Anda di halaman 1dari 25

PENGENALAN Dalam kerja kursus ini, kami dapat memahami model pembelajaran, iaitu model pemprosesan maklumat, model

behaviorisme, model sosial dan model personal secara lebih mendalam lagi. Model pengajaran adalah merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran pelajar yang baik yang seterusnya membantu dalam peningkatan dan penambahbaikan prestasi dan tingkah laku pelajar sendiri. Model pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada guru kerana prosedur mengajar amat penting dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan. Terdapat beberapa jenis model pengajaran yang terkenal iaitu, model pemprosesan maklumat yang diperkenalkan oleh Robert Mills Gagne yang menganggap ingatan manusia sama seperti komputer dan bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran; model

behaviorisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov yang

berasaskan teori

pembelajaran sosial dan tingkah laku yang membantu pembentukan model pengajaran; model sosial yang diasaskan oleh Albert Bandura yang membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif; model personal yang diasaskan oleh Carl Rogers yang menekankan pembentukan kendiri seseorang individu untuk berdikari secara produktif dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri. Secara kesimpulannya, semua model pengajaran ini dapat membantu dalam mewujudkan kaedah dan sistem pengajaran yang berkesan terhadap pelajar selain membentuk personaliti dan jati diri pelajar yang positif.

MODEL SOSIAL SEJARAH, LATAR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986,1977,1998 dan 2000). Teori sosial ini telah dinamakan semula sebagai Teori Kognitif Sosial oleh Albert Bandura sendiri (Moore, 2002). Model sosial ini telah direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran dan bertujuan untuk membantu pelajar supaya

menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan. Mod dalam model sosial lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan. Teori pembelajaran sosial ialah satu konsep yang diperkembangkan dari aliran Behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi. Eksperimen Albert Bandura yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak akan sering meniru perlakuan agresif dari orang dewasa yang berada di sekelilingnya. Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukan oleh Albert Bandura telag memberi penekanan tentang bagaimana perlakuan manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui Peneguhan (Reinforcement) dan Pembelajaran Peniruan (Observational Learning), dan cara berfikir yang kami miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan Peneguhan (Reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (Obsevational Opportunity). Menurut Albert Bandura, proses mengamati dan meniru tingkah laku dan sikap orang lain sebagai model merupakan sesuatu tindakan belajar secara tidak langsung. Albert Bandura (1977) menyatakan bahawa learning would be exceeingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on the effects of theor own action to inform them what to do. Fortunately, most human behavious

is learned obsevational through modelling, that is form obseving others one form an idea of her new behaviour are performed, and on later occasion this coded information serves as a guide for action. Model sosial ini menjelaskan tingkah laku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Keadaan lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola belajar sosial jenis ini. Sebagai contohnya, seseorang individu yang dibesarkan di dalam lingkungan judi akan cenderung untuk bermain judi, atau sebaliknya dia akan menganggap bahawa judi itu adalah tidak baik. Oleh itu, teori Bandura ini membantu kita untuk memahami bahawa betapa pentingnya persekitaran terhadap seseorang individu sedangkan peniruan adalah perlakuan yang sering dilakukan oleh pelajar. Selain itu, terori belajar ini juga diperkembangkan untuk menjelaskan bagaimana seseorang belajar dalam keadaan atau lingkungan (B), lingkungan (E) dan kejadian-kejadian internal pada pelajar yang mempengaruhi persepsi dan aksi (P) adalah merupakan hubungan yang saling berpengaruh atau berkaitan (interlocking). Menurut Albert Bandura, tingkah laku sering dievaluasi, iaitu bebas dari timbal balik sehingga boleh menggubah kesan-kesan personal seseorang. Hubungan yang aktif dapat mengubah aktiviti seseorang. Seterusnya, menurut Bandura (1982), penguasaan kemahiran dan pengetahuan yang kompleks tidak hanya bergantung kepada proses perhatian, motor reproduksi dan motivasi, tetapi juga sangat dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berasal dari diri pelajar sendiri, iaitu sense of self efficiancy dan self-regulatory system. Sense of self efficiancy adalah keyakinan pembelajaran bahawa ia dapat menguasai pengetahuan dan keterampilan sesuai seperti yang berlaku. Terdapat beberapa ciri teori pemodelan Bandura, iaitu pertamanya ialah unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Keduanya ialah tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain-lain lagi. Seterusnya ialah pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan

