Anda di halaman 1dari 30

HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR : ROSMAH BINTI SIBIN


NO. MATRIKULASI : 740425125292001
NO. KAD PENGENALAN : 740425-12-5292
NO. TELEFON : 013-8773472
E-MEL : rtom_74@yahoo.com.my
PUSAT PEMBELAJARAN : W.P LABUAN

0
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 2
STRATEGI BERPUSATKAN MURID
2. Pengenalan / Definisi Strategi Berpusatkan Murid 3-5
Konsep Strategi Berpusatkan Murid 5–6

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid 6-7


PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN
Pengenalan / Definisi 8-9
3.
Konsep 10
Ciri-Ciri 10 - 11

4. Faktor-Faktor Sesuatu Bahan Bantu Pembelajaran Dapat 12 - 15

Disesuaikan Dengan Strategi Berpusatkan Murid.

Cara-Cara Sesuatu Bahan Bantu Pembelajaran Dapat


5. 16 - 17
Disesuaikan Dengan Strategi Berpusatkan Murid.

6. Kesimpulan 18 - 18
7. Bililiografi 19 - 20
8. Lampiran (Rph / Bahan-Bahan Rph) 21 - 29

PENGENALAN
Umumnya kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam
mengendalikan proses pengajaran-pembelajaran. Guru-guru terlatih adalah bijak memilih
dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan diri
mereka dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan
sesuatu kaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya
pembelajaran pelajar, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak

1
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
disampaikan, tahap pencapaian pelajar, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang
ingin dipupuk.

Perkataan strategi pembelajaran memang tidak asing lagi dikalangan kaum pendidik
tetapi sejauhmanakah seseorang pendidik itu serius dengan pelaksanaan strategi pengajaran
yang dirancang itulah yang menjadi persoalan. Pendidik faham bahawa strategi yang sesuai
boleh menarik perhatian pelajar dan seterusnya pelajar mudah memahami apa yang
disampaikan. Dalam masa yang sama tanpa mereka sedari ada strategi yang jika
dilaksanakan dengan serius boleh membina kemahiran pelajar secara menyeluruh yang
mampu menyediakan pelajar dengan nilai tambah (value-added) apabila mereka mencari
pekerjaan nanti. Strategi yang dimaksudkan ialah pembelajaran berpusatkan pelajar atau
Student Centred Learning (SCL).

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya


menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan
gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan
merupakan strategi pengajaran. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika
kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan
serta minat yang berbeza-beza.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang
paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk
membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku.
Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran.
Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

i) STRATEGI BERPUSATKAN MURID

Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan
di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan
guru. Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan
2
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran
bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah
‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses
pembelajaran. Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada
berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan
kematangan pelajar.

DEFINISI STRATEGI BERPUSATKAN MURID


Terdapat beberapa pendapat tokoh-tokoh tentang definisi strategi berpusatkan murid,
antaranya:

Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang murid untuk
memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran).
seseorang murid dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi
guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui
pelbagai strategi pengajaran yang digunakan.

(Giam Kah How, 2000).

Levin dalam jurnalnya berjudul Student and Educational Productivity menyatakan


pendidikan lebih dilihat sebagai unsur produktiviti. Pelajar dipandang sebagai hasil proses
pembelajaran di sekolah. Pelajar yang produktif adalah hasil dan kesan daripada input dan
output yang diperoleh di sekolah. Input yang berkualiti akan melahirkan output yang
berkesan.
Monk (1992)

“Pembiayaan untuk pelaburan itu diadakan dengan hasrat supaya ia akan menghasilkan
pulangan yang sebaik-baiknya dalam jangka masa panjang. Pendidikan mempunyai kesan
langsung ke atas ekonomi. Dengan peningkatan tahap dan stok ilmu pengetahuan yang
ada pada seorang individu akan menjadikannya seorang tenaga kerja yang produktif dan
boleh memberi sumbangan terhadap tambahan nilai keluarga. Seterusnya tambahan nilai
keluaran ini akan meningkatkan pendapatan negara. Oleh yang demikian konsep
produktiviti dalam sektor pendidikan adalah dilihat dari segi kecekapan jentera
pelaksanaan sistem pendidikan mengeluarkan tenaga kerja yang produktif sesuai dengan
keperluan pembangunan sektor ekonomi lain dalam meningkatkan hasil keluaran negara”
3
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
(Menteri Pendidikan Malaysia, Encik Anwar Ibrahim,1986)

