Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

1. Definisi Slogan
Perkataan atau kalimat yang menarik atau mencolok dan mudah diingat untuk
menjelaskan tujuan suatu ideologi, golongan, organisasi atau sesuatu pertubuhan. Bersifat
untuk membangkitkan semangat dan dapat menjadi suatu prinsip hidup.
2. Rasional pewujudan slogan-slogan Q
Tujuan slogan dalam sesebuah organisasi diwujudkan adalah bagi menyampaikan
informasi dan mempengaruhi pandangan atau pendapat orang terhadap informasi.Slogan
yang dicipta hendaklah di penuhi untuk mencapai kepuasan pelanggan bagi memastikan
organisasi itu mencapai tahap berkualiti. Penggubalan dan penggunaan slogan-slogan
kualiti adalah satu strategi bagi mewujudkan kesedaran yang menyeluruh di kalangan
kakitangan agensi-agensi Kerajaan tentang kualiti. Kesedaran ini akan menjadi dorongan
kepada mereka untuk mengamalkan nilai-nilai kualiti yang ditetapkan oleh agensi dan
menerapkan ke dalam kerja-kerja seharian. Slogan-slogan ini juga akan memberi fokus
tentang visi yang ingin dicapai oleh sesebuah agensi dalam pengurusan kualitinya. Fokus
ini akan menjadi sumber rujukan di kalangan kakitangan dalam menilai peranan mereka
supaya sentiasa sejajar dengan matlamat agensi. Di dalam mewujudkan slogan-slogan
kualiti, pihak agensi boleh menyatakan dengan jelas akan matlamat pengurusan
kualitinya supaya mudah dihayati oleh setiap kakitangan. Slogan-slogan ini juga boleh
digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyatakan sistem nilai kualiti yang ingin
diterapkan sebagai ciri-ciri budaya korporatnya. Selain itu dengan adanya slogan yang

telah dicipta ini akan menjadi panduan kepada para pekerja sektor awam agar lebih
berhati-hati dalam menjalankan tugas yang diberikan.
3. Ciri-ciri
a) Kata-katanya singkat, menarik, dan mudah diingat.
b) Disajikan dalam bentuk frasa, klausa, atau kalimat.
c) Merupakan semboyan organisasi/masyarakat .
d) Terdapat kata-kata ajakan yang tersirat.
Kalimat Slogan yang dicipta hendaklah singkat iaitu mengandungi beberapa patah
perkataan yang mudah diingat oleh para pekerja dan juga pelanggan.Slogan juga harus
diwujudkan dengan penuh makna agar ianya dapat menarik minat dan semangat kepada
pekerja dan pelanggan.Selain itu slogan juga haruslah menarik apabila dipamerkan dalam
sesebuah organisasi.Slogan-slogan ini juga telah diwujudkan di sekolah-sekolah bagi
memaklumkan kepada ibu bapa mengenai matlamat dan hala tuju sekolah dengan jelas
kepada mereka.Dengan adanya slogan Q sekolah dilihat lebih berkualiti dalam
memastikan perkhidmatan yang diberikan bertepatan dengan apa yang telah dinyatakan
dalam slogan tersebut.Contoh Slogan yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Bersih,Cekap,Amanah dan Kepimpinan melalui
Teladan.

PENGAMALAN SLOGAN-SLOGAN DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA


Pada masa kini penggunaan slogan-slogan di sektor awam dan swasta bukanlah
satu perkara yang baru tetapi telah pun diamalkan di masa lalu. Lazimnya slogan kualiti
digubal untuk memberi tumpuan yang khusus terhadap misi sesebuah organisasi. Sloganslogan kualiti yang dirangka adalah berdasarkan kepada tumpuan kualitinya atau sasaran
(target) yang hendak dicapai.Contoh-contoh tumpuan tersebut adalah seperti
pengurangan keluaran yang cacat,peningkatan kepuasan hati pelanggan, pengurangan kos
dan seumpamanya. Di kalangan sektor swasta, slogan merupakan mekanisme yang
penting untuk Menggembeling tenaga pekerja-pekerja ke arah pencapaian matlamat yang
tertentu.
Antara contoh slogan yang telah digubal dalam sektor swasta adalah Quality Is
Our Tradition oleh Matsushita Industrial (M) Sdn Bhd.Jika diterjemahkan organisasi ini
menyatakan bahawa kualiti adalah tradisi bagi organisasi mereka.Ini menunjukan mereka
mementingkan kualiti dalam menghasilkan barangan mereka untuk memberi kepuasan
kepada pelanggan mereka.Pelanggan akan tertarik dengan kata-kata ini dan lebih percaya
untuk membeli barangan keluaran mereka.
Contoh slogan Q yang telah digubal dalam sektor kerajaan ialah We Do More
For You dan Senyum Selalu,dua slogan ini telah dipraktikkan oleh Bank Simpanan
Nasional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka.Slogan ini menujukkan
mereka akam melakukan lebih kepada pelanggan unutuk mencapai kualiti iaitu
memenuhi kepuasan pelanggan mereka dan mereka akan sentiasa memberi senyuman
dalam menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan mereka.