demonstrasi guru sebagai model. Ciri yang keempat ialah pelajar memperolehi kemahiran jika mendapat kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Ciri yang terakhir ialah proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atai gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif. Eksperimen Albert Bandura yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa di sekitarnya. Sosial Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour ( Bandura 1986, 1997 ) Albert Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar. EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk, menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo. Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.

KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo. Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.

Rumusan: Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan. Hasil keseluruhan eksperimen: Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B dan C tidak menunjukkan tingkah laku agresif.

Rumusan: Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan. Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, kartun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan.

PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif adalah salah satu bentuk pembelajaran yang berdasarkan kefahaman konstruktivis. Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi juga membantu mereka dalam memperolehi kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia. Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperaktif berkisar kepada tiga perkara, iaitu pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial. Model pembelajaran koperaktif dicirikan dengan tugasan koperaktif, matlamat dan struktur ganjaran. Dalam konteks ini, pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama untuk menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama. Mereka juga saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai ganjaran bersama. Pembelajaran koperaktif yang dipelopori Slavin (2005) merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar. Mereka akan dapat berusaha dalam satu pasukan yang heterogen, saling bergantung, tidak

bersaing sesama mereka, tetapi sama-sama menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berkumpulan. Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama. Contohnya, pelajar berpencapaian rendah menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada mereka. Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan memperolehi kebaikan sebagai tutor dalam proses tersebutdan hal ini akan dapat menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam terhadap perkara-perkara dalam topik tertentu. Pembelajaran koperatif merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang merangkumi interaksi pelajar secara koperaktif terhadap kandungan mata pelajaran. Amalan pembelajaran koperaktif adalah berbeza-beza dan

pembentukan kumpulan boleh bercorak mudah atau kompleks dalam suasana kelas yang terdiri daripada aktiviti pembelajaran koperaktif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran yang demokratik dan peranan aktif oleh pelajar dalam menentukan cara pencapaian pembelajaran mereka. Antara enam konsep pembelajaran koperaktif ialah pasukan, keinginan untuk bekerjasama,

pengurusan koperaktif, kemahiran bekerjasama, prinsip asas pembelajaran koperaktif dan struktur pembelajaran koperatif (Kagan, 1994). 1. Pasukan Kumpulan atau pasukan yang dibentuk tidak bergantung kepada saiz dan identiti. Pembelajaran koperaktif biasanya mengandungi 3 atau 4 ahli dan mereka mempunyai identiti pasukan yang amat positif serta boleh berkekalan pada satu tempoh masa. Menurut Kagan (1994), ahli-ahli dalam pasukan mengenal, menerima dan memberi sokongan padu antara satu sama lain. Satu aspek yang penting adalah keupayaan untuk mewujudkan satu pasukan yang heterogen, iaitu terdiri daripada ahli-ahli yang cerdas, sederhana dan lemah. Selain itu, pasukan yang terdiri daripada kaum atau etnik yang berlainan merupakan elemen penting untuk membantu perhubungan etnik dalam kalangan pelajar.

