Anda di halaman 1dari 1

MORAL IMPERATIF SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH

NAMA: EN NOR RIZAN BIN KASIM @ JASIN

SEKOLAH: SK BUKIT BERUANG, MELAKA.

1. APAKAH SEBAB- SEBAB SAYA MENJADI PEMIMPIN SEKOLAH?

Menjadi seorang pemimpin sekolah, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira, antaranya:

a. Kesediaan fizikal dan mental.


b. Kesediaan Ilmu- ilmu pengurusan dan komunikasi.
c. Kesediaan minda sebagai pendengar yang baik.
d. Kesediaan menjadi seorang mentor yang berkesan.

Sehubungan itu, tujuan saya menjadi seorang pemimpin sekolah adalah untuk menguji kebolehan
diri dalam mengurus dan mentadbir serta menjadi seorang mentor yang benar-benar berkesan
dalam setiap aspek pengurusan.

2. APAKAH IMEJ YANG INGIN SAYA TONJOLKAN SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH?

Sebagai pemimpin sekolah, beberapa imej yang ingin saya tonjolkan:

a. Seorang pemimpin yang mudah didekati dan disenangi dalam setiap tugasan yang
diberikan.
b. Seorang pemimpin yang sanggup berkerja bersama dalam melaksanakan tugasan (Turun
padang)
c. Tegas dan jelas dalam membuat arahan dan keputusan.

3. APAKAH SUMBANGAN YANG DAPAT SAYA BERIKAN KEPADA PROFESION SAYA?

Sumbangan yang dapat saya berikan Kepada profesion saya adalah:

a. Menyelesaikan masalah kawasan menjalankan aktiviti dan tempat letak kenderaan.


b. Menyusun semula pengurusan bidang saya dengan lebih tersusun dan mengikut SOP yang
ditetapkan.

4. APAKAH WARISAN (LEGACY) YANG INGIN SAYA TINGGALKAN SEBAGAI PEMIMPIN


SEKOLAH?

Warisan yang ingin saya tinggalkan sebagai pemimpin sekolah ialah:

a. Budaya kerja – Saya akan cuba dulu, mudah, dan pantas bertindak
b. Melengkapkan peralatan dan kemudahan bagi menjalankan aktiviti- aktiviti yang bakal
dijalankan kelak.

Anda mungkin juga menyukai