Pendidikan yang melakukan untuk diri pelajar adalah pendidikan mengikut nature,
pembelajaran melalui pengalaman dan pembelajaran melalui penemuan. Pelajar adalah
lebih penting daripada guru atau mata pelajaran. Begitulah sebaliknya. Pendidikan yang
melakukan untuk pelajar melihat mata pelajaran bersifat tunjuk ajar atau pengajaran
formal, kerana tunjuk ajar formal bertujuan menggunakan guru dan mata pelajaran untuk
membentuk sahsiah pelajar dan menyekat kebebasan pelajar mengembangkan sahsiahnya
yang semulajadi. Schofield juga menyatakan pelajar hanya boleh belajar apa yang dia
boleh belajar, iaitu kebolehan dan kesediaannya untuk pembelajaran hendaklah diambilkira.
Isi pelajaran janganlah tertutup kerana lebih bermakna jika dalam proses pembelajaran
pengalaman dan penglibatan pelajar dipertimbangkan. Pendekatan bertumpukan kepada
mata pelajaran dikatakan tidak mampu memotivasikan pelajar kerana minat serta keperluan
dan kesediaan pelajar diabaikan. Pelajar tidak dapat memahami idea orang dewasa yang
disampaikan kepadanya terutama sekali idea yang abstrak, jauh daripada pengalaman
pelajar yang terhad. Kesudahannya, apa yang akan dicapai oleh pelajar ialah pembelajaran
secara menghafal dan kebolehan mengulang, tanpa memahami apa yang dipelajari.
( Schofield 1972)

Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah tumpuan kepada


perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis
pengetahuan dan apa yang ingindipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina
pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap
guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu
proses pengajarandan pembelajaran.

Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata
lain, murid bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi dua
hala antara guru dan murid. Selain itu, guru melibatkan murid secara terus dalam menemui
pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala murid yang mencari
dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanyamemantau
contohnya dengan mencadangkan bahan-bahan penagajaran dan pembelajaran yang
mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman konsep
baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksisosial, menggunakan
4
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber danmenggunakan aktiviti luar
untuk meningkatkan pemnbelajaran. Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta
menggalakkan penglibatan merekadalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut
memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas
serta melibatkan mereka dalammembentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan.

KONSEP STRATEGI BERPUSATKAN MURID

Merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Ia


bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan,
merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan
teknik dalam satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah telah ditentukan.
Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap kaedah dan teknik mengajar yang
telah disusun. Pengagihan bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai dipilih.

Dibawah strategi ini, murid memainkan peranan yang penting. Murid digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Di dalam bilik darjah, guru
adalah seorang pemimpin yang memimpin dan membimbing murid menjalankan aktiviti

pembelajaran. Sama ada kumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, lebih banyak masa diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid.

Perkara yang menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi ini adalah kaedah
kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain,
simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Perkembangan murid adalah seimbang dan
menyeluruh dari segi JERIS. Ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerapkali
digunakan untuk mengkaji kelemahan murid. Penyampain guru ditumpukan kepada
pengajaran yang bermakna supaya murid memahami fakta yang disampaikan dan mereka

5
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
berupaya membuat kesimpulan. Dibawah strategi ini, murid dapat menunjukkan sifat
kreatif dan berinisiatif

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID


 Murid memainkan peranan penting
 Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
 Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
 objektif pencapaian murid diutamakan
 perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
 Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
 Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
 Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-
menolong)
 Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
 Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
 Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan,
penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta
menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan
kelas.

 Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan


berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

 Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.

 Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang


dipelajari oleh mereka

 Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

6
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu

ii) STRATEGI BERPUSATKAN MURID

Pengenalan
Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui
sesuatu dan untuk menjadikanpembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar
7
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
(BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.

“Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai
satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu
atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
(Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 )

Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale yang digambarkan dalam bentuk “cone of
experience” di mana proses pembelajaran bermula denganproses aspek semi-abstrak hingga
kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-
idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan
sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.
(Edgar Dale 1964)

DEFINISI PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN


Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar
bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi
ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang
dapat dialami oleh murid-murid. Terdapat beberapa pendapat mengenai takrifan tentang
pemilihan bahan bantu mengajar, antaranya:

Atan Long membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat
pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.
(Atan Long 1981: 179-203 )

Noraziah Abdul Hamid membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media
bukan elektronik.
(Noraziah Abdul Hamid 1981)

8
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
Manakala Hanapiah Sudin dan Khairiah Ahma mengkelaskannyakepada dua iaitu
“software” dan “ hardware”
Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 )

“Mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada
keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi
pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan
pandangan seseorang.”
Ngui Kuen Sang (1981: 35 )

“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan
pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan
pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”
Atan Long ( 1982: 174 )

“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu
membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan
sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”
Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh


dibahagikankepada tiga kategori. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik
seperti filem pelajaran, filem jalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita
rakaman, piring hitam, CD ,komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta, model,
surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan,
buku dan sebagainya. Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek,
pameran, bahanmaujud (realia) dan sebagainya.

KONSEP PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN


Konsep bahan bantuan mengajar dan ciri-ciri yang sesuai pada peringkat awal
persekolahan, subjek bahasa melayu memerlukan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) kerana ini penting untuk membantu guru
9
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
dalam penyampaiannya terhadapmurid-murid. Guru seharusnya menyediakan BBM atau
media yang paling berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah
dirancang bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya. Tujuan penggunaan BBM
ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah
pembentukan konsep yang betul. Dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima
pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan (konsep) yang tepat.

Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran


mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak
digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran
agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru-guru ingin menggunakan jenis
rangsangan ‘perkataan bercetak’, pemilihan BBM yang sesuai adalah terdiri daripada buku,
edaran terancang, carta transparensi(kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis.
Selepas membuat pemilihan BBM, guru-guru perlu menentukan cara penggunaannya yang
paling berkesandan mudah dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran. Pemilihan
Bahan Bantu Mengajar ialah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan dan sesuai
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan Bahan Bantu Mengajar ialah
proses mencari bahan-bahanyang dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Pemilihan bahan ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tingkat
pencapaian pelajar, dan jangka masa sesuatu pengajaran.

CIRI-CIRI PEMILIHAN PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN


 Bahan pelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk
mencapai objektif pengajaran.
 Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
 Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
 Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran,
kefahaman dan berdikari.
 Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
 Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui
kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
 Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
 Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus,
perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.
10
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu

iii) FAKTOR-FAKTOR SESUATU BAHAN BANTU PEMBELAJARAN DAPAT


DISESUAIKAN DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID.

11
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif
pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan
keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya
ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah
menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya. Objektif dipilih
harus disesuaikan dengan strategi berpusatkan murid. Contoh objektif pada RPH yang
dipilih, murid dapat bercerita berdasarkan kad gambar (BBM) dengan bahasa yang sesuai.

Pada akhir pelajaran murid dapat:


i. Menceritakan tiga daripada lima gambar dengan menggunakan diksi yang sesuai
berdasarkan kad bergambar yang disediakan oleh guru.
ii. Membaca empat daripada tujuh perenggan cerita dengan sebutan dan intonasi yang
betul

iii. Menulis tiga daripada lima ayat berdasarkan perkataan yang disenaraikan oleh guru
dalam lembaran kerja.

