Anda di halaman 1dari 6

BIDANG MEMBUAT BENTUK DAN BINAAN

SUMBER: http://artzskill.blogspot.com/p/bidang-mecorak-dan-membuat-rekaan.html

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG


- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri,
kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan
ikon.
- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata
ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi
yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak
simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan
.
TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Tingkatkan Daya Kreativiti
-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan
apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda,
anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958))
- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea
baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.
- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang
berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian
dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.
Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar,
bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.
b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang
baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya
maklumat dan pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan
kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau
tempat-tempat strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.
2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan
bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.

Temanya :
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan,
wau kucing dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian peralatan kegunaan harian.
Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.
(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan
mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik
dan berketerampilan.
(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.
Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang,
kulit siput dan sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan
sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki
kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.
Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga
Dimensi
1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi
pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat,
olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan
menyatakan kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk
rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut

fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk
suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.
Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat tumbnail-print / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan
untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik
dijadikan kemasan akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.
Mengenali Pelbagai Bentuk Asas
- Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk,
berjurai, lembik dan berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus,
keras dan padu.
PENGENALAN ARCA
1) Arca merupakan bentuk dalam susunan tiga dimansi untuk dikaji dan dinikmati nilai
estetikanya.
2) Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan cirri- cirri tiga dimensi.
3) Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina,hiasan
dalaman,dan reka bentuk pentas, namun karya ini mempunyai kaistimewaan tersendiri.
4) Arca dibahagikan kepada 2 jenis iaitu berfungsi dan estetika.
ARCA (Klik Disini)

Arca berasal daripada perkataan Yunani tua sculpere yang bermaksud


mengukir,menebuk, memotong, melarik dan sebagainya
- Pengucapan hasil seni yang bersifat 3D.
- Hasil karya yang lebih diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar.
- Menggunakan unsur seni reka dan prinsip seni reka.
SEJARAH ARCA.
1) Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang,
tanduk, dan tanah liat. Ia dihasilkan oleh orang- orang Aurignacian dan Magladenia
pada kira- kira tahun 8000 S.M.
2) Pada zaman dahulu , bentuk figura manusia dan haiwan adalah subjek utama yang
digunakan untuk menghasilkan arca.
3) Michelangelo Buanarroti (1475-1564) merupakan pengarca italic yang teragung
pada zaman pembaharuan (Renaissance) di Eropah.
4) Pengarca masyur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman
sebelum perang dunia kedua ialah Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898- 1986)
dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland (1901 1966).
5) Sebelum Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih
daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya kepada
bahan plastik , nilon, fabric, dan bahan buangan lain.
6) Antara teknik yang digunakan ialah teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik
acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.
SEJARAH ARCA DI MALAYSIA
1) Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan.
2) Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun
1960-an.
3) Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed
Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, dan lain- lain.
KATEGORI ARCA
a) ARCA ESTETIK
- Bahan peragaan/tatapan - Sebagai hiasan dalam/luar bangunan
- Punyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual
b) ARCA BERFUNGSI
- Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak dan lanskap Sebagai alat ritual, penyembahan dan keagamaan - Keperluan domestik.
MEDIA PENGHASILAN ARCA

- TANAH LIAT - Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian sebelum batu
digunakan untuk arca
- GANGSA - Gabungan tembaga, zink dan timah - Gunakan alatan leburan yang
bersuhu tinggi - Gunakan acuan untuk membentuk arca.
- KAYU - Media paling tua , Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu - Banyak
dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia
- BATU - Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun. Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu digabung dengan
logam.
- LOGAM Mula diguna kurun ke -20. Proses oksiasetilena digunakan

Arca timbul - Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang
rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh di
buat secara:- Acuan- Tampalan.

Anda mungkin juga menyukai