4 markah]
Nasihat memelihara anggota diri

Anggota diri seperti mata, telinga, lidah, tangan dan kaki perlu dijaga daripada
melakukan perkara yang ditegah oleh agama
Kehidupan perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Anda mungkin juga menyukai