Bahan haruslah mengandungi tema pelajaran dan penggabungan kemahiran. Setiap


RPH mesti mempunyai tema dan kemahiran. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
kemahiran utama adalah lisan, membaca dan menulis. Pada RPH ini memilih tema
kemasyarakatan dan kemahiran bernilai tambah serta pengisian kurikulum seperti pada
jadual di bawah. Melalui aspek-aspek ini bahan dapat dipilih dan di sesuaikan tanpa
meninggalkan strtegik berpusatkan murid. Melalui tema sahaja sudah dapat mewujudkan
aktiviti berpusatkan murid.

Tema : Kemasyarakatan
Tajuk pelajaran : Nilai Murni dalam Masyarakat
Kemahiran bernilai tambah
i. Teori Kecerdasan Pelbagai : verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal,
kinestatik
ii. Kemahiran berfikir : menjana idea
Mengkonsepsi idea
iii. Belajar cara belajar : bacaan mekanis, murid membuat catatan
ringkas, memberi pendapat dan idea.

iv. Pembelajaran konstruktivisme: Amalan murni dalam masyarakat


12
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
v. Pembelajaran Konstektual : Pengamalan nilai murni, tolong-menolong
Pengisian kurikulum
i. Ilmu : Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
ii. Nilai murni : Hormat-menghormati, bersopan-santun, berbudi bahasa,
tolong-menolong

Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah


Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh


membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan
itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek (pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang
dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa.
Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan
individu yang menyeluruh dan bersepadu. Berdasarkan RPH ini, jelas mengaitkan FP
dalam sepanjang proses pengajaran & pembelajaran.

Faktor fizikal sekolah dan murid juga mempengaruhi pemilihan bahan bantu
mengajar. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah seperti kerusi meja, pusat
sumber, makmal komputer dan sebagainya sangat membantu dalam pemilihan bahan dan
strategi berpusatkan murid. Semua kemudahan ini memerlukan sokongan kewangaan
yang kuat daripada pihak sekolah. Kaitan dalam RPH ini memang perlukan kemudahan
sekolah terutama dalam Set Induksi dan Langkah 2 yang menggunakan slide dan LCD
sebagai bahan pengajaran.

Set Induksi (5 minit) - Klip video “Budi Bahasa Budaya Kita” nyanyian Dato Siti
Nurhaliza
Langkah 2 (10 minit) - Video ‘Cerita Gagak Yang Bijak” (lampiran)

13
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
Faktor murid pula menitikberatkan pencapaian dan kebolehan, pengalaman dan
minat, latar sosial dan peringkat umur. RPH ini untuk murid Tahun 4, memang sesuai
dengan tajuknya Nilai Murni. Tidak kira latar belakang, agama, budaya, ekonomi dan
umur, semua mengamalkan nilai-nilai murni. Bahan yang digunakan memang sesuai untuk
murid-murid seperti Permainan Kotak Beracun dalam Langkah 1 dan aktiviti kumpulan
dalam Langkah 4.

Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan faktor aspek sistem bahasa.


Aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bahan-bahan
pengajaran tidak boleh lari dari penggunaan bahasa yang betul. Dalam RPH ini pada
Langkah 1 Permainan Kotak Beracun meminta murid bergerak mengikut rentak lagu dan
menggunakan laras bahasa yang betul untuk menyampaikan isi cerita yang terdapat pada
kotak tersebut. Aspek bahasa memang di tekankan walaupun dalam aktiviti pergerakan.
Aktiviti ini berpusatkan murid. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-
pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka
seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.

Sistem Bahasa
i. Tatabahasa : Kata Kerja
ii. Kosa kata : terkapai-kapai, muara, kelemasan, seraya

Dalam Langkah 3 (aktiviti kumpulan) yang berpusatkan murid meminta murid


membuat perbincangan dan membuat lakonan berdasarkan tajuk cerita yang pernah dibaca.
Guru tidak memberikan sebarang skrip cerita. Aspek bahasa memang jelas dilihat dalam
langkah ini.