CARA PERLAKSANAAN SLOGAN Q


Di dalam pekeliling bilangan 4 juga telah menyatakan cara perlaksanaan slogan
Q.Agensi-agensi kerajaan harus memberi perhatian kepada 3 faktor penting dalam
penggubalan dan pengamalan slogan- slogan kualiti. Faktor-faktor ini adalah:
a. Pewujudan Slogan
Pihak pengurusan hendaklah menyediakan slogan-slogan kualiti sama ada
atasinisiatif mereka sendiri ataupun dengan menggalakkan setiap pegawai dan staf
mencipta slogan-slogan kualiti yang sesuai. Pertandingan untuk slogan yang terbaik
boleh di adakan dari semasa ke semasa dan satu jawatankuasa boleh ditubuhkan khusus
untuk menilai dan memilih slogan-slogan kualiti yang terbaik. Selain ini, pengiktirafan
boleh diberi kepada mana-mana pekerja yang telah berjaya menghasilkan slogan yang
menarik dan sesuai. Ini akan menggalakkan lebih banyak lagi penyertaan daripada
pekerja-pekerja pada masa hadapan. Pengiktirafan tersebut boleh diberi dalam bentuk
kewangan atau hadiah-hadiah tertentu seperti buku-buku,alat tulis yang istimewa, beg
eksekutif dan lain-lain.
b. Penyebaran Slogan
Untuk menentukan keberkesanan slogan-slogan tersebut, adalah menjadi
tanggungjawab setiap agensi Kerajaan untuk menerangkan slogan-slogan itu kepada
setiap anggota pekerja supaya mesej kualiti yang hendak disampaikan difahami dengan
jelas.

c. Lokasi Slogan
Slogan-slogan ini harus dipamerkan di tempat-tempat yang strategik seperti di
tempat kerja, di bilik mesyuarat dan tempat masuk ke pejabat. Selain ini slogan-slogan ini
boleh diadakan dalam beberapa bentuk seperti di transparensi- transparensi, banners,
poster-poster, badge, dicetak di sampul surat atau di bahagian kepala surat dan diiklankan
di majalah-majalah agensi berkenaan.
Antara contoh-contoh slogan Q yang terdapat di agensi-agensi awam mahu pun
swasta yang dapat dilihat adalah seperti gambar di bawah:

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan dalam membincangkan pekeliling Bilangan 4 yang
menyentuh satu strategi iaitu slogan Q dalam meningkatkan kualiti dalam sesebuah
organisasi dapatlah dikatakan bahawa slogan Q adalah sesuatu yang penting dalam
mememastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pelanggan kerana
slogan yang ringkas dan mudah dibaca oleh semua orang akan menyatakan matlamat
yang hendak dicapai oleh organisasi dalam semasa mereka memberikan perkhidmatan
kepada pelanggan atau menghasilkan barangan bermutu kepada pelanggan.Pekeliling ini
juga menyatakan mengenai pengamalan slogan ini perlu dihayati oleh semua pekerja
dalam organisasi bagi mewujudkan perasaan kualiti dari dalam seseorang pekerja itu
sendiri.

Selain daripada itu pekeliling ini juga menyatakan cara pelaksanaan slogan Q
dalam organisasi dari segi pengwujudan slogan,bagaimana ia dapat dihasilkan,bagaimana
ia dapat disebarkan kepada semua dan dimanakah lokasi yang sesuai untuk diletakkan
slogan itu dalam sesebuah organisasi dalam mencapai perkhidmatan yang berkualiti
kepada pelanggan.

RUJUKAN
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 1991

Anda mungkin juga menyukai