Anda di halaman 1dari 1

Di samping itu, berdasarkan teori bahasa struktural bahasa mempunyai kosa kata yang

luas. Bagi ahli-ahli bahasa struktural, mereka berpendapat bahawa bahasa ialah satu
sistem bunyi pertuturan yang arbitrari, iaitu untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan
atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi. Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk
atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan
ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. Oleh itu, seorang individu dapat meningkatkan
perbendaharaan kata semasa bertutur serta membantu meningkatkan kemahiran
berkomunikasi. Menurut Little john (1999) teori struktural adalah salah satu teori komunikasi
yang masuk dalam kelompok teori umum atau general teori. Ciri utama teori ini adalah
adanya kepercayaan pandangan tentang berfungsinya secara nyata struktur yang berada di
luar diri pengamat. Tegasnya di sini dapatlah dirumuskan bahawa bahasa mempunyai ciri-
ciri seperti bahasa ialah satu sistem bunyi, bahasa ialah alat perhubungan, bahasa bersifat
arbitrari dan bahasa ialah pertuturan.

Selajutnya, teori strukutural adalah mengutamakan pendekatan induktif.


Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul maklumat-maklumat, kemudian
membuat generelisasi atau kesimpulan. Menurut Adanan Ayob & Kharuddin Mohamad
(2012), pendekatan induktif didefiniskan sebagai penekanan terhadap perancangan aktiviti
contoh-contoh konkrit tentang sesuatu isi pelajaran. Seorang individu dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi apabila membuat kesimpulan dengan mengunakkan contoh yang
sedia ada. Pendekatan ini mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bilik darjah supaya pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Sebagai contohnya,
dalam pengajaran ayat-ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan
menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Langkah seterusnya, murid akan mengumpul
data berdasarkan contoh-contoh lain yang telah diberikan dan menganalisis ayat-ayat
tersebut. Oleh itu, berdasarkan contoh pengajaran ayat tunggal tadi, dengan berpandukan
contoh-contoh yang dibuat, guru akan membimbangkan murid sehingga sampai kepada
takrif ayat tunggal. Secara rumusanya, teori huraian bahasa struktural yang menekankan
pendekatan induktif dapat meningkatkan kemahiran komunikasi secara berkesan.

Secara kesimpulan teori huraian bahasa struktural mengkaji perkaitan tentang


antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil dan unit tatabahasa danayat dapat
dianalisis secara konstituen terdekat. Teori ini juga mempunyai ciri peraturan, satu sistem,
arbitrari dan untuk perhubungan. Teori ini mempunyai ciri bahasa ialah alat perhubunga.
Oleh itu teori ini merupakan kunci utama untuk meningkatkan kemahiran komunikasi.
Penutur dapat bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul, mengetahui banyak kosa
kata serta dapat membuat kesimpulan dengan mengunakkan contoh yang sedia ada.
Tegasnya, teori ini dapat meningkatkan komunikasi dengan efektif.

Anda mungkin juga menyukai