Langkah 3 Aktiviti kumpulan


(Teknik perbincangan dan lakonan) kumpulan

(15 minit) Contoh situasi


1. Kisah Si Tanggang 2. Kisah Batu Belah Batu Bertangkup
3. Cerita Kura-kura dan Arnab 4. Cerita Sang Kancil dengan Buaya
5. Cerita Sang Singa yang Haloba

Faktor penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka.


Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat
mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang
14
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan
oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup
tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan
mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya.

Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara


yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang
lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada. Dalam RPH ini
rangsangan pada set induksinya untuk menarik minat pada isi pembelajaran. Lagu ‘Budi
Bahasa Budaya Kita’ nyanyian Siti Nurhaliza sudah boleh memukau murid-murid.

iv) CARA-CARA SESUATU BAHAN BANTU PEMBELAJARAN DAPAT


DISESUAIKAN DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID.

Cara Pengelolaan Bahan-Bahan Pembelajaran. Pengolahan bahan-bahan pengajaran


bermaksud membuat adaptasi atau menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran itu
dengan membetulkan segala kesilapan yang terdapat di dalamnya, memperjelaskan aspek-
aspek yang kurang dapat difahami, menambah aspek-aspek yang kurang ditekankan dan
15
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
membuang aspek-aspek yang tidak penting dan yang tidak berkaitan. Semua ini bertujuan
menjadikan bahan-bahan tersebut lebih sempurna sifatnya dan sesuai serta bertepatan
dengan keperluan pelajar dan pengajaran yang direncanakan.

Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir


dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang
selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran
Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti
bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid
membentuk kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan
semula bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah
diberi perhatian.

Inspirasi dan kreativiti . Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-
bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna,
daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka,
mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.

Menjadikan dialog bersifat komunikatif. Aspek ini ditekankan supaya pelajar-


pelajar dapat berpeluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekaan berbahasa.

Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna. Bahan-bahan


pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan
memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.

Mengadakan beberapa contoh yang praktikal. Bahan-bahan yang berupaya


memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-
aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi
yang bermakna.

Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi. Dari
segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar
pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam
16
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi
psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar
terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.

Menggunakan bahasa autentik. Penggunaan bahasa autentik membolehkan para


pelajar memahami penggunaan bahasa berdasarkan situasi sebenar. Ini membolehkan
mereka berinteraksi dalam bentuk yang lebih sempurna di samping berupaya memenuhi
keperluan hidup mereka sehari-hari.

KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-


insan berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan Negara.
Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk, ia sentiasa
dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada
ditahapyang diharapkan.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah untuk
membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai objektif pengajaran
yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih memahami pengajaran guru
seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Bahan Bantuan Mengajar ini juga
dapat mengelakkan proses pengajarandan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada
keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya
lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan
adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat ‘diselamatkan’dari masalah
disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar.

Startegi berpusatkan murid memang memainkan langkah yang sangat penting


dalam proses P&P. Pada zaman yang mencabar ini, guru hanya sebagai pemudahcara dan
murid sendiri mengakseskan diri dalam P&P. Tujuan utama agar proses P&P tidak
membosankan dan mencabar minda murid. Hubungan BBM dan stategi ini memang sangat
berkait rapat. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru

17
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya
dalam P&P.

BIBILOGRAFI
SUMBER BUKU-BUKU

1. Abdul Rahim bin Abdul Rashid. (1990). Strategi pengajaran Sejarah. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

18
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
2. Abd. Rahim Rashid. (1998). Kaedah dan metodologi yang berkesan pengajaran-
pembelajaran sejarah. Kertas kerja kursus “Kursus guru-guru Sejarah MARA pada
20hb–24hb April Bangunan Mara , Kuala Lumpur.

4. Arbak Othman. (1985) .Mengajar Tatabahasa. , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka

5. Ee Ah Meng. (1987) .Pedagogi Untuk Bakal Guru. Petaling Jaya.:Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

6. Kaye, Barrington. (1970). Participation In Learning. London: George Allen &


Unwin

8. Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk


menggubal Unit Dan Kursus". Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

10. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) .Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia .
Petaling Jaya:Fajar BaktiSdn. Bhd.

11. Rohana Zubir. (1987). Aplikasi teknologi – dalam pembelajaran Sejarah: kesan
dan masalah. Masalah Pendidikan 12 89-98.

12. Tang, Chee Yee. (1988). Pandua Latihan Mengajar . Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

13. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin. (1993). Pengisian wawasan pendidikan.
Kertas Utama, Persidangan Pendidikan Nasional 8-11 April, 1993. Genting
Highland: Institut Aminuddin Baki, Sri Layang.

SUMBER AKHBAR

1. Ahmad Mohd. Said . (1998) . Pengarah Bahagian Pendidikan Guru . ‘ Guru Ijazah
Perlu Memiliki Ilmu Pengetahuan Terkini . Berita Harian .3hb September 1998

SUMBER JURNAL

19
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
1. Hasan Haris et al. 1993. Masalah pengajaran dalam perlaksanaan kurikulum sejarah
dalam KBSM. Dlm. Jurnal Pendidikan. 18.3-15. Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Maznah Ismail & Yoong Suan. (1995). Kajian terhadap pendekatan pembelajaran
pelajar. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 14 : 11-18.

LAMAN WEB
1. http://www.scribd.com/doc/23702485/Pengajaran-Berpusatkan-Murid
2. http://mahirppb.tripod.com/murid.htm
3. http://www.scribd.com/doc/25416097/PEMBELAJARAN-BERPUSATKAN-
PELAJAR
4. http://www.scribd.com/doc/25146893/Konsep-Bahan-Bantuan-Mengajar-Dan-Ciri
5. http://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM

LAMPIRAN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

Tarikh : 16 Februari 2012 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (60 minit)
20
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
Tahun : 4 Bestari
Tema : Kemasyarakatan
Tajuk pelajaran : Nilai Murni dalam Masyarakat
Bilangan murid : 25 orang
Fokus utama
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas.
Aras 1 (i) Memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu cerita.

Fokus sampingan
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan
sebutan dan intonasi yang betul

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang
diberikan.

Pengetahuan Sedia ada ;


i. Murid-murid telah menguasai kemahiran lisan dan kemahiran membaca
pada peringkat awal
ii. Murid-murid telah terdedah dengan eleman kemasyarakatan secara tidak
formal.

Objektif Eksplisit:
Pada akhir pelajaran murid dapat:
iv. Menceritakan tiga daripada lima gambar dengan menggunakan diksi yang sesuai
berdasarkan kad bergambar yang disediakan oleh guru.
v. Membaca empat daripada tujuh perenggan cerita dengan sebutan dan intonasi yang
betul
vi. Menulis tiga daripada lima ayat berdasarkan perkataan yang disenaraikan oleh guru
dalam lembaran kerja.
21
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu

Sistem Bahasa
iii. Tatabahasa : Kata Kerja
iv. Kosa kata : terkapai-kapai, muara, kelemasan, seraya

Pengisian kurikulum
iii. Ilmu : Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
iv. Nilai murni : Hormat-menghormati, bersopan-santun, berbudi bahasa,
tolong-menolong

Kemahiran bernilai tambah


vi. Teori Kecerdasan Pelbagai : verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal,
kinestatik
vii. Kemahiran berfikir : Menjana idea
Mengkonsepsi idea
viii. Belajar cara belajar : bacaan mekanis, murid membuat catatan
ringkas, memberi pendapat dan idea.
ix. Pembelajaran konstruktivisme: Amalan murni dalam masyarakat
x. Pembelajaran Konstektual : Pengamalan nilai murni, tolong-menolong

Isi Pelajaran
i. Cerita ‘Burung dan Semut Api’
ii. Amalan Nilai Murni dalam masyarakat
iii. Tatabahasa : Kata kerja
iv. Kosa Kata : terkapai-kapai, muara, kelemasan, seraya

