Anda di halaman 1dari 3

3.

3 Tanggungjawab terhadap ibu bapa / penjaga


Strength: 1) hubungan baik antara guru dan ibu bapa
2) guru yang berpengetahuan dari segi kemahiran IT atau kemhiran yang
diperolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam tempoh yang panjang
3) guru yang berfikiran secara kritis dan kreatif

Weakness: 1) kurang aktiviti yang melibatkan ibu bapa kurang faham tentang peranan
mereka dalam pembangunan murid dan sekolah

Opportunities:
1) membina jalinan dan jaringan dengan ibu bapa, melalui pembabitan
aktiviti PIBG dan juga penglibatan Hari Sukan.

2) melibatkan ibu bapa untuk membantu pembelajaran murid


3) ibu bapa yang berlatarbelakang pendidikan yang baik membantu
mengawal prestasi hal ehwal murid
4) PIBG sedia memberi kerjasama dan sumbangan yang berterusan untuk
masa depan murid.

Threat:
1) guru tidak mematuhi kod etika profession perguruan, menyebabkan ibu
bapa murid tidak yakin dengan guru tersebut mampu mengajar anak2 mereka
atau tidak.
2) harapan yang tinggi dari ibu bapa terhadap guru menyebabkan guru
tertekan

Sebagaimana yang kita maklum bahawa profesion perguruan ini sememangnya


profesion yang penting dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada masyarakat
dan juga individu. Dalam era globalisasi dan permodenan sekarang, peranan guru menjadi
lebih kompleks dan lebih mencabar. Di tambah pula dengan inisiatif keraajaan dalam Pelan
Pemulihan Pendidiakan Negara yang pernah dinyatakan dalm RMK-12, menggalakkan lagi
para guru untuk bergiat aktif dengan kursus yang berkaitan untuk menimba ilmu.
Berdasarkan kepada SGM 2.0 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, para guru dan bakal guru perlu menerapkan sikap tanggungjawab bukan sahaja
kepada profesion dan murid tetapi untuk ibu bapa murid juga. Berdasarkan analisa SWOT,
langkah pertama yang perlu dilakukan oleh para guru ialah guru perlu mencipta kekuatan
dengan cara guru melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik. Para guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Lantaran itu, guru berjaya memperolehi kemahiran seperti kemahiran digital dan kemahiran
IT yang diperoleh diperaktikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Selain itu, hubungan kuat dan mesra yang terjalin antara ibu bapa murid dan guru
memperkukuhkan lagi rasa tanggungjawab dalam memegang profesion sebagai perguruan.
Hal ini kerana, guru dianggap dan diamanahkan oleh ibu bapa sebagai pengganti ibu bapa,
penasihat dan pembimbing kepada anak mereka dan memberi contoh sahsiah yang baik.

Analisa SWOT yang seterusnya adalah kelemahan yang ada sepanjang


tanggungjawab guru terhadap ibu bapa atau penjaga. Antara kelemahan yang dapat
dikenalpasti ialah kurang aktiviti yang melibatkan ibu bapa. Hal ini kerana sebahagian ibu
bapa kurang faham tentang peranan mereka dalam pembangunan murid dan sekolah.
Berdasarkan kajian Mayhem dan Lempers (1998), mendapati bahawa ibu bapa yang kurang
memberikan sokongan kepada perkembangan anak selalunya berasal dari golongan
keluarga yang kurang dari segi kewangan. Satu lagi kajian yang dilakukan di Amerika
Syarikat dari organisasi National Assesment for Educational Progress (NAEP) membuktikan
pelajar-pelajar daripada golongan sosio ekonomi rendah menghadapi masalah pencapaian
dalam mata pelajaran. Hal ini menyokong pernyataan dari Bracey (2003) di mana pelajar
miskin kerugian kerana gaya hiduo mereka. Namun demikian, kurang pendapatan dan sosio
ekonomi rendah bukannya bermakna penyebab sesuatu masyarakat itu tidak dapat berubah
menjadi yang lebih baik dari sebelum.

Sebagai guru yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa, guru perlu mengambil
peluang dengan cara membina jalinan dan jaringan dengan ibu bapa. Sebagai contohnya,
guru boleh menggalakkan ibu bapa untuk banyak melibatkan diri dengan aktiviti Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga aktif terlibat dalam aktiviti seperti Hari Sukan Sekolah.
Dengan berbuat demikian, ibu bapa secara langsung dapat membantu pihak sekolah dalam
menganjurkan aktiviti luar bilik darjah seperti program motivasi dan seminar. Program-
program ini memberi manfaat dalam proses pembelajaran anak-anak mereka di dalam
sekolah dan juga di luar sekolah. PIBG juga sedia memberi kerjasama dan sumbangan yang
berterusan dari segi kewangan demi memudahkan pembelajaran murid-murid. Selain itu, ibu
bapa yang berlatarbelakang pendidikan yang baik boleh membantu untuk mengawal
prestasi hal ehwal anak mereka dari segi pendidikan.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, tidak dilupakan juga
terdapat ancaman yang ada dalam tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Ancaman
tersebut berkaitan dengan isu-isu yang selalu dikaitkan dengan guru iaitu terdapat segelintir
guru yang tidak mematuhi kod etika profession perguruan. Sebagai contohnya segelintir
guru gagal dari segi penyalahgunaan masa di sekolah. Guru tersebut tidak menepati masa
bermula dan tamat waktunya kelas. Selain daripada itu, guru juga tidak menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan kepada murid. Hal ini menyebabkan
proses pembelajaran mereka terganggu dan mengakibatkan keciciran pelajaran. Akhir-akhir
ini tular di media sosial seorang guru merotan anak murid sehingga meninggalkan kesan
ketara di badannya. Disebabkan tindakan guru yang melampau itulah menjadi punca
ibubapa hilang kepercayaan yang diletakkannya kepada guru sekaligus menjatuhkan
martabat perguruan di mata ibu bapa pelajar.
Peranan setiap guru bertujuan untuk membina asas pendidikan yang jitu kepada murid dan
juga memberi

Anda mungkin juga menyukai