Anda di halaman 1dari 4

Bina Insan Guru Semester 6 910518-14-5056

Refleksi Bengkel Bersama Guru Besar Cemerlang SK. Malawa Berilmu, beramal dan berbakti

Pengenalan Sebagai salah seorang guru pelatih yang bakal menjadi guru kelak, adalah menjadi kewajipan kami untuk menghadiri bengkel-bengkel yang mana mampu memberikan inspirasi dan sebagai penyuntik semangat agar terus kekal berusaha dalam mengapai cita-cita mulia dalam menjadi nakhoda kecil dalam sesebuah negara. Sehubung dengan itu, kami pelajar PISMP Bahasa Melayu Januari 2011 merangkap semester 6 telah diamanahkan untuk membuat serta menghadiri bengkel yang melibatkan peranan mana-mana guru cemerlang yang terdapat di sekitar Tuaran. Hasilnya, kami telah sepakat untuk memilih Sekolah Kebangsaan Malawa, Kota Kinabalu sebagai destinasi untuk Bina Insan Guru kali ini kerana terdapat guru besar cemerlang, Encik Judni Diana yang mampu merealisasikan dan memenuhi kehendak bengkel Berilmu, beramal dan berbakti. Sebagaimana yang telah diketahui umum bahawa dalam penyediaan bengkel ini adalah tanggungan dan kendalian oleh unit PISMP Bahasa Melayu itu sendiri. Maka dengan itu, secara tidak langsung sebenarnya dalam penyediaan bengkel ini telah membuka peluang kepada kami selaku bakal guru untuk mempunyai ilmu pengetahuan tentang selok-belok dalam mengendalikan dan mewujudkan sesebuah majlis. Hal ini kerana, memandangkan kami guru pelatih masih lagi di bawah tanggungan institusi, maka dengan itu ia memerlukan kertas kerja dalam melaksanakan bengkel ini dan sekali gus meminta kami untuk membentuk Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi menghaluskan lagi perjalanan majlis dan bengkel yang kami telah rancangkan. Antara pengisian lawatan ini ialah untuk melihat sendiri inovasi pedagogi seorang guru cemerlang selain daripada amalan pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh beliau. Guru pelatih juga dapat melihat contoh yang terbaik daripada

Bina Insan Guru Semester 6 910518-14-5056

beliau dari segi ciri-ciri profesionalisme dan komitmen yang diberikan terhadap individu, rakan sekerja dan juga murid. Ia menjadi salah satu keperluan yang penting yang mana pengetahuan tentang cara seorang guru cemerlang bekerja sangat perlu bagi bakal guru untuk dimanfaatkan di alam pekerjaan kelak. Terdapat beberapa objektif yang telah ditetapkan dalam usaha memenuhi kehendak profoma, antaranya adalah seperti berikut: Menimba pengetahuan tentang inovasi pedagogi seorang guru cemerlang. Mempelajari corak pengajaran dan pembelajaran profesional yang berkesan. Mengaplikasikan amalan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang. Memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan guru pelatih terutamanya dalam merancang aktiviti. Mengukuhkan hubungan persahabatan dan nilai kerjasama dalam kalangan guru pelatih, pensyarah dan komuniti sekolah yang dilawati. Jika kita lihat kelima-lima objektif tersebut, ternyata kesemua-semua adalah bagi memenuhi kehendak yang telah digariskan dalam memenuhi Bina Insan Guru kali ini. Walaupun dalam keadaan masa yang ringkas dan singkat, namun perkongsian ilmu daripada Encik Judni Diana ternyata telah memberi input yang sangat berkesan kepada kami. Kekuatan Sepanjang bengkel ini diaturkan, saya telah dilantik sebagai timbalan pengerusi yang mana sedikit sebanyak saya bertugas dalam membantu ketua kami yang diketuai oleh saudari Ester Subin. Sepanjang bengkel ini dijalankan, ternyata banyak kekuatan yang saya mampu kenal pasti antaranya adalah pemilihan tempat dan guru cemerlang yang benar-benar sesuai dan cemerlang. Hal ini merujuk kepada input yang kami telah dapat dari bengkel tersebut malah ia benar-benar berkesan bila mana melalui bengkel ini juga semangat

Bina Insan Guru Semester 6 910518-14-5056

kami untuk menjadi seorang guru bukan sahaja sebagai guru biasa, namun cuba memasang cita-cita untuk menjadi salah seorang guru cemerlang di Malaysia juga telah disematkan dalam pemikiran masing-masing kerana ingin melihat anak bangsa sendiri turut cemerlang dalam kehidupan mereka kelak. Selain itu, kekuatan yang saya dapat kenal pasti lagi adalah pengurusan masa yang baik semasa bengkel itu dijalankan. Apa yang cuba saya sampaikan disini, kami hanya mempunyai masa yang singkat untuk mengenali dan berkongsi pengalaman yang telah dilalui Encik Judni Diana sepanjang beliau bergelar sebagai guru di bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, pemindahan ilmu itu masih boleh kami capai dan mengambil beberapa tip dalam mengharungi cabaran sebagai seorang guru kelak. Dalam pembikinan bengkel ini juga, kerjasama antara ahli dapat dilihat dengan jelas. Walaupun masing-masing menghadapi kesibukan dalam menyiapkan tugasan masing-masing, namun tanggungjawab yang dipikul oleh mereka dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Sebagai contoh AJK cenderamata yang ke hulu dan ke hilir untuk mendapat cenderamata yang dihadiahkan kepada penceramah kerana terdapat sedikit masalah namun dapat diselesaikan hasil perbincangan antara ahli. Begitu juga pada AJK Makanan dan AJK Pengangkutan serta AJK yang lain.

Kelemahan Terdapat beberapa kelemahan yang juga saya telah kenal pasti dalam pembinaan bengkel ini. Antara kelemahan tersebut adalah pada awalnya kami telah merancang untuk membina bengkel ini pada destinasi yang lain. Namun begitu, perkara ini tidak dipersetujui oleh pihak atasan memandangkan destinasi kami adalah berada di seberang lautan yang memerlukan pengangkutan kapal terbang supaya sampai ke sana. Dalam erti kata lain, beberapa kali kertas cadangan kami telah ditolak sehinggan kami mencadangkan SK Malawa sebagai destinasi yang terakhir. Selain itu, antara masalah yang kami hadapi adalah cenderamata tidak disediakan oleh pihak Institusi. Pada awalnya sememangnya cenderamata telah

Bina Insan Guru Semester 6 910518-14-5056

diluluskan dalam kertas kerja yang telah dibina. Namun begitu, apabila AJK yang terlibat untuk mendapatkannya, pihak stor menyatakan bahawa stok cenderamata telah tiada. Maka dengan itu ianya menjadi salah satu cabaran buat kami untuk menguruskan lagi kewujudan cenderamata itu sendiri. Namun, pihak stor masih lagi menyediakan beg kertas, pen dan buku yang mempunyai lambang IPG di atasnya.

Penambahbaikan Merujuk kepada kedua-dua masalah di atas, penambahbaikan yang dapat dilakukan oleh saya dan ahli yang lain adalah memastikan destinasi yang kami dibenarkan pergi terlebih dahulu sebelum merancang perkara yang lebih lanjut dalam pembikinan bengkel. Manakala bagi masalah yang kedua pula yang mana kami perlu menyediakan rancangan kedua seandainya menghadapi masalah seperti situasi ini. Maka dengan itu, kami sebulat suara menggunakan dan berkongsi duit masing-masing dan kumpulkan ia untuk membolehkan membeli sebuah cenderamata yang sesuai untuk penceramah selaku guru besar cemerlang.

Penutup Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa, dalam menguruskan sesuatu sudah tentu menghadapi pelbagai masalah yang tidak menentu. Sama ada dari sumber manusia mahupun dari sumber alatan itu sendiri. Hal ini juga bakal berlaku setibanya kami di sekolah kelak. Namun, kami selaku guru kelak hendaklah sentiasa menyediakan mental dan fizikal agar dapat mengharungi dugaan yang mendatang. Disediakan oleh, Wan Nurul Aqilah Binti Wan Abdul Rahman PISMP BM JAN 2011

Anda mungkin juga menyukai