LANGKAH/ AKTIVITI PENGAJARAN


ISI PELAJARAN CATATAN
MASA DAN PEMBELAJARAN

Set induksi Klip video “Budi Bahasa 1. Guru bertanyakan murid KBT
(5 minit) Budaya Kita” nyanyian Dato apa yang telah mereka TKP –
Siti Nurhaliza dipelajari semalam. interpersonal,
2. Guru menayangkan klip intrapersonal,

22
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
1. Apakah itu nilai murni? video ”Budi Bahasa verbal linguistic,
2. Apakah yang boleh Budaya Kita” muzik
dilihat dalam rakaman 3. Guru bersoal jawab
tersebut? dengan murid tentang klip KB –
3. Apakah contoh nilai video yang dipaparkan. menghubungkait
murni yang terdapat 4. Guru mengaitkan
dalam rakaman persoalan berkenaan klip BSM
tersebut? video tersebut dengan LCD, laptop, klip
tajuk pembelajaran hari video,
ini, iaitu Nilai Murni
dalam Masyarakat. Strategi :
berpusatkan
murid,

Teknik : soal
jawab

1. Guru membuat permainan


Langkah 1 Permainan‘Kotak Beracun’ KBT
‘Kotak Beracun’
(10 minit) TKP – verbal
2. Pemain-pemain akan
linguistik
duduk dalam bulatan
dengan lagu akan
Nilai murni :
diperdengarkan.
kerjasama,
3. Sebuah kotak akan
keberanian
diedarkan dari satu murid
ke murid yang lain
BSM : kad
sepanjang muzik
bergambar, kad
dimainkan.
4. Apabila muzik berhenti, arahan
murid yang memegang
kotak tersebut hendaklah Pendekatan :
berdiri dan mengambil berpusatkan
sekeping gambar yang bahan
terdapat dalam kotak

23
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
tersebut. Penilaian :
5. Murid tersebut akan
FU : 2.1 Aras 1
diminta untuk
(i)
menceritakan gambar
yang diperolehi dengan
menggunakan diksi yang
sesuai berdasarkan kad
bergambar yang
disediakan oleh guru.

1. Guru menayangkan video


Langkah 2 Video ‘Cerita Gagak Yang KBT
cerita Gagak Yang Bijak.
( 10 minit) Bijak” (lampiran) TKP –
2. Guru membacakan
interpersonal,
petikan cerita itu terlebih
verbal linguistik,
dahulu sebutan dan
Petikan Cerita Gagak Yang
intonasi yang betul serta
Bijak (Lampiran) Pengisian
gaya yang sesuai.
kurikulum :
3. Guru membimbing murid
Ilmu : Pendidikan
membaca kuat cerita
Moral dan
yang telah dipaparkan
Pendidikan Islam
pada skrin dengan sebutan
dan intonasi yang betul
Nilai murni :
serta gaya yang sesuai
4. Murid dipilih secara muafakat,
rawak untuk membacakan bekerjasama
petikan dengan sebutan
dan intonasi yang betul BSM
serta gaya yang sesuai. LCD, laptop,
5. Guru menyerapkan
Slaid
tatabahasa dalam
pengajaran tersebut iaitu,
Pendekatan :
kata kerja.
berpusatkan
6. Murid diberikan
bahan dan murid
generalisasi tentang kata
kerja.
7. Guru membuat aktiviti Penilaian :
24
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
lakonan. FS : 5.2 Aras 1
(i)

