Anda di halaman 1dari 10

Ahli falsafah barat menganggap fitrah kejadian manusia berasaskan 3 konsep iaitu :

Disebabkan oleh ,Adam dan Hawa dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan akibat perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir.

Pelbagai cara dibuat untuk menghilangkan dosa ini. Menurut perjanjian lama atau Old Testement orang Yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk membersihkan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu dengan kematian Anak Tuhan.

Pada kurun ke 17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti Blank blanket keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.

Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep innate goodness. Menurutnya kanakkanak dilahirkan dengan keadaan yang sedia baik.

Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi.

1) Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini. 2) Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah:

Mind Body Spiritual


Dengan kata lain, manusia terdiri akal/minda, biologikal/fizikal, dan roh. daripada

Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di kalangan semua makluk yang ada di alam. Komponen fizikal merangkumi semua anggota tubuh manusia serta bahagian lain yang dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara fizikal yang kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencari sistem kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara logik/rasional.

Anda mungkin juga menyukai