Pembentukan

kumpulan

boleh

dilaksanakan

secara

lawak

atau

ditentukan oleh guru berdasarkan kebolehan, jantina dan etnik dengan tujuan untuk mencapai heterogeniti dalam pasukan. 2. Pengurusan pembelajaran koperaktif Kagan (1994) menyarankan supaya kemahiran pengurusan yang berkesan dapat menyediakan suatu situasi yang kondusif untuk melaksanakan pembelajaran koperaktif. Antara peraturan kelas seperti mengadakan Quiet signal, kedudukan pelajar seperti susunan ladam kuda, cara makmal, kluster dan Carpet Patches; kemahiran memberikan arahan dari segi lisan dan tulisan, memperolehi perhatian pelajar, kemahiran menyoal serta peranan dalam memerhati dan membimbing kumpulan. 3. Keinginan untuk bekerjasama Dalam pembelajaran koperatif, terdapat tiga cara keinginan untuk bekerjasama diwujudkan dan dikekalkan yang terdiri daripada

pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan sistem ganjaran atau penghargaan. Satunya rancangan jangka masa panjang adalah untuk mereka membentuk suasana berpasukan di mana identiti positif pasukan, hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan kepercayaan antara ahli wujud. Dengan ini, suasana pembelajaran yang optimun akan dapat diwujudkan. Aktiviti dalam pembinaan berpasukan bertujuan untuk memastikan ahli berkenalan antara mereka, adanya identiti pasukan, sokongan padu antara satu sama lain, menghargai perbezaan dan membentuk sinergi dalam pasukan. Keinginan untuk bekerjasama juga ditentukan oleh struktur tugasan dan ganjaran yang disediakan. Pembentukan yang baik akan melahirkan motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar untuk bekerjasama. Satu cara untuk berjaya ialah guru perlu mereka bentuk tugasan yang memerlukan produk yang perlu dihasilkan oleh semua ahli dalam kumpulan. Manakala sistem ganjaran boleh diberikan kepada setiap individu atau pasukan mengikut gred yang diberikan dan biasanya gred

tersebut adalah gred terkumpul daripada setiap individu dalam pasukan. Dengan itu, pelajar yang lemah akan diberikan bimbingan lebih banyak daripada ahli-ahli lain untuk mencapai gred keseluruhan yang baik. 4. Kemahiran untuk bekerjasama Pembelajaran koperatif memerlukan pembentukan kemahiran sosial agar pembelajaran boleh berlaku. Dalam struktur pembelajaran koperatif, pelajar perlu bantuan dalam aspek kemahiran mendengar,

menyelesaikan konflik, menentu dan mengubah sesuatu serta mahir mendorong ahli lain untuk memperoleh pembelajaran. Cara untuk memupuk pembentukan kemahiran sosial merangkumi belajar melalui pemerhatian, pemodelan, main peranan, penerangan, peneguhan dan latihan atau amalan kemahiran sosial. Mengikut Kagan, empat kaedah yang paling penting ialah pemodelan dan peneguhan, tugasan main peranan, penstrukturan dan refleksi. 5. Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif Kebergantungan Positif berlaku apabila kejayaan setiap individu atau pasukan mempunyai korelasi yang positif. Hal ini adalh bermaksud kejayaan seseorang individu yang dikaitkan dengan kejayaan untuk ahliahli lain. Semua ahli dalam pasukan saling bergantung antara satu sama lain bagi menyelesaikan satu projek atau untuk memperoleh satu gred. Maka, guru boleh menstrukturkan tugasan agar matlamat akhir sama untuk seluruh pasukan atau kelas seperti mana dalam menghasilkan mural, esei atau model. Akauntabiliti Individu boleh mengambil beberapa bentuk yang bergantung pada kandungan pembelajaran dan kaedah pembelajaran koperaktif. Contohnya, dalam sistem ganjaran, jika setiap pelajar mengambil satu ujian secara individu, maka gred secara pasukan diberikan dengan mengambil purata semua skor ahli pasukan. Dengan cara ini, semua ahli akan berasa akauntabilitinya terhadap ganjaran tersebut. Cara kedua ialah akauntabiliti terhadap tugasan di mana setiap individu diberikan sebahagian tugasan dan harus mempunyai akauntabiliti terhadap