Langkah 3 Aktiviti kumpulan 1. Guru membahagikan KBT


(15 minit) (Teknik perbincangan dan murid kepada lima TKP –
lakonan) kumpulan yang interpersonal,
mengandungi 5 orang ahli verbal linguistik,
2. Setiap kumpulan akan
Contoh situasi
diberi situasi berdasarkan
1. Kisah Si Tanggang Pengisian
cerita-cerita kanak-kanak
2. Kisah Batu Belah Batu kurikulum :
yang berbeza berdasarkan
Bertangkup Ilmu : Pendidikan
amalan nilai-nilai murni.
3. Cerita Kura-kura dan Moral dan
3. Setiap kumpulan diminta
Arnab Pendidikan Islam
berbincang dan setiap
4. Cerita Sang Kancil
murid akan memegang
dengan Buaya Nilai murni :
satu watak mengikut
5. Cerita Sang Singa yang muafakat,
kreativiti mereka.
Haloba 4. Diakhir cerita kumpulan bekerjasama
diminta menyatakan nilai
murni BSM
5. Kumpulan yang berjaya
Kad situasi
berlakon dengan baik akan
Pendekatan :
dikira sebagai pemenang.
berpusatkan
bahan dan murid

Penilaian :
FS : 5.2 Aras 1
(i)

Langkah 4 Aktiviti Penilaian 1. Guru memaparkan KBT


( 10 minit) senarai perkataan TKP –
Kad-kad perkataan
kepada murid-murid. intrapersonal,
2. Murid-murid diminta verbal linguistik,
BERDIKARI
untuk mencari maksud interpersonal,
25
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu
perkataan tersebut kinestatik
PATRIOTISME
dalam kamus.
SEMANGAT 3. Murid-murid diminta Penilaian :
untuk membina ayat FU : 2.1 Aras 1
TOLERANSI
dengan perkataan (ii)
tersebut. FS : 9.3 Aras 1
(i)

KP: Verbal-
Linguistik,
Interpersonal

KB : menjana
minda
mengkonsepsikan
idea
Pengayaan Penggayaan
Aktiviti tulisan ; 1. Murid-murid diminta
menyelesaikan permainan
silang kata yang telah
disediakan oleh guru.
Pemulihan
Aktiviti lisan
Pemulihan
1. Murid dibimbing untuk
membaca lagi lagi petikan
pantun.
Penutup Rumusan 1. Guru membuat kuiz tentang KBT
(5 minit) Kuiz Amalan Nilai Murni Amalan Nilai Murni. TKP:
Intrapersonal,
2. Murid-murid mendengar
Verbal linguistik
soalan guru dan menjawab
soalan yang telah diberi. Kinestatik

3. Guru membimbing murid


membuat rumusan tentang Nilai Murni:
amalan nilai murni yang
bekerjasama
telah dipelajari.

26
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu

SET INDUKSI (MENDENGAR LAGU “BUDI BAHASA BUDAYA KITA”

Lirik lagu Budi Bahasa Budaya Kita (lagu


Patriotik) Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Ibu bapa dan kaum keluarga Bertimbang rasa hormat menghormati
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Ketulusan ikatan sepanjang usia Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Para guru rakan sekolah Budi bahasa budaya kita
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah Penyanyi: Siti Nurhaliza
Pergaulan sihat peribadi ceria

LANGKAH 1 (PERMAINAN KOTAK BERACUN)

27
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu

LANGKAH 2 (VIDEO KISAH GAGAK YANG BIJAK)

PETIKAN CERITA GAGAK YANG BIJAK

Pada suatu musim yang sangat kering, dimana saat itu burung-burungpun sangat sulit mendapatkan
sedikit air untuk diminum, seekor burung gagak menemukan sebuah kendi yang berisikan sedikit air.
Tetapi kendi tersebut merupakan sebuah kendi yang tinggi dengan leher kendi sempit. Bagaimanapun
burung gagak tersebut berusaha untuk mencuba meminum air yang berada dalam kendi, dia tetap tidak
dapat mencapainya. Burung gagak tersebut hampir merasa putus asa dan merasa akan meninggal kerana
kehausan.

Kemudian tiba-tiba sebuah idea muncul dalam fikirannya. Dia lalu mengambil batu-batu yang ada di
samping kendi, kemudian menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung gagak itu
memasukkan batu-batu ke dalam kendi, permukaan air dalam kendipun beransur-ansur naik dan
bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat di capai oleh sang burung Gagak.

28
HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu

29

Anda mungkin juga menyukai