Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Persatuan Bahasa Melayu

Nama : Wan Nurul Aqilah Binti Wan Abdul Rahman AJK Pengacara Majlis Sebagaimana yang tertakluk pada kertas kerja yang telah diluluskan, tanggal 11 Oktober 2013, kami persatuan Bahasa Melayu semester 6 telah melaksanakan sebuah Persembahan Teater Si Tanggang versi Melati bertempat di dewan Tun Datu Mustapha. Dalam pelaksanaan Persembahan Teater ini, saya memegang tugas selaku AJK Pengacara majlis. Namun kali ini tugas pengacara majlis bukanlah sebagaimana pengacara majlis yang biasa. Sememangnya saya menjalankan tugas untuk mengalualukan kedatangan para penonton yang hadir ke persembahan kami, namun saya juga berperanan untuk mengingatkan syarat yang ditetapkan oleh kami semua yang mana diminta para penonton untuk memastikan telefon bimbit mereka dalam keadaan mod senyap. Walaupun tugas saya hanyalah selaku pengacara majlis sahaja, namun saya juga membantu AJK lain seperti pengerusi persatuan ini, cik Rosnanie Sharong dalam mengendalikan dan mengarahkan perjalanan persembahan ini. Ini kerana peranan saya hanya lah di awal persembahan sahaja maka dengan itu saya terpanggil untuk turut serta mengendalikan perjalanan majlis dan membantu sedikit sebanyak di samping memperoleh pengalaman yang akan dapat saya aplikasikan kelak di lain hari. Kekuatan Antara kekuatan yang saya dapat kenal pasti sepanjang perjalanan latihan dan persembahan ini, komitmen yang diberikan oleh rakan guru pelatih lain adalah sangat memberangsangkan. Hal ini kerana mereka semua telah menghadirkan diri mengikut masa yang ditetapkan walaupun sibuk dengan kerja kursus masing-masing. Selain itu, kekuatan saya selaku AJK pengacara majlis ini juga yang mana saya mengingatkan dan memberi syarat kepada para penonton tentang syarat yang telah

ditetapkan secara berhemah dan melontar intonasi yang sesuai mengikut keperluan nada yang berbeza. Kekuatan yang seterusnya adalah para pelakon bagi persembahan ini sangat berbakat. Hal ini kerana kami telah pun melakonkan beberapa jenis lakonan yang sebelum ini dan melihat pada ekspresi muka dan penjiwaan mereka adalah sangat berkesan.

Kelemahan Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan yang mana ketika kami menjalankan persembahan, penonton yang hadir dalam jumlah yang sikit. Tambahan lagi, para pensyarah yang dijemput juga tidak dapat menghadirkan diri untuk persembahan ini. Namun, di sini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak. Setelah dikenal pasti, hal ini berpunca kerana kesibukan masing-masing. Sebagai contoh, kami menjemput semester 4 Bahasa Melayu SJKT dan SJKC sebagai penonton namun mereka sendiri terlibat dengan persembahan Seni Dalam Pendidikan (SDP) pada hari yang sama. Kerana itulah jumlah yang menghadiri persembahan ini adalah sedikit. Selain itu, penonton yang hadir sedikit adalah kerana info yang disampaikan tidak secara meluas. Bagi saya, walaupun kumpulan sasaran adalah ahli Jabatan Pengajian Melayu sendiri, namun tidak salah supaya menjemput mana-mana warga Kent yang berminat untuk menonton persembahan kami setelah berpenat lelah kami melaksanakan latihan dan melakukan yang terbaik. Walaupun kami terdiri daripada jumlah ahli kelas yang ramai iaitu seramai 21 orang, namun masing-masing telah memegang watak masing-masing. Maka dengan itu, terdapat kekurangan kemahiran tenaga pekerja pada bahagian PA sistem bagi mengawal kesesuaian mikrofon para pelakon. Penambahbaikan

Terdapat dua penambahbaikan yang dapat saya cadangkan yang mana walaupun kami hanya menyasarkan kepada ahli JPM sahaja, namun kami seharusnya memberi peluang dengan promosi secara meluas tentang kewujudan persembahan yang bakal kami lakukan. Kedua, sumber manusia hendaklah diuruskan secara sistematik dan baik agar perjalanan persembahan akan menjadi lebih lancar dan baik hasilnya.

Rumusan Apa yang dapat dirumuskan di sini adalah, kerjasama adalah sangat penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Hal ini bersesuaian dengan kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun projek yang kita jalankan mengalami masalah yang sukar untuk dielakkan, ia akan menjadi mudah apabila sama-sama selaku kumpulan yang besar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di samping itu, selaku sebuah kumpulan, kita juga akan memiliki kawan bagi menyokong antara satu sama lain dan hal ini akan merawat kekecewaan jiwa seandainya terdapat kekangan yang tak dapat dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai