Anda di halaman 1dari 3

Pantun Nasihat

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)


MAKSUD
Rangk
ap
1
2
3
4
5
6

Maksud
Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dillakukan
secara bersama-sama.
Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri demi
menjamin keselamatan diri.
Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan
merosakkan diri sendiri
Pesanan kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana
ketelanjuran kata akan memberi padah kepada diri.
Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak
terpesong.
Tatasusila perlu dijaga dalam pergaulan.

TEMA
Nasihat - menasihati sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
PERSOALAN
1. Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan.
Hal ini amat penting kerana dengan adanya muafakat, kerja yang sukar akan
menjadi mudah.
Contoh:
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
2.

Kepentingan menjaga maruah diri. Nasihat ini sebagai panduan kepada setiap
gadis supaya menjaga maruah diri kerana maruah diri sesuatu yang amat
berharga.
Contoh:
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.

3.

Amalan bertutur kata dengan sopan. Hal ini amat penting kepada setiap insan
kerana ketelanjuran kata-kata akan menyebabkan diri sendiri menerima
padahnya.
Contoh:
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.

4.

Adab dalam menuntut ilmu. Setiap ilmu yang dituntut perlulah secara berguru
agar kesahihan ilmu tersebut dapat dipastikan.
Contoh:
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.

BENTUK

i.
ii.
iii.
iv.
v.

Bentuk terikat.
Mempunyai 6 rangkap.
Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap
Baris 1 dan 2 merupakan pembayang dan baris 3 dan 4 merupakan maksud.
Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan rangkap 3)
Contoh : Kerja yang payah menjadi senang (5 perkataan rangkap 1)

vi.

Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.


Contoh : ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata - rangkap 3)
Contoh : ji/ka/lau se/mua ber/sa/tu ha/ti (11 suku kata - rangkap 1)

vii. Rima akhir abab.


GAYA BAHASA
1. Asonansi - Pengulangan vokal u
Contoh: Nyiur muda dibuat pengat
2.

Aliterasi - Pengulangan konsonan g


Contoh: Sungai Pahang sama direnang

3.

Peribahasa
Contoh: kerana mulut badan binasa.

4.

Repitisi
Contoh: bunga melati bunga pandan

5.

Unsur alam
Contoh: nyiur muda

NILAI
i.
Nilai bekerjasama.
Sesuatu kerja yang sukar pastinya akan menjadi lebih mudah apabila
wujudnya semangat kerjasama dalam masyarakat.
Contoh:
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
ii.

Nilai kebijaksanaan.
Seseorang itu perlu bijaksana menjaga diri agar tidak terjebak dalam perkara
yang tidak elok.
Contoh:
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

iii.

Nilai berbudi pekerti.


Setiap insan hendaklah bergaul mesra dengan tertib dan menjaga tutur kata
agar diri tidak merana disebabkan ketelanjuran kata-kata.
Contoh:
Tidak salah bergaul mesra,
Tatasusila perlu dijaga.

PENGAJARAN

i. Kita perlulah bekerjasama ketika melakukan sesuatu kerana kerja yang sukar
akan menjadi mudah dengan adanya muafakat.
Contoh:
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
ii.

Kita hendaklah berfikir secara bijaksana sebelum melakukan sesuatu kerana


kesilapan dalam bertindak akan memberi kesan kepada diri.
Contoh:
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

iii. Kita hendaklah menjaga budi pekerti dan tutur kata dalam pergaulan kerana
ketelanjuran tingkah laku akan menyebabkan diri menerima kesannya.
Contoh:
Tidak salah bergaul mesra,
Tatasusila perlu dijaga.
SOALAN
1. Nyatakan dua unsur keindahan bahasa yang terdapat dalam Pantun Nasihat
(Bersatu hati).
2.

Mengapakah kita mesti berguru apabila menuntut ilmu?

JAWAPAN
1. Dua unsur keindahan bahasa yang terdapat dalam pantun nasihat (Bersatu
Hati) ialah peribahasa contohnya kerana mulut badan binasa dan unsur alam
iaitu nyiur muda.
2. Kita perlu berguru apabila menuntut ilmu agar sebarang ilmu yang kita pelajari
tidak terpesong.

Anda mungkin juga menyukai