pasukannya. Oleh sebab itu, setiap pelajar bertanggungjawab atas bahagian tugasan yang diberikan dari segi bahan pembelajaran, persembahan atau hasil tugasan. Penglibatan Seimbang merupakan prinsip asas dalam pembelajaran koperatif. Penglibatan pelajar merupakan bahagian yang terpenting dalam proses pembelajaran. Pelajar akan menguasai pembelajaran melalui interaksi dengan kandungan dan rakan sebaya. Penglibatan seimbang boleh dicapai dengan penentuan giliran dan pembahagian tugasan. Seperti dalam jenis pembelajaran koperaktif, think pair and share, rally robin, guru boleh menentukan masa untuk penglibatan setiap ahli. Dalam proses pembelajaran, pengagihan masa dan setiap pelajar diberikan peluang untuk mengambil bahagian serta menyumbang idea kepada seluruh pasukan. Interaksi Serentak merupakan satu prinsip terpenting dalam

pembelajaran koperatif. Berbanding dengan kelas tradisional yang guru bercakap 80% daripada waktu pengajaran, guru di sini tidak akan menggunakan begitu banyak masa untuk menerangkan dalam

pembelajaran koperatif. Penglibatan aktif akan berlaku apabila diberikan agihan tugasan dalam kumpulan seperti perbincangan berpasangan. Oleh sebab itu, kebolehan menggunakan prinsip interaksi serentak merupakan kunci kejayaan pencapaian hasil pembelajaran positif dalam pembelajaran koperatif.

Mengikut Slavin ( 1991), pembelajaran koperatif akan memberi faedah kepada golongan yang mempunyai kebolehan yang berbeza yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran koperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar

menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik. Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu

mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar. Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran koperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti membaiki hubungan sosial, meningkatkan pencapaian, meningkatkan kemahiran kepimpinan,

meningkatkan kemahiran sosial, meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi, meningkatkan kemahiran teknologi dan meningkatkan keyakinan diri. Beberapa bentuk pembelajaran koperatif seperti yang berikut : 1. Kaedah Jigsaw II Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjad i juru dalam sub-unit sesuatu topik. Setelah masing-masing memahami bahagian masingmasing, setiap juru mengajarnya pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku semasa proses ini membolehkan juru dan ahli sama-sama memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan pemahaman dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dan mengajar mereka untukmenjadi juru dan mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.

2. Kaedah STAD

STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum.

3. TAI TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk menggabungkan antara motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-tukar helaian jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap unit. Skor mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan dijumlahkan , kumpulan yang melebihi skor yang ditetapkan akan diberikan sijil.

Bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran koperatif, guru boleh menggunakan beberapa strategi. Yang pertamanya ialah

pembahagian kumpulan yang membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan bekerja dengan berkesan bersama-sama.Faktor yang paling utama di sini ialah bilangan ahli dalam kumpulan. Kumpulan kecil mengandungi tiga atau empat ahli didapati paling efektif. Kumpulan yang terlalu besar

kurang efektif kerana pembabitan ahli kumpulan cenderung menjadi tidak sama rata. Disamping itu, pembentukan kumpulan sebaiknya dilakukan oleh guru bagi mengelakkan pelajar berkumpul sesama klik mereka sahaja. Strategi yang kedua ialah tugasan perlu distruktur sebegitu rupa supaya ahli kumpulan saling bergantung untuk mencapai objektif yang ditentukan. Elakkan memberi tugasan yang boleh diselesaikan tanpa perlu pembabitan setiap ahli kumpulan. Ini boleh menyebabkanada ahli kumpulan yang lepas tangan ataupun dipinggirkan oleh orang lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman pembelajaran sepenuhnya tidak dapat dicapai. Strategi seterusnya ialah guru perlu menjadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua tahap individu dan kumpulan. Satu cara ialah melalui pemberian markah. Setiap pelajar mendapat markah individu dan markah kumpulan bergantung kepada markah individu. Dengan cara itu setiap pelajar mempunyai motivasi untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan. Strategi yang keempat ialah guru boleh memberikan garis panduan tingkah laku dan kemahiran berkomunikasi kepada pelajar. Guru perlu menjelaskan kepada pelajar berkaitan dengan tingkah laku yang wajar dan tidak wajar dilakukan semasa pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga perlu memberikan asas kemahiran komunikasi misalnya bagaimana menyuarakan pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat. Strategi yang terakhirnya ialah guru perlu pastikan jenis dan bilangan interaksi antara pelajar berpatutan. Guru perlu mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli kumpulan dan tidak meminggirkan mana-mana ahli kumpulan.

Perbincangan dan keputusan juga tidak dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu sahaja.

MODEL MAIN PERANAN DAN SIMULASI Model main peranan merupakan kaedah kumpulan berorientasikan proses, di mana pelajar berlakon atau simulasikan situasi kehidupan yang sebenar. Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain. Dalam main peranan, pelajar yang sebagai peserta memainkan peranannya yang khusus sebagaimana yang diarahkan mengikut situasi yang ditentukan. Aktiviti main peranan ini boleh dijalankan di dalam bilik darjah dengan melibatkan kesemua pelajar atau sebahagian pelajar. Pelajar yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati situasi yang dilakonkan. Main peranan bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan selain melatih mereka dalam melakonkan pelbagai watak dan mengalami sesuatu situasi. Dengan itu, pelajar bukan sahaja dapat menguasai tingkah laku orang lain, mereka juga boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan. Model ini dapat membantu pelajar yang pasif untuk melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina keyakinan diri mereka. Di samping itu, pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial dan boleh berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan watak-watak lain. Tambahan pula, pelajar diberikan peluang melahirkan pelbagai perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta memikirkan masalah sendiri dan seterusnya dapat memahami diri sendiri secara lebih mendalam lagi. Hal ini secara langsung melatih pelajar untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Satunya manfaat yang dibawa ialah suatu pengajaran

dalam mata pelajaran dapat disampaikan dalam bentuk yang menarik dan berkesan. Terdapat beberapa jenis main peranan, iaitu: 1. Memerihal Satu cara berkomunikasi di mana peserta memerihal sesuatu situasi atau masalah. Contohnya, pelajar meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu lawatan sambil belajar. 2. Demostrasi Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan supaya pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi. 3. Latihan Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran tertentu seperti

kemahiran berkomunikasi dengan meletakkan diri sebagai seorang pengerusi majlis atau menelefon pihak bomba kerana ada kebakaran di kawasan tempat tinggal anda. 4. Cerminan Pelajat ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contohnya, bagaimana seseorang pelajar memujuk rakannya melakukan sesuatu untuknya. Pelajar belajar sendiri tentang bagaimana hendak menghadapi situasi yang berlainan. 5. Kepekaan Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka terhadap sesuatu situasi atau orang lain. Hal ini akan membantu pelajar untuk memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi. Contohnya, pelajar memainkan peranan yang dia dirompak oleh seorang pencuri semasa dia berjalan di jalan raya.

Simulasi pula mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah. Kebanyakan simulasi direka bentuk seakan-akan keadaan sebenarnya walaupun dimodifikasikan untuk tujuan mengajar. Pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti untuk mencapai matlamat simulasi seperti dalam simulasi penerbangan di mana pelajar dapat menerbangkan kapal terbang. Dalam proses mencapai hasil pembelajaran, pelajar perlu melalui tugasan dalam simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu aspek atau bidang. Simulasi boleh dijalankan dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif. Sebagai contohnya, permainan Monopoly atau Saidina yang aktiviti jual beli tanah melalui spekulasi dan semua ini dapat menggambarkan elemen-elemen kehidupan sebenarnya. Pelajar dapat belajar cara serta peraturan pelaburan dan spekulasi dalam permainan tersebut. Begitu juga sama dengan permainan simulasi yang lain seperti permainan LIFE, simulasi melalui komputer iaitu Sim City dan lain-lain lagi yang membolehkan pelajar berdekatan dengan elemen-elemen dunia yang sebenarnya. Terdapat empat fasa dalam pengajaran menggunakan model simulasi, iaitu orientasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan. Semasa fasa orientasi, guru akan mengemukakan topik yang ingin diajar dan menerangkan konsep dalam simulasi serta gambaran umun permainan tersebut. Fasa kedua ialah pelajar mula simulasi dan guru memperkenalkan peraturan, peranan, prosedur, cara mendapat skor, jenis keputusan yang perlu dibuat dan matlamat simulasi. Guru akan mengagihkan peranan kepada pelajar supaya mereka akan memahami arahan dan perjalanan permainan. Selepas itu, fasa ketiga pula melibatkan pelajar dalam simulasi. Pelajar melibatkan diri dalam permainan atau simulasi, manakala guru memainkan peranan sebagai pengadil dan jurulatih. Pada ketika atau masa tertentu,

permainan boleh dihentikan untuk pelajar memperolehi maklum balas, menilai prestasi dan keputusan serta memperjelaskan tanggapan yang salah. Fasa keempat merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar, hubung kait aktiviti dengan kandungan kursus atau pelajaran dan menilai serta mereka cipta semula simulasi. Contoh-contoh simulasi yang boleh dijalankan ialah permusatan kepada masalah dan permusatan kepada penerbitan. Dalam permusatan kepada masalah, pelajar akan berbincang tentang masalah dan membuat keputusan serta menyelesaikan. Manakala dalam pemusatan kepada penerbitan, pelajar berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Perbincangan dan

keputusan yang dibuat akan menghasilkan suatu projek atau penerbitan. Proses peniruan dijalankan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. 1. Meniru secara langsung. Proses meniru secara langsung iaitu melihat model sendiri secara langsung atau secara tidak lansung iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.

2. Peniruan melalui sekat perlakuan dan tidak sekat perlakuan Proses peniruan daripada sekat perlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Hal ini dibelajari oleh murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh menyebabkan berlakunya hukuman jika amalan tersebut berlaku. Murid-murid juga meniru melalui tidak sekat lakuan yang bermakna bahawa murid-murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi.

Sebagai contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan sorakmenyorak tidak sesuai dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan. Inilah merupakan peniruan melalui tidak sekat lakuan.

3. Peniruan melalui elisitasi Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. Contohnya, apabila melihat seseorang murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinganan Hassan untuk membaca tidak akan timbul. Secara kesimpulannya, sesuatu gerak balas seseorang individu hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain. Contoh yang lain ialah apabila seseorang kanak-kanak melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri kanak-kanak tersebut untuk melukis bunga, seterusnya peniruan akan berlaku apabila kanakkanak tersebut melihat rakanya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). Walau bagaimanapun, terdapat empat unsur peniruan yang perlu diberi perhatian. Wujudnya pembelajaran pemerhatian adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian:

1. Tumpuan ('Attention') - Seseorang individu harus memberi tumpuan kepada tingkah laku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki.

Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkah laku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan kelakuannya yang

tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku.

2. Penyimpanan ('Retention') - Sseorang individu yang diperhatikan seharusnya merekodkan peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek tersebut melakukan peristiwa itu kelak apabila diperlukan atau diingini.

3) Penghasilan ('Reproduction') - Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkah laku, seseorang individu juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan. 4) Motivasi - Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak individu untuk terus melakukan sesuatu.

IMPLIKASI MODEL SOSIAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Implikasi model sosial dalam pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah guru boleh menggalakkan peniruan melalui main peranan dan simulasi dalam kalangan pelajar. Sebagai contonya, pelajar dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. Dengan itu, guru dapat membantu pelajar untuk memahami keprihatinan, nilai, dan perspektif orang lain. Oleh sebab itu, main peranan dalam bilik darjah perlu menggunakan situasi realistik agar membawa kesan yang efektif. Selain itu, peranan guru sebagai rol model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara ciri yang perlu ada pada guru termasuk cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, personaliti dan konsep kendiri. Guru perlu menunjukkan tingkah laku dan personaliti yang baik dan positif agar pelajar boleh meneladani guru yang seterusnya boleh mewujudkan pemikiran dan personaliti yang positif dalam diri pelajar. Oleh itu, guru seharusnya mempamerkan perwatakan yang baik serta menunjukkan minatnya dalam mengajar mata pelajaran. Di samping itu, guru boleh menggalakkan perbincangan antara pelajar dalam kumpulan. Perbincangan secara berkumpulan ini boleh meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara pelajar yang sebagai ahli kumpulan. Dengan itu, bukan sahaja hubungan komunikasi dapat ditingkatkan, malahan juga kaedah pembelajaran ini mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri pelajar. Tambahan pula, peniruan juga boleh dilakukan secara tidak langsung melalui televisyen dan filem. Golongan pelajar menghabiskan banyak masa untuk menonton televisyen dan secara tidak langsung dapat mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran pelajar. Oleh sebab itu, guru perlu menasihati pelajar dalam perkara berkaitan dengan program televisyen yang sesuai ditonton dan

yang tidak sesuai ditonton supaya pelajar dapat memilih program televisyen yang sesuai untuk diri sendiri. Guru juga boleh menyediakan persekitaran sosial yang kondusif supaya modeling boleh berlaku. Guru seharusnya memberi sokongan moral dalam kalangan pelajar agar dapat membentuk tingkah laku pelajar yang baik dan hal ini menunjukkan guru sememangnya bermain peranan yang penting dalam perkembangan pelajar supaya pelajar mampu menjadi seorang yang berguna. Guru boleh juga paparkan dan lekatkan hasilan kerja terbaik pada papan notis dalam kelas. Hal ini dapat membolehkan pelajar berkenaan untuk terus berusaha dan merangsang pelajar lain berusaha sebagaimana pelajar berkenan. Sebagai contohnya, guru boleh melekatkan hasil lukisan terbaik dalam kalangan pelajar pada papan notis supaya meningkatkan keyakinan diri seseorang pelajar tersebut di samping menimbulkan keinginan pelajar lain untuk hasilkan karyanya yang terbaik demi mendapat peluang hasil lukisan mereka dipaparkan. Pembelajaran berlaku melalui proses pemerhatian dan peniruan. Oleh itu, guru boleh memilih ciri-ciri model yang ada ketokohan seperti dipandang tinggi, cekap, baik selaras dengan matlamat modeling untuk dijadikan teladan di dalam kelas. Dengan itu, pelajar boleh menjadikan tokoh-tokoh yang berjaya sebagai model yang ingin mereka meneladani dan tingkah laku serta nilai-nilai murni yang terdapat pada tokoh-tokoh tertentu dapat diteladani. Guru perlu menekankan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif. Kaedah pembelajaran koperatif ini akan dapat meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid. Hal ini boleh membawa kesan yang amat baik kepada pelajar sendiri kerana murid-murid dapat belajar dalam pergaulan bersama dengan keluarga dan rakan-rakan sendiri dan ini membolehkan murid berusaha dengan lebih gigih lagi agar mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dank kokurikulum.

Implikasi yang terakhir ialah pelajar-pelajar digalakkan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. Berhubungan dengan itu, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang dan pelajar-pelajar tersebut akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk membuktikan kebolehan masing-masing tanpa menimbulkan perasaan hasad dengki bagi mencapai kecemerlangan sendiri.

RUMUSAN Secara kesimpulannya, kami semua memang memperolehi banyak ilmu pengetahuan berkaitan dengan model-model pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar untuk menerima ilmu yang dibelajari dengan lebih mudah dan cepat. Seperti yang kita tahu, model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran murid. Dari sini, jelaslah kita mengetahui bahawa model pengajaran ini sebenarnya mempunyai pengaruhnya tersendiri dalam pembelajaran pelajar. Melalui kerja kursus Alam Murid Belajar ini, kami memahami bahawa betapa pentingnya model pengajaran dalam perkara membantu pelajar menerima ilmu di samping membentuk tingkah laku dan pemikiran pelajar yang positif. Walau bagaimanapun, model pengajaran yang diperkenalkan ini masih ada kekurangannya, iaitu bukan semua pelajar akan berbuat seperti mana yang mereka cakap dan juga sebab-sebab lain yang akan meyebabkan model pengajaran tidak dijalankan dengan berkesan. Secara kesimpulannya, model pengajaran seperti model Behaviorisme, model pemprosesan maklumat, model sosial, dan model personal sememangnya bermain peranan yang agak penting dalam pengajaran dalam kelas.

RUJUKAN 1. Definisi model pengajaran sosial : http://tintamayafasilamy.blogspot.com/2010/08/senarai-bahanrujukan.html 2. Sejarah model pengajaran sosial: http://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/sejarah-teori-pembelajaransosial.html 3. Latar belakang teori model pengajaran sosial dan peniruan: http://sudutpsikologi.blogspot.com/2010/08/teori-pembelajaran-sosialalbert.html 4. Implikasi pengajaran dan pembelajaran dalam model pengajaran sosial: http://tintamayafasilamy.blogspot.com/2010/08/prinsip-dan-konsep-modelpembelajaran.html 5. Implikasi pengajaran dan pembelajaran dalam model pengajaran sosial: http://dalinsia8990.blogspot.com/2010/08/implikasi-teori-pembelajaransosial.html

REFLEKSI Loh Tze Seng Dalam tugasan Murid Dan Alam Belajar ini, kami perlu menerangkan dan memahami model-model pengajaran secara lebih mendalam lagi seperti model behaviorisme, model pemprosesan maklumat, model sosial dan model personal. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa bukannya mudah untuk seseorang guru untuk memastikan perkembangan murid-murid adalah sempurna dan guru boleh menggunakan model pengajaran yang sesuai apabila mengajar murid yang berlainan keperluan. Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana kumpulan kami telah menghasilkan tugasan yang sempurnanya dalan masa yang ditetapkan.

Kami bukan sahaja belajar tentang model pengajaran sahaja melalui tugasan malahan juga perkara-perkara lain yang penting dalam Murid Dan Alam Belajar ini seperti teori-teori pembelajaran, motivasi dan pembelajaran dan lainlain lagi. Semua ini membolehkan kami memahami akan cara dan kaedah pengajaran dalam kelas supaya menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih lancar dan berkesan.

Sepanjang pembelajaran tentang Murid Dan Alam Belajar ini, pensyarah kami, iaitu Puan Selina telah banyak membantu kami dengan menyelesaikan segala persoalan dan masalah kami dalam kefahaman terhadap perkara-perkara yang dibelajari. Beliau selalunya mengeluarkan persoalan yang amat berguna yang membolehkan kami memahami sesuatu dengan lebih cepat dan mudah. Walaupun kami sering memberi jawapan yang tidak sebegitu baik tetapi beliau masih dapat memperbetulkan jawapan kami dengan baiknya.

Alam belajar ini adalah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsangkan minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat

perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

Hal ini menjelaskan betapa pentingnya suatu alam belajar sama ada kondusif atau tidak dalam pembelajaran murid. Murid dapat menerima ilmu yang lebih banyak dalam persekitaran belajar yang kondusif dan sebaliknya murid tidak dapat belajar dengan selesa dan gagal menimba pengetahuan.

Selain itu, melalui tugasan ini, kami juga memahami bahawa model-model pengajaran sememangnya memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mencapai kecemerlangan. Beberapa model pengajaran ini memberikan kaedah pengajaran yang berlainan untuk golongan guru supaya kaedah-kaedah tersebut digunakan dalam kelas yang murid-murid mempunyai keperluan yang berlainan.

Secara kesimpulannya, saya dapat memperolehi banyak ilmu berkaitan dengan Murid Dan Alam Belajar ini terutamanya model-model pengajaran. Dengan itu, kami yang sebagai bakal guru boleh mengamalkan cara mengajar yang sesuai dalam kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang berbeza keperluan supaya mewujudkan murid yang